Bismillahirrahmanirrahim.
- Apabila mendengar azan, serta merta meninggalkan kerja lain dan bersegera solat.
- Bacalah al-Quran, pelajari ilmu dengan menatap buku-buku, hadiri majlis ilmu, amalkan zikrullah serta janganlah membuang waktu terhadap perkara-perkara yang sia-sia.
- Berusahalah mempelajari bahasa 'Arab dan berusaha bertutur dengan bahasa itu kerana itulah syi'ar Islam.
- Usahlah bertengkar dalam apa-apa jua perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong tidak memberi apa-apa faedah.
- Usah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan (mengingati) Allah akan selalu aman tenteram.
- Usah banyak bergurau kerana umat yang berjuang ialah umat yang bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- Usah bercakap dengan nyaring melebihi kadar yang dapat didengar, kerana percakapan yang nyaring adalah suatu resmi yang tidak berfaedah bahkan menyakiti hati orang lain.
- Usahlah mengumpat peribadi orang atau organisasi, janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebaikan.
- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
- Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu gunakanlah sebaik-baiknya dan rengkaskan pelaksanaannya.
No comments:
Post a Comment