Friday, June 24, 2011

Nota Untuk Diri

Bismillahirrahmanirrahim

Kini dunia ini semakin tua dan semakin hampir menuju saat kehancuran manakala kebanyakan hati manusia di dalamnya semakin jauh daripada Allah SWT dan syari'at agama yang diajarkan oleh RasulNya. Kemungkaran berleluasa di mana-mana sahaja hinggakan sebahagian daripada kita sentiasa resah dan gelisah. Walaubagaimanapun kehidupan perlu diteruskan biar bagaimana susah sekalipun. Bolehlah diibaratkan seperti kita berjalan di atas jalan yang penuh dengan onak dan duri, harus berhati-hati supaya tidak terkena duri lalu mencederakan kaki.

Allah perintahkan melalui Kitab dan RasulNya supaya kita semua menjalankan kehidupan ini dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan hendaklah dijauhi segala perkara yang dilarang olehNya. Kelak apa yang kita kerjakan di dunia ini akan dipertanggugjawabkan kelak. 

Allah SWT berfirman, 

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (Az-Zalzalah [99] : 7 - 8)

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"; (Al-Mulk [67 : 2

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga....  (Al-Israa' 17:7)..

Allah SWT mencipta kita dan membiarkan kita hidup di dunia ini supaya kita mengabdi hanya kepadaNya. 

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". (Adz-Dzaariyaat 51:56).

Hendaklah kita mendidik diri supaya dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh kebaikan yang berlandaskan syari'at yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Apabila kita menyedari bahawa kita telah melakukan dosa, hendaknya kita tidak berputus asa untuk kembali padaNya. Sedarlah betapa Kasih sayangNya mengatasi KemurkaanNya, sebagaimana ungkapan dalam satu Hadis Qudsi. Apabila berbuat dosa, janganlah menjadikan itu alasan untuk kita berputus asa dalam menggapai istiqamah mengabdi kepada Allah SWT, kerana boleh jadi itu adalah dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.

Berpegang teguhlah kepada Allah SWT dan RasulNya dan jangan sekali-kali kita berputus asa dan lari daripadaNya. Sandarkan kepada Allah yang Maha Mengatur dan Menentukan. Keyakinan hanya hadir apabila kita mengakui kelemahan diri dan kehambaan kita di hadapanNya. Tiada suatu tarikan dan lepas nafas daripada kita kecuali di situ di bawah pengetahuan dan kekuasaanNya dan keinzinanNya.

Punca segala maksiat, kelalaian, dan syahwat adalah bujukan nafsu. Punca segala ketaatan, kewaspadaan dan kebajikan adalah kekangan nafsu. Bersahabat dengan orang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya lebih baik bagi kita daripada bersahabat dengan orang pintar yang memperturutkan hawa nafsunya. 

Hendaklah kita ingatlah bahawa, amal yang berasal daripada hati yang penuh dengan keikhlasan tidak dapat dianggap sedikit, dan amal yang berasal daripada hati yang penuh dengan ketamakan tidak dapat dianggap banyak. Ingatlah bahawa syaitan tidak akan pernah lupa kepada kita, oleh itu hendaklah kita tidak lupa kepada Allah yang menguasai segala-galanya. Semoga Allah meredhai kita semua dalam perjalanan yang amat singkat ini.

Semoga kita dapat menemuiNya dalam keadaan membawa hati yang sejahtera.

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang  selamat sejahtera ;(Asy-Syu'araa' [26] : 88 - 89)

Tuesday, June 21, 2011

WAJAH DUNIA

N3 ini disalin dan ditampal daripada:


Dunia seperti wajah sebuah padang pasir, waktu berjalan di atasnya.
Banyak cerita berhambatan, terukir riak-riak beralun dipermukaannya yang kian hitam.
nanar apakah kini sehingga dalam kelam penghuni kian keliru;
mana benar, mana salah tiada neraca sanggup memberikan bacaan.
Wahai dunia, butir pasir jam masa kami kian habis
kerana sibuk dengan cerita, namun seperti mengunyah hampas tiada gizi yang ada hanya rasa dan racun.
Wahai dunia, bayumu tidak dingin lagi seperti dulu-dulu
anginmu tidak mengarak awan mendung buat mencurah hujan
cahaya yang melimpah seperti mencembung kanta hanya bisa membakar..
di sini yang berbaki hanya benci
yang tersisa hanya dendam
gajah sama gajah berkelahi; si kancil serjana mati tersepit
kuasa sama kuasa berkelahi; ilmu dan akal m
ati bergelimpangan!



Setidaknya masih beruntung jahiliah fasa satu
kerana....
Ada Rasul yang turun dari jabal Nur
membawa nur Ilahi,
peribadinya seperti salju mendinginkan.
ajarannya seperti cahaya menunjukkan.

Baiknya baginda merela tubuh tersiksa
peluh dan darah menulis sejarahnya...

Namun kini...yang tinggal hanya nostalgia
catatan itu kian samar pada wajah bumi yang kian terhakis!

Jahiliah fasa dua,
Rasul itu telah dilupakan
ajaran baginda bening sesepi ngarai..tiada pungguk umat rindukan bulan purnama Rasulullah.

lalu..
manusia tidak peduli agama kerana menyembah nafsu
manusia tidak peduli Rasul kerana menagih sokongan manusiawi
manusia tidak peduli neraka kerana nikmat duniawi
manusia boleh bertukar rupa lebih buruk dari puaka
yang hidup hanya nafsu
yang hidup hanya nafsu
yang hidup hanya nafsu

jiwa telah mati...maka di manakah agama?

Wajah dunia itu hakikatnya adalah cerminan wajah penghuninya...itu saja!

Monday, June 6, 2011

Berusaha dan Bertawakkal

Bismillahirrahmanirrahim

         
Ketaatan itu adalah dengan taufik Allah dan maksiat adalah ketetapan Allah. Kita mesti beriman bahawa tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah (La hawla walaa quwwata illa billah).

Rasulullah saw bersabda : " tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah (La hawla walaa quwwata illa billah) merupakan khazanah di antara khazanah Arasy"

3 perkara yang diredhai VS 3 perkara yang dibenci

Bismillahirrahmanirrahim

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah meredhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga perkara pula.
Allah meredhai kalian apabila kalian:
(1) Hanya beribadah kepada Allah semata-mata, (2) Dan tidak mempersekutukan-Nya, (3) Serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya, dan janganlah kalian berpecah belah.


Dan Allah membenci kalian bila kalian:
(1) Suka berkata tanpa dasar, (2) Banyak bertanya (yang tidak berfaedah), (3) Menyia-nyiakan harta”

(HR. Muslim no. 1715)  

Wednesday, June 1, 2011

Asas Hidup Beragama - Mengenal Allah



Asas hidup beragama ialah Mengenal Allah dan mencintai-Nya juga disebut Tadayyun. Seseorang yang bertadayyun di sisi Allah SWT juga disebut sebagai Rabbaniyyin.

Allah berfirman: 

A079

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (A-li'Imraan 3:79)

Setiap individu Muslim yang menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w. wajib menjadikan dirinya seorang yang Rabbani.


Setiap orang yang hidup bertadayyun dan menjadikan dirinya rabbani perlu melaksanakan seperti apa yang diikrarkan dan diulang-ulang sebut setiap kali dia menunaikan solat.


A162
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)


Bila bertadayyun kita kena menjalani seluruh kehidupan kita berdasarkan peraturan yang diperintahkan Allah.
Kena sentiasa bersama Allah. Pemikiran, hati, seluruh urat saraf dan denyutan nadinya, atau jiwa raga kita sentiasa mengharapkan Allah, kita amat memerlukan Allah, baik ketika senang, ketika susah, ketika kaya, ketika miskin, sakit atau sihat bahkan nak mengerdipkan matapun kita memerlukan pertolongan Allah.

A015

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Faatir 35:15

Allah itu Rabbil `alamin; iaitu Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Allahlah yang mengilhamkan kepada sekelian makhluk dan menunjuki jalan-jalan kehidupan. Rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya di dunia ini amat luas sehinggakan orang-orang kafir, fasik dan zalim juga dapat menikmati segala kurniaan Allah kepada sekelian makhluk didunia ini. Tidak ada yang melata di bumi melainkan Allahlah yang menyediakan rezeki untuk kehidupan mereka.

A006

Dan tiadalah sesuatupun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud 11:6

Sejak permulaan kewujudan alam ini, seluruh sistem bergerak, berjalan, beredar dan berputar dengan selari, selaras dan seirama, tersusun dengan amat sistematik, tepat dan tidak terlewat atau tercepat walau sedetik. Segalanya ini telah ditakdirkan, ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Azza wa jalla yang Maha Agung dan Maha Bijaksana. Segala-galanya ini telah tertulis oleh Qalam dengan perintah Allah di Lauh Mahfuz sebelum lain-lain kewujudan diciptakan Allah.

Allah telah mengulang-ulang hakikat RububiyyahNya ini berkali-kali dalam al-Quran bagi mengetuk jiwa manusia agar mengiktiraf kehebatan Allah, menerimaNya sebagai tuhan yang Esa yang disembah, ditaati dan diagungkan serta berserah diri sebagaimana Nabi Ibrahim sentiasa berserah diri iaitu 'dengar dan taat' tanpa mempersoalkan kenapa diperintahkan begini dan begini.

A131

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". (Al-Baqarah 2:131)


Dalam surah al-An`am Allah menyatakan:

A001

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka. (Al-An'aam 6:1

Allah lah  yang mencipta langit dan galaksi yang begitu hebat dan luas dan Dialah yang menciptakan bumi dan segala isinya. Allah juga yang menciptakan sinar cahaya yang berkilau terang benderang yang tidak mampu ditentang oleh mata dan Dialah juga yang menciptakan kegelapan yang pekat.

Itulah hakikat kekuasaan Rububiyyah Allah tetapi masih wujud manusia yang dengan kejahilannya masih menjadikan makhluk ciptaan Allah sebagai sembahan dan pujaan.

A002

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (Al-An'aam 6:2)


Allah mengingatkan kita hakikat kekuasaanNya dan mengingatkan bahawa ajal maut kita dan hari berlakunya kemusnahan alam ini telahpun ditentukan. Allah mencipta kita daripada tanah tetapi cubalah renungkan perbezaan antara kita diciptakan daripada tanah dengan patung buatan manusia.

Apakah ciptaan patung manusia yang juga dicipta daripada tanah itu bernyawa? Boleh melihat, mendengar,  berkata-kata, bergerak dan segalanya-galanya yang cukup bersistematik sebagaimana  manusia ciptaan Allah daripada tanah ini?.

Lihatlah betapa besar perbezaan antara kekuatan manusia dan kehebatan Allah, tetapi kenapa masih ada manusia meragukan hari kebangkitan?

A003

Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan. (Al-An'aam 6:3)


Allah menegaskan bahawa Dialah Tuhan yang mencipta, memiliki, memerintah, menguasai segala makhluk di langit yang luas dan di bumi yang kecil, malah Allah mengetahui dan mendengar apa yang terlintas di hati manusia.

Apakah patut manusia tidak menghiraukan amanah dan tujuan mereka diciptakan dan menghabiskan usia sementara ini sia-sia begitu sahaja? 

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)