
Bismilllahirrahmanirrahim.
Salam semua.
Tingkatan-tingkatan hidayah adalah seperti berikut:
Pertama : Hidayah yang bererti petunjuk yang timbul daripada tabiat semula jadi (instinct) sejak lahir ke dunia contohnya lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan sebagainya. Ini diberikan secara percuma oleh Allah swt. Seorang anak kecil akan menangis jika rasa dirinya lapar dan sebagainya dan tangisan itu bertujuan supaya ibunya atau pengasuhnya memberikan layanan, begitu juga binatang serta pokok yang mencari makanan semuanya daripada petunjuk ini.
Kedua : Hidayah al-Hawas, atau petunjuk pancaindera yang
Ketiga : Hidayah al-’Aqal, petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yg dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yg disampaikan oleh rangsangan pancaindera dan apa yang timbul daripada perasaan tabi'e. Manusia dan haiwan perlu bertindak menggunakan akal. Dengan itu manusia dapat bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirasakan dapat memberi kebahagiaan untuk dirinya setelah berfikir. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh kita berfikir. Namun adakalanya tindakan menggunakan akal ni selalu juga tersilap umpamanya ada perkara yang kita sangkakan baik bagi kita menjadi sebaliknya. Dengan sebab itulah, Allah telah anugerahkan petunjuk yang lebih tinggi daripada petunjuk akal kepada mereka yang dikehendakiNya iaitu hidayah beragama.
Keempat : Hidayah ad-Diin (hidayah beragama) ini ialah petunjuk daripada langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yg diturunkan Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia sama ada secara peribadi mahupun hidup bermasyarakat. Dengan hidayah ini seseorang akan dapat membezakan yang benar dan yang salah berdasarkan kehendak agama, dan bukannya berasaskan akal semata-mata. Tetapi, masih ada orang-orang cerdik pandai tersesat daripada petunjuk Allah yang sebenar? Ini kerana mereka masih tidak diberikan Hidayah yang paling tinggi darjatnya iaitu Hidayah Taufik.
Kelima : Taufiq, pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Allah sahajalah yang berkuasa memberikan taufik kepada sesiapa yang dikehendaki. Begitu juga tidak ada seorang Rasulpun yang mampu yang mampu beri hidayah taufiq kepada orang-orang yang diserunya, umpama apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w, baginda tak berupaya memujuk bapa saudara kesayangannya Abu Talib. Bagi sesiapa yang dapat Hidayah Taufiq ni, insan itu bukan sahaja dapat menilai sesuatu perkara itu daripada segi dosa atau pahala, tapi dia jugadiberikan kekuatan untuk melakukan segala yang termampu bagi mendapatkan dapatkan Keredhaan Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment