Monday, October 28, 2013

Ayat 'IZZI" (AYAT KEAGUNGAN)

Sumber : Google


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pengisian kali ini disalin dari sini.

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

  
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!(pengagungan yang sebesar-besarnya) (Al-Isra' [17] :111)

Ayat ini menerangkan bahawa kita mesti menyakini bahawa SEGALA PUJIAN ADALAH MILIK ALLAH SWT. Ini kerana ALLAHlah ZAT YANG MAHA SEMPURNA. Allahlah yg mencipta, mengatur dan memelihara segala sesuatu. 

Dalam ayat ini ada TIGA perkara yang menerangkan KEAGUNGAN ALLAH sehingga patut dipuji dan dibesarkan.

PERTAMA: Allah tidak mempunyai anak. Andainya Allah mempunyai anak, anak itu adalah sebahagian daripada Allah. Apabila anak itu sebahagian daripada Allah bererti Allah terdiri daripada beberapa bahagian. Sifat ini merupakan sifat kekurangan, bukan sifat kesempurnaan. Jadi dengan sifat TIDAK BERANAK itu terserlah keagungan Allah yang tidak serupa dengan makhlukNya.

KEDUA: Allah tidak mempunyai sekutu di dalam kerajaanNya. Allah Maha Sempurna. Andainya Allah mempunyai sekutu tentu makhlukNya tidak lagi sepenuhnya berdoa dan bersyukur kepada Allah kerana ada lagi sekutu yang berkuasa. Dengan tidak mempunyai sekutu maka terserlahlah keagungan Allah yang satu-satunya yang dituju dalam berdoa dan beribadah dan Dialah satu-satunya yang mengabulkan serta satu-satunya pula yang berhak dipuji dan dimuliakan.

KETIGA: Allah tidak mempunyai penolong daripada yang hina. Allah Maha sempurna kerana tidak memerlukan pertolongan daripada sesiapapun. Selain Allah adalah ciptaan Allah dan ciptaan Allah semuanya memiliki keterbatasan. Ciptaan Allah semuanya hina apabila dibandingkan dengan Allah Yang Maha Sempurna. Yang Mencipta tentu tidak sama dengan yang dicipta. Dengan tidak mempunyai penolong daripada yang hina maka terserlahlah keagungan Allah Yang Maha Mulia.

Daripada TIGA perkara tadi nampaklah kesempurnaan Allah, dengan sebab itulah ALLAH yang mesti dipuji dan dibesarkan.

Dalam ayat tadi ketiga-tiga perkara itu dimulai dengan kata "memuji Allah" dan diakhiri dengan kata "membesarkan Allah" bermaksud ALLAHlah yang semestinya dipuji kerana memiliki sifat-sifat yang sempurna dan sepatutnya dibesarkan kerana DIAlah satu-satunya Zat yang berhak dipuji dan dibesarkan. Tidak ada yang lain lebih sempurna daripada DIA.

Membesarkan Allah (TAKBIR). Takbir berasal daripada kata 'kabura-yakburu'. Secara harfiyah maknanya 'besar'. Kabbara-yukabbiru' maknanya membesarkan. Allahu akbar maknanya Allah Maha Besar. Jadi apabila kita bertakbir maknanya kita membesarkan Allah.

Bila kita mulakan solat kita bertakbir, begitu juga setelah selesai sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan kita bertakbir pada hari Raya 'Idul Fitri ataupun semasa berhari Raya 'Idul Adha. Apabila kita bertakbir kita kena yakin bahawa Allah sahaja satu-satunya Zat Yang Sempurna: Sempurna dalam mencipta, memelihara, mengatur, bahkan sempurna dalam setiap perbuatanNya.

Bertakbir boleh ditunjukkan dengan menyebutkan 'ALLAHU AKBAR" (Allah Maha Besar). Imam Al-Qurthuby dalam tafsirnya menulis bahawa sebutan 'Allahu Akbar' adalah sebutan yang paling sempurna dalam bahasa Arab bagi maksud membesarkan Allah SWT.

Saidina Umar bin Khattb ra berkata : Perkataan "Allahu Akbar" maknanya Allah Maha Besar daripada dunia dan apa sahaja yang ada di dalamnya.

Seorang hamba yang beriman pasti menyedari bahawa Allah sahajalah Yang Maha Besar. Selain Allah semuanya kecil dan tidak bermakna apa-apa di hadapan Allah SWT. Lalu di samping mengucapkan Allah Maha Besar bagaimanakah carnya supaya lebih sempurna DALAM MEMBESARKAN ALLAH?

Imam Fakhruddi Ar-Raazy dalam tafsirnya menyebutkan bahawa apabila membesarkan Allah hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allahlah Zat Yang Sempurna dan tidak memerlukan sesiapa. Hendaklah juga penuh yakin bahawa Allah memiliki sifat-sifat yang terpuji dan jauh daripada kekurangan dan keburukan. Dia juga hendaklah  yakin seyakin-yakinnya bahawa apa sahaja perbuatan Allah pasti penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan.

Membesarkan Allah juga dapat disempurnakan dengan MENTAATI semua hukum-hukum Allah, BERZIKIR dengan MENYEBUT nama-namaNya(SIFAT-SIFAT ALLAH) yang penuh dengan kebaikan (Asmaul-husna). Kemudian seseorang itu dapat juga MEMBESARKAN ALLAH dengan MENYEDARI bahawa bagaimanapun dia membesarkan Allah dengan ilmu yang ada padanya sesunguhnya dia belum lagi sampai kepada membesarkan Allah seperti kenyataan yang sebenarnya kerana SESUNGUHNYA ALLAH YANG MAHA BESAR itu LEBIH BESAR daripada pengetahuan yang ada pada dirinya ketika membesarkan Allah SWT.

Ini bererti apabila seseorg hamba itu sentiasa membesarkan Allah seperti yang disebutkan di atas tentu hidupnya akan kekal dalam kebaikan sebab dia telah menyatakan bahawa dirinya, keluarganya, harta bendanya dan apa jua yg ADA DI DALAM DUNIA INI adalah tidak mempunyai apa-apa nilai apabila berada di hadapan ALLAH YANG MAHA BESAR. Allahlah yg memiliki segala-galanya, mengatur dan menguasai, membinasakan dan melenyapkan, memelihara dan mengekalkannya. Allah berfirman:



Yang bermaksud: "Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi serta Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Jaathiyah [45]  : 37).

Pada saat seseorang itu memperakui kebesaran Allah SWT maka jadilah dia sebagai HAMBA ALLAH yang layak untuk DICINTAI dan DIKASIHI, DIJAGA dan DIPELIHARA, DIKUATKAN dan DIMENANGKAN serta diberikan KEBAHAGIAAN dan KESEJAHTERAAN. Ini kerana hamba tersebut telah menyerahkan semua urusan hidupnya kepada Allah yang mengatur dan menguasai alam ini. Allah pula tidak akan menyia-nyiakan hambaNya yang telah menyerahkan semua urusan hidupnya kepadaNya. Di sinilah rahsia tinginya kandungan takbir yang kita ucapkan itu. Hanya orang yang mengenal Allah sahaja yang akan mengerti apa yang kita sampaikan ini.

Daripada huraian di atas jelas kepada kita bahawa membesarkan Allah bererti MEYAKINI bahawa Allah adalah satu-satu Zat Yang Maha Sempurna dalam pentadbiran, sebagaimana Allah adalah satu-satunya Zat Yang Maha Sempurna dalam penciptaan dan perlindungan.

AYAT ini juga disebut juga sebagai "Ayat 'IZZI" (AYAT KEAGUNGAN). Rasulullah saw mengajarkan ayat ini kepada seluruh keluarga baginda tanpa terkecuali. Ini kerana kandungannya yang tinggi dan mulia. Ayat ini juga boleh diamalkan sebagai ZIKIR untuk menyembuhkan penyakit yang sedang diderita. (lihat dalam tafsir Ibnu Katsir).. Wallahu A'lam.


Wednesday, October 23, 2013

Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf



SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. 

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari). 


Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. 


Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.


Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. 

Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.

Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya. 

Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. 

Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan perasaan marah.

Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. 

Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya-Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.

Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. 

Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini.

Monday, October 21, 2013

Mari Beristighfar



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Lama benar tak jenguk blog ni..di bawah ini dikongsikan MANFAAT ISTIGHFAR LUAR BIASA yang disalin daripada FB

Bacaan Istighfar berbunyi "Astaghfirullah" atau lengkapnya "Astaghfirullahhal'adhim" merupakan kalimah yang sangat pendek dan bleh di ucapkan dengan mudah. Kalimah ini jika dibaca secara rutin dalam setiap waktu dan kesempatan, lebih-lebih setelah selesai melaksanakan solat akan memberikan kesan yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkannya.


Antara manfaat istighfar ialah:


1) MENGANGKAT DARAJATNYA DI SYURGA


Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata, "Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?" Allah berkata "Kerana istighfar anakmu untukmu." (HR.Ahmad dengan sanad hasan)


2) MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH 


Abu Hurairah ra berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah bersabda: Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (HR.Bukhari)


3) MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH


Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat."(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim)


4) BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI 


Allah berfirman: "Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (iaitu) orang-orang yang berdo'a: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada siksa neraka," (iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta'at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur." (Ali Imran [3] : 15-17)

5) TERHINDAR DARIPADA DIGELAR SEBAGAI ORANG YANG ZHALIM


Allah berfirman,"....Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim." (Al-Hujurat [49] : 11)

6) MEMPEROLEH RAHMAT ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

FirmanNya, “Hendaklah kalian meminta ampun kepada Allah Ta'ala, agar kalian mendapat Rahmat” (An-Naml [27] :46)

Didalam firman-Nya yang lain, 

“Maka aku katakan kepada mereka, "Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan dengan lebat, dan akan membanyakkan harta dan anak-anak kalian, dan mengadakan untuk kalian kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untuk kalian sungai-sungai." (Nuh [71] :10-12)

7) MENGGEMBIRAKAN ALLAH

Rasulullah bersabda, 

"Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang daripada kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir." (HR.Bukhari dan Muslim)

8) MENGECEWAKAN SYAITAN DAN MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA

Sesungguhnya syaitan telah berkata, "Demi kemulian-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya, "Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku" - (HR. Ahmad dan al-Hakim)

Ali bin Abi Thalib pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa. "Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi", kata Ali. Orang itu menjawab, Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi. Ali berkata, "Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi." Orang itu bertanya lagi, Sampai bila? Ali menjawab, Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi." (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73)

9) DOSA-DOSA AKAN DIAMPUN

Rasulullah bersabda, "Allah telah berkata, Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang menyakini bahwa Aku mampu untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya)." (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi)

Imam Qatadah berkata, "Al-Quran telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar." (Kitab Ihya Ulumiddin: 1/410)

10) MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA AZAB

Istighfar merupakan wasilah/sarana yang paling asas untuk membebaskan diri daripada azab, sebagaimana firman-Nya, “Dan tidaklah Allah Ta'ala akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (Al-Anfal [8] : 33)

11) SELAMAT DARIPADA API NERAKA 

Hudzaifah pernah berkata, "Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan ku masuk neraka. Rasulullah bersabda, Di mana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku sentiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam." (HR.Nasa'i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya)

12) MENDAPAT BALASAN SYURGA

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal." (Ali Imran [3] : 135-136)

13) MENGHILANGKAN KESEDIHAN DAN MELAPANGKAN KESEMPITAN

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

14) MELANCARKAN REZEKI

Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya." (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

15) BERKEPRIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK

Seorang ulama berkata,"Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila dia menyebut nama Allah, dia berasa bangga. Apabila menyebut dirinya, dia berasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah,d ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, dia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, dia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, dia segera beristighfar." (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67)

16) MUDAH MENDAPATKAN ANAK

Allah berfirman,"Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai." (Nuh [7] : 10-12)

17) MENGUSIR KESEDIHAN DAN MELAPANGKAN KESEMPITAN

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

18) MEMBERSIHKAN HATI

Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah satu noda hitam di hatinya. Apabila dia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya." (HR. Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi)

19) MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN

Ibnu Shabih berkata, "Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahawa lahannya (ladangnya) tandus, dia berkata, "Perbanyaklah istighfar". Lalu ada orang lain yang mengadu bahawa kebunnya kering, dia berkata, “Perbanyaklah istighfar”. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa dia belum punya anak, dia berkata, Perbanyaklah istighfar.” (Kitab Fathul Bari: 11/98)

20) MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG

Allah berfirman,"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Aisyah berkata, "Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka." (HR. Bukhari)

21) KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN

Allah berfirman,"Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Furqan [25] : 70)

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Hud [11] : 114)

22) BAYANGAN SEBAGAI ORANG MUKMIN 

Rasulullah bersabda, "Tidak seorangpun daripada umatku, yang apabila dia berbuat baik dan dia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah dia melakukan suatu yang tercela, dan dia sedar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu dia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahwa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin." (HR. Ahmad)

NOTA:

Istighfar adalah satu perkara bertaubat pula satu perkara. Istighfar adalah mohon ampun dan bertaubat adalah menyesal dan tidak melakukan kesalahan lagi.

Selamat berlatih membersihkan diri.

Tuesday, May 21, 2013

Mari kita cek hati





Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Mari kita cek hati.

SUATU hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?"

Murid-muridnya menjawab: "Ya."

Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Hati manusia
Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."

Ubat hati
Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan.

Namun orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam.

Sumber : Awas mati hati
Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR


Sunday, April 14, 2013

TAKUT



Takut kepada Allah adalah salah satu sifat mahmudah yang dituntut dan merupakan sifat orang-orang yang beriman. Seseorang yang sudah terbiasa melakukan maksiat akan menyebabkan hatinya mati dan dia tidak berasa salah melakukan dosa. Untuk menjadikan diri kita takut kepada Allah hendaklah ada ilmu yang mendorong kepada amal. 



Firman Allah SWT : 


35:28
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dalam kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.” (Surah Fathir [35] : 28) 


Firman-Nya lagi: 


3:175

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, Tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika betul kamu orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran [3] : 175) 
Dalam bahasa al-Quran takut ditakrifkan sebagai keinginan hati untuk menghindarkan diri daripada tertimpa sesuatu yang tidak diingini. Manusia pastinya takut dapat kesengsaraan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat, takut tertolak doa, takut amal tak diterima dan sebagainya. Takut pada tahap ini pun sudah memadai jika ada terdetik dalam hati setiap orang mukmin. Namun keinginan sahaja tidak memadai, hati kenalah digerakkan supaya berusaha mencari jalan bagaimana nak pastikan terelak daripada apa yang tak diingini itu. Jika takut mendapat kesengsaraan di dunia elaklah, contoh; jika takut kemalangan maka berhati-hatilah, pandulah dengan cermat, takut masuk neraka kenalah hindarkan daripada membuat apa yang Allah tak suka. 

5:28
"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam; (Surah al-Maaidah [5] : 28)
Ayat Al-Maaidah di atas menerangkan tentang dua orang anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil yang salah seorang ingin membunuh yang lainnya. Seorang yang ingin dibunuh tak melawan itu berkata dia takut kepada Allah. Ini kerana membunuh adalah dosa besar bila tak dapat pengampunan Allah. Dalam kisah cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf; Nabi Yusuf pun berkata dia takut akan Allah bila Zulaikha menggodanya.


Jika tidak mempunyai rasa takut, sudah tentu seseorang mudah melakukan segala larangan Allah dan sukar melaksanakan perintah-Nya. Orang yang tidak takut Allah di dunia akan menjadikan dirinya takut di akhirat kelak, manakala orang yang takut kepada Allah di dunia akan menghilangkan perasaan takut di akhirat. 

Salah satu manfaat yang diperoleh seseorang hamba jika dia takut kepada Allah ialah membuatkan hamba berada di bawah naungan Arasy pada Hari Kiamat kelak. 

Diriwayatkan al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takut akan Allah.” 

Makna zahir hadis menunjukkan lelaki itu mengungkapkan bahasa lisan supaya wanita yang mengajaknya melakukan maksiat, menghentikan perbuatannya sekali gus mengingatkan dirinya untuk tetap menolak dan tidak berganjak sedikit pun daripada prinsipnya. Disebutkan lagi dalam hadis yang bermaksud: “Dan lelaki yang berzikir mengingati Allah bersendirian, lalu berlinanganlah air matanya.” 

Rasa takut terhadap Allah SWT menyebabkan lelaki itu menangis, membuatkan matanya tidak tersentuh oleh api neraka pada hari kiamat kelak. Selain itu, takutkan Allah SWT akan mendatangkan keampunan daripada-Nya. 

Bukti atas kebenaran ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari yang menceritakan perihal seorang lelaki dalam kalangan orang sebelum kita. Dia seorang yang sangat jahil dalam masalah agama tetapi Allah memberinya rezeki berupa harta yang banyak. Ketika lelaki itu mendekati ajal, dia bertanya kepada anaknya: “Hai anak-anakku! Bagaimanakah menurut pendapat kamu keberadaanku bagi kamu semua? Mereka menjawab: Engkau adalah ayah yang paling baik. Lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku belum pernah melakukan amal kebaikan sama sekali. Oleh itu, apabila aku mati bakarlah jenazahku, kemudian lumatlah arangku sehingga menjadi abu, lalu taburkanlah pada hari yang ada angin besar. Seterusnya, anak-anaknya melakukan apa yang dipesan oleh ayah mereka. 

Padahal bagi Allah amat mudah untuk mengembalikannya seperti semula. Lalu Allah SWT bertanya: “Apakah yang mendorongmu berbuat demikian? Dia menjawab: Kerana takut akan-Mu. Akhirnya Allah merahmatinya dan memaafkan kejahilannya. 

Ternyata rasa takutnya yang amat sangat kepada Allah dapat menolongnya. Dia dikatakan sedemikian kerana dia masih termasuk dalam kalangan orang yang mempercayai hari pembalasan. Seandainya dia mengingkarinya bererti dia adalah orang kafir dan tentu dia tidak akan beroleh keampunan daripada-Nya. 

Orang yang takut kepada Allah dapat memasukkan pelakunya ke dalam syurga kerana Nabi SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang takut tentulah dia berangkat sejak permulaan malam. Sesiapa yang berangkat pada permulaan malam, pasti akan sampai ke tempatnya. Ingatlah, sesungguhnya barang dagangan Allah itu mahal. Ingatlah sesungguhnya barang dagangan Allah itu ialah syurga.” 

Ertinya, sesiapa yang takut diserang musuh pada penghujung malam tentu dia akan berangkat sejak permulaan malam sehingga sampai ke tempat dengan aman dan tercapai tujuannya. 

Ungkapan ini adalah perbandingan dibuat oleh Rasulullah SAW untuk orang yang menempuh jalan akhirat. Sesungguhnya syaitan menghalang di tengah jalan berserta nafsu yang sentiasa memerintahkan kepada keburukan dan angan-angan kosong. 

Jika seseorang sentiasa berwaspada dalam perjalanannya dan berniat tulus dalam beramal, pasti akan aman daripada gangguan syaitan, tipu muslihatnya serta terhindar daripada rompakan di tengah jalan. Inilah barang dagangan Allah. 

Sesiapa yang menerimanya, pasti akan termasuk kalangan orang yang beroleh keamanan. Takut yang disuruh ialah takut yang boleh mendorong pelakunya untuk mengerjakan perbuatan diwajibkan oleh Allah SWT di samping melakukan perkara disunatkan serta mendorong meninggalkan perkara diharamkan, syubahat dan makruh. 


32:16
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.(Surah as-Sajdah [32] : 16)
Di dalam al-Quran ada pelbagai kalimah yang Allah gunakan untuk menerangkan tentang takut, boleh baca di sini. Mudah-mudahan memberikan manfaat.

Friday, April 12, 2013

Tetamu Terakhir


Bismillahirrahmanirrahim.

Tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungi kita? Tahukah anda apa tujuan ia menziarahi dan menemui kita? Apakah hajatnya dari kita?

Ketahuilah! Ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu, atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberikan sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan!!

Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut!

Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat mencegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu!!

Untuk menemuimu, ia tidak perlu pintu masuk, atau meminta izin, dan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun; ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedang sehat ataupun sedang sakit, semasa kamu masih kaya ataupun sedang melarat, ketika kamu sedang bemusafir atau pun tinggal di tempatmu!!

Saudaraku! Pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah. Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan-ucapan dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat-sahabat yang menolongmu. Ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungan-perhitunganmu dan meninjau kembali urusanmu!

Kalau pun kamu berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh hartamu itu tidak bererti apa-apa baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya!

Sungguh! Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain! Ia menginginkanmu semuanya bukan separuh badanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawamu! Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dia lah malaikat maut!!!

Allah SWT berfirman, ertinya:

“Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.” (As-Sajadah [32] : 11)

Dan firman-Nya, ertinya:

“Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya) ” (Al-An’aam [6] : 61)

Tahukah kamu bahawa kunjungan Malaikat Maut merupakan sesuatu yang pasti? Tahukah kamu bahawa kita semua menjadi musafir di tempat ini? Sang musafir hampir mencapai tujuannya dan mengekang kenderaannya untuk berhenti?

Tahukah kamu bahwa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan ‘kenderaan usia’ sudah mendekati destinasi terakhirnya? Sebahagian orang soleh mendengar tangisan seseorang atas kematian temannya, lalu ia berkata dalam hatinya, “Aneh, kenapa ada kaum yang akan menjadi musafir menangisi musafir lain yang sudah sampai ke tempat tinggalnya?”

Tahukah kamu bahwa kunjungan Malaikat Maut kepadamu akan mengakhiri hidupmu? Menyudahi aktivitimu? Dan menutup lembaran-lembaran amalmu?

Tahukah kamu, setelah kunjungan-nya itu kamu tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun? Tidak dapat melakukan shalat dua raka’at? Tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitab-Nya? Tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walau pun sekali? Tidak dapat berpuasa walaupun sehari? Bersedekah dengan sesuatu meskipun sedikit? Tidak dapat melakukan haji dan umrah? Tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau pun tetangga?

‘Kontrak’ amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu!!

Allah s.w.t. berfirman, ertinya:

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia); Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Al-Mu’minun [32] : 99 -100)

Oleh itu mana persiapanmu untuk menemui Malaikat Maut? Mana persiapanmu untuk menyongsong huru-hara setelahnya; di alam kubur ketika menghadapi pertanyaan, ketika di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang, ketika diperlihatkan lembaran amal kebaikan, ketika melintasi Shirath dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?

Daripada ‘Adi bin Hatim ra  berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak seorang pun daripada kamu melainkan akan diajak bicara oleh Allah pada hari Kiamat, tidak ada penterjemah antara dirinya dan Dia, lalu ia memandang yang lebih beruntung darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah diberikannya dan memandang yang lebih sial darinya, maka ia tidak melihat selain apa yang telah diberikannya. Lalu memandang di hadapannya, maka ia tidak melihat selain neraka yang berada di hadapan mukanya. Kerana itu, takutlah api neraka walau pun dengan sebelah biji kurma dan walau pun dengan ucapan yang baik.” (Muttafaqun ‘alaih)

Oleh itu bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapangmu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah sebelum melakukan suatu pekerjaan yang kelak akan dicatit di lembaran amalmu.

Di mana harta benda yang telah kau kumpulkan? Apakah ia dapat menyelamatkanmu dari cubaan dan huru-hara itu? Sungguh, tidak! Kamu akan meninggalkannya untuk orang yang tidak pernah menyanjungmu dan maju dengan membawa dosa kepada Yang tidak akan bertolak ansur denganmu!


*****************

Semoga dengan membaca peringatan di atas kita akan sentiasa muhasabah diri.. sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan mungkar. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Mereka akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukannya terhadap Allah SWT kerana takutnya diri ini kepada kekuasaan-Nya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan.

Monday, April 8, 2013

jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik


Sumber


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kedekut atau bakhil ataupun kikir adalah salah satu sifat atau penyakit manusia yang berkaitan dengan harta. Penyakit ini telah wujud sejak dari zaman dahulu kala. 

Allah SWT berfirman yang maksudnya: 

17:100
Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut. (al-Isra' [17] ’: 100)
Lalu, apabila diuji dengan banyaknya harta, maka ada manusia yang tipis imannya akan menjadi manusia yang kedekut. Allah SWT menjelaskan lagi perihal ini di dalam al-Quran yang maksudnya: 

5:9
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu menyebabkan kamu lalai daripada mengingati Allah, dan sesiapa yang berbuat seperti itu, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (al-Maidah [5] : 9)
Oleh itu, Islam memang mengakui bahawa sifat kedekut ini ada dalam diri manusia. Maka, awal-awal lagi Allah SWT telah memberikan pesanan, agar manusia tidak menjadi kedekut dalam kehidupannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: 

3:180
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat. (ali Imran [3] : 180)
Walau bagaimanapun, perangai kedekut ataupun bakhil ini masih mendominasi diri kebanyakan manusia, sehingga menyebabkan mereka merasa begitu sayang untuk menafkahkan harta kekayaan ke jalan-jalan kebajikan yang diredai Allah SWT.

Misalnya, apabila mahu memberikan sedekah maka mereka memilih wang yang kecil sahaja jumlahnya. Mereka merasa tidak malu kepada Allah SWT, kerana diberikan rezeki yang banyak, mampu membayar saluran televisyen berbayar, bil telefon dan pelbagai lagi sehingga ratusan ringgit sebulan misalnya. namun untuk memberi sedekah RM10 sebulan pun terlalu berkira-kira.

Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sabda-Nya: “Jauhkanlah diri kamu daripada kebakhilan, kerana sifat bakhil itulah yang membinasakan orang-orang terdahulu. Sifat bakhil telah menyuruh mereka berbuat zalim, maka mereka melakukan perbuatan zalim. Sifat bakhil (juga) telah menyuruh mereka memutuskan tali kekeluargaan, maka mereka memutuskan tali kekeluargaan." (riwayat Abu Daud)

Apakah tidak zalim namanya kerana sanggup membelanjakan wang dan harta ke jalan yang sia-sia, berhibur siang dan malam, makan dan minum secara berlebihan, membeli pakaian mahal tanpa keperluan dan sebagainya lagi, sedangkan pada masa yang sama masih ada saudara-maranya, jiran tetangga malah kaum kerabatnya yang mungkin memerlukan bantuan.

Bukankah semua ini menzalimi dirinya kerana akan diheret ke neraka kerana melakukan pembaziran dan pada masa yang sama menzalimi orang lain yang memerlukan? Apakah tidak mungkin akan tercetusnya perasaan marah, benci dan sakit hati golongan ini andai mengetahui, wang si kaya dihamburkan tanpa sedikit pun diagihkan kepada mereka yang sering kelaparan dan kesusahan?

Kesimpulannya, perangai kedekut ini adalah penyakit hati yang amat merosakkan manusia, sama ada di dunia mahu pun akhirat. Malah, jika dikaji dengan lebih mendalam, masih banyak lagi kesan dan akibat buruk sifat kedekut ini ke atas diri manusia. Namun, untuk ruangan ini, rasanya apa yang dipaparkan di atas sudah memadai. Apa yang lebih utama, sudahkah kita bersedia untuk mengikis sifat kedekut dan belajar menjadi lebih pemurah dari sehari ke sehari? Wallahua’lam.



Friday, April 5, 2013

KISAH - BALASAN MEMPERMAINKAN SUNNAH DAN HADITH




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kisah ini dicopy n paste daripada FB Kami Sayang Rasulullah S.A.W

Ibnu Khalikan meriwayatkan dalam al-Wafayat dan ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, daripada tulisan Qutubuddin al-Yuniniy, "Telah sampai kepada kami cerita tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Salamah dari daerah Busra yang berperangai keji dan gemar mempermainkan hadith"

Pada suatu hari dia telah mendengar tentang siwak (bersugi) dan kelebihan menggunakannya. Apabila mendengar perkara tersebut, dia berkata, 

"Demi Allah ! bagiku siwak ini hanya layak digunakan di tempat keluar ini, " sambil menunjukkan bahagian punggungnya kemudian mengeluarkannya kembali.

Akibat daripada perbuatan kejinya itu, dia telah merana selama 9 bulan mengadu sakit dalam perut dan bahagian dubur.

Setelah berlalu 9 bulan itu, dia telah melahirkan seekor binatang yang ganjil sifatnya, seperti seekor tikus. Tetapi binatang itu mempunyai kepala seperti kepala ikan dengan empat batang taring yang amat besar, ekor yang tajam, dan empat batang jari. Bahagian belakangnya pula seperti belakang arnab. 

Sebaik sahaja keluar dari perut Abu Salamah, binatang itu terus menjerit sebanyak 3 kali sebelum dipukul oleh anak perempuannya dibahagian kepala hingga mati.

Abu Salamah hanya diberikan Allah umur selama dua hari selepas musibah itu berlaku ke atasnya. Sebelum matinya, dia sempat berkata haiwan ini telah pun membunuhku dan memakan ususku.

Peristiwa pelik itu turut disaksikan oleh ramai penduduk setempat dan para guru, sebahagiannya sempat menyaksikan haiwan itu semasa masih hidup dan sebahagiannya yang lain melihatnya selepas mati dibunuh.

Perkara seperti in ijuga pernah berlaku seperti yang diriwayatkan oleh Imam an-Nawawi dalam al-Bustan dengan sanad yang sahih daripada Zakaria as-Saji seperti berikut:

Terdapat seorang yang berakhlak buruk pernah mengejek para pelajar hadith dengan berkata, 

"hati-hatilah kamu, jangan sampai terpijak sayap para Malaikat, nanti patah !"

Dia berniat dengan tindakannya ini semata-mata untuk mempermainkan hadith sahih yang diriwayatkan oleh ramai,yang bermaksud:

'Sesiapa yang pergi menuntut ilmu nescaya Allah akan melorongkan laluan yang mudah untuknya ke Syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu' 

(Riwayat Ahmad (no 18577), Riwayat Tarmizi (no 2898), Riwayat Abu Daud (no 3643), Riwayat Ibnu Majah (no 228))

Akibatnya tidak semena-mena beliau menjadi kaku dan tersembam jatuh ditempat ia berdiri.

Peristiwa yang hampir sama juga berlaku dalam sebuah riwayat oleh Abu Daud yang menceritakan perangai seorang pelajar yang mempertikaikan sabda Nabi Muhammad S.A.W menerusi hadith tersebut. Dia memasang paku di bahagian bawah kasutnya dengan tujuan menyakiti malaikat dengan berkata, 

"Aku ingin malaikat merasai sakit dengan paku ini".

Perkara ini telah menyebabkan kakinya diserang kulat yang dahsyat. Manakala dalam riwayat lain yang berbeza, dia telah menjadi lumpuh pada keseluruhan kaki dan tangannya.

PENGAJARAN:

1) Sunnah merupakan peninggalan yang amat berharga daripada Rasulullah S.A.W. Namun, ramai yang acuh tidak acuh malah ada yang MENGHINANYA. Semoga kisah ini dapat memberikan keinsafan kepada diri kita dan mereka.

2) Setiap zaman pasti ada golongan yang mahu MEMPERLEKEHKAN SUNNAH Baginda. Umat Islam perlu bangkit dan bersatu mempertahankan sunnah Baginda dengan apa juga bentuk yang difikirkan wajar.

3) Menjaga Sunnah juga bukan bermaksud sekadar mengamalkan secara zahir seperti cara makan dan berpakaian. Namun perjuangan Baginda dalam menyebarkan risalah Islam juga perlu diteruskan.

Sebarkan sahabat..Jazakallahu Khairan Kathira

Friday, March 22, 2013

Tujuh Dosa Besar





 Bismillahirrahmanirrahim


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 65 surah az-Zumar :

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَ‌كْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai nabi Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

Umat Islam sentiasa diperingatkan oleh agama berkenaan dosa pahala, Syurga Neraka, dunia akhirat agar kita tidak lalai sehingga melampaui syariat. Sesuai dengan sistem agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya maka berjayalah umat yang meletakkan Islam sebagai cara hidup dan betapa ruginya umat yang hanya menjadikan agama hanya berguna pada perkara yang selari dengan kehendak nafsunya dengan menolak system agama yang bercanggah dengan nafsu serakahnya. Jadikanlah diri kita sebagai warga akhirat yang menjadikan dunia hanya sebagai tempat persinggahan dalam mengumpul sebanyak mungkin bekalan akhirat. Jangan sama sekali jadikan diri kita sebagai warga dunia yang menjadikan dunia yang sementara ini sebagai matlamat hidup sehingga mengenepikan akhirat. Nabi Muhammad s.a.w sentiasa memperingatkan kita bahawa dunia adalah tempat untuk beramal manakala akhirat nanti adalah tempat untuk kita menerima pembalasan samada Syurga yang penuh nikmat atau Neraka yang penuh azab. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkat amal soleh disamping menjauhi dosa derhaka terhadap Allah terutama 7 dosa besar sebagaimana yang diungkapkan oleh nabi s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RH:

قال الرسول : اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوْبِقَاتِ ؟ قَالُوا يَارَسُوْلَ اللهِ وَ مَا هُنَّ ؟ قَالَ الشِرْكُ بِاللهِ وَ السِّحْرُ وَ قَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَ أَكْلُ الرِّبَا وَ أَكْلُ ماَلِ الْيَتِيْمِ وَ التَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَ قَذْفُ الْمحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ

Maksudnya : Jauhilah 7 perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah 7 perkara tersebut?. Baginda menjawab: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan untuk dibunuh kecuali dengan haq (benar), makan riba, makan harta anak yatim, lari dari pertempuran dan menuduh zina terhadap wanita beriman yang terhormat serta menjaga kehormatan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 43 surah al-Furqan :

أَرَ‌أَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Maksudnya : Nampakkah (wahai nabi Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?.

Dosa paling besar yang wajib kita jauhi ialah dosa syirik mempersekutukan Allah. Biasanya kita mudah nampak apabila manusia yang syirik pada Allah dalam menyembah patung berhala, matahari, pokok dan sebagainya yang dianggap sebagai tuhan. Apa yang jelas masih diteruskan oleh pemimpin walau pun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa ialah penghormatan kepada Tugu Negara. Begitu juga sikap memperkecilkan sistem Islam dengan penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Islam disamping membiarkan suara-suara sumbang dari kalangan umat Islam sendiri yang memperlekehkan undang-undang Islam dalam masalah hukum Hudud, penutupan aurat, pergaulan bebas dan sebagainya akibat dirasuk dengan fahaman sesat sekulerisme yang memisahkan antara agama dan urusan mentadbir dunia. Oleh itu kita wajib bersyukur kepada Allah atas nikmat iman dan Islam yang wajib dijaga termasuk kita yakin bahawa Allah sahaja yang Maha Memberi rezeki di mana makhluk termasuk pemimpin hanya sebagai suatu cara untuk menyampaikan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Menjadi suatu kesalahan besar jika terlalu terhutang budi kepada orang yang berbuat baik kepada kita termasuk ibubapa sehingga kita mengikut suruhan yang bercanggah daripada syariat Islam. Ingatlah alasan terakhir Firaun bila tidak mampu melawan kekuatan hujah nabi Musa a.s. iaitu mengungkit jasa beliau yang menjaga dan memberi makan minum nabi Musa semenjak dari kecil lagi namun dengan tegas ditolak oleh Musa a.s bahawa baginda tidak akan menyokong syirik dan kezaliman serta memperingatkan Firaun bahawa Pemberi rezeki yang sebenar adalah Allah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Dosa besar yang kedua ialah amalan sihir di mana tidak dapat dinafikan ada ramai di kalangan umat Islam sendiri yang terlibat dengan amalan ini termasuk masalah mencari kedudukan dalam politik kepartian sehingga negara pernah digegarkan dengan pembunuhan wakil rakyat oleh bomoh. 

Dosa besar yang ketiga ialah membunuh orang tanpa sebenar di mana kita melihat akhir-akhir ini pembunuhan yang berlaku dalam negara semakin meningkat. Ia disebabkan daripada sifat tercela yang merasuk jiwa seperti hasad dengki, gagal mengawal kemarahan, gila harta dan pangkat disamping mabuk dan ketagihan dadah. Imam Hasan al-Basri berkata : “ 4 perkara di mana sesiapa yang memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkannya daripada azab Neraka iaitu sesiapa yang mampu menahan diri ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan”

Firman Allah dalam ayat 93 surah an-Nisa’ :

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّـهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 278 – 279 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dosa besar yang keempat ialah makan riba di mana kita di Kelantan Alhamdulillah tindakan bijak kerajaan negeri untuk mengeluarkan simpanannya dari bank riba menyebabkan semua bank bertindak mengadakan kaunter perbankan Islam. Sedangkan kesungguhan di peringkat negara terhadap haramnya riba masih dingin di mana banyak amalan riba bukan sahaja diteruskan malah disuburkan lagi sedangkan dunia sedang menyaksikan sistem riba antara sebab utama ekonomi dunia semakin hancur dan banyak negara menjadi muflis. Akibat teralu seronok dengan janji syaitan bahawa riba menguntungkan menyebabkan amaran Allah yang mengisytiharkan perang terhadap amalan riba dipandang sepi.

Dosa besar yang kelima ialah makan harta yatim dengan cara yang bercanggah dengan syariat. Islam begitu memuliakan anak yatim dan golongan yang menjaga kebajikan mereka disamping memberi amaran keras kepada sesiapa yang mengkhianati anak yatim. Firman Allah dalam ayat 34 surah al-Isra’ :

وَلَا تَقْرَ‌بُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۚ وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Dosa besar yang keenam ialah lari daripada medan perjuangan. Kita sebelum ini menyaksikan bagaimana pencerobohan terhadap bumi Palestin, Iraq dan sebagainya yang menuntut jihad peperangan terhadap musuh Islam. Manakala dalam masa sebulan lebih ini kita didedahkan dengan pencerobohan di Lahad Datu yang telah mengorbankan ramai polis dan tentera. Kita doakan semoga ia diselesaikan dengan baik dan segera disamping mimbar Jumaat pada hari ini mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga perwira kita. Kita juga mesti memperkasakan amar makruf nahi mungkar dan jangan lari daripada tugas penting ini termasuk dalam masalah kepimpinan di mana ketika merenungi suatu hadis daripada Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya hingga sampai kepada Zubair Adi. Beliau berkata, “Kami datang kepada Anas Malik, kemudian kami mengadu kepadanya mengenai kezaliman yang dilakukan Hajjaj Yusuf Thaqafiy. Dia menjawab, “Sabarlah, kerana setiap zaman yang berjalan yang kemudiannya lebih buruk daripada sebelumnya. Hingga kamu bertemu Rabb kamu. Saya mendengar hadis ini daripada Nabi SAW.”

Menurut Ibnu Masud, “Hadis ini tidaklah bererti pemerintah hari esok lebih buruk daripada pemerintah hari ini, juga bukan bererti tahun akan datang lebih buruk daripada tahun ini.

“Maknanya, ulama kamu dan ahli fiqah ramai yang meninggal dunia sehingga kamu tidak menemui pengganti mereka, akhirnya datanglah orang yang tidak berilmu memberikan fatwa dalam agama berdasarkan akal mereka.”

Dalam riwayat lain, beliau mengatakan, “Akhirnya orang yang tidak berilmu itu menelanjangkan Islam dan menghancurkannya.”

Oleh itu kita jangan lari daripada perjuangan dalam memilih pemimpin yang mampu memandu kita kepada kebahagiaan hidup dunia akhirat agar kemakmuran dan keberkatan Negara terus dikecapi

Dosa besar yang ketujuh ialah menuduh orang yang beriman dan soleh terlibat dengan perbuatan terkutuk seperti zina dan liwat. Pada hari ini sekali lagi tuduhan liwat terhadap seseorang dimainkan tanpa rasa takut kepada Allah akibat daripada hukuman Islam diketepikan. Ingatlah amaran Allah dalam ayat 4 surah an-Nuur :

وَالَّذِينَ يَرْ‌مُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْ‌بَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Posted on Mac 22, 2013 by ekhutbah

Tuesday, March 19, 2013

Keangkuhan....


MasyaAllah.. burung pun bersujud..Subhanallah!

Manusia, kerapkali dihinggapi rasa angkuh dalam dadanya. Merasa berada di atas langit, pada hal kaki masih menyentuh bumi. Pada hal lemah, itu sifat asal manusia. Manusia tidak akan mampu hidup jika bersendirian. Betapapun hebatnya manusia, dia tetap saja memerlukan huluran tangan orang lain. Allah tahu, manusia memiliki potensi angkuh di hatinya. Maka, Dia suruh manusia untuk sujud, setidak-tidaknya 34 kali dalam sehari.

Dalam sejarahnya, iblis merupakan makhluk yang menolak perintah Allah untuk sujud. Iblis merasa bahwa dia lebih baik daripada Adam. Menurut iblis, tanah lebih hina daripada api. Tanah memang merupakan tempat berpijak. Tanah diinjak dengan kaki-kaki kita. Namun begitu tanah tak meleleh bila dibakar api. Sedangkan api, mati jika ditimbus dengan tanah. Iblis angkuh, oleh sebab iitulah dia diusir daripada syurga.

Terdapat banyak makna dalam gerakan sujud. Logik menyatakan, sujud merendahkan manusia. Itu memang benar. Harga diri kita merasa rendah ketika sujud. Dalam solat, sujud memberi makna yang mendalam. Kita merendah pada Yang Maha Berkuasa. Pada saat itulah, kita merasa berada dekat dengan-Nya. Bahagia menghinakan diri di hadapan Yang Maha Mulia. Tak lupa memanjatkan doa. Memohon kemaslahatan hidup di dunia dan di akhirat.

Keangkuhan banyak menyelimuti diri manusia. Akalnya yang cerdas, menyebabkan manusia seringkali memandang orang lain sebelah mata. Silau dengan gelaran akademik yang demikian panjang. Terlena dengan berada di puncak pendidikan tinggi. Hanyut dalam kekuasaan yang begitu besar dan kekayaan yang melimpah. Orang lain pun diremehkan. Selalu memandang pendapatnya sahaja yang paling benar. Menganggap dirinya yang paling kuat. Pada hal manusia dilingkupi kelemahan, kesalahan, dan lupa. Tanpa disedarinya, dia telah menolak kebenaran. Terjebaklah dia dalam keangkuhan.

Tenaga manusia terbatas, demikian juga akalnya. Mengapa manusia harus angkuh. Manusia sangatlah kecil. Tenaga manusia pun tak seberapa. Manusia perlu berhenti sejenak di saat kepenatan. Aktiviti begitu padat. Sejak pagi hingga petang, manusia disibukkan dengan pekerjaan. Stamina tercurah sehingga manusia memerlukan istirihat. Manusia perlu tidur. Saat terbangun, manusia kembali angkuh. Pada hal dirinya terbatas.

Menghayati Kekuatan Alam

Banyak makhluk Allah yang begitu mengagumkan di dunia ini. Gunung-gunung yang besar dan tinggi menjulang, sungguh sangatlah mengagumkan. Membuat hati berasa kagum. Ingin rasanya berdiri di atas puncaknya. Terangsang dengan adrenalin, merasai cabaran yang telah tersedia. Mengembara dengan hawa dingin dan jalan yang curam. Kepenatan justeru memberikan kepuasan. Ketegangan pun hilang, di saat kita berdiri gagah di puncak tertinggi. Bahagia kerana dapat menaklukkan ketinggian. Berteriak dengan suara nyaring, takjub suara bersahut-sahutan. Sambil menikmati pemandangan yang luar biasa. Gunung adalah makhluk Allah yang gagah. Besar, kukuh, dan tinggi menembus awan. Tidak angkuh, sentiasa bertasbih kepada-Nya. Gunung-gunung itu tunduk pada perintah Allah. Kini menjadi pasak agar bumi stabil. Namun pada hari akhirat, gunung-ganang hancur dan berterbangan seperti kapas.



Pantai begitu indah di saat cerah. Di sana berhembus angin sepoi-sepoi. Daun-daun pun dengan eloknya melambai-lambai. Langit biru begitu luas menghiasi. Hamparan pasir putih sejauh mata memandang. Garis pantai memisahkan laut dan daratan. Di bibir pantai itu, berdeburan ombak-ombak. Terus bergulungan siang dan malam. Tak pernah berhenti, walaupun sedetik. Pantai dibuatnya tak berdaya. Tiap deburannya menyeret pasir-pasir ke lautan. Ombak terlalu perkasa. Hakisan tak dapat dihindari. Hentamannya begitu kuat memangsa daratan. Sepanjang waktu selalu begitu. Terlalu kuat, tak dapat dihentikan. Ombak pun makhluk Allah. Tidak angkuh, selalu bertasbih kepada-Nya.



Laut mendominasi permukaan bumi. Jutaan species ikan tersedia di dalamnya. Menjadi sumber penghidupan para nelayan. Perahu-perahu bebas berlayar dipermukaannya. Pemandangannya indah, memanjakan mata. Ada kalanya laut yang tenang berubah menjadi ganas. Pada saat itulah, laut berubah menjadi makhluk yang menakutkan. Kapal-kapal, tak peduli betapapun besarnya, siap untuk ditelannya. Tenggelam, bersemayam di dasar laut. Arus bawahnya pun bisa meremukkan kapal selam. Laut, makhluk Allah. Tidaklah angkuh. Laut berubah menjadi ganas kerana mengikuti kehendak Allah. Laut selalu patuh kepada-Nya.



Waktu kecil, kita senang sekali dapat menaikkan layang-layang. Angin selalu diharapkan kedatangannya agar memudahkan layang-layang terbang tinggi. Kincir-kincir pun berputar. Memanfaatkan tenaga angin untuk menghasilkan letrik. Angin memberi keuntungan yang begitu banyak. Kecepatan angin boleh berubah dahsyat menjadikan taufan. Pusarannya memporak-porandakan keadaan di sekitarnya. Manusia pun tak sanggup menghentikannya. Manusia hanya boleh berharap angin segera pulih, kembali normal seperti biasa. Angin kadang-kadang mengorbankan jiwa. Tanpa peduli siapapun dia. Angin adalah makhluk Allah. Tidak angkuh, berubah kekuatannya karena kehendak-Nya.

Gunung, ombak, laut, dan angin semuanya adalah makhluk Allah. Mereka semuanya bertasbih kepada Allah. Berubah menjadi dahsyat kerana menurut kehendak-Nya. Manusia pun makhluk Allah. Namun kadang-kadang ada sedikit noktah keangkuhan dalam jiwanya. Tidak mau tunduk pada perintah Allah. Derhaka terhadap Al-Quran dan sunnah nabi-Nya. Manusia angkuh telah mengubah hukum Allah dengan hukum buatannya sendiri. Angkuh menganggap hukum Allah tidak sesuai dengan konteks realitasi semasa. Manusia angkuh menganggap dirinya lebih tahu daripada Allah. Membuang syari’at Allah kerana dianggap hukum dan syari’at Allah itu kejam. Manusia merasa lebih tahu atas maslahat bagi dirinya. Lagi-lagi manusia terjebak dalam keangkuhan.

Berlepas daripada Keangkuhan

Keangkuhan telah banyak menjerumuskan manusia pada kehancuran. Allah mengubur Qarun dan hartanya ke dalam bumi karena Qarun angkuh. Merasa dirinya luar biasa, lupa akan kurnia dan rahmat Allah. Begitu juga dengan Fir’aun. Fir’aun ditenggelamkan oleh Allah kerana menganggap dirinya Tuhan yang paling tinggi. Kekuasaan yang luas, dan kekuatan yang besar telah membuat Fir’aun terpedaya. Allah murka, maka Fir’aun ditenggelamkan ke dalam lautan.

Romawi merupakan empayar yang hampir menguasai majoriti bumi. Bangsa yang ditakuti. Tenteranya gagah berani. Namun kesombongan telah menghinggapi. Hancurlah Romawi hingga  tak tersisa lagi. Pada masa awal terjadinya Perang Dunia II, bangsa Jerman sangatlah ditakuti. Di bawah kekuasaan Hitler, Jerman berusaha bangkit daripada kemusnahan. Membalas kekalahan pada masa Perang Dunia I. Jerman dengan secepat kilat hampir menguasai Eropah. Pranchis, Ceko, Austria, dan Poland dibuat tak berdaya. Kehebatan Jerman bahkan membuat Stalin ketakutan. Moscow hampir ditaklukkan. Namun Hitler angkuh. Idealisme ultranasionalis mengakar kuat didada Hitler. Dia merasa ras Arya sebagai ras yang paling mulia. Menganggap Jerman adalah bangsa terbaik. Di akhir masa Perang Dunia II, Jerman dipukul mundur oleh United Soviet dan Sekutu. Jerman kalah telak. Hitler yang sempat berkuasa, kini terjepit. Terjepit dengan dua kekuatan besar, United Soviet dan Sekutu. Hitler tak sanggup menahan malu. Dia pun mati bunuh diri. Hitler angkuh. Jerman akhirnya dibelah menjadi dua, Jerman Barat dan Jerman Timur.

Demikian besar dampak keangkuhan, tidak sekadar membinasakan individu, bahkan melenyapkan sebuah peradaban. Allah murka pada orang-orang yang angkuh. Keangkuhan menghilangkan penghambaan yang sejati. Penghambaan hanya sempurna jika hati kita dihinggapi perasaan rendah diri. Merasa rendah di hadapan Ilahi. Kesedaran akan lemahnya diri memang sangat penting. Dengan begitu, kesempatan untuk dihinggapi keangkuhan tidak akan terjadi.

Akal kita terbatas, ilmu kita pun sedikit. Kita tidak mungkin menguasai semua ilmu yang ada di dunia ini. Seorang raja pun demikian. Kekuasaan dan kekuatannya terbatas. Manusia harus menyedari bahawa dirinya terbatas. Oleh kerana itu, manusia tak pantas untuk angkuh. 

Wallahu a’lam


#belajarislam.com
dengan sedikit edit ke dalam Bahasa Melayu

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)