Friday, July 29, 2011

Khutbah Rasulullah SAW Menjelang Bulan Ramadhan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamu'alaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat dinanti-nantikan kehadirannya oleh umat Islam, kerana dalam bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik bagi meningkatkan keimanan dan amal ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah (bulan yang penuh keberkatan), bulan maghfirah (bulan keampunan), sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya pelbagai ibadah dapat dilakukan, iaitu ibadah puasa, solat , zakat, bersedekah, bertadarrus al-Quran, berzikir dan lain2 dan pahalanya pula dilipatgandakan.


Menjelang kedatangan ramadhan Rasulullah saw. berkhutbah kepada para sahabat dan umat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan bersungguh2 serta berharap dengan sungguh2 kepada Allah swt akan keberkatan Ramadhan.


Berikut adalah sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan.


Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah.


Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakanNya. Dalam bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.


Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan pada hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin.


Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu daripada apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu daripada apa yang tidak halal kamu mendengarnya.


Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah akan dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih.


Dia menjawab kepada hambaNya ketika mereka menyeruNya, Dia menyambut hambaNya, ketika mereka memanggilNya, dan Dia mengabulkan permintaan hambaNya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia!


Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban dosamu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu iaitu memperbanyakkan solat sunat (antaranya ialah solat Tarawih).


Ketahuilah! Allah swt bersumpah dengan segala kebesaranNya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin (pada hari kiamat nanti).


Wahai manusia!


Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa pada bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan dia diberi keampunan atas dosa-dosanya yang lalu.Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah saw menjawab, : "Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air".


Wahai manusia!


Barangsiapa yang mempercantikkan akhlaknya pada bulan ini dia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari itu, banyak kaki-kaki tergelincir. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan ke atasnya pada hari Kiamat.


Barangsiapa menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari dia berjumpa denganNya.


Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silatuarahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan daripada api neraka.


Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu daripada ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia!


Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar syaitan tidak akan lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib ra berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama pada bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama pada bulan ini adalah menjaga diri daripada apa yang diharamkan Allah."


Inilah sebahagian daripada khutbah Rasulullah saw yang dibacakan menjelang bulan Ramadahan. Baginda sedar betul akan kemuliaan bulan Ramadhan ini, bulan Ramadhan bukan sahaja diwajibkan kita berpuasa tetapi bulan yang padanya diperuntukkan banyak keberkatan.


Marilah menghayati isi khutbah ini agar puasa dan akitiviti kita dalam bulan Ramadhan tahun ini bertambah baik daripada tahun2 sebelumnya, dan semoga berkekalan sehingga tahun2 berikutnya.

Sumber : SINI 


Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan!

Friday, July 15, 2011

Keadilan Ilahi


Bismillahirrahmanirrahim.
 
Pada suatu ketika, Nabi Musa as bermunajat kepada Allah di Bukit Thursina. Antara munajat yang dipanjatkannya ialah, "Ya Allah, tunjukkanlah keadilanMu kepadaku!"

Maka Allah berkata kepada Musa as, "Jika Aku menampakkan keadilanKu kepadamu, engkau tak akan dapat bersabar, dan tergesa-gesa menyalahkanKu."

"Dengan taufiqMu, aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilanMu."
kata Musa.



Allah berkata, "Kalau begitu, pergilah engkau ke mata air. Bersembunyilah engkau berhampiran dengannya dan saksikanlah apa yang akan terjadi."

Musa as pergi ke mata air yang ditunjukkan kepadanya. Dia naik ke atas sebuah bukit dan bersembunyi di situ.

Tidak lama kemudian datanglah seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, lalu berwudhuk, dan minum air. Setelah itu dia solat dan meletakkan sebuah kantung di pinggirnya yang berisi wang seribu dinar.

Setelah selesai menunaikan solat, penunggang kuda tadi bergegas pergi dan sangat terburu-buru sehingga dia lupa, kantung miliknya tertinggal.

Tidak lama kemudian datang seorang anak kecil untuk minum air dari mata air itu. Dia melihat ada sebuah kantung. Anak kecil itu pun mengambilnya. Setelah itu, dia pun segera pergi dari tempat itu.

Setelah anak kecil itu pergi, datang seorang lelaki tua yang buta. Dla mengambil air untuk diminum, lalu wudhuk dan solat.

Tak lama selepas itu, datang penunggang kuda yang ketinggalan kantungnya itu. Dia menemukan lelaki tua buta itu sedang berdiri dan akan segera pergi dari tempatnya.
 
Si penunggang kuda berkata, "Kamu pasti mengambil kantungku yang berisi wang di sini."

Kehairananlah lelaki tua buta itu. Lali dia berkata, "Bagaimana aku dapat mengambil kantungmu sedangkan mataku tidak dapat melihat?"

Penunggang kuda itu berkata, "Kamu jangan berdusta. Sebab, tidak ada orang lain selain kamu."
Lelaki buta pula berkata, "Betul, saya berada di sini sendirian. Namun kamu kan tahu, mataku tidak dapat melihat."

Si penunggang kuda berkata, "Mengambil kantung itu tidak harus dengan mata, bodoh! Tetapi dengan tangan! Walaupun mata kamu tidak dapat melihat, tanganmu tetap dapat digunakan."

Akhimya, lelaki buta itu dibunuh oleh penunggang kuda.
 
Setelah lelaki buta itu dibunuh, ia menggeledahnya untuk menemukan kantungnya. Namun, ia tidak menemukannya. Maka, ia pergi meninggalkan mayat lelaki buta tersebut.
 
Ketika Musa as melihat kejadian tersebut, dia berkata, "Ya Tuhan! Sungguh aku tidak sabar atas kejadian itu. Namun, aku yakin Engkau sangat adil. Kenapa kejadian seperti itu boleh berlaku?"

Tidak lama kemudian datanglah Jibril as dan berkata, "Allah memerintahkan ku agar menyampaikan penjelasanNya kepadamu. Dia menyebutkan bahawa diriNya sangat mengetahui perkara-perkara ghaib yang tidak engkau ketahui. 

Dia menyebutkan bahawa anak kecil yang mengambil kantung si penunggang kuda itu sebenarnya sedang mengambil haknya.

Dulu, ayahnya pernah bekerja di bawah si penunggang kuda. Namun, secara zalim, dia tidak dibayar atas pekerjaan yang telah diakukannya. Jumlah yang harus dibayarkan kepada ayah anak itu adalah sejumlah wang yang ada dalam kantung itu. Adapun lelaki buta itu adalah orang yang membunuh ayah si anak kecil itu sebelum ini, iaitu sebelum lelaki tua tersebut mengalami kebutaan."

Demikianlah. Sungguh Mahabenar Allah SWT yang telah berfirman, "



Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang melainkan Dia lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak melainkan Dia berada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (QS Al-Mujadalah: 7).

Thursday, July 7, 2011

Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Oleh Al Ustaz Zainudin Hashim
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

 Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Siapa Golongan Dayus..?

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:

“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:

“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”

Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:

“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?

Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah Allah selama ini kita nafikan..?

Mohon izin para sahabat tolong sebarkan link ini kepada kenalan lain melalui e-mail, friendster, tagged, facebook dll dengan salin dari tanda * hingga * untuk link ringkas.

* Israk Mikraj : Siapakah Lelaki & Wanita Ahli Neraka..?
Jemput ziarah;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/11/05/israk-mikraj-golongan-lelaki-dan-wanita-ahli-neraka/ *

Ayuh para sahabat, para penziarah halaman Qhazanah, jadikan mati itu sebagai penasihat dalam sesuatu apa sekali pun agar kita senantiasa berhati-hati dan meraih keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala..
Wallahua’lam..

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)