Assalamu'alaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.. selalu juga menonton rancangan TV Al-Hijrah 30 minit Ustaz Don. Jika berpeluang saya akan menontonnya sama ada di youtube ataupun di TV Al-Hijrah. Kebetulan ada pula kemudahan merekod melalui Astro beyond dapatlah menonton pada sebelah malam. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh beliau dan sangat bermanfaat.
Akhir-akhir ini Ustaz Don Daniyal banyak berkongsi kisah-kisah nabi dan para sahabat dengan menerangkan serba sedikit hadis-hadis semasa ingin menghuraikan rukun-rukun dalam solat. Ada satu ketika Ustaz kaitkan dengan kisah Nabi Yusuf bila menerangkan tentang mimpi.
Dalam satu slot lain pula ustaz Don ada mengisahkan tentang seorang gabenor pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar Ibni Khattab. Sangat tersentuh dengan kezuhudan gabenor yang dipilih ini.
Seperti yang kita tahu bahawa Saidina Umar hanya akan melantik pegawai-pegawainya setelah dia pasti pegawai-pegawai yang dipilihnya itu memang layak menjalankan tugas. Namun pada suatu hari ada aduan kepada Saidina Umar terhadap gabenor yang dilantik beliau. Aduan mengatakan bahawa gabenor yang dilantik ini tidak menjalankan tugas dengan baik.
Amirul Mukminin yang mendengar tentang aduan itu terkejut dan rasa bersalah dan berdosa sangat. Jika semua aduan itu adalah benar maka dia telah tersilap memilih seorang gabenor yang ditugaskan untuk rakyat.
Dalam satu perjumpaan Amirul Mukminin pun menyoal gabenor itu di hadapan orang ramai.
"Wahai gabenor, aku telah mendapat aduan mengatakan bahawa:
1. Hari-hari engkau lambat masuk kerja.
2. Engkau akan berjumpa rakyat pada waktu Zohor hingga ke 'Asar sahaja.
3. Engkau langsung tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun pada waktu waktu malam, engkau suruh semua orang balik dan tunggu hingga waktu zohor esok untuk mengadu.
4. Akhir sekali, dalam sebulan ada satu hari engkau tidak akan berjumpa sesiapa pun.

Amirul Mukminin bertanya, "Adakah engkau mempunyai jawapan untuk aduan-aduan tersebut wahai Gabenor?"
Gabenor menjawab, "Ya! saya ada jawapannya wahai Amirul Mukminin". Lalu gabenor pun memberikan jawapan.
1. Wahai Amirul Mukminin, aku ini adalah seorang yang amat
miskin, miskin hingga aku tak mampu untuk
memiliki seorang hamba yang dapat membantuku melakukan tugas-tugasan di rumah.
Bukan itu sahaja, aku juga mempunyai isteri yang sakit yang tidak mampu buat apa-apa (isteri kurang upaya),
jadi aku setiap hari sebelum datang kerja, bila aku bangun, aku
perlu menyiapkan isteriku, mengemas rumahku, dan selesaikan semuanya terlebih dahulu barulah aku ke tempat kerja.
2. Wahai Amirul Mukminin, aku hanya berjumpa orang pada waktu Zohor hingga 'Asar kerana aku perlu pulang awal, aku perlu siapkan
isteriku untuk solat 'Asarnya, Maghribnya dan Isya'nya.
3. Wahai Amirul Mukminin, untuk jawapan ketiga, aku telahpun bahagikan hari-hariku kepada 3. 1/3 untuk isteriku, 1/3 lagi
untuk rakyatku, dan aku telah gunakan bakinya untuk aku beribadat kepada Allah.
Atas sebab itulah aku menolak untuk berjumpa sesiapa kerana aku perlu masa untuk
aku menghadap Tuhanku. "
4. Wahai Amirul Mukminin! aku merasa malu untuk aku kongsikan jawapan untuk yang terakhir ini tapi jika engkau berkeras, aku terpaksa jugalah menceritakan kepadamu. Lalu dia pun berkata, aku ini adalah orang
yang sangat miskin. Untuk pengetahuanmu, aku hanya ada satu helai baju
yang betul-betul dapat menutup auratku. Sebulan sekali aku perlu mencucinya untuk
aku pakai pada hari berikutnya. Bagaimana aku boleh berjumpa orang sedangkan
aku dalam keadaan yang kurang sempurna menutup auratku?
Mendengarkan jawapan-jawapan gabenor, Amirul Mukminin terus berkata. "Wahai semua! inilah orang yang paling layak menjadi gabenor."
Kita boleh bandingkan akhlak gabenor ini dengan diri kita. Betapa zuhudnya gabenor ini, biarpun dia gabenor dia masih susah kerana apa yang ada padanya diinfakkan. Dia juga tidak mengabaikan tanggungjawab kepada isteri, rakyat dan dia amat menjaga hubungannya dengan Allah SWT.
Satu perkara lagi yang ustaz beritahu bahawa pada satu hari, setiausaha
negara membentangkan senarai orang-orang yang boleh menerima zakat, dan setelah
diteliti Amirul Mukminin, dia sendiri terkejut kerana nama gabenor ini tersenarai sebagai salah seorang penerima zakat.
3 comments:
salam..ya Allah..betapa hebat seorang gabenor mengagihkan masa dunia dan akhiratnya..hebat lg Allah yg kurniakan hambanNYA yang hebat sebegini..:-)..good entry
Salem nur naa'irah
Begitulah orang-orang terdahulu.. hebatnya mereka kerana dengar dan taat..Mereka benar-benar menjaga qalbun pemberian Allah SWT yang Allah memelihara qalbun mereka. Terasa kerdil...
Tadi ulang tonton.. ustaz sebut nama gabenor tu Amir bin Said tapi bila googles yang keluar Said bin Amir
Post a Comment