Islam melarang kita melampau dalam mencintai dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran..
Apabila kebencian seseorang melampaui batas, hatinya akan dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Mereka ini sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik!
Bagi orang yang berlebihan dalam membenci ini, sanggup membuka aib dan keburukan seseorang yang lain hanya untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikan orang yang dibenci nya itu..
Bagi orang yang mempunyai sifat benci yang melampaui ini akan merosakkan diri sendiri. Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata: " Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci. (riwayat al-Baihaqi)
Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: "Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. D
an bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
Bagaimana menjadi seorang yang bersederhana dalam menciantai dan membenci ?
Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap seseorang. Adakah kita membenci kerana ikut-ikutan, membenci tanpa sebab (tidak tahu puncanya) atau kerana ucapan atau perbuatan seseorang itu yang pernah melukai perasaan kita..?
Sekiranya kita "membenci tanpa sebab", ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Ini kerana, dia membenci setiap kali melihat atau mendengar nama orang yang dibencinya, tanpa melihat samada orang itu membuat kebaikan atau sebaliknya. Orang seperti sebenarnya sedang menderita sakit jiwa.
Bagi yang membenci kerana ikut-ikutan, biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sikap inibukan sikap islamik dan bukan ciri seorang muslim, ia mesti dijauhi..
Kebencian kepada orang yang pernah mengeluarkan ucapan atau kata-kata yang melukai perasaan atau perbuatan yang menyakiti hati kita juga harus disingkirkan.. Perkara yang remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur, padahal sikap ini sangat digalakkan oleh agama kita.
Sedangakan di dalam sebuah hadis ada mengatakan, orang yang lebih dahulu bertolak ansur dalam persengketaan adalah petanda kebenaran sebenarnya berada dipihaknya..
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara keduanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub)
Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang engkau timpakan kepada hambaMu di muka bumi ini. Amin YaRabbal Alamin..
Sumber : Permata Zultie