Orang-orang yang menolak hidayah Allah SWT menerima azab di Akhirat. Ini kerana:
1. Mereka telahpun dibekalkan dengan fitrah suci yang berpotensi menerima hidayah daripada Allah SWT . Rasulullah SAW bersabda :
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah (yang akan berperanan) mengubah anak itu menjadi seorang Yahudi, atau Nsrani, atau Majusi.” (HR. Bukhari)
2. Mereka diberi pancaindera untuk mencari kebenaran. Pancaindera ini akan dipertanggungjawabkan. Di akhirat kelak Allah akan menyoal penggunaan pancaindera tersebut :
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (36)” (QS. Al Isra [17] : 36)
3. Mereka diberi akal untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk, antara yang hak dan batil, antara hidayah dan sesat. Allah berfirman tentang penghuni neraka yang menyesal kerana semasa berada di dunia dahulu tidak menggunakan akal fikirannya sehingga akhirnya mereka masuk neraka :
4. Mereka diberi hak ikhtiar untuk menerima atau menolak hidayah Allah SWT. Allah berfirman :
“Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” (QS. Al Kahfi [ 18 ] : 29)
5. Kepada mereka sudah diutus Rasul, diturunkan Kitab Suci, disampaikan dakwah Islam untuk membimbing mereka mencari hidayah Allah SWT. Allah berfirman :
“dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). ” (QS Al Isra’ [ 17 ] :15)
6. Mereka hanya dibebani hal-hal yang sanggup mereka memikulnya. Allah berfirman
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al Baqarah [ 2 ] : 286)
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu” (QS : Al Baqarah : 185)
Dengan alasan-alasan seperti di atas, sangatlah bijaksana dan adil bagi Allah SWT memberikan azab kepada orang-orang yang menolak hidayahNYA sebagai balasan yang sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan di dunia.
No comments:
Post a Comment