Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)
Saiyyidina Muhammad.. ada yang kata tak boleh sebut dan ada yang kata boleh
Sebenarnya dalam kitab fekah Imam Syaf'ie dibolehkan menyebut Saiyyidina Muhammad.. jada siapa yang
nak sebut sebutlah..
Salam
Assalamu'alaikum memadai.. yang sempurna assalamu'alaikum warahmatullah sekali sebelah kanan dan sekali sebelah kiri.. hingga nampak pipi kita dari belakang.
Dalam Islam greet/sapa pun diajar.. ada tatacara
Tentang beri salam Allah berfirman:
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yanglebihbaik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.(An-Nisaa' 4:86)
Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka, berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?". Orang-orang "Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah). (A-li'Imraan 3:52)
Nasrani asalnya daripada perkataan nasara iaitu penolong. Ayat ni menunjukkan bahawa Islam ini telah wujud sejak nabi-nabi dulu lagi.
Selepas ketiadaan Nabi Isa muncullah agama Kristian. Bukan Nabi Isa as yang mengembangkan agama Kristian.
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan". (A-li'Imraan 3:55)
Dengarlah penjelasan daripada Ustaz UAI tentang ayat-ayat yang dibaca untuk memahami permasalahan Nabi Isa as yang ramai ulama' mengatakan Nabi Isa belum wafat.
Ulasan dan Pengajaran daripada filem ini boleh klik disini.
Berikut adalah sebahagian daripada ulasan atau pengajaran yang saya petik daripada sana.
Ditanya oleh salah seorang anak muridnya kenapa kita selalu mengulang-ulang bacaan surah al-Ma`uun, sedangkan banyak lagi surah untuk dibaca dan dibincangkan.
Lantas ditanya kembali oleh Pak Kiyai kepada anak muridnya itu, “Sudah berapa ramai orang miskin dan anak yatim telah engkau santuni?” Beliau menambah lagi, “Kita belajar al-Quran bukan untuk segera hafal semuanya, tetapi untuk dilaksanakan ajaran yang terkandung di dalamnya.” Lebih kurang begitulah kata-katanya.
Saya kira mesej sebegini jarang ditekankan oleh para guru. Berbuat baik kepada orang-orang miskin dan anak yatim adalah penting dan kita risau kita nanti digolongkan sebagai orang yang mendustakan agama sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Ma`uun, na`udzu billahi min dzalik.
AKU INGIN MENDIDIK HATIKU... mudah-mudahan hatiku dapat dilembutkan... amiin
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Rasa bahagia terselit di hati kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
Namun; sungguh! Banyak sunnah baginda tak termampu diikuti.
Kenalkah nanti oleh baginda akan diriku ini...
Wahai Tuhanku! Curahkanlah selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) yang paling tinggi dan mulia darjatnya di kalangan sekalian makhluk sepanjang peredaran zaman.
Ya Allah! sampaikan selawat dan salamku buat junjungan Mulia NabiMu, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.
Nabi kata orang yang paling jauh dengan Allah ialah orang yang hatinya keras. Sedangkan kita sentiasa harapkan Allah dekat dengan kita... mari dengar bicara Ustaz Don Daniyal
Mari kita hayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada surah an-Naml (Surah Semut)
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". (An-Naml 27:15)
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata". (An-Naml 27:16)
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (An-Naml 27:17)
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (An-Naml 27:18)
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:19)
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? (An-Naml 27:20)
"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)". (An-Naml 27:21)
Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (An-Naml 27:22)
"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. (An-Naml 27:23)
"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, - (An-Naml 27:24)
"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. (An-Naml 27:25)
"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ". (An-Naml 27:26)
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta. (An-Naml 27:27)
"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka". (An-Naml 27:28)
(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. (An-Naml 27:29)
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (An-Naml 27:30)
" `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). ' " (An-Naml 27:31)
Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya". (An-Naml 27:32)
Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan. (An-Naml 27:33)
Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. (An-Naml 27:34)
"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita" (An-Naml 27:35)
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). (An-Naml 27:36)
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:16) -
Dr. Zaharuddin Abd Rahman mengulas berkenaan kepentingan solat, audit solat dan mengapa kita perlu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan solat kita. Tumpukanlah sedikit masa untuk mengukuhkan solat kita.
Don Daniyal dalam usia 27 tahun mengendalikan program televisyen corak Islam untuk mereka yang muda dan sebaya dengannya.
Terdapat banyak maklum balas positif menunjukkan program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat tempat di hati para penonton.
Bagaimanapun, beliau tidak menganggap kejayaan itu menjadikannya semakin popular atau glamor.
"Bukan ini saya kejar apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Sebabnya, kejayaan program ini terletak pada semua krew rancangan yang turut sama, yang bagaikan sebuah keluarga besar.
"Malah penonton juga adalah sebahagian daripada ahli keluarga program ini. Maka pujian dan penghargaan tidak harus pergi kepada saya seorang tetapi semua pihak yang saya sebutkan tadi," kata anak muda lepasan Universiti Al Azhar Mesir ini.
Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh Don Daniyal, iaitu Program Ihya Ramadan.
Selain Rancangan 30 Minit Ustaz Don ini, TV Al Hijrah sebagai saluran utama media elektronik bercirikan Islam di negara ini turut menyajikan pelbagai program keagamaan yang menarik.
Ini termasuklah Madrasah Al Hijrah, Muhasabah Diri, Jalan Orang Mukmin dan Signs Of The Creator yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati para penonton tanpa mengira latar belakang dan usia.
Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.
Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.
"Saya sedar membaca al-Quran di televisyen (tv) bukanlah kaedah pembelajaran al-Quran yang betul. Kita kena saling bertalaqqi secara fizikal antara guru dan pelajar dalam mempelajari al-Quran.
"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ia antara alternatif yang terbaik untuk kita belajar. Kalau selama ini tv boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan matlamat jadi tidak salah kita gunakan saluran ini untuk kita belajar agama dan membaca al-Quran," kata Don Daniyal.
Menurut Pengurus Besar Bahagian Majalah dan Dokumentari TV Al Hijrah, Zainal Rashid Ahmad, tidak dinafikan kaedah pembelajaran agama yang terbaik mungkin boleh diperolehi melalui kelas-kelas di masjid, madrasah dan lain-lain majlis ilmu.
"Namun tidak mustahil kita 'memadrasahkan' tv sebagai satu cara pembelajaran. Oleh kerana media tv ini merupakan satu pembudayaan secara hiburan (culture entertaining) maka Ustaz Don kita jadikan ustaz di madrasah tv bagi mengajar anak-anak muridnya, iaitu para penonton TV Al Hijrah.
"Hasilnya alhamdulillah dengan pengenalan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh Don Daniyal, kita berjaya mendapatkan sekelompok besar penonton terutama golongan remaja sehinggalah golongan eksekutif muda wanita yang tidak melepaskan peluang menonton rancangan ini," katanya.
Ustaz Don, kata Zainal Rashid, berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan 'berat'.
"Ustaz Don tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat 'hidup', bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip dan 30 minit itu dirasakan seperti tidak cukup," katanya.
Namun apabila bercakap soal imej dan penampilan, Don Daniyal yang juga pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor meminta agar penampilannya yang mengenakan jubah dan serban bukan penghalang antaranya dengan para penonton.
"Yang penting, selagi penyampaian saya berlandaskan ilmu, bagaimana rupa dan gaya saya kini bukan menjadi persoalan" tambahnya.
Namun beliau meminta masyarakat jangan meniru penampilan sesetengah kaum, yang kalau diikuti pasti akan menjadi seperti kaum tersebut.
"Kita kata arak itu memabukkan. Siapa yang tidak pernah minum pasti akan mabuk jika dia minum. Begitulah jika kita meniru sesetengah budaya, kalau Barat yang (negatif) ditiru maka Baratlah yang menjadi budaya kita," ujarnya penuh makna.
Para penonton boleh berinteraksi secara langsung dan bertanya sebarang soalan melalui talian 03-22602411 atau 03-22601610 dan melalui fan page di Facebook untuk dibincangkan semasa siaran.
Petang tadi Ustaz Don memberi tazkirah tentang kalimah syahadah, yang perlu kita jaga. Di sana ada penerangan tentang ILAH dan Rabb.. Kalimah Allah hanya hak orang Islam. Syahadah adalah kesaksian kita terhadap Allah yang kita sembah, tiada ilah selain Allah dan Muhammad saw adalah rasul Allah yang terakhir. Kita kena ikat betul-betul pengakuan kita ini jangan sampai terbatal. Ustaz ada sebut tentang maksud aqidah yakni ikat, biasanya ikatan ini akan terputus, oleh sebab itulah kita perlu sentiasa bersyahadah, kita diwajibkan solat lima waktu. Bacaan kalimah syahadah kena betul.
Ketaatan itu adalah dengan taufik Allah dan maksiat adalah ketetapan Allah. Kita mesti beriman bahawa tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah (La hawla walaa quwwata illa billah).
Rasulullah saw bersabda : " tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah (La hawla walaa quwwata illa billah) merupakan khazanah di antara khazanah Arasy"
Ibnu 'Athaillah as-Sakandari menerangkan, “Sebaik-baik permohonan yang patut kita minta daripada Allah adalah supaya kita dapat melakukan semua yang diperintahkan Allah.”
Apa yang patut kita minta daripada Allah sebagai hamba, ialah mengharap kepada Allah agar meneguhkan iman dan keyakinan dengan bersungguh-sungguh (istiqamah) kepada ajaran Islam dan dapat melakukan ibadah dengan baik atau sempurna.
Itulah yang paling utama bagi hamba yang memohon kepada Allah. Mohonlah supaya kita dapat istiqamah dalam setiap amalan atau ibadah bagi mendapat manfaat dunia dan akhirat.
Apabila seorang hamba memohon kepada Allah, pohonlah agar dapat sentiasa mentaati-Nya, sentiasa dapat melaksanakan ibadah tanpa halangan, dan agar Allah memudahkan segala yang berkaitan dengan urusan kehidupan dunia dan akhirat. Hendaklah juga memohon kepada Allah agar terlepas daripada melakukan perbuatan maksiat atau dosa, serta mohonlah supaya diberikan kekuatan untuk melaksanakan semua ketaatan.
Daripada alam roh kita berhijrah ke alam rahim..9 bulan kemudian berhijrah ke alam dunia.
Ada dapat 10, 15, 50, 60 atau lebih setahun kemudian hijrah ke alam kubur, barzakh,
ada yang dah pergi semalam, hari ini dan akan datang,
kemudian kita akan hijrah ke kampong akhirat..
di alam barzakh ni kita hijrah sama ada ke syurga atau neraka
kemudian di situ takkan hijrah lagi kerana syurga dan neraka itu kekal abadi.
Kita ada dua tempat lagi yang kita nak kena hijrah masa berada di alam roh Allah bertanya:
Maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun)
dari sulbi (tulang belakang) mereka, dan Allah jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,
(sambil Dia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku ini Tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Bahkan! Sesungguhnya (Engkaulah Tuhan kami),
kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raaf 7:172)
Allah meniupkan roh di alam rahim.. ada lapisan kulit, dalam rahim air ketuban tersimpan di situ,
berapa orangpun muat 2, 3, 5, 7 orangpun muat. Ini adalah pelik, inilah kekuasaan Allah SWT di Amerika 7 orang boleh duduk, rahim ni nabi gambarkan sebagai Mina di Mekah, sumbatlah banyak manapun muat. Istimewanya rahim ni sama seperti Mina.
Tetapi bila dah masuk ke alam dunia kita tak boleh balik dah ke alam rahim.. begitulah seterusnya bila dah ke alam barzakh tak bloeh dah nak balik ke alam dunia.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (AL'ANKABUUT 57).
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. (AL ANBYAA' 35)
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (ALI 'IMRAN 185).
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). (YUNUS 49).
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (AL JUMU'AH 08).
Berikut ini sebagian kecil tanda-tanda seseorang mati dalam keadaan husnul khotimah :
1. Ditinjau dari kata-kata terakhirnya, apabila kata-kata terakhirnya adalah kalimah-kalimah toyyibah, maka itu tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.
Dari Mu`adz bin Jabal Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Barang siapa ucapan terakhirnya : La ilaha illallah, maka dia masuk surga" (HR Abu Daud & Al-Hakim).
Dari Anas bin Malik Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baiknya dzikir adalah La ilaha illallah dan sebaik-baiknya doa adalah Alhamdulillah" (HR At-Turmudzi & Ibnu Majah).
Karena itulah sunnah hukumnya membimbing orang yang sedang sakaratul maut untuk mengucapkan kalimat tahlil.
Dari Abi Sa`id Al-Hudri Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Bimbinglah orang mati kalian untuk mengucapkan La ilaha illallah" (HR Muslim).
2. Di tinjau dari aktifitas terakhirnya, apabila seseorang di masa-masa akhir hidupnya beribadah baik ibadah mahdho maupun ghoiru mahdho dan dia meninggal dalam keadaan beribadah atau usai menjalankan ibadah maka itulah tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.
Dari Ali bin Abi Tholib Ra, Dia berkata : "Suatu hari saya akan menunaikan sholat subuh di mesjid bersama Rasulullah Saw, tapi ditengah jalan aku bertemu dengan seseorang yang sudah renta juga mau ke mesjid untuk menunaikan sholat subuh, aku terus berjalan dibelakangnya, dan ketika kami berdua sampai di mesjid ternyata sholat berjamaah sudah usai, akhirnya aku sholat subuh berjamaah dengan kakek itu, dan ketika aku salam tahiyyat akhir si kakek tetap bersujud dan ternyata si kakek telah meninggal dunia, lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, bagaimana keadaan kakek ini di akherat?" Rasulullah menjawab, "Dia masuk surga" (HR Ahmad & Daruqutni).
3. Di tinjau dari hari terakhirnya (hari jum`at), begitu banyak orang-orang sholih yang meninggal dunia pada hari jum`at, karena mati pada hari jum`at adalah tanda kematian husnul khotimah.
Dari Ibnu umar Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tiada seorang muslim yang meninggal pada hari atau malam jum`at, kecuali Allah akan menyelamatkannya dari siksa kubur" (HR Ahmad & At-Turmudzi).
Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baik hari adalah hari jum`at, karena pada hari jum`at itulah Adam di ciptakan. Pada hari jum`at ia di masukkan ke surga dan pada hari jum`at ia di keluarkan dari surga. Pada hari jum`at ia wafat dan tidak akan terjadi kiamat kecuali hari jum`at" (HR As-Syafi`I dan Ahmad).
4. Di tinjau dari kondisi terakhir fisiknya. Kita sering menyaksikan seseorang meninggal dengan kondisi tubuh yang tidak wajar seperti tubuh gosong, penuh dengan luka dan nanah, berbau busuk, keluar belatung, lidah menjulur dan mata melotot atau bahkan tidak ada yang mau memandikan, mengkafani dan mensholatkan dll. Seseorang yang matinya husnul khotimah tidak akan mengalami kejadian-kejadian seperti diatas, malah sebaliknya seperti wajah mayit terlihat tenang dan damai bahkan ada yang tersenyum, banyak yang berta`ziyah dan mensholatkan dll.
Dari Abu Darda Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tidak akan keluar ruhnya seorang mu`min sampai dia melihat tempatnya di surga, dan tidak akan keluar ruhnya seorang kafir sampai dia melihat tempatnya di neraka" (HR Al-Baihaqi).
Dari Aisyah Ra, Rasulullah bersabda: "Tidak satu mayit pun yang di sholatkan oleh seratus orang kaum muslimin dan semuanya memintakan syafa`at untuknya, pasti syafa`at mereka di terima" (HR Muslim)
Semoga kita bersama di karunia Allah Swt untuk dapat berusaha dan berdoa supaya kita mendapat gelar husnul khotimah di akhir hayat kita. Amin Amin Yaa Robbal Alamin. Wallahu a`lam bisshowaab.
Sedutan daripada VCD Ingat Akan Mati, Hidup di alam Kubur.
Facebook Ustaz Kazim