Tuesday, November 20, 2012

Sebelum Sampai Waktunya .. bersegeralah



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Nikmat hidup adalah peluang paling bernilai bagi hamba Allah di dunia ini. Ini patut disyukuri sebelum kematian menjemput kerana kematian adalah penamat segala ruang dan peluang untuk membuktikan pengabdian kepada Allah SWT. Peluang hidup di dunia datang sekali sahaja dan jangka hayat kita pula hanya diketahui Allah SWT. 


Rasulullah SAW mengingatkan tenyang kepentingan menguruskan peluang yang diberikan Allah SWT dalam hidup. Baginda mengingatkan supaya kita memanfaatkan waktu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. 


Apabila sampai waktunya, malaikat maut akan datang menjemput untuk dikembalikan kepada Maha Pencipta. Di sana kita akan ditanya bagaimana kita mengisi peluang yang telah diberikan oleh-Nya. 

Tujuan kita dijadikan ialah untuk beribadat kepada-Nya, diberi amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi. Ibadat dan tanggungjawab ini mesti dilaksanakan berdasarkan syariat dan perintah-Nya. 

Seseorang yang melakukan amalan baik kerana mentaati perintah Allah dikira sudah melakukan ibadat kepada Allah SWT. Sifat orang beriman adalah segera melakukan amalan baik dan melakukan secara berterusan malah ada ke tahap berlumba-lumba melakukan kebaikan selagi nyawa di kandung badan. 

Orang-orang beriman yakin kiamat diri boleh berlaku pada bila-bila masa atau di mana sahaja. Imam Ghazali berkata, mati itu ada kalanya berlaku serta-merta. Andainya anda tidak mati serta-merta, anda harus ingat bahawa sakit itu selalu datang dengan serta-merta. Apabila anda sakit, nescaya anda tidak akan berdaya lagi untuk mengerjakan amalan soleh, sedangkan amalan soleh itu pula adalah bekalan akhirat.

Oleh itu usahlah kita bertangguh lagi. Bersegeralah dan berlumba-lumbalah melakukan ibadah. Usah memberi alasan belum dapat hidayah kerana jika kiamat diri terjadi ketika kita masih sedang menunggu hidayah, bagaimana kita dapat memasuki syurga-Nya. 


Hidayah perlu dicari dan bukan ditunggu. Janganlah menanti masa lapang untuk beribadah kerana hal ini akan memutuskan kita daripada kewajipan menunaikan hak terhadap apa yang telah ditetapkan Allah pada masa lapang itu. 

Semoga kita tetap istiqamah di atas jalan lurus hinggalah ke destinasi yang kita idam-idamkan. Marilah berusaha dengan bersungguh-sungguh.. peringatan buat diriku juga...

Tuesday, November 6, 2012

Dia Memang Layak..


Assalamu'alaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.. selalu juga menonton rancangan TV Al-Hijrah 30 minit Ustaz Don. Jika berpeluang saya akan menontonnya sama ada di youtube ataupun di TV Al-Hijrah. Kebetulan ada pula kemudahan merekod melalui Astro beyond dapatlah menonton pada sebelah malam. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh beliau dan sangat bermanfaat.

Akhir-akhir ini Ustaz Don Daniyal banyak berkongsi kisah-kisah nabi dan para sahabat dengan menerangkan serba sedikit hadis-hadis semasa ingin menghuraikan rukun-rukun dalam solat. Ada satu ketika Ustaz kaitkan dengan kisah Nabi Yusuf bila menerangkan tentang mimpi. 

Dalam satu slot lain pula ustaz Don ada mengisahkan tentang seorang gabenor pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar Ibni Khattab. Sangat tersentuh dengan kezuhudan gabenor yang dipilih ini.

Seperti yang kita tahu bahawa Saidina Umar hanya akan melantik pegawai-pegawainya setelah dia pasti pegawai-pegawai yang dipilihnya itu memang layak menjalankan tugas. Namun pada suatu hari ada aduan kepada Saidina Umar terhadap gabenor yang dilantik beliau. Aduan mengatakan bahawa gabenor yang dilantik ini tidak menjalankan tugas dengan baik.

Amirul Mukminin yang mendengar tentang aduan itu terkejut dan rasa bersalah dan berdosa sangat. Jika semua aduan itu adalah benar maka dia telah tersilap memilih seorang gabenor yang ditugaskan untuk rakyat.

Dalam satu perjumpaan Amirul Mukminin pun menyoal gabenor itu di hadapan orang ramai.

"Wahai gabenor, aku telah mendapat aduan mengatakan bahawa:

1. Hari-hari engkau lambat masuk kerja.
2. Engkau akan berjumpa rakyat pada waktu Zohor hingga ke 'Asar sahaja.
3. Engkau langsung tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun pada waktu waktu malam, engkau suruh semua orang  balik dan tunggu hingga waktu zohor esok untuk mengadu.
4. Akhir sekali, dalam sebulan ada satu hari engkau tidak akan berjumpa sesiapa pun.

Amirul Mukminin bertanya, "Adakah engkau mempunyai jawapan untuk aduan-aduan tersebut wahai Gabenor?"

Gabenor menjawab, "Ya! saya ada jawapannya wahai Amirul Mukminin". Lalu gabenor pun memberikan jawapan.

1. Wahai Amirul Mukminin, aku ini adalah seorang yang amat miskin, miskin hingga aku tak mampu untuk memiliki seorang hamba yang dapat membantuku melakukan tugas-tugasan di rumah.  Bukan itu sahaja, aku juga mempunyai isteri yang sakit yang tidak mampu buat apa-apa (isteri kurang upaya), jadi aku setiap hari sebelum datang kerja, bila aku bangun, aku perlu menyiapkan isteriku, mengemas rumahku, dan selesaikan semuanya terlebih dahulu barulah aku ke tempat kerja.

2. Wahai Amirul Mukminin, aku hanya berjumpa orang pada waktu Zohor hingga 'Asar kerana aku perlu pulang awal, aku perlu siapkan isteriku untuk solat 'Asarnya, Maghribnya dan Isya'nya. 

3. Wahai Amirul Mukminin, untuk jawapan ketiga, aku telahpun bahagikan hari-hariku kepada 3. 1/3  untuk isteriku, 1/3 lagi untuk rakyatku, dan aku telah gunakan bakinya untuk aku beribadat kepada Allah. Atas sebab itulah aku menolak untuk berjumpa sesiapa kerana aku perlu masa untuk aku menghadap Tuhanku. "

4. Wahai Amirul Mukminin!  aku merasa malu untuk aku kongsikan jawapan untuk yang terakhir ini tapi jika engkau berkeras, aku terpaksa jugalah menceritakan kepadamu. Lalu dia pun berkata, aku ini adalah orang yang sangat miskin. Untuk pengetahuanmu, aku hanya ada satu helai baju yang betul-betul dapat menutup auratku. Sebulan sekali aku perlu mencucinya untuk aku pakai pada hari berikutnya. Bagaimana aku boleh berjumpa orang sedangkan aku  dalam keadaan yang kurang sempurna menutup auratku? 

Mendengarkan jawapan-jawapan gabenor, Amirul Mukminin terus berkata. "Wahai semua! inilah orang yang paling layak menjadi gabenor."  

Kita boleh bandingkan akhlak gabenor ini dengan diri kita. Betapa zuhudnya gabenor ini, biarpun dia gabenor dia masih susah kerana apa yang ada padanya diinfakkan. Dia juga tidak mengabaikan tanggungjawab kepada isteri, rakyat dan dia amat menjaga hubungannya dengan Allah SWT.

Satu perkara lagi yang ustaz  beritahu bahawa pada satu hari, setiausaha negara membentangkan senarai orang-orang yang boleh menerima zakat, dan setelah diteliti Amirul Mukminin, dia sendiri terkejut kerana nama gabenor ini tersenarai sebagai salah seorang penerima zakat. 

Friday, November 2, 2012

Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.



Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah
Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.


Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun
Lapuran dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan berbillion dolar.
Sedih bila mendapat tahu akan hal ini.. Jom baca yang lengkap: 

Kubah Hijau Masjid Nabawi Akan Diroboh Kerajaan Saudi




Pengertian Taubat Menurut Saidina Ali ra



Assalamu'alaikum warahmatullah..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Diriwayatkan daripada Saidina Ali ra; bahawa seorang lelaki selepas solat lantas berdoa katanya : "Ya Allah ya Tuhanku, aku bertaubat kepadaMu sekarang juga". Apabila Saidina Ali ra mendengar doa org itu lantas dia berkata: Wahai anda yg sdg berdoa sesungguhnya taubat yg engkau lakukan secara semberono adalah taubat yg dusta, dan taubatmu memerlukan satu taubat yg lain".

Lelaki itu bertanya; "Wahai Amirul Mukminin Saidina Ali, sekiranya engkau menyuruh aku bertaubat yg lain pula, maka apakah sebenarnya taubat itu, tolonglah terangkan kpd saya".

Saidina Ali berkata : "Adapun yg dikatakan taubat itu ada enam pengertian:

Yg pertama, sekiranya kamu melakukan dosa yg lalu maka taubatnya ialah hendaklah kamu menyesal sgl keslahan dan dosa kamu.

Yg kedua, jika kamu melakukan keslahan dan dosa kpd Allah SWT kerana meninggalkan perintah yg wajib, maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajiban yg telah ditinggalkan itu.

Yg ketiga, sekiranya kamu melakukan kezaliman kpd org lain maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan semula apa2 juga yg berlaku kpd org itu sehingga tiada lagi yg bersangkutan dgn org yg kamu zalimi itu dan dia pula memaafkan sgl penginayan kamu kpdnya.

Yg keempat, maka sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dgn maksiat itu, maka demikianlah juga kamu wajib melakukan taat kpd Allah sehingga jiwamu sebati dgn ketaatan itu.

Yg kelima, sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yg kamu lakukan, maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit.

Yg keenam, sekiranya kamu melakukan maksiat kpd Allah dlm keadaan gembira dengan gelak ketawa, maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yg kamu lakukan itu beserta mengerjakan sgl ketaatan kpd Allah SWT.

Demikianlah pengertian taubat menurut Saidina Ali ra, bahawa urusan taubat itu bukanlah satu tugas sampingan yg dibuat sambil lewa dan tergopoh gapah, walupun lidah menyebut tetapi tidak menjadi satu permohonan taubat yg sebenar.

Taubat dgn lidah tanpa memperlihatkan benar2 taubat atau penyesalan terhadap kesalahan atau dosa2 lampau, hanyalah permainan lidah. Jika mengekalkan perbuatan itu akan menjadi satu dosa pula, kerana menurut Saidina Ali, perbuatan itu merupakan pendusataan kpd Allah swt. Saidina Ali menyifatkan taubat spt ini adalah dusta, taubatnya bkn sahaja tidak menggugurkan dosa malah bertambah pula dosa, krn berdusta.

Dosa meninggalkan perkara2 wajib bermakna berhutang, bila berhutang wajib dibayar, umpamanya jika meninggalkan solat seseorg itu kena kira berapa jumlah solat yg ditinggalkan kmd mengqahakannya, begitu juga ibadat yg lain, kerana jika tak menggantikan yg tertinggal bermakna taubatnya tidak memenuhi syarat.

Saidina Ali juga menjelaskan jika melakukan kezaliman kpd org lain, tidak dpt tidak seseorg yg ingin bertaubat kena mendptkan kemaafan dpd org yg dizalimi, jika berhutang perlu dibayar terlebih dahulu, jika mencuri perlu dikembalikan barang yg dicuri sehingga org yg dizalimi berpuashati. Apabila selesai baharulah permohonan maaf dikemukakan kpd org itu.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)