Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, August 10, 2012

10 Terakhir Ramadhan



Bismillahirrahmanirrahim.

Kita berada pada bahagian 10 terakhir Ramadhan. Apa kahbar Ramadhan kita. Berjayakah kita mengendalikan jiwa dan pemikiran kita pada bulan Ramadhan kali ini. Ramadhan menghindari kita mengikut telunjuk jasmani. Pada bulan Ramadhan jiwa manusia berada di puncak kejernihannya, kerana tidak disibukkan oleh hawa nafsu dan syahwat. Jiwa kita sepatutnya berada dalam  keadaan siap sedia memahami dan menerima ilmu kurniaan Allah SWT. Oleh itu, membaca al-Quran dan beristighfar merupakan amalan paling utama pada malam lalilatul qadr.


Keutamaan beribadah pada waktu malam dan siang dinukilkan oleh Allah SWT dalam firman-firman berikut.  Mari kita hayati dan berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan suasana malam yang penuh berkat yang padanya diturunkan al-Quran dan lebih baik daripada seribu bulan.

A079
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Israa' 17:79)


A017

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (Adz-Dzaariyaat 51:17)

A018
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Adz-Dzaariyaat 51:18) 

A017
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (A-li'Imraan 3:17)


A015

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (As-Sajdah 32:15) 


A016
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (As-Sajdah 32:16)


A039
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. (Qaaf 50:39)


A040


Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang. (Qaaf 50:40)




Saturday, August 4, 2012

Ramadhan dan Keampunan


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari : Nabi bersabda : “Apabila tiba bulan Ramadhan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu”..

Apa maksud dibukakan pintu syurga? Maksudnya ialah Allah ampunkan dosa orang-orang yang berpuasa yang beristighfar pagi dan petang, siang malam, merintih dan bermunajat minta Allah hapuskan dosa  yang terlalu banyak sejak dulu.


Pintu Syurga sentiasa terbuka menandakan betapa Allah amat suka semua makhlukNya masuk ke syurga.

Pintu Neraka tertutup menandakan betapa Allah amat tidak berkehendakkan semua makhlukNya memasuki neraka yang penuh azab.

Tak bermakna jika masuk bulan Ramadhan kita tak minta ampun. Jika demikian termasuklah kita di kalangan orang yang sombong.

Apa konsep pengampunan dalam bulan Ramadhan? Adakah berbeza dengan bulan yang lain?

Jawapannya ialah Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ini sering kita baca dalam al-Fatihah (ar-Rahmaanirrahim). 

Ambil contoh baju yang kita beli pada masa sales harganya lebih murah jika dibandingkan ketika kita beli pada masa bukan masa sales. Jadi dalam bulan Ramadhan Allah buka pintu pengampunan seluas-luasnya berbanding bulan-bulan yang lain. Jadi jangan sombong untuk mohon ampun dalam bulan Ramadhan.

Ada hadis kata : "Barang siapa yang masuk bulan Ramadhan tidak diampunkan oleh Allah akan bertambah jauh daripada pintu hidayah Allah".

Allah terlalu kasih kepada kita jadi jangan banyak berkira. Mohonlah ampun sepanjang masa.

Bagaimana pula konsep keampunan daripada manusia?

Jawapannya ialah; salah satu sifat ialah Allah al-Ghaffur, Allah al-Ghafir bersifat pengampun kepada kita. Jadi kita ni manusia, tak kan kita tak boleh nak maafkan orang lain. Hidup kita kena ada susur galur agama, jadi kita kena memaafkan orang. Jadi letak logik sebenarnya kita kena bertahalluk dengan sifat Allah. Kita kena ampunkan dosa orang lain.

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Maksudnya siapa yang berpuasa dengan penuh keyakinan kepada Allah maka dosanya terampun.

Malam ramadhan yang berkat ialah laialtul qadr. Malam kemuncak, bukan setakat al-Quran diturunkan tetapi kita tak tidur kerana beribadah, qiyam, rukuk, sujud dan bermunajat serta mohon keampunan. Kita tak boleh berputus asa kepada rahmat Allah. Putus asa hukumnya haram kerana berputus asa ialah cara hidup orang yang tak beriman.

Bulan ramadhan yang berkat Allah bagi ganjaran pahala yang berlipat ganda, bukan saja demikian amalan bersedekah membolehkan terhapus dosa kita.

Jadi lakukan amalan soleh dengan penuh keyakinan. Kita kena yakin bahawa Allah anugerah SALES pada Ramadhan, walaupun murah tetapi amat mahal bagi kita. Ramadhan adalah penghulu bulan dalam setahun.

Bila bercakap ramadhan dan keampunan; ingat bahawa dalam surah al-Qadr, bukan setakat turun al-Quran tetapi ingat bahawa malam itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pahala berganda dalam setiap ibadat wajib, ibadat sunat dan hubungan dengan keluarga dan masyarakat.

Pahala pada malam itu cukup besar. Jika amalan kita diterima kita suci pada esoknya kerana benar-benar diampunkan. Subhanallah.

 

Jom tingkatkan amalan...

Sumber :


Ustaz Roslan Mohamed
TV al-Hijrah dalam Madrasah Ramadhan
Sabtu 4/8/2012
7.00 - 7.30 pagi


dan pelbagai

Tuesday, July 24, 2012

Bagaimanakah Memustajabkan Doa Ramadan?


Bagaimanakah memustajabkan doa Ramadan?



Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

                                                                Peranan Jiwa

Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.
  
Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya): "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

                                                            Kesucian Nurani
  
Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan. 
    
Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih). 
    
Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut: “Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya) “Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”. (Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
    
Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.


Friday, July 20, 2012

Qadha Puasa Dan Fidyah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Esok kita mula berpuasa, saya yakin kita semua menaruh harapan agar dapat menyempurnakan segala amalan wajib dan sunnah dalam bulan penuh berkat ini. Pasti juga ada di kalangan kita yang masih kurang jelas atau terlupa tentang puasa ganti (terutamanya wanita seperti saya) dan juga kaedah membayar fidyah.

Di sini saya kongsikan artikel copy & paste daripada blog Ustaz Noramin.. semoga memberikan manfaat buat kita semua. Amiin.




Puasa atau dalam istilah arabnya saum secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.


Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)

Orang Yang Dilarang Puasa

Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :

“Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim)

Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa


  • Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
  • Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
  • Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
  • Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
  • Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
  • Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.


Cara Menggantikan Puasa Ramadhan


Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.

Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :

“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.




Sumber: ustaznoramin

Wednesday, July 18, 2012

Padamkan Virus Mazmumah Dalam Diri



Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman:


A185

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185) 


Beberapa hari lagi Ramadhan penuh berkat dan ganjaran pahala bakal tiba. Seperti biasa setiap kali menjelang bulan mulia ini, suri rumah paling sibuk bersiap dengan pelbagai menu yang sesuai dan menyelerakan bagi tujuan berbuka dan bersahur. Itu seakan-akan menjadi satu kelaziman. Apa kata kali ini kita sediakan ‘senarai semak’ tentang kelemahan kita  sepanjang Ramadhan tahun-tahun sebelum ini. Senarai semak ini bertujuan agar segala kecacatan amalan kita pada Ramadhan yang lalu dapat diperbaiki pada tahun ini. 

Selanjutnya mari kita bermuhasabah diri.


Apakah kita hanya berpuasa zahir semata-mata dengan meninggalkan soal makan minum sedangkan perangai lama seperti mengumpat, berhasad dengki dan sebagainya masih terlekat di hati.  Jika demikian, maka kita perlu imbas semula hati pada Ramadan tahun ini supaya virus mazmumah dapat dinyahkan dari dalam diri. Tidak guna berpuasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak mampu menahan lidah daripada berkata yang keji, hati penuh berkarat kerana iri hati kepada insan lain dan tabiat menabur fitnah masih menebal. 



Kehadiran Ramadhan seolah-olah menjadi satu magnet yang menarik kita untuk turut serta menggiatkan aktiviti membaca al-Quran.  Apakah kita akan mengisi Ramadan dengan amalan bertadarus al-Quran. Jika ya, janganlah  amalan itu terhenti sebaik sahaja Ramadan berakhir. Usah hilang  semangat untuk memegang kitab al-Quran selepas berlalunya Ramadhan..



Apakah kita akan ubah tabiat malas untuk qiamullail. Jika sebelum ini kita tidak pernah atau hanya sesekali saja, maka tahun ini sewajarnya kita berazam mengubah tabiat malas bersolat malam dengan melakukan perubahan hati supaya rajin dan bersemangat menunaikannya. 

Mualla bin Fadhil ada memberitahu, orang soleh terdahulu membahagikan 12 bulan kepada dua bahagian. Enam bulan pertama mereka memohon kepada Allah supaya dapat bertemu Ramadhan dan melaksanakan ibadat dalam bulan demikian dengan aktif.

Pada enam bulan kedua, mereka memohon kepada Allah supaya puasa dan semua ibadat dilakukan sepanjang Ramadhan diterima Allah. 

Demikianlah kasih dan cinta orang soleh pada zaman dulu. Jadi, berusahalah menjinakkan hati kita, anak isteri supaya membiasakan amalan mendirikan solat malam sebagai menyahut seruan Allah yang menjanjikan pulangan pahala besar.

Seharusnya puasa pada bulan Ramadhan menjadikan kita seorang insan yang tidak bakhil sebaliknya sentiasa teruja untuk menghulurkan sedekah dan bantuan kepada orang lain.

Jadikanlah Ramadhan ini akademi yang mengasuh dan mendidik hati dengan sifat mahmudah serta amalan soleh sekali gus memadamkan virus mazmumah yang sentiasa bersarang dalam jiwa selama ini.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Rujukan :

Saturday, August 6, 2011

Iman Asas Puasa

 

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah :183)

PANGGILAN UNTUK MEREKA YANG BERIMAN

Allah swt memanggil pada permulaan ayat di atas : “yaa ayyuhalladziina aamanuu” (Wahai orang-orang yang beriman). 

Ini bukan sebarang panggilan kerana yang memanggil adalah Allah swt, Pencipta alam semesta.

Semua makhluk bergantung kepadaNya. Tidak ada yang boleh berlepas diri dariNya. Maka siapa yang mengaku dirinya sebagai hambaNya hendaklah segera bergerak memenuhi panggilan ini.

Allah swt dalam panggilan tersebut tidak menyebutkan kriteria yang bersifat duniawi.

Dengan kata lain, Allah swt TIDAK berfirman:  “yaa ayyuhal aghniyaa’ (Wahai orang-orang yang kaya), wahai orang-orang yang berkedudukan tinggi dan sebagainya, melainkan yang Allah swt panggil adalah mereka yang beriman sahaja.

Mengapa demikian?

Sebenarnya ada beberapa rahsia yang tersimpan, di antaranya ialah:

PERTAMA : Bahwa dengan menyatakan keimanannya, seseorang mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah swt. Allah swt sangat bangga dengan hambaNya yang beriman. Oleh kerananya, Allah swt mengundang mereka secara khusus.

Di dalam Al-Qur’an, undangan “yaa ayyuhal ladziina aamanuu” sentiasa Allah swt ulang-ulangkan untuk menggambarkan betapa yang Allah swt anggap sebagai hambaNya hanya mereka yang beriman. Yang tidak beriman tidak termasuk di dalam kategori sebagai hambaNya.

KEDUA : Bahwa kedudukan keduniaan walaubagaimana megah sekalipun, bila tidak disertai oleh iman, Allah swt tidak bangga dengannya. Bahkan Allah swt sangat benci kepada seseorang yang setelah diberi kenikmatan dunia, ia malah berbuat maksiat kepadaNya.

Ingatlah Allah swt berfirman:

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, Maka dia akan berkata, “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka dia berkata, “Tuhanku menghinakanku”. (QS Al-Fajr :15-16)

Di sini nampak bahwa ukuran berhasil atau tidaknya seseorang bukan terletak kepada kekayaan atau kemiskinannya, melainkan terletak kepada keimanannya. Oleh yang demikianlah, panggilan Allah swt pada ayat di atas adalah mereka yang beriman kerana kaya dan miskin di sisi Allah swt adalah ujian.

Apalah ertinya seseorang itu kaya jika ia tidak beriman dan mentaati Allah swt bahkan semua itu hanyalah kesia-siaan. Sebaliknya sungguh sangat mulialah seseorang sekalipun dalam kedudukan yang sangat miskin tetapi ia beriman dan mentaatiNya dan ia akan tergolong mereka yang Allah swt panggil dalam ayat di atas.

KETIGA : Bahwa untuk melaksanakan ibadah puasa syaratnya haruslah beriman terlebih dahulu. Tanpa iman, ibadah puasa seseorang tidak akan diterima oleh Allah swt. Allah swt hanya mengakui ibadah puasa hambaNya yang beriman. Oleh kerana itulah, dalam banyak hadits Rasulullah saw, sentiasa menyebutkan kata “iimaanan wahtisaaban”, untuk menunjukkan bahwa ibadah yang Allah swt terima adalah berdasarkan iman dan harapan atas ridhaNya.


Marilah kita semak beberapa hadits berikut :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan ridhaNya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits lain disebutkan :

“Sesiapa yang menegakkan solat malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan ridhaNya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muslim)

Secara khusus mengenai solat pada malam Al Qadr pula, Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang menegakkan solat malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan akan ridhaNya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

DENGAN IMAN PUASA RAMADHAN TERASA LAZAT

Setelah memanggil orang-orang beriman dengan “yaa ayyuhalladziina aamanuu”, Allah swt menegaskan : “kutiba ‘alaikumush shiyaam” (diwajibkan ke atasmu berpuasa).

1. Apakah hubungan puasa dengan iman?

2. Mengapa hanya orang beriman yang diwajibkan berpuasa?

3. Apakah puasa Ramadhan merupakan bukti keimanan seseorang?

PERTAMA :

Ketika seseorang beriman kepada Allah swt, seharusnya ia sedar bahwa Allah swt sentiasa bersamaNya. Di dalam dirinya menggelora hakikat keagunganNya. Setiap disebut namaNya hatinya bergetar penuh ketakutan.
Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS Al Anfaal : 2)

Dengan keimanan, seluruh kegiatan sehariannya sentiasa dalam rangka mentaatiNya. Tidak ada perbuatan sekecil apapun yang ia lakukan kecuali dengan petunjukNya.

Ia menjauhi sama sekali dari apa sahaja yang disebut kemaksiatan. Baginya, kemaksiatan adalah bencana yang tidak hanya menghancurkan harga dirinya melainkan juga menjadi sumber malapetaka bagi kemanusiaan di muka bumi.

Kesedaran ini membuatnya sangat berhati-hati dalam bersikap, jangan sampai langkahnya terjerumus ke dalam kemaksiatan sehingga yang “syubuhat” (samar-samar) pun ia jauhi kerana dari yang“syubuhat” akan lahir daya tarikan kepada yang haram.

Puasa adalah ibadah menahan diri dari yang halal. Dari sini nampak betapa hakikat puasa adalah sebagai benteng supaya pelakunya terhindar dari yang haram kerana kebiasaan menahan diri dari yang halal akan membangunkan lapisan-lapisan baja yang menjaganya supaya tidak terjatuh kepada perkara yang Allah swt haramkan.

Perhatikan betapa untuk menegakkan puasa, seseorang mesti mempunyai iman kerana hanya dengan iman yang jujur seseorang akan benar-benar merasakan lazatnya puasa. Tanpa kesedaran iman, puasa akan menjadi suatu bebanan. Di saat orang-orang berbahagia dengan puasa, ia malah merasa sempit hatinya dengan puasa. 

KEDUA :

Ketika seseorang melakukan puasa, ia sedang berjuang menutup segala pintu yang selama ini syaitan selalu masuk darinya.
  1. Pintu nafsu makan ia tutup di mana ramai di antara manusia yang mengambil benda-benda yang haram hanya kerana nafsu makan
  2. Pintu nafsu permusuhan juga ia tutup di mana selama ini banyak berlaku konflik saling menyakiti, saling menjatuhkan, saling menzalimi bahkan tidak jarang pula saling membunuh di antara manusia adalah kerana nafsu ini. Lidahnya ia tahan dari perbuatan yang keji. Setiap ada orang yang mengajaknya bertengkar, ia menjawab: “Maaf saya sedang berpuasa”.
  3. Pintu nafsu seks pun ia tutup di mana selama ini ramai manusia yang terjerumus ke dalam dosa-dosa kerana nafsu ini. Perhatikan betapa puasa mencerminkan hakikat perlawanan yang dahsyat seorang hamba Allah swt terhadap syaitan.
Di dalam dirinya menggelora semangat untuk tidak tunduk kepada syaitan, bilapun dan di manapun ia berada. Ia sedar bahwa syaitan adalah musuhnya.

Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (QS Al-Fathir : 6)

Ketika seseorang masuk ke medan pertarungan melawan syaitan, bererti ia masuk ke dalam pertempuran yang tidak akan pernah berakhir. Dalam rangka ini ia mesti mempunyai bekalan iman yang kukuh kerana jika imannya lemah ia tidak akan mampu untuk ‘istiqamah’.

Maka ketika Allah swt memanggil di awal ayat ini : “yaa ayyuhalladziina aamanuu”, itu maksudnya adalah orang-orang yang benar-benar jujur dalam imannya bukan orang-orang munafik yang pura-pura beriman kerana tidak mungkin seseorang yang tidak jujur dalam imannya boleh melaksanakan ibadah puasa dengan jujur.

Dari sini nampaklah rahsia firman Allah swt dalam hadits Qudsi:

“Semua amal anak Adam itu untuk dirinya kecuali puasa, itu untukKu dan Aku akan memberikan langsung pahalanya.” (HR Bukhari)

Perhatikan betapa puasa merupakan bukti kejujuran iman seseorang sehingga Allah swt mengagungkannya dan terlibat secara langsung untuk memberikan pahala kepada pelakunya.

KETIGA :

Puasa Ramadhan adalah merupakan salah satu tiang ajaran Islam. Untuk menegakkan tiang ini secara kukuh, tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak mempunyai iman atau pura-pura beriman.

Allah swt Maha Mengetahui, benar-benar tahu siapa di antara manusia yang benar-benar patut diundang untuk menegakkan tiang ini. Itulah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah swt secara jujur dan kerana itulah, Allah swt panggil mereka dengan :

“yaa ayyuhalladziina aamanuu”.

Perhatikan bentuk panggilan ini di mana Allah swt memanggil mereka hanya dengan kualiti keimanannya, bukan yang lain-lain. Ini menunjukkan bahwa yang Allah swt inginkan dari manusia melalui puasa ini adalah bagaimana ia benar-benar beriman kepada Allah swt secara kukuh dan jujur.

Iman yang menghidupkan jiwanya sehingga ia sentiasa merasa bersama Allah swt. Bukan iman yang semata-mata diucapkan dengan lisan, diiklankan di sepanduk-sepanduk atau tayangan televisyen sementara hatinya tidak pernah menikmati lazatnya iman tersebut.

Ya Allah, kami menyahut seruanMu untuk melaksanakan ibadah puasa ini yang juga merupakan ibadah kesinambungan dari umat-umat sebelum kami. Kurniakanlah di dalam hati kami, keimanan yang mendalam serta niat hanya mengharapkan keridhaanMu sehingga kami dapat melaksanakan puasa ini semata-mata keranaMu dan mendapat balasan yang terus dariMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”
“IKRAM WADAH PERJUANGAN”

Sumber : dakwah.info

Saturday, September 4, 2010

Simbolisme ketika sambut Lailatul Qadar


LAILATUL Qadar adalah satu malam yang amat agung, kerana ia telah dipilih Allah SWT sebagai malam permulaan Nuzul Quran. Ia permulaan melimpahkan cahaya agama Allah SWT ke seluruh alam di samping limpahan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar daripada hidayat Allah (al-Quran) ke atas hati dan kehidupan manusia.

Jika kita renungkan kembali sejak berabad lalu peristiwa Lailatul Qadar yang mulia itu dan kita gambarkan kembali temasya indah yang telah disaksikan oleh bumi pada malam itu, di samping kita memerhatikan pula apa yang sebenar berlaku pada malam itu dan meneliti kesan-kesannya kepada dunia dan kefahaman hati dan akal manusia tentulah kita dapati bahawa malam Lailatul Qadar sebenarnya suatu malam yang sungguh agung.

Disebabkan Lailatul Qadar itu abstrak, bersifat spiritual dan tidak boleh dipastikan melalui kajian, maka timbullah pendapat yang pelbagai mengenainya.

Pelbagai cerita mitos terbit ketika Lailatul Qadar turun iaitu seperti air sungai berhenti mengalir, pohon-pohon serta tumbuhan tunduk tenang, alam maya kelihatan cerah dan sebagainya.

Tidak sedikit daripada cerita-cerita itu bersifat mitologi, yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, tidak masuk akal dan mengada-ngada.

Mungkin semua itu pernah terjadi, terutama di negara yang wilayah geografinya memungkinkan seperti air membeku di belahan bumi bahagian utara atau selatan, tetapi tidak ada kaitannya dengan Lailatul Qadar.

Jadi peristiwanya cuma kebetulan belaka. Seakan-akan di malam yang dipercayai Lailatul Qadar turun, terjadi peristiwa alam seperti itu. Lalu ia dikaitkan.

Justeru Lailatul Qadar ini kita dapatkan asas legalitasinya dalam al-Quran. Maka selayaknya ia memberi tanda-tanda itu agar tidak terjadi penyelewengan dan menimbulkan cerita-cerita karut dan tidak masuk akal. Bagaimana sebenarnya al-Quran berbicara soal tanda-tanda Lailatul Qadar ini?

Dalam surah al-Qadar ayat terakhir Allah SWT menyebut tanda-tandanya: Sa laamun hiya hatta matla‘il fajr - malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. Jadi jelas tandanya tidak bersifat lahiriah kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dirasakan.

Justeru, dalam surah ad-Dukhan ayat tiga Lailatul Qadar disebut Laylatun mubaarakah kerana kedamaian hati yang bersumber terus daripada Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi musafir yang kehausan.

Al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan kerananya, kebenarannya tidak diragukan. Ia hanya dapat dicapai melalui darjat intelektual paling tinggi iaitu intelek kenabian.

Sekurang-kurangnya jika kita dapat sekadar percikannya pada malam Lailatul Qadar bermakna mujahadah kita waktu itu berhasil menyentuh intelek kenabian. Itulah kenikmatan, sekali gus berkat yang paling tinggi.

Inilah malam yang sangat dinantikan oleh umat Islam, malam yang penuh barakah dan lebih baik dari 1,000 bulan. Pada malam itu turun rahmat dan kebaikan-Nya. Pengalaman mendapatkan Lailatul Qadar merupakan pengalaman spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkannya. Ia tidak boleh dicapai hanya dengan kehadiran kita pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Tentang bila datangn Lailatul Qadar, banyak riwayat mengaitkan dengan malam-malam ganjil di 10 hari terakhir. Mungkin ini ada hubungannya dengan hadis lain yang menyebutkan bahawa “Allah itu ganjil dan menyenangi yang ganjil-ganjil.”

Bagi pencinta tuhan yang mencintaiNya dengan penuh keikhlasan tidak penting bila Lailatul Qadar itu turun. Yang penting baginya adalah menunjukkan kerinduannya kepada kekasihnya secara sungguh-sungguh.

Intinya adalah mujahadah iaitu kesungguhan menghidupkan bulan Ramadan dan ritual (yang dibenarkan syariat).

Oleh AZIZ JAMALUDIN MHD. TAHIR
Utusan Malaysia

Wednesday, September 1, 2010

Iktikaf


Iktikaf ialah berdiam atau tinggal di masjid memenuhi adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadah dan bagi mendekatkan kepada Allah SWT. Ulama bersepakat menyatakan iktikaf khususnya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan adalah ibadah yang disyariat dan disunatkan Rasulullah SAW.

Jenis-jenis iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat dan kedua wajib.

Iktikaf sunat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata mendekatkan diri kepada Allah seperti iktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: “Jika Allah menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.”

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu khusus, bila-bila masa pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya’ la bin Umayyah berkata: “Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tidak lain hanya untuk beriktikaf.”

Syarat iktikaf ialah muslim, berakal, suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Rukun iktikaf ialah niat dan berdiam di masjid.

Hal dibolehkan bagi orang yang beriktikaf:

Keluar dari tempat iktikaf bagi menghantar isteri, seperti dilakukan Rasulullah SAW kepada isterinya, Safiyah.

Menyisir, mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh daripada kotoran dan bau badan.

Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali sudah menyelesaikan keperluannya.

Makan, minum dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Lagi tentang iktikaf : Iktikaf

Tuesday, August 31, 2010

Allah rahsiakan Lailatul Qadar


Antara amalan bagi mengisi malam al-qadar adalah memperbanyakkan
membaca al-Quran selain qiamullail.


Oleh MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR

RAMADAN yang datang menjanjikan pahala yang banyak. Amat beruntunglah golongan muslim yang merebut peluang ibadah yang besar pahalanya.


Salah satu anugerah Ramadan adalah Lailatul Qadar. Dalam tulisan kali ini, kita cuba telesuri beberapa pandangan para ulama sebagaimana yang dihuraikan panjang lebar dalam kitab Fath al-Bari.

Ada kiraan bagi menentukan malam Al-Qadar. Antaranya ada disebut tentang jumlah lafaz yang ada dalam surah al-Qadr.

Jumlah lafaznya adalah 30. Manakala lafaz hiya dalam ayat yang terakhir merujuk kepada Lailatul Qadar. Lafaz ini adalah lafaz yang ke 27, maka dihukum bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Dalam kiraan yang lain, disebut bahawa lafaz Lailatul Qadar dalam tulisan Arab terdiri daripada sembilan huruf. Lafaz Lailatul Qadar disebut sebanyak tiga kali dalam surah al-Qadr, maka sembilan darab tiga menjadi 27. Maka hukumnya Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.

Kesemua pendapat ini hasil ijtihad para ulama. Untuk melengkap lagi kefahaman tentang Lailatul Qadar, ada beberapa hadis sebagai pedoman.

Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: Maka carilah Lailatul Qadar pada sembilan, tujuh dan lima. (riwayat al-Bukhari).

Menurut satu tafsiran hadis, sembilan, tujuh dan lima merujuk kepada 29, 27 dan 25 Ramadan.

Kesemua pendapat ini adalah baik bagi menerangkan hakikat malam Lailatul Qadar. Bagi sesetengah kelompok masyarakat pula, Lailatul Qadar tetap pada satu malam sahaja iaitu malam 27 Ramadan.

Kepelbagaian pandangan para ulama dalam penentuan Lailatul Qadar memberi isyarat jelas bahawa tiada kesepakatan dalam masalah ini. Maka Lailatul Qadar menjadi rahsia.

Ijtihad ulama dalam lontaran pandangan hanya sekadar ijtihad yang ada masanya betul dan ada masanya silap.

Maka di sini nyata hikmah disembunyikan Lailatul Qadar agar umat Islam lebih berusaha mencarinya.

Terserah kepada kita umat Islam untuk memilih mana-mana pandangan selagi mana ia berdasarkan dalil dan hujah.

Maka tidaklah menjadi keperluan untuk bertegang urat dalam masalah penentuan malam ini. Apa yang penting, bagaimanakah amalan kita

Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, August 18, 2010

Bertadarus di bulan Ramadan


BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-'Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam bukunya Mausu'ah Qadaya Islamiah Mu'asirah 1/328 berkata: "Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi."

Sebuah hadis riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya menyebut: Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus. Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca. Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf."

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama'ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

Sebuah hadis riwayat al-Turmuzi daripada Abi Sa'id bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya."

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

Utusan Malaysia Online

Monday, August 16, 2010

Jangan Jadi Manusia yang rugi


Setiap kali Ramadan menjelma, menjadi satu teradisi bagi orang-orang kita, memikirkan apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur.

Bazar Ramadhan pula seperti cendawan tumbuh selepas hujan sepanjang Ramadhan. Ramai pelanggan mengerumuni setiap gerai seperti semut mengerumuni gula.

Apa sahaja yang dijual, jenis makanan yang dianggap tidak munasabah untuk diniagakan pada bulan-bulan biasa, semuanya laris pada bulan puasa.

Sekali gus bulan Ramadhan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yang yang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.

Pagi-pagi lagi di mana-mana sahaja, ketika dua sahabat bertemu paling lazim yang menjadi tajuk utama percakapan ialah tentang apa yang mahu dijadikan juadah berbuka dan juadah untuk bersahur.

Mereka dapat menceritakan kedai mana yang paling bagus untuk berbuka, untuk bersantai sementara tunggu mata mengantuk dan juga kedai yang mampu membuka selera ketika bersahur.

Jarang yang bertanya atau berbincang tentang berapa surah daripada 114 surah al-Quran, berapa juzuk daripada 30 juzuk kitab suci itu dan berapa ayat daripada 6,236 ayat keseluruhan al-Quran dengan 4,780 daripadanya diturunkan di Mekah dan dinamakan surah/ayat Makkiyyah manakala 1,456 ayat lagi diturunkan di Madinah dan dinamakan surah/ayat Madaniyyah yang sudah dibaca ataupun yang sudah dihayati.

Juga jarang ditanya pada malamnya pula apakah diisi dengan solat sunat terawih, dilipatgandakan solat sunat tahajjud, sunat tasbih dan pelbagai solat sunat yang lain. Barangkali masih kekal sama seperti pada bulan-bulan Ramadan yang lepas-lepas, banyak masa dihabiskan dengan bersantai di warung-warung menikmati pelbagai hidangan santai ketika rakan-rakan yang lain di masjid, surau atau madrasah, berterawih. Atau bersantai di hadapam television atau bermain game di internet.

Pada siang harinya pula apakah ditukar tabiat daripada bercakap tentang hal-hal keduniaan yang bersifat mengumpat individu-individu tertentu, kepada membanyakkan berzikir dan beristighfar dan juga menyambung bacaan al-Quran yang dibaca pada malam hari atau menjelang pagi serta selepas solat subuh supaya cepat khatam.

Memang diperakukan bahawa Ramadan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega tetapi bukan dalam bentuk pesta melambakkan pelbagai juadah di meja makan, lebih-lebih lagi hingga sampai ke tahap menyumbang kepada pembaziran.

Sebaliknya, Ramadan adalah bulan Allah SWT melelong, membuat Mega sales dan memberi bonus pahala berganda kepada hamba-hamba-Nya yang mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramdaan untuk bertaubat nasuha dan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding dengan bulan-bulan biasa.

Selain para penjual mendapat laba hasil larisnya jualan juadah berbuka dan bersahur, kita tidak akan dapat laba apa sepanjang Ramadan kalau kekalkan tabiat menjadikan ia sebagai pesta juadah sedangkan dari sudut amal ibadahnya tidak meningkat pun dan tetap juga kekal pada tahap biasa.

Apatah lagi jika yang berdosa membiarkan diri kekal dengan dosa tanpa bertaubat nasuha. Semalas mana pun kita, kena usahakan juga supaya khatam al-Quran sekali dalam bulan puasa yang mana kalau bulan-bulan biasa setiap ayat yang dibaca akan dibayar dengan 10 kebajikan oleh Allah dan jika dibaca keseluruhan ayat al-Quran yang mengandungi 1.2 juta huruf dibaca kita akan dapat 12 juta kebajikan, bila al-Quran dibaca pada bulan puasa, maka jumlah kebajikannya tentulah berlipat kali ganda lagi. Alangkah ruginya kita jika tidak mengambil peluang mendapatkan gajnaran yang banyak ini. Sementelahan pula kita amat tidak digalakkan untuk bersifat malas. Kita diingatkan supaya berdoa supaya Allah melindungkan kita daripada sifat malas.

Demikian juga dengan amalan-amalan lain termasuk bersedekah, sembahyang sunat, berzikir, beristighfar, memulakan penghidupan baru yakni meninggalkan kehidupan mungkar kepada kehidupan yang diredai-Nya akan diberi juga pahala yang berganda.

Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadan. Marilah kita tingkatkan usaha kita agar kita tidak tergolong di kalangan orang yang rugi.

Rujukan: Utusan Malaysia Online

Thursday, August 12, 2010

Jadual Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadhan


Contoh Jadual Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadhan ini ditulis oleh Mohd Farid b Rahmat UTM

4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi -

Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh daripada melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Thursday, August 5, 2010

Mari kita ke Kelompok Yang Pertama

Salam Ramadhan buat teman-teman!

Kurang seminggu lagi kita akan meninggalkan sya'aban yang satu ketika sebelum ini kita nanti-nantikan, tak lama lagi Ramdahan yang kita tunggu akan menjengah kita. Rasanya baru lagi kita merayakan 'idul Fitri 1430H, kini 'idul Fitri 1431H akan menjengah kembali. Ramadhan sudahpun diambang pintu.

Wahai teman-teman!, cepatnya masa berlalu, miskipun setahun tak pernah berkurang harinya, minggunya dan bulannya. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana kita diberi kekuatan dan kesihatan untuk menerima bulan maghfirah dan penuh barakah ini. Alhamdulillah kita telah berdoa sebagaimana anjuran Rasulullah saw pada bulan Rejab: "Ya Allah! berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah usia kami sehingga bulan Ramadhan"

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Bulan penuh keberkatan
2) Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
4) Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Bulan membuka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
-juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan Pada bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam untuk beribadah
5) Berazam untuk melakukan solat Terawih sepanjang bulan Ramdahan.
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) serta mentadabbur auat-ayat al-Quran.
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur pada waktu akhir, ambil peluang solat tahajjud, taubat, hajat dan sebagainya.
11) Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur 15 minit sebelum Zohor jika berkesempatan untuk dapatkan tenaga.
17) Tunaikan solat sunat Rawatib
18) Jaga pacaindera Kaki, tangan, mulut, telinga dan mata. Elakkan maksiat daripada kelima-lima pancaindera ini.
19) hadiri majlis ilmu
20) Buat baik kepada kedua ibubapa
21) Isteri hendaklah taat pd suami
22) Suami juga perlu jaga hak-hak isteri
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air.
25) Berbuka bersama orang-orang tua, orang miskin atau anak yatim.
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan dengan jiran tetangga
31) Isterihindari keluar rumah dengan memakai mekap & perhiasan yang berlebih-lebihan.
32) Elakkan membazir.
33) Tingkatkan kesabaran.
34) Banyakkan zikrulllah dan berwirid.
35) Berazam untuk banyakkan beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejutkan anak-anak dan isteri supaya beramal pada malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang merangsang nafsu.
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan dan kata-kata yang tidak berfaedah.
39) Berdoa dengan merendah diri dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar ke tempat-tempat yang menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih tatakala Ramadhan akan berahir, rasa bimbang tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Wahai teman-teman! Tahukah kalian, dalam menyambut kedatangan Ramdahan ini ada TIGA kelolmpok manusia yang berbeza-beza perasaan.

Kelompok pertama:

Mereka menyambut dengan perasaan sukacita kerana mereka mengetahui kebenaran bahawa Ramdahan terlalu baik untuk merebut ganjaran. Mereka berazam untuk menjalani semua ibadah yang membawa kebaikan bagi mereka supaya dapat ganjaran sebaiknya dan mereka mengikhlaskan diri menjalaninya. Kelompok ini insyaAllah tidak akan menyia-nyiakan bulan yang dianugerahkan kepada mereka. Mereka akan merebut semuanya.

Kelompok kedua:

Mereka yang menyambut secara biasa-biasa sahaja. Mereka tetap berpuasa. Mereka berpuasa seperti biasa. Bangun sahur, puasa, solat namun mereka tidak merebut peluang bersolat terawih, bertadarus dan sebagainya. Mereka menonton TV dan bagi mereka tak ada perbezaan antara bulan Ramdhan dengan bula-bulan yang lainnya.

Kelompok ketiaga:

Mereka menyambut dengan sikap menyesal, bahkan mereka menganggap bulan ini menyekat kebebasan mereka menuruti hawa nafsu mereka yang dianggap akan merugikan mereka. Mereka ini akan tidur dan menganggap bulan ini adalah bulan beristerehat, malah ada di antara mereka tidak berpuasa.

Wahai teman-teman!

Di kelompok manakah kita berada?

"Wahai tetamu-tetamu Ramadhan!, untukmu Rahmat dan Maghfirah. Air mata taubat, dendangan tadarus, berselimutkan tarawih dan berbantalkan tahajjud. Semoga kalian mewarisi Jannatul Firdaus.

Salam Ramadan Al Mubarak buat semua sahabat Maya. Semoga Allah melimpahkan Rahmat buat kita semua dan mempermudahkan segala urusan kita. Amin.”


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)