Saturday, February 27, 2010

Peninggalan Kaum Tsamud

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua.

Gambar-gambar di bawah adalah menunjukkan sebahagian daripada tapak-tapak binaan (132 chambers & tombs) peninggalan kaum Tsamud di Madain Salleh (lebih kurang 400km utara Madinah, Arab Saudi) yang menghubungkan jalan dari Tanah Arab ke Syria . Pada zaman itu, Allah swt utuskan Nabi Salleh a.s untuk berdakwah kepada kaum Tsamud supaya bertauhid kepada Allah swt tetapi mereka engkar dan mendapat balasan seksa (bala) daripada Allah swt. (Era 200 BC – AD 200) Sumber Gambar Sini







Segala bukti tentang kaum tsamud ini ada disebut didalam Al-Quran antaranya di dalam Surah Al Hijr (سورة الحجر) iaitu surah ke-15 dalam Al-Quran. Surah ini diturunkan di Makkah. Al-Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pergunungan itu. Kisah tentang kaum Tsamud yang diceritakan dalam surah al-Hijr ini ada pada ayat 80 shingga 84. Kaum Tsamud telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Saleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah.


Al-Hijr surah ke 15 ayat 80 hingga 84:

Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" telah mendustakan Rasul-rasul. (80)

Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya). (81)

Dan mereka memahat sebahagian daripada gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya). (82)

Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi. (83)

Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun. (84)


Kisah kaum Tsamud ini juga disebut oleh Allah dalam surah al-A'raf yakni surah ke 7 ayat 73 hingga 79.

Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (73)

Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi. (74)

Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang dia diutus untuk menyampaikannya. (75)

Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya. (76)

Maka mereka pun menyembelih unta itu dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah). (77)

Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (78)

Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat. (79)

Juga boleh dibaca dalam surah Hud yakni surah 11 ayat 61 hingga 68

Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. (61)

Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya. (62)

Nabi Soleh berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berada dalam kebenaran yang berdasarkan bukti yang nyata (mukjizat) dari Tuhanku dan Dia pula mengurniakan rahmat (pangkat Nabi) kepadaku sebagai pemberian daripadaNya, maka siapakah yang akan menolongku dari azab Allah kalau aku menderhaka kepadaNya? Oleh itu, kamu tidak menambah sesuatu kebaikan pun bagiku selain daripada perkara yang merugikan. (63)

Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya. (64)

Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan. (65)

Maka ketika datang azab Kami, Kami selamatkan Soleh berserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (66)

Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (67)

(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud. (68)


Walaupun mereka membina rumah yang kukuh di gunung-gunung dan mengumpulkan harta yang banyak serta mempunyai bilangan anak yang ramai tidak ada gunanya bagi mereka kerana mereka mati berkaparan ditimpa mala petaka yang diturunkan oleh Allah atas kederhakaan mereka.

Al-Bukhari dan lain-lain telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar: Bahawa Nabi saw apabila melalui negeri Hijr ini dalam perjalanannya ke Tabuk, ditutupnya kepala baginda dan dipercepatkan perjalanannya seraya berkata kepada para sahabat : "Janganlah kamu masuki tempat tinggal orang-orang yang mendapat siksaan itu kecuali jika kamu berkeadaan menangis. sekiranya kamu tidak menagis buat-buatlah menangis kerana ditakuti kamu akan ditimpa mala petaka seperti mereka. (Hadis ini Dipetik daripada Tafsir Ahmad Sonhadji Mohamad)

Ada juga para ulama' berkata bahawa Baginda saw arahkan para sahabat (RA) agar segera bergerak meninggalkan Madain Salleh serta beristighfar.

Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua.

Dalam sebuah Hadits; Rasulullah saw bersabda, “Setiap pekerjaan yang baik, jika tidak dimulakan dengan “Bismillah” (menyebut nama Allah) maka (pekerjaan tersebut) akan terputus (daripada keberkahan Allah)”.

Dalam sehari-hari kita tentu selalu melakukan kegiatan dan aktiviti, tanpa kegiatan dan aktiviti kehidupan kita akan hampa, hambar dan tidak produktif. Kegiatan tersebut boleh dilakukan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, di jalan, di warung, di pasar, di sekolah dan ditempat-tempat lain.

Bagi orang beriman; kegiatan atau aktiviti adalah sarana (wasilah) menebar kebajikan, perkataan (baik) mahupun perbuatan (baik) selalu memberikan kebaikan pada dirinya dan orang lain. Bukankah Rasulullah saw mengumpamakan jati diri seorang muslim seperti seekor lebah. Makanan yang dimakan adalah baik dan yang dikeluarkanpun baik, lebah hinggap atau tinggal tidak pernah merosakkan yang lain.

Namun kadangkala kebanyakan daripada kita tidak sedar memulai segala aktiviti atau kegiatan tanpa mengucapkan membaca kalimat bismillah, padahal diterima atau tidak amal perbuatan seseorang bergantung pada kalimat tersebut.

Ketika bangun tidur sudahkah kita mengucapkan alhamdulillah dan memulai aktiviti hari itu dengan bismillah?

Ketika akan mandi, berpakaian, sarapan pagi sudahkah kita memulainya dengan bismillah?

Ketika akan berangkat ke pejabat, keluar dari rumah, naik kendaraan sudahkah kita memulainya dengan bismillah?

Ketika di pejabat, sudahkah ketika kita masuk ruangan pejabat, menyalakan komputer, membuka fail, memulakan mesyuarat, menulis, membaca memulainya dengan bismillah?


Begitu banyak lagi aktiviti yang kita lakukan seharian, namun adakah kita memulainya dengan bismillah??

Kadang kala kita menganggap hal tersebut adalah ringan, padahal di sisi Allah merupakan kebaikan yang bernilai besar, diberkati atau tidaknya perbuatan dan aktiviti seseorang bergantung pada saat mulanya.

Sebenarnya apakah keistimewaan bismillah sehingga Allah dan Rasul-Nya mensyariatkan kepada kita untuk memulakan segala aktiviti, perbuatan dan kegiatan dengan membaca bismillah?

Sebahagian ulama salaf mengatakan bahawa “bismillah merupakan inti kandungan ajaran Islam” kerana di situ ada unsur keyakinan terhadap Allah yang telah memberikan kekuatan sehingga seseorang dapat melakukan aktiviti yang diinginkan, pangakuan akan ketidakberdayaan seseorang di hadapan Allah Taala. “La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya dan upaya kecuali atas izin Allah). Apalagi kalau bacaannya kita sempurnakan dengan kata bismillahirrahmanirrahim maka kita telah meyakini akan kebesaran Allah yang telah memberikan nikmat dan kurnia, kasih sayang dan rahimnya kepada seluruh makhluk-Nya.

Jika kita teliti secara bahasa, maka akan kita dapatkan keagungan kalimah bismillahirrahmanirrahim. Kata Bismillah misalnya merupakan tiga rangkaian kata yang mengandung erti yang agung iaitu Ba (bi), Ism, dan Allah.

1. Huruf ba yang dibaca bi di sini mengandung dua erti:

Pertama: huruf bi yang diterjemahkan dengan kata “dengan” menyimpan satu kata yang tidak terucapkan tetapi harus terlintas dalam benak ketika mengucapkan basmalah, iaitu memulai. Sehingga bismillah bererti “saya atau kami memulai dengan nama Allah”. Dengan demikian kalimat tersebut menjadi semacam doa atau pernyataan dari pengucap. Atau dapat juga diertikan sebagai perintah dari Allah (walaupun kalimat tersebut tidak berbentuk perintah), “Mulailah dengan nama Allah!”.

Kedua: huruf bi yang diterjemahkan dengan kata “dengan” itu, dikaitkan dalam benak dengan kata “kekuasaan dan pertolongan”. Pengucap basmalah seakan-akan berkata, “dengan kekuasaan Allah dan pertolongan-Nya, pekerjaan yang sedang saya lakukan ini dapat terlaksana”. Pengucapnya seharusnya sedar bahawa tanpa kekuasaan Allah dan pertolongan-Nya, apa yang sedang dikerjakannya itu tidak akan berhasil. Ia menyedari kelemahan dan keterbatasan dirinya tetapi pada saat yang sama, setelah menghayati erti basmalah ini ; ia memiliki kekuatan dan rasa percaya kepada diri kerana ketika itu dia telah menyandarkan dirinya dan bermohon bantuan Allah Yang Maha Kuasa itu.

2. Kata Ism setelah huruf bi terambil dari kata as-sumuw yang bererti tinggi dan mulia atau daripada kata as-simah yang bererti yang bererti tanda. Kata ini biasa diterjemahkan dengan nama. Nama disebut ism, kerana ia seharusnya dijunjung tinggi atau kerana ia menjadi tanda bagi sesuatu.

Syaikh Al-Maraghi dalam tafsirnya menjelaskan dengan penyebutan nama di sini bererti dirinya memulai pekerjaan dengan nama Allah dan atas perintahnya bukan atas dorongan hawa nafsu belaka.

Penyebutan nama Allah diharapkan pekerjaan itu menjadi kekal disisi Allah. Di sini bukannya Allah yang nama-Nya disebut itu yang kita harapkan menjadi kekal kerana Dia justeru Maha Kekal. Namun yang kita harapkan adalah agar pekerjaan yang kita lakukan itu serta ganjarannya menjadi kekal sampai hari kemudian. Banyak pekerjaan yang dilakukan seseorang tetapi tidak mempunyai bekas apa-apa terhadap dirinya atau masyarakatnya, apalagi berbekas dan ditemui ganjarannya di hari kemudian. Demikianlah Allah mentamsilkan perbuatan orang-orang yang kafir yang tidak disertai dengan keikhlasan kepada Allah, “Dan Kami hadapi hasil-hasil karya mereka (yang baik-baik itu), kemudian Kami jadikan ia (bagaikan) debu yang beterbangan (sia-sia belaka). (QS 25: 23)

3. kata Allah, berakar dari kata alaha yang bererti menghairankan atau menakjubkan. Jadi Tuhan dinamakan Allah kerana segala perbuatan-Nya menakjubkan dan menghairankan. Kerana itu terdapat petunjuk yang menyatakan, “Berfikirlah tentang makhluk-makhluk Allah dan jangan berfikir tentang Zat-Nya”.

Sementara itu sebahagian ulama mengungkapkan bahawa kata Allah terambil dari kata aliha – ya’lahu yang bererti menuju dan bermohon. Tuhan dinamai Allah kerana seluruh makhluk menuju serta bermohon kepada-Nya dalam memenuhi keperluan mereka, atau juga bererti menyembah dan mengabdi, sehingga lafaz Allah bererti “Zat yang berhak disembah dan kepada-Nya tertuju segala pengabdian”.

Syaikh Mutawalli Sya’rawi, seorang guru besar pada universiti Al-Azhar, ulama kontemporeri dan pakar bahasa menyebutkan dalam tafsirnya tentang keistimewaan lafadz Allah ; “Lafadz Allah selalu ada dalam diri manusia, walaupun ia mengingkari wujud-Nya dengan ucapan atau perbuatannya. Kata ini selalu menunjuk kepada Dia yang diharapkan bantuan-Nya itu. Perhatikanlah kata Allah. Bila huruf pertamanya dihapus, maka ia akan terbaca Lillah yang ertinya “demi/kerana Allah”. Bila satu huruf berikutnya dihapus, akan terbaca lahu, yang ertinya untuk-Nya. Bila huruf berikutnya dihapus, maka ia akan tertulis huruf ha yang dapat dibaca hu (huwa) yang ertinya Dia”.

Apabila anda berkata Allah maka akan terlintas atau sayugianya terlintas dalam benak Anda segala sifat kesempurnaan. Dia Mahakuat, Maha Bijaksana, Maha Kaya, Maha Pencipta, Maha Indah, Maha Suci dan sebagainya. Seseorang yang mempercayai Tuhan, pasti meyakini bahawa Tuhannya Maha Sempurna dalam segala hal, serta Maha Suci daripada segala kekurangan.

Sifat-sifat Tuhan yang diperkenalkan cukup banyak. Dalam salah satu hadits dikatakan bahawa sifat (nama-nama) Tuhan berjumlah sembilan puluh sembilan nama (sifat).

Demikian banyak sifat (nama) Tuhan, namun yang terpilih dalam basmalah hanya dua sifat, iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang keduanya terambil dari akar kata yang sama. Agaknya sifat ini dipilih, kerana sifat itulah yang paling dominan. Dalam hal ini Allah dalam Al-Quran menegaskan “Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu”. (QS 7: 156). Sebuah hadits Qudsi menyebutkan bahawa rahmat Allah mengalahkan amarah-Nya.

Kedua kata tersebut, Ar-Rahman dan Ar-Rahim, berakar dari kata Rahm, yang bererti peranakan atau kandungan. Apabila disebut kata Rahim, maka yang terlintas di dalam benak adalah ibu dan anak, dan ketika dapat terbayang betapa besar kasih sayang yang dicurahkan sang ibu kepada anaknya. Tetapi, jangan disimpulkan bahawa sifat Rahmat Tuhan sepadan dengan sifat rahmat ibu.

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang mendekatkan gambaran besarnya rahmat Tuhan: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Allah SWT menjadikan rahmat itu seratus bahagian, disimpan di sisi-Nya sembilan puluh sembilan dan diturunkan-Nya ke bumi itu satu bahagian. Satu bahagian inilah yang dibahagi kepada seluruh makhluk. (begitu ratanya sehinggakan satu bahagian yang dibahagikan itu diperoleh pula oleh) seekor binatang yang mengangkat kakinya kerana dorongan kasih sayang, khawatir jangan sampai menginjak anaknya”. (HR. Muslim)

Dalam ungkapan lainnya disebutkan bahawa kata Rahman adalah merupakan sifat kasih sayang Allah kepada seluruh makhluk-Nya yang diberikan di dunia, baik manusia beriman atau kafir, binatang dan tumbuh-tumbuhan serta makhluk lainnya. Bukankah kita; dengan kasih sayang-Nya, telah diberikan kehidupan, diberikan kemudahan menghirup udara, kemudahan berjalan, berlari dan melakukan segala aktivitinya, walaupun sangat sedikit daripada kita mau merenungkan apa lagi mensyukuri segala nikmat tersebut? Allah sentiasa memberikan kasih sayang-Nya kepada manusia sekalipun mereka ingkar kepada-Nya.

Sementara itu kara Rahim diberikan secara khusus oleh Allah kelak nanti dialam akhirat iaitu hanya bagi mereka yang beriman dan mensyukuri segala kenikmatan yang telah dianugrahkan kepada mereka. Kasih sayang-Nya secara khusus diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang mengabdikan dirinya kepada Allah dan yakin bahawa semua kenikmatan adalah bersumber daripada Allah. Bahkan yakin bahawa segala amal ibadahnya, perbuatan baiknya tidak akan menjamin akan dirinya masuk ke syurga-Nya kecuali kerana Rahmat-Nya.

Suatu hari Rasulullah saw berpesan kepada para sahabatnya, “Bersegeralah kalian berbuat baik dan perkuatlah hubungan kepada Allah. Dan ketahuilah bahawa amal kalian tidak menjamin kalian masuk syurga. Sambil kehairanan para sahabat bertanya, “Termasuk Engkau wahai Rasulullah”? Rasulullah saw menjawab, “Betul, termasuk saya.. kecuali jika Allah menganugerahkan rahmat-Nya dan kurnia-Nya kepadaku”. Wallahu a’lam.

Sumber: Sini

Friday, February 26, 2010

ADAB MAKAN YG PATUT DICONTOHI

  • Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya
  • Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
  • Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
  • Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
  • Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
  • Menyukai kuih faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
  • Menyukai roti syair, mentimun dan rathab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
  • Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
  • Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
  • Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
  • Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
  • Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
  • Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka.
  • Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
  • Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
  • Menyukai roti dengan minyak samin.
  • Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu.
  • Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
  • Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
  • Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
  • Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
  • Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
  • Tidak menggemari dhab.
  • Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
  • Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
  • Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
  • Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
  • Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
  • Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
  • Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
  • Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.


(Dipetik daripada Kitab Ihya' Ulumiddin – Karya Imam Al-Ghazali dll sumber )

Wednesday, February 24, 2010

Anak-anak bermasalah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibubapa mahukan anak-anak yang menghormati mereka, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibubapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibubapa, kasar serta biadab dengan ibubapa dan seumpamanya.

Ibubapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dimasukkan ke dalam botol dan dicampurkan sedikit dengan air mineral atau air minuman yang lain.

8. Beri minum air tersebut kepada anak-anak yang bermasalah. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;





Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.




Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;






Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.



Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.

Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.


Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri

1. Doa Bersetubuh

Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.






Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.



2. Doa ketika hampir keluar mani

Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.








Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)



Wallahu’alam

Sumber : sini

5 Penawar Hati

Bismillahirrahmanirraahim.

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

Tuesday, February 23, 2010

Kenali Nabi Muhammad saw

Bismillahirrahmanirrahim.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.
· Saudah Binti Zam'ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan...
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

SEBARKAN kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.


Sumber : Sini

10 Sifat Buruk Menjadi Dosa Besar

Bismillahirrahmanirrahim.

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat daripada kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat makan dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batasan kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir daripada perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang daripada membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ini termasuk sikap suka kedudukan atau status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.”
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari pada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Al-Mutakabbir (Allah Maha Besar).

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego sama seperti Qarun.

10. Gemarkan pujian atau riya'

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Monday, February 22, 2010

Orang-orang Yang Menolak hidayah akan diazab

Bismillahirrahmanirrahim.

Orang-orang yang menolak hidayah Allah SWT menerima azab di Akhirat. Ini kerana:

1. Mereka telahpun dibekalkan dengan fitrah suci yang berpotensi menerima hidayah daripada Allah SWT . Rasulullah SAW bersabda :

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah (yang akan berperanan) mengubah anak itu menjadi seorang Yahudi, atau Nsrani, atau Majusi.” (HR. Bukhari)

2. Mereka diberi pancaindera untuk mencari kebenaran. Pancaindera ini akan dipertanggungjawabkan. Di akhirat kelak Allah akan menyoal penggunaan pancaindera tersebut :

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (36) (QS. Al Isra [17] : 36)

3. Mereka diberi akal untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk, antara yang hak dan batil, antara hidayah dan sesat. Allah berfirman tentang penghuni neraka yang menyesal kerana semasa berada di dunia dahulu tidak menggunakan akal fikirannya sehingga akhirnya mereka masuk neraka :

Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (QS. Al Mulk [67] : 10)

4. Mereka diberi hak ikhtiar untuk menerima atau menolak hidayah Allah SWT. Allah berfirman :

“Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” (QS. Al Kahfi [ 18 ] : 29)

5. Kepada mereka sudah diutus Rasul, diturunkan Kitab Suci, disampaikan dakwah Islam untuk membimbing mereka mencari hidayah Allah SWT. Allah berfirman :

dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). ” (QS Al Isra’ [ 17 ] :15)

6. Mereka hanya dibebani hal-hal yang sanggup mereka memikulnya. Allah berfirman

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al Baqarah [ 2 ] : 286)

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu” (QS : Al Baqarah : 185)

Dengan alasan-alasan seperti di atas, sangatlah bijaksana dan adil bagi Allah SWT memberikan azab kepada orang-orang yang menolak hidayahNYA sebagai balasan yang sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan di dunia.

Saturday, February 20, 2010

Ciri-ciri Orang-orang Yang Mendapat Petunjuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni sambung tentang hidayah.

Sesungguhnya hidayah Islam dan hidayah taufik adalah kompas kehidupan yang paling berharga dalam hati seseorang yang beriman.

Adapun ciri orang yang mendapatkan hidayah atau petunjuk dan bimbingan Allah adalah sebagai berikut.

1. Merasakan kemudahan dalam beramal saleh/ mendapat kemanisan beriman.

Orang yang telah mendapatkan hidayah akan merasa mudah atau ringan dalam melaksanakan amal saleh, rajin dan tekun dalam beribadah, serta sangat takut berbuat kedurhakaan. Solat dirasakan manis dan asyik. Tersa seolah-olah bertemu kekasih. Masa berlalu terlalu singkat. Manakala orang yang tidak mendapatkan hidayah ini akan merasa malas dalam beramal saleh dan tidak merasa bersalah kalau berbuat maksiat. Allah swt. berfirman, “Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Q.S. Al An’am 6: 125).

Maksud "Dia melapangkan dadanya untuk Islam" ialah mereka yang mendapatkan hidayah akan merasa mudah melaksanakan ajaran-ajaran Allah, dadanya lapang tanpa beban. Manakala yang dimaksudkan dengan "nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit" ialah mereka yang tidak mendapatkan hidayah akan merasa malas dalam beramal saleh saat melaksanakan perintah dan maenjauhkan larangan Allah swt.

Rasulullah saw bersabda: Perkara dunia yang aku suka ialah wanita, wangian dan aku jadikan solat sebagai buah hatiku". (H.R. Bukhari)

2. Merasakan kerinduan kepada Allah.

Orang yang mendapatkan hidayah, setiap ruang hatinya terisi dengan kerinduan kepada Allah swt. Jika nama Allah swt. disebut, akan bergetar hatinya; kalau dibacakan firman-Nya, akan bertambah imannya; ia bertawakal, mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat sebagai meluahkan rasa syukur atas nikmat yang diterimanya.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. Orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.” (Q.S. Al Anfal 8: 2-4)

3. Konsisten atau Istiqamah

Orang yang mendapatkan hidayah akan istiqamah atau konsisten dalam menjalankan perintah-perintah-Nya. Ia akan merasa nikmat saat beribadah kepada-Nya. Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut, “ … Barangsiapa yang berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Q.S. Ali Imran 3: 101). Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah suka apabila seorang hamba mengerjakan suatu pekerjaan dan dia istiqamah melakukannya.” (H.R. Baihaqi)

Keteguhan mereka dalam memegang ajaran agama diumpamakan dalam ayat 24 hingga 25 surah Ibrahim.

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (la Ilaha Illallah) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” (Q.S. Ibrahim 14: 24-25)

4. Bersemangat dalam mempelajari dan memahami ilmu.

Orang yang mendapatkan hidayah akan memiliki semangat untuk selalu menelaah ajaran-ajaran Allah. Islam itu agama yang harus difahami, bukan sekadar diyakini. Kefahaman dalam Islam amat penting untuk melahirkan amalan yang tepat. Ada orang yang boleh menghafal ilmu tetapi tidak memahaminya lalu jadi seperti burung kakk tua yang hanya tahu bertutur tetapi tidak memahami apa yang dituturkannya.Rasulullah saw. bersabda, ”Apabila Allah akan memberikan kebaikan pada seseorang, Dia berikan kepadanya kefahaman dalam beragama.”

5. Sabar menghadapi pelbagai ujian.

Allah swt. memberikan kehidupan kepada manusia sebagai ujian. Siapakah di antara hamba-Nya yang paling baik amalnya. Kehidupan dunia merupakan ladang amal. “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (QS. Al Mulk 67 : 2)

Orang-orang yang mendapatkan hidayah akan tahan menghadapi berbagai ujian kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam ayat berikut. “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q.S. Al Baqarah 2: 155-157)

Pada akhir ayat di atas tertulis dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. Ini merupakan kunci kata ayat yang menegaskan bahwa orang-orang yang bersabar adalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk atau hidayah-Nya.

Thursday, February 18, 2010

Tingkatan-tingkatan Hidayah

Bismilllahirrahmanirrahim.

Salam semua.

Tingkatan-tingkatan hidayah adalah seperti berikut:

Pertama : Hidayah yang bererti petunjuk yang timbul daripada tabiat semula jadi (instinct) sejak lahir ke dunia contohnya lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan sebagainya. Ini diberikan secara percuma oleh Allah swt. Seorang anak kecil akan menangis jika rasa dirinya lapar dan sebagainya dan tangisan itu bertujuan supaya ibunya atau pengasuhnya memberikan layanan, begitu juga binatang serta pokok yang mencari makanan semuanya daripada petunjuk ini.

Kedua : Hidayah al-Hawas, atau petunjuk pancaindera yang lima iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Petunjuk ini terhasil daripada rangsangan pancaindera ini amat penting utk tujuan keselamatan diri. Dengan adanya petunjuk ini seseorang atau makhluk yang bernyawa dapat berusaha menjauhkan diri daripada sesuatu yang bahaya, atau dekatkan diri kepada sesuatu yang bermanfaat. Tapi, ingat, petunjuk pancaindera tak cukup dalam menjaga keselamatan manusia kerana kita semua memerlukan petunjuk yang lebih tinggi untuk mencapai keselamatan diri, iaitu hidayah seterusnya;


Ketiga : Hidayah al-’Aqal, petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yg dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yg disampaikan oleh rangsangan pancaindera dan apa yang timbul daripada perasaan tabi'e. Manusia dan haiwan perlu bertindak menggunakan akal. Dengan itu manusia dapat bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirasakan dapat memberi kebahagiaan untuk dirinya setelah berfikir. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh kita berfikir. Namun adakalanya tindakan menggunakan akal ni selalu juga tersilap umpamanya ada perkara yang kita sangkakan baik bagi kita menjadi sebaliknya. Dengan sebab itulah, Allah telah anugerahkan petunjuk yang lebih tinggi daripada petunjuk akal kepada mereka yang dikehendakiNya iaitu hidayah beragama.


Keempat : Hidayah ad-Diin (hidayah beragama) ini ialah petunjuk daripada langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yg diturunkan Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia sama ada secara peribadi mahupun hidup bermasyarakat. Dengan hidayah ini seseorang akan dapat membezakan yang benar dan yang salah berdasarkan kehendak agama, dan bukannya berasaskan akal semata-mata. Tetapi, masih ada orang-orang cerdik pandai tersesat daripada petunjuk Allah yang sebenar? Ini kerana mereka masih tidak diberikan Hidayah yang paling tinggi darjatnya iaitu Hidayah Taufik.

Kelima : Taufiq, pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Allah sahajalah yang berkuasa memberikan taufik kepada sesiapa yang dikehendaki. Begitu juga tidak ada seorang Rasulpun yang mampu yang mampu beri hidayah taufiq kepada orang-orang yang diserunya, umpama apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w, baginda tak berupaya memujuk bapa saudara kesayangannya Abu Talib. Bagi sesiapa yang dapat Hidayah Taufiq ni, insan itu bukan sahaja dapat menilai sesuatu perkara itu daripada segi dosa atau pahala, tapi dia jugadiberikan kekuatan untuk melakukan segala yang termampu bagi mendapatkan dapatkan Keredhaan Allah S.W.T.

Wednesday, February 17, 2010

Keberkatan Surah al-Ikhlas


Bismillahirrahmanirrahim.

1) Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


2) Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


3) Ketika Sakit; Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia daripada kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

4) Membaca surah Al-Ikhlas tiga kali umpama Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorangpun daripada sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa mustahil untuk mengkhatam Qur'an dengan begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

5) Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah al-Quran kerana sama seperti membaca 30 juz Al-Quran.


Pahala Membaca Surah al-Ikhlas:


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) isra' ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala daripada bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Sumber Rujukan : Sini

Tuesday, February 16, 2010

Marilah berusaha ke jalan lurus

Bismillahirrahmanirrahim.

Gejala sosial yang berleluasa sekarang ini menunjukkan masyarakat sekarang telah tersimpang jauh daripada ajaran yang disampaikan oleh al-Quran melalui lidah Nabi Muhammad S.A.W., junjungan besar yang telah dilakukan lebih seribu tahun yang lampau? Masyarakat kini sudah sudah lari dari jalan yang lurus yang telah ditunjukkan oleh Baginda S.A.W. Semua ini berlaku kerana kita sendiri yang cuba mengasingkan apa yang Nabi Muhammad S.A.W. ajarkan kepada kita, dan menganggap bahawa hal-hal agama sudah tidak sesuai lagi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Dulu ketika Nabi Muhammad S.A.W. masih ada, beruntunglah orang-orang yang berada bersama baginda, dapat berjuang bersama, menjalani kehidupan bersama, dan jika ada permasalahan boleh terus rujuk kepada baginda. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan kita tidak boleh mengikut ajaran baginda. baginda telah berwasiat bahawa umatnya hendaklah berpegang kepada 2 perkara yakni al-Quran dan sunnah. Jadi untuk menjadikan masyarakat kita tidak bermasalah seharusnyalah kita kembali kepada apa yang telah diajarkan kepada kita.

Kita seharusnya jangan lupa bahawa sifat dan keperibadian Rasulullah S.A.W. adalah sebagai insan kamil yang akhlaknya Al-Quran dan kita tidak boleh menganggap ajarannya kolot dan tidak sesuai lagi pada zaman sekarang. Janganlah kita lupa bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah membayangkan bahawa ummah akhir zaman ramai , tetapi ibarat buih di lautan. Sudah tiada kekuatan pada kita. Sebenarnya jika kita patuhi dan turuti sunnah baginda seolah-olah kita berada bersama baginda..

Bagiamana kita ini akan menjadi seorang insan yang beruntung atau berjaya? Mari kita ikuti apa yang yang telah Allah S.W.T. nyatakan SIAPAKAH ORANG-ORANG berjaya ini di dalam Surah Al-Mu’minuun ayat 1-11. Bagaimana caranya? Yang pertama hendaklah beriman. Beriman pastilah meliputi 6 rukun yang telah kita fahami. Kemudian yang mesti dititikberatkan ialah solat. Solat yang bagaimana? Tentulah solat yang khusyu’. Sesungguhnya khusyu' yang sebenar ialah merendah diri, dengan mengerjakan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang dan ini bakal mendekatkan diri kita dengan Allah. Apabila kita hampir denganNYA suara kita didengari kerana Dia berada hampir dengan kita di manapun kita berada. Biarpun ramai yang membenci kita, tetapi jika Dia menyayangi kita, sudah tidak perlu kita berharap kepada selain DIA. Jikapun permohonan kita tampak seolah-olah tidak dimakbulkan yakinlah bahawa Allah Maha Bijaksana. Tentu ada hikmah disebaliknya.

Salah satu sifat orang-orang yang beriman ialah percaya kepada perkara ghaib. Soal ganjaran syurga dan neraka bersarang dijiwanya. Jika berbuat salah atau maksiat tentu buruk padahnya dan jika berbuat amal soleh jaminannya syurga. Dengan iman begini sudah tentulah orang-orang ini meningkatkan usaha membentengi diri terhadap perkara-perkara yang sentiasa mahu menyimpangkan dirinya daripada jalan yang benar. Jika begini keadaanya dan semua orang berusaha, sudah tentu tidak wujud masalah murtad, perlakuan jenayah bahkan sukar untuk melakukan apa-apa kejahatan di muka bumi ini. Seseorang yang beriman akan sentiasa ingat bahawa di kanan dan kirinya ada malaikat yang menjadi mata-mata Allah S.W.T. untuk memperhatikan segala perilakunya. Jika semua orang memiliki sifat ini, maka amanlah dunia dan kerajaan tidak perlu lagi mengendalikan kes-kes jenayah, malah polis, dan anggota keselamatan serta CCTV pun tidak diperlukan.

Untuk meneliti apa yang tersurat dan tersirat di sebalik permulaan surah al-Mukminun ini sila baca di SINI


Monday, February 15, 2010

Kisah Alqamah

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, perlu menjadi bahan renungan kepada kita.

Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.

Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: “Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya.” (Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa saja dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, Islam mengharamkan anak daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakiti dan menyinggung perasaan ibu. Pendek kata, ibulah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan yang telah dilakukannya.

Bukankah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: “Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”

Hadis Rasulullah SAW ini mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain, walau kepada bapa sekalipun. Malah, Rasulullah SAW menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis itu, barulah Baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak.

Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya melupakan peranan bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Justeru, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap bapa.

Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu. Ibu bapa berperanan besar dalam membentuk kehidupan, kelangsungan dan kebahagiaan anak mereka.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)