Sunday, April 4, 2010

Huruf, kata, kalimat dan ucapan


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam. Artikel ini dipetik daripada Berita Harian - Ulul Albab : Al-Quran sedia asas interaksi berhemah. Sembilan perkataan beri panduan berkomunikasi secara bijak dalam pelbagai keadaan.

Seharusnya kita perlu rasa sangat bertuah dan syukur kepada Allah kerana ramai ulamak telah mengakji ayat-ayat al-Quran dan mempersembahkan kepada kita hasil kajian mereka.. dan sudah tentu dapat banyak manfaat daripada usaha para ulamak ini bagi yang mahu mencari dan menimba pengetahuan.

KUMPULAN huruf membawa makna kata, kumpulan KATA membawa makna kalimat dan kumpulan kalimat membawa makna ucapan. Huruf, kata, kalimat dan ucapan adalah tafsiran semua kehidupan manusia yang diolah otak sehingga merefleksi kebaikan atau keburukan, kebenaran mahupun kesalahan dan yang hak atau batil.

Keempat-empat faktor pentafsir kehidupan manusia di atas menurut istilah al-Quran disebut kalimah tayyibah (kalimah baik) dan kalimah khabithah (kalimah jahat atau buruk).

Al-Quran menjelaskan maksudnya iaitu :

"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah baik adalah sebatang pohon baik yang pangkalnya (akar tunjang) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buah pada setiap masa dengan izin Tuhan. Allah mengemukakan perbandingan itu untuk manusia supaya mereka beringat (mendapat pelajaran) dan bandingkan kalimah yang jahat atau buruk sama seperti pohon tidak berguna yang mudah terbongkar akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup". (Surah Ibrahim [14] : 24-26)

Jika ditelusuri ayat al-Quran, kita mendapat banyak pelajaran daripada sembilan perkataan yang disebutnya untuk kepentingan komunikasi dan interaksi berhemah sesama kita. Pelajaran ini sangat berguna demi menjaga dan memelihara keharmonian bermasyarakat seperti diinginkan al-Quran.

Jika ditelusuri ayat al-Quran, kita mendapat banyak pelajaran daripada sembilan perkataan yang disebutnya untuk kepentingan komunikasi dan interaksi berhemah sesama kita. Pelajaran ini sangat berguna demi menjaga dan memelihara keharmonian bermasyarakat seperti diinginkan al-Quran.

Perkataan dalam penggunaan bahasa al-Quran kadangkala disebut al-qaul, atau qaulan. Al-qaul disebut 32 kali, manakala qaulan disebut 20 kali.

DAN ada sembilan perkataan yang boleh kita jadikan asas interaksi.

Pertama, qaulan kariman atau perkataan yang mulia.

Ia disebut sekali dan dikaitkan dengan hubungan antara anak dan orang tuanya. Al-Quran menjelaskan maksudnya:

Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya, sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ha, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun. (Surah al-Israk: 23)

Kedua, qaulan makrufan atau kata baik yang disebut al-Quran empat kali.

Kata baik ini dikaitkan dengan hubungan manusia sesama mereka;

i) yang mempunyai kedekatan seperti suami isteri :

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain daripada menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah [2] : 235)

ii) dengan anak yatim, orang miskin dan kerabat

Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (8) (Surah al-Nisa [4] : 8),

iii) dengan orang di bawah jagaan kita

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu perniagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (Surah al-Nisa [4] : 5)

iv) dengan orang yang sentiasa berhubungan dengan kita

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab [33] : 32)

Ketiga, qaulan layyinan atau kata lemah lembut dan disebut al-Quran sekali.

Kata ini digunakan untuk menghadapi orang aniaya agar hati mereka tersentuh dan diharapkan boleh kembali ke jalan yang benar. Al-Quran menyebut maksudnya:

Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata yang lemah lembut, semoga dia beringat atau takut. (Surah Taha [20] : 44)

Keempat, qaulan balighan atau kata yang boleh memberi kesan pada hati.

Al-Quran menasihati kita menggunakan qaulan balighan ketika berdepan orang yang menentang sambil kita bersiap diri untuk berpaling daripada mereka. Perkataan ini disebut sekali dalam ayat 63 Surah al-Nisa.

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka. (Surah al-Nisa [4] : 63)

Kelima, qaulan sadidan atau perkataan yang betul yang menepati kebenaran.

Al-Quran menyebutkannya di dua tempat yakni ditujukan kepada kita agar sentiasa berkata betul dan menepati kebenaran.

i) Dalam ayat 9 Surah al-Nisa

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). (Surah al-Nisa [4] : 9)

ii) Dalam ayat 70 Surah al-Ahzab.

Allah berfirman maksudnya:

Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat benar (dalam segala perkara), supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal kamu dan mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Surah al-Ahzab [33] : 70)

Keenam, qaulan maysuran atau kata menyenangkan hati dan disebut al-Quran sekali saja dalam ayat 28 Surah al-Israk.

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. (al-Israk [17] : 28)

Sheikh Abdullah Basmeh dalam mentafsir ayat ini berkata: Yakni jika kita tidak mampu hendak memberikan apa-apa kepada kaum kerabat atau orang miskin atau musafir yang memerlukan bantuan, lalu kita tidak melayani mereka kerana menunggu kedatangan rezeki daripada limpah kurnia Allah yang diharapkan, maka pada saat itu janganlah kita memperkatakan sesuatu yang mengecilkan hati mereka, tetapi hendaklah berkata kepada mereka dengan cara yang baik dan berterus terang.

Ketujuh, qaulan thaqilan yang dalam istilah harfiyahnya bererti kata yang berat.

Ia disebut al-Quran sekali dan dikhaskan untuk persiapan menerima al-Quran sebagai aturan peraturan Allah di muka bumi seperti yang dijelaskan dalam ayat 5 Surah al-Muzammil

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (Surah al-Muzammil [73] : 5)

Kelapan, qaulan aziman atau perkataan dusta yang amat besar.

Ia disebut sekali dalam ayat 40 Surah al-Israk ditujukan kepada dakwaan batil orang musyrik dan kafir.

(Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar. (Surah al-Israk [17] : 40)

Kesembilan, al-qaul al-thabit atau kalimah tetap teguh.

seperti disebut dalam satu ayat saja yakni ayat 27 Surah Ibrahim yang bermaksud:

Allah menetapkan (pendirian) orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat. (Surah Ibrahim [14] : 27).

Semoga kita semua mendapat daripada artikel ini.. insyaAllah.

Thursday, April 1, 2010

Hari Penipuan




Salam Semua.

Apa dia April Fool?

Sebenarnya, April Fool adalah satu perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentara salib yang dilakukan dengan cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan walaupun diberi alasan atau dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan belaka.

Biasanya orang akan menjawab bahwa April Fool yang hanya berlaku pada 1 April adalah hari kita boleh atau dibenarkan menipu kawan-kawan, orangtua, saudara, atau lainnya, dan yang kena tipu atau dipermain-mainkan itu tidak boleh marah atau emosi ketika menyedari bahwa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya yang kena tipu akan turut tertawa setelah menyedari dia telah terkena April Fool. Jika marahpun bukanlah marah yang sebenarnya.

Perayaan April Fool bermula daripada satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan? April Fool, atau The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bersamaan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur berkembang menjadi sebuah negeri yang makmur. Islam telah menerangi Sepanyol. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa pergunungan.

Disebabkan sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai di kalangan orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami Tidak sahaja membaca Al-Quran, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha untuk membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.

Akhirnya mereka menemukan cara untuk menjatuhkan Islam, yakni dengan memulakan melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok ke dalam wilayah Sepanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Penyerangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, kelihatan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara salib mengetahui bahawa ramai muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan belayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa orang daripada kalangan orang Muslim diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan belayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakari rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada kaum perempuan dengan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedangkan para tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan daripada pemimpinnya, ribuan tentera salib segera membantai umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia kristian iaiitu 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada 1 April, orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas dibunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib menggunakan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan walaupun dengan alasan sekadar hiburan atau gurauan belaka.

Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya se-iman disembelih dan dibunuh oleh tentara salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut ada juga orang-orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, 5 abad silam.

Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena penipuan akibat jahil tentang sejarah April Fool ini.

Umat Islam tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembunuhan umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Sumber : Eramuslim.com

Amalan Hari Jumaat



Bismillahirrahmanirrahim.


Antara amalan-amalan terbaik pada hari Jumaat.


Sebagai seorang hamba Allah diyakini setiap orang mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.


Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :


• Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).


• Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.


• Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.


• Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.


• Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.


• Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.


Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?


Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang solat.


Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardhu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.


Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.


Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, Allah SWT akan memberi ganjaran kepada mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan


Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan solat tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinyatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan solat itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga."


Jangan tingggalkan solat tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat solat itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.


Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah solat sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian beri perhatian kepada khutbahnya.


Apabila selesai solat Jumaat, sebelum berkata-kata bacalah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya daripada syaitan.


Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah saw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.


Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat daripada banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.


Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredhai-Nya. Amin.


Oleh : Ustaz Zainudin Hashim@harakahdaily

Wednesday, March 31, 2010

Kisah Khalifah Harun al-Rashid dan Imam Malik


Bismillahirrahmanirrahim.

Diriwayatkan pada pemerintahan khalifah Harun al-Rashid di Baghdad, beliau telah berziarah ke Masjid Nabawi di Madinah. Ketika itu Imam Malik sedang menyampaikan pelajaran kepada kaum muslimin.

Setelah selesai, khalifah Harun al-Rashid berkata kepada Imam Malik: "Ya Malik, alangkah bahagianya kami jika anda mahu datang ke rumah kami dan mengajar Kami".

Mendengar pertuturan itu, imam Malik berkata: "Wahai Amirul Mu'minin, ilmu itu tidak mendatangi tetapi didatangi."

Lalu khalifah berkata lagi: "Baiklah jika begitu, mulai esok aku akan datang ke mari untuk mengikuti majlismu".

Imam Malik berkata pula: "Kalau Amirul Mu'minin hendak mengikuti pelajaranku di dalam masjid ini, anda tidak boleh terlambat, aku tidak boleh mengizinkan anda duduk di depan dengan melangkahi hadirin yang lain."

Harun al-Rashid menjawab: "Dengan senang hati wahai Imam Malik".

Keesokan harinya rombongan khalifah datang dan memasuki masjid. salah seorang daripada pengawalnya membawa kerusi untuk tempat duduk khalifah. Melihat hal itu, Imam Malik menyampaikan hadis Rasulullah saw.

"Barangsiapa bersikap rendah hati kepada saudaranya sesama muslim maka Allah akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa mengangkat dirinya terhadap mereka maka Allah akan merendahkannya".


Khalifah memahami bahawa ucapan Imam Malik itu ditujukan kepadanya. Lalu khalifah menyuruh pengawalnya mengalihkan kerusi itu dan beliau duduk bersama-sama jemaah yang lain.

Sebelum beliau meninggalkan Madinah dan pulang ke Baghdad beliau berkunjung ke rumah Imam Malik. "Wahai Malik, terimalah hadiah ini". katanya sambil memberikan wang 400 dinar.

Imam Malik menolak dengan berkata: "Maafkan aku, wahai Amirul Mu'minin. Aku tidak berhak menerima sedekah dan menerima hadiah".

Khalifah Harun al-Rashid terpegun dan bertanya: "Mengapa anda menolak hadiah sedangkan Rasulullah saw mahu menerimanya?"

Imam Malik menjawab: "Memang benar, tetapi aku bukan Nabi Muhammad saw. Ambillah wang anda kembali dan selamat jalan".

Pengajaran di sini ialah kita hendaklah sentiasa bersifat tawadhuk biarpun kita mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggai dalam masyarakat.

Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.

Sayyidul Istighfar

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membaca­nya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.



Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar me­lainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu se­mampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada ke­jahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau.

Keterangan dan Petua Beramal.

Menurut al-San’ani di dalam Subul ai-Salam, doa ini di namakan “sayyid” yang bermaksud penghulu kerana ia meng­himpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:

“Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golo­ngan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa.”

Petikan : Doa 74 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)