Friday, October 28, 2011

Fenomena 30 minit Ustaz Don - You Tube

Bismillahirrahmanirrahim.

Lagi fenomena 30 minit Ustaz Don



Friday, October 21, 2011

Fenomena 30 Minit Ustaz Don

Don Daniyal dalam usia 27 tahun mengendalikan program televisyen corak Islam untuk mereka yang muda dan sebaya dengannya.



Terdapat banyak maklum balas positif  menunjukkan program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat tempat di hati para penonton.

Bagaimanapun, beliau tidak menganggap kejayaan itu menjadikannya semakin popular atau glamor.

"Bukan ini saya kejar apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Sebabnya, kejayaan program ini terletak pada semua krew rancangan yang turut sama, yang bagaikan sebuah keluarga besar.

"Malah penonton juga adalah sebahagian daripada ahli keluarga program ini. Maka pujian dan penghargaan tidak harus pergi kepada saya seorang tetapi semua pihak yang saya sebutkan tadi," kata anak muda lepasan Universiti Al Azhar Mesir ini.

Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh Don Daniyal, iaitu Program Ihya Ramadan.

Selain Rancangan 30 Minit Ustaz Don ini, TV Al Hijrah sebagai saluran utama media elektronik bercirikan Islam di negara ini turut menyajikan pelbagai program keagamaan yang menarik.

Ini termasuklah Madrasah Al Hijrah, Muhasabah Diri, Jalan Orang Mukmin dan Signs Of The Creator yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati para penonton tanpa mengira latar belakang dan usia.

Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.

"Saya sedar membaca al-Quran di televisyen (tv) bukanlah kaedah pembelajaran al-Quran yang betul. Kita kena saling bertalaqqi secara fizikal antara guru dan pelajar dalam mempelajari al-Quran.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ia antara alternatif yang terbaik untuk kita belajar. Kalau selama ini tv boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan matlamat jadi tidak salah kita gunakan saluran ini untuk kita belajar agama dan membaca al-Quran," kata Don Daniyal.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Majalah dan Dokumentari TV Al Hijrah, Zainal Rashid Ahmad, tidak dinafikan kaedah pembelajaran agama yang terbaik mungkin boleh diperolehi melalui kelas-kelas di masjid, madrasah dan lain-lain majlis ilmu.

"Namun tidak mustahil kita 'memadrasahkan' tv sebagai satu cara pembelajaran. Oleh kerana media tv ini merupakan satu pembudayaan secara hiburan (culture entertaining) maka Ustaz Don kita jadikan ustaz di madrasah tv bagi mengajar anak-anak muridnya, iaitu para penonton TV Al Hijrah.

"Hasilnya alhamdulillah dengan pengenalan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh Don Daniyal, kita berjaya mendapatkan sekelompok besar penonton terutama golongan remaja sehinggalah golongan eksekutif muda wanita yang tidak melepaskan peluang menonton rancangan ini," katanya.

Ustaz Don, kata Zainal Rashid, berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan 'berat'.

"Ustaz Don tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat 'hidup', bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip dan 30 minit itu dirasakan seperti tidak cukup," katanya.

Namun apabila bercakap soal imej dan penampilan, Don Daniyal yang juga pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor meminta agar penampilannya yang mengenakan jubah dan serban bukan penghalang antaranya dengan para penonton.

"Yang penting, selagi penyampaian saya berlandaskan ilmu, bagaimana rupa dan gaya saya kini bukan menjadi persoalan" tambahnya.

Namun beliau meminta masyarakat jangan meniru penampilan sesetengah kaum, yang kalau diikuti pasti akan menjadi seperti kaum tersebut.

"Kita kata arak itu memabukkan. Siapa yang tidak pernah minum pasti akan mabuk jika dia minum. Begitulah jika kita meniru sesetengah budaya, kalau Barat yang (negatif) ditiru maka Baratlah yang menjadi budaya kita," ujarnya penuh makna.

Para penonton boleh berinteraksi secara langsung dan bertanya sebarang soalan melalui talian 03-22602411 atau 03-22601610 dan melalui fan page di Facebook untuk dibincangkan semasa siaran.

Boleh juga klik di SINI

Petang tadi Ustaz Don memberi tazkirah tentang kalimah syahadah, yang perlu kita jaga. Di sana ada penerangan tentang ILAH dan Rabb.. Kalimah Allah hanya hak orang Islam. Syahadah adalah kesaksian kita terhadap Allah yang kita sembah, tiada ilah selain Allah dan Muhammad saw adalah rasul Allah yang terakhir. Kita kena ikat betul-betul pengakuan kita ini jangan sampai terbatal. Ustaz ada sebut tentang maksud aqidah yakni ikat, biasanya ikatan ini akan terputus, oleh sebab itulah kita perlu sentiasa bersyahadah, kita diwajibkan solat lima waktu. Bacaan kalimah syahadah kena betul.


Fenomena Law Kana Bainana - Dakwah Ahmad Al-Shughairi


 


SEBIJI buah epal yang masak ranum dilihat berada di atas lantai sebuah pasar raya di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Beberapa orang yang lalu lalang berhampiran tempat jualan buah-buahan dan sayur segar itu langsung tidak mengendahkannya.

Kemudian, apabila seorang wanita muda berjubah hitam lengkap berpurdah melalui kawasan tersebut, dia pantas mengangkat buah epal yang berada di lantai lalu diletakkan semula di tempat asalnya.

Tindakan wanita itu ternyata mengundang sekuntum senyuman buat seorang lelaki yang bersembunyi sambil memerhatikan situasi tersebut melalui kamera tersembunyi di satu sudut pasar raya itu.

Tanpa menunggu lebih lama, lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi itu bergerak untuk menemui wanita tersebut. Ucapan tahniah tidak lekang diucapkan kerana kelakuan baik yang ditunjukkan wanita berkenaan.

“Terima kasih saudari kerana mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti tidak akan suka seandainya nikmat atau rezeki dibiarkan terjatuh di lantai begitu sahaja.

“Soalan saya, seandainya Rasulullah SAW ada di hadapan saudari selama seminit, apakah yang mahu saudari ucapkan kepada Baginda?” demikian pertanyaan yang dilontar pengacara berkenaan sekali gus menusuk hingga ke lubuk hati paling dalam bagi sesiapa yang mendengarnya.

Tiada jawapan yang keluar dari bibir wanita itu melainkan mutiara jernih yang mengalir dari kelopak matanya. Sejurus menghela nafas, dia pantas mengungkapkan: “Ia satu soalan yang sukar. Duduk bersama Baginda adalah impian semua orang. Andainya ia berlaku, saya ingin meminta kepadanya agar membawa saya jauh dari dunia ini.”

Itu antara pengisian rancangan televisyen bertajuk Law Kana Bainana (Andai Rasulullah SAW Bersama Kita) yang dicetuskan oleh Ahmad Al Shugairi, 38, merangkap pengacara untuk program yang menjadi fenomena di Semenanjung Tanah Arab dan di serata dunia.

Program berbentuk dakwah itu bertujuan mengajak umat manusia untuk mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.

Terbahagi kepada beberapa segmen, ternyata program itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama bagi golongan muda yang semakin melupakan keagungan insan bernama Muhammad bin Abdullah itu.

Bagaimanapun, inisiatif yang diambil Ahmad bagi menerbitkan rancangan sedemikian membuktikan bahawa sebenarnya segala amalan dan sunnah Nabi SAW masih menjadi ikutan serta pegangan sebahagian umat Islam di dunia ini.

Antara segmen yang terdapat dalam rancangan itu seperti rakaman kamera tersembunyi untuk mengetahui tindakan seseorang individu dalam pelbagai situasi, temu bual dengan pelbagai tokoh dalam bidang tertentu termasuk yang bukan Islam mengenai pandangan mereka terhadap Nabi SAW dan penceritaan sirah-sirah Nabawiyah secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

POPULARITI Ahmad menyebabkan dia sentiasa menjadi tumpuan lensa wartawan.

Pintu hati terbuka
Ironinya, Ahmad sendiri mengakui bahawa dia bukanlah seorang sheikh atau pendakwah yang memiliki ilmu agama yang luas dalam mengajak manusia mengenali Rasulullah SAW. Namun, rasa cinta yang menggunung tinggi terhadap Baginda SAW merupakan faktor utama dia berbuat demikian.

“Saya bukan seorang sheikh. Tetapi, apabila mula belajar untuk mengenali ketokohan Rasul Junjungan, saya terus jatuh cinta kepada Baginda dan berusaha mempelajari sirah-sirah yang menceritakan tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW,” ujar Ahmad ketika ditemu bual oleh akhbar The New York Times pada tahun 2009.

Menyingkap latar belakang Ahmad yang berasal dari Arab Saudi, dia pernah melalui zaman gelap sebagai seorang anak muda yang lalai daripada melakukan tuntutan agama.

Dilahirkan pada tahun 1973 dalam sebuah keluarga kosmopolitan yang kaya, Ahmad kemudian melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Long Beach, California pada usia 17 tahun.

Bertitik tolak dari situlah, dia mula mengabaikan suruhan agama seperti tidak bersolat dan tidak berpuasa. Sama seperti anak muda lain, Ahmad lebih gemar menghabiskan masa dengan acara hiburan dan keseronokan. Merokok, berseronok dengan wanita dan meminum arak antara perilaku negatif yang pernah dilakukan pemuda itu.

AHMAD turun ke padang sendiri untuk rakaman dengan orang ramai.


Cuma, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 22 tahun, Ahmad berusaha menjalani kehidupan menurut ajaran Islam yang sebenar. Dia turut menyesali kehidupan bebas yang dilalui ketika remaja.

Rentetan itu, Ahmad bertindak kembali ke Arab Saudi di samping mahu menguruskan perniagaan milik bapanya. Namun, isterinya tidak mahu mengikut corak hidup Ahmad yang mula berubah ke arah lebih Islamik dan ia membuatkan pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.

Di sana, Ahmad mula belajar dengan seorang ulama bernama, Adnan al-Zahrani yang mendedahkan kepadanya tentang idea bahawa kekuatan Islam datang daripada kepelbagaian dan keterbukaan dengan cara-cara pemikiran yang baharu.

Buat kali pertama, Ahmad menemui satu cara untuk mengimbangi gelodak jiwanya yang berperang dengan kehidupan sendiri di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Di Jeddah, Ahmad kemudian membuka sebuah kafe yang dinamakan Al-Andalusia untuk golongan muda mempelajari lebih lanjut tentang Islam menerusi koleksi buku-buku Islamik yang disediakan di kafe tersebut.
Sebelum menerbitkan rancangan Law Kana Bainana, Ahmad telah berjaya menarik perhatian dan menjadi inspirasi kepada ribuan pemuda pemudi di tanah Arab melalui program televisyen bertajuk Khawater (Pemikiran) sejak tahun 2004 hingga 2010.

Rancangan tersebut memberi tumpuan tentang bagaimana kehidupan Muslim pada masa dahulu dan zaman sekarang. Ia kemudian diiktiraf sebagai program paling berjaya di dunia Arab yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun.

LOGO rancangan Law Kana Bainana yang menjadi fenomena di Tanah Arab.


“Orang Islam dahulu kala merupakan cendiakawan dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan, astronomi dan matematik. Justeru, kita harus bangkit kembali untuk memastikan kegemilangan Islam akan terus berkekalan pada masa akan datang,” tutur Ahmad kepada Rahima al-Balushi, wartawan akhbar Times of Oman.

Bagi wartawan The New York Times, Robert F. Worth yang pernah menemu bual Ahmad, dia menganggap lelaki itu seorang bintang generasi baharu yang dikenali sebagai sheikh satelit.

“Menerusi beberapa rancangan televisyen yang diterbitkannya, Ahmad banyak membantu masyarakat dunia dalam meningkatkan pemahaman sebenar terhadap Islam yang sering dipandang serong.

“Pendekatan dakwah yang digunakan Ahmad sangat berhemah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang didekatinya,” kata Robert.

Friday, October 14, 2011

Tiga Perkara Yang Allah Redha dan Tiga Perkara Yang Allah Benci


Bismillahirrahmaniirahim

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah meredhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga perkara pula.

Allah meredhai kalian bila kalian:

(1) Beribadah hanya semata-mata kerana Allah, 

(2) Dan tidak mempersekutukan-Nya, 

(3) Berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya, dan janganlah kalian berpecah-belah 

Dan Allah membenci kalian bila kalian:

(1) Suka berkata tanpa asas, 

(2) Banyak bertanya (yang tidak berfaedah), 

(3) Menyia-nyiakan harta”

(HR. Muslim no. 1715) 

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)