Friday, February 24, 2012

Sesi Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pagi ini singgah ke blog http://fitrihadi.com membaca perkongsian beliau tentang 26 soalan yang dijawab oleh Ustaz Uzhar Idrus yang menjadi fenomena pada masa ini selain Ustaz Don dalam sesi kuliah Maghrib di Majid Sultan Salehuddin Shah Alam baru-baru ini. 

Di bawah ini saya copy n paste kesemuanya daripada fitrihadi.com untuk dikongsi di sini.

Siapa yang pergi sesi kuliah maghrib khas bersama Ustaz Azhar Idrus pada 29 Januari 2012 di masjid Shah Alam memang beruntung dapat tambah ilmu dan keberkatan daripada Allah.

26 soalan ustaz azhar idrus masjid shah alam 29 januari 2012

Ada 26 soalan dalam sesi kuliah maghrib khas bersama Ustaz Azhar Idrus iaitu:

1. Boleh tak orang laki pakai perhiasan perempuan?

Orang laki-laki takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan contohnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah walaupun pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi) ditulis dosa.
Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam-malam pakai baju apa?
GF: I malam-malam baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.



2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan? 
- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

***Perumpamaan perempuan oleh UAI:
“Orang puang ni sama macam Lamborghini. Beli Lamborghini, gi Subang, tukar buh side mirror Kancil. Org tanya, “Guaner tukar side mirror buh Kancil?” “Nak bagi nampak lawo.” Takdok berlaku. Lamborghini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah.

Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta.” Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah.” Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu belum pakai baju perempuan.


3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.
- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.


4. Saya kije syarikat isteri saya. Gaji RM6000 sebulan. Tapi dia bagi RM3K je kat saya, RM3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut saya kawin sorang lagi. Apa hukum?
- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.


5. Sorang mak nyah yang telah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dan sebagainya.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.



6. Pegang tafsir Quran masa haid
- Boleh.


7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?
- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.


8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- Hendaklah kita tunaikan solat-solat fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. Biar 5 fardhu jangan kurang.
- Diterima, sebab kita dah sembahyang.
Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.



9. Apa hukum tak bayar tol?
- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol untuk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan untuk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yang ada skang, untuk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.


10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. Kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. Kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami seperti tak bagi nafkah.


11. Saya photographer part-time. Saya upload gambar tak bertudung. Publish utk marketing je. Hukum?
- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.
UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”


12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
- Mesti diwujudkan benda yang sama di tempat tu balik dengan harga yang sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.


13. Suami jenis ungkit.
- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar-benar suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.
UAI:”Rima(harimau) tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima.”
UAI: “mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. Boleh bini lain.”
UAI: “Payah nak cari yang penyayang macam saya”


14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
- 3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.



15. Boleh ambik air wudhu’ putus-putus? Ambik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.


16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bagitau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. Kita jumpa suami dia cakap ngan org puang. Kita takleh kabor kat bini dia. Kabor lah kat empunya diri. Tanya dia untuk tegur dan tahu perkara sebenar. Jangan rosakkan rumahtangga orang.


17. Hukum doa facebook.
- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza-beza. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk-nunjun, sia-sia perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.


18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- suara ni ada dua hukum: suara aurat dan suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- sebaiknya, perempuan jangan nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.



19. Mengata orang dalam berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yang Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- “Celakalah orang yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas
- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- nasihat; benda yang lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- jangan sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.



20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jangan sampai nampak macam puang. orang kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.



21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.


22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram walaupun ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik-baiknya. Aib pada mayat jika orang lain nampak aurat si mati.



23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah buat benda buruk?
- amalan yang tidak diterima doa, doa orang yang makan yang haram.
- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yang menghalang doa diterima.



24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat?
-Tak dapat.


25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Contoh: “Wallah, Tallah”.
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain walaupun dah bersumpah atas nama Allah tapi kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan orang miskin.
- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” untuk ucap tahniah org kahwin. Bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”



26. Soalan terakhir. Bolehkah saya selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang-alang dah mandi, baik mandi wajib.
- Jawabnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. Mandi-mandi ni perintah Allah, takleh nak main-main. Mandi wajib ada sebabnya tersendiri. Niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala


Diharap bermanfaat untuk semua. Dan sebarkan untuk kebaikan bersama :)

Saturday, February 18, 2012

Hidayah

Bismillahirrahamanirrahim.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hidayah, betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup anak manusia. Terlebih jika hidayah itu datang secara tiba-tiba, tanpa ada rencana dan tidak ada proses untuk mendapatkan yang direka. la begitu saja datang lalu tergetarlah episod hidup yang penuh dengan taburan cahaya.


Hidayah Allah SWT itu tidak diberikan kepada manusia berdasarkan kedudukan, keluarga, pangkat, dan harta mereka. Melainkan hidayah dan cahaya Allah itu diberikan kepada orang yang dikehendaki oleh-Nya dan berhak untuk menerimanya. Hidayah Allah dikerahkan bagi orang yang memang ingin mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.


Siapa saja yang ditunjukkan oleh Allah sebuah hidayah di dalam hatinya, kemudian dia berjuang dengan sungguh-sungguh di jalan Allah, dia rela Allah sebagai Tuhannya, dan menjadikan Allah sebagai tujuannya, maka keredhaan-Nya telah dipancarkan ke dalam matanya dan Allah memberikannya
suatu petunjuk.


Untuk mencapai hidayah itu bukan hanya dengan banyak beribadah, tetapi harus disertai dengan keimanan dalam hati. Bukanlah iman kalau hanya dengan menyendiri dan berangan-angan, tetapi iman adalah yang bersemayam di dalam hati dan direalisasikan dengan amal perbuatan. Kebanyakan orang yang ahli ibadah zaman sekarang ini salah persepsi ketika mereka mengira bahawa jalan untuk mencapai hidayah adalah dengan banyak beribadah. Sehingga, mereka mengada-adakan suatu ibadah yang tidak diajarkan oleh Allah dalam syari'atnya.


Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu ada keinginan untuk
mendapatkan hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di balik jiwamu bahawa kamu menginginkan-Nya. Kalau kamu bersungguh-sungguh mencari hidayah, pastilah Allah akan membukakan dan memberikan untukmu sesuatu yang tidak terlintas dalam hatimu. Janganlah di dalam kehidupan ini kamu kikir memberikan kemudahan, ilham, bimbingan, pemberian, cahaya dan keberkahan. Sesungguhnya Allah akan mendatangkan hidayah dari salah satunya.


Inilah keinginan yang besar dan keinginan yang sesungguhnya, yang tidak akan dapat ditandingi oleh keinginan untuk mendapatkan kemewahan dunia. Sesungguhnya, semua keinginan itu akan terlihat murah kalau dihadapkan dengan keinginan yang mulia untuk mendapatkan hidayah. Dan hanya orang-orang rugi yang tidak ingin menggenggamnya erat-erat setelah mendapatkannya.... FIKIRKANLAH!



Allah,
Sangat dekat dengan kita
bahkan lebih dekat dengan urat leher kita

Adakah kau mengerti
tiap desah nafas adalah kasih sayang-Nya

Dia telah memanggilmu,
menegurmu dengan sangat dekat
memberimu surat cinta untuk dibaca

Jika selangkah saja kau dekat pada-Nya
Dia akan mendekatimu seribu langkah....

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. 

Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Tuesday, February 14, 2012

Belajarlah Berbuat Sesuatu Dengan Bismirabbika

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.



Tadi sempat menonton TV al-Hijrah rancangan madrasah aqidah.. ada dibincangkan tentang mengetahui sifat-sifat Allah SWT.

Pengajaran yang saya dapat daripadanya (yang saya ingat) ialah apabila kita mempelajari sesuatu atau melihat sesuatu perlulah kita iqra' bismirabbika iaitu baca dengan nama tuhanMu yang menjadikan atau yang menciptakan.. wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'.

Bila kita melihat atau mempelajari sesuatu kejadian alam atau sesuatu benda tak kiralah manusia ke binatang ke, bulan atau matahari kita kena pelajari atau pandang dengan menghubungkaitkannya dengan Khaliq.. Daripada situ kita akan mengenali sebahagian daripada sifat-sifat Allah.

Kenapa dikatakan sebahagian?

Diberikan contoh bila kita lihat lukisan; kita yakin ada yang melukis walaupun kita tak lihat pelukis tu.
Kemudian daripada lukisan yang cantik itu pula kita cuma dapat mengagak sifat pelukis.. dengan memandang lukisan tu kita yakin pelukis tu seorang yang kreatif tetapi kita tak tahu sama ada orang tu pemarah atau kurang sabar.

Sebenarnya yang ditunjukkan adalah lukisan sehelai baju dipakai oleh seorang kanak-kanak, baju tu berwarna warni. Daripada baju tu kita tahu yang jahitnya ialah tukang jahit... dan tukang jahit tu kita dapat agak dia inovatif, kreatif dan ada sentuhan seni.. kita hanya tahu itu sahaja. 

Hakikat Allah SWT bukanlah seperti tukang jahit.. cuma dianalogikan seperti itu.

Jadi tentang Khaliq pula kita boleh lihat daripada kejadian alam, contohnya bumi mengelilingi matahari dalam masa 365 hari kemudian beredar atas orbitnya tanpa terkeluar daripada orbit.. kita tahu bahawa Allah Maha Berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu. Ini berdasarkan aqli. Tentang Allah Maha Pengampun atau Allah Maha Menyiksa kita hanya tahu secara naqli iaitu daripada al-Quran dan Hadith.

Kita dinasihatkan ajar anak-anak kita belajar sesuatu dengan nama tuhanMu, tak kiralah belajar sains atau astronomi atau apa saja.

Bila tak "bismirabbika" maka terjadilah seperti orang-orang yang tidak beriman. Mereka menyangka bahawa kepandaian mereka adalah hasil kerja rajin mereka. Mereka tak kenal Allah. Dan apabila berlaku sesuatu contohnya Tsunami, letusan Gunung Berapi mereka akan kata itu adalah fenomena alam; tidakpun kaitkan dengan kekuasaan Allah dan kehendak Allah SWT.. yakni bila Allah kata JADI maka JADILAH.

Kita perlu menjadikan anak-anak kita ulul albab. Apakah ulul albab tu? Itulah orang-orang yang disebut dalam ayat 190 dan 191 Surah A-li'Imraan 3

A190

A191


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;




(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (A-li'Imraan 3:191)

Bagi saya ulul albab ni ialah orang-orang yang faham sunnatullah dan ikut syari'atullah.. orang-orang ini sempurna IQ, SQ dan EQ.

Friday, February 10, 2012

Mahukan kemuliaan?


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Allah SWT berfirman:

A010


Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.



Daripada ayat di atas, ada tiga pengajaran penting sewajarnya menjadi renungan bagi setiap muslim.


Pertama:

Allahyarham Ahmad Sonhadji Mohamad, seorang ulama terkenal di Singapura dan rantau ini menjelaskan bahawa kemuliaan ('izzah) yang dikurniakan kepada manusia ialah seperti kata Ibnu Abbas: 

“Mereka makan menggunakan tangan sedangkan makhluk yang lain makan dengan mulut yang dihadapkan ke tanah ATAUPUN manusia itu dimuliakan dengan sebab mereka dibekalkan akal, diberikan kebolehan bertutur kata, tahu membezakan mana yang baik dengan yang buruk lalu memilih yang baik, tahu menulis dan melukis, seterusnya dikurniakan kefahaman.” 

Di samping itu, kemuliaan ('izzah) itu mungkin bersandarkan kepada wajah yang cantik dan bentuk badannya yang molek ATAUPUN kerana manusia dapat menguasai apa yang ada di muka bumi dan menggunakannya untuk maslahat hidup manusia itu sendiri atau dengan dikurniakan kepandaian dan kebijaksanaan untuk mentadbirkan urusan mereka dengan baik. 


Jelas, daripada maksud ayat suci dan tafsirannya bahawa pada permulaan ayat ini, Allah SWT menyebut tentang kemuliaan ('izzah) dan di akhir ayat pula tentang kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. 


Ringkasnya, maksud kemuliaan ('izzah) manusia itu ialah Allah menjadikan manusia lebih mulia daripada haiwan kerana diberi akal, boleh bertutur kata, pandai menulis dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tubuh badannya. 

Dan maksud kelebihan pula ialah Allah menjadikan manusia kelainan kerana dengan akal dan kefahamannya, dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulia. 


Dalam realiti kehidupan semasa, ramai yang salah tanggap tentang hakikat kemuliaan hidup ('izzah). 


Kedua:

SEGALA amal perbuatan terpuji baik dalam bentuk ucapan mahu pun tindakan, sesungguhnya memiliki jalur langsung kepada Allah dan akan diangkat serta dilaporkan oleh malaikat ke hadrat Allah, Zat yang Maha Tinggi dan Maha Mulia. 

Oleh itu, berbuat baik yang disertai keikhlasan dan kesungguhan harus menjadi gaya hidup orang beriman, termasuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita sekali pun. 

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: 

“Amalan yang paling afdal di sisi Allah ialah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan kekeluargaan denganmu, memberi kepada orang yang kikir kepadamu dan memaafkan orang yang menganiaya dirimu. (Riwayat Ahmad dan Dailami) 

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang inginkan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Begitu juga dengan rezeki Allah tidak akan turun terus dari langit melainkan dengan perantaraan hamba-Nya yang lain. Ini bermakna bahawa orang yang tidak menjalin silaturahim dengan manusia lain sumber rezekinya akan terputus. 

Bekerja, berniaga, bertani dan apa-apa pekerjaan pun di dunia ini tidak boleh dilakukan secara bersendirian. Tidak dapat tidak semuanya membabitkan penyertaan dan bantuan daripada manusia lain. 


Ketiga:

JIKA kemuliaan yang hakiki diraih melalui tunduk dan patuh kepada Allah disertai dengan pelaksanaan amal salih yang berterusan, baik dengan ucapan mahupun tindakan yang berlandaskan keikhlasan, nescaya segala bentuk kejahatan daripada orang-orang berkelakuan jahat, pasti akan mengalami kehancuran dan kebinasaan. 

Orang yang beriman mesti meyakini bahawa segala bentuk kezaliman dan keburukan akan hancur dengan sendirinya selama mana orang yang beriman tetap beristiqamah dalam menebarkan benih-benih kebaikan dan menanam pohon kebajikan.

Thursday, February 9, 2012

30 minit Ustaz Don - Syahadah

Bismillahirrahmanirrahim

Suka sangat dengan 30 minit ustaz Don ni.. jadi bila berpeluang pasti nak dengar kuliyah beliau... nah sini tentang syahadah



Syahadah memainkan peranan yang sangat penting kepada kita kerana inilah pegangan akidah kita.. berasal daripada akar kata 'a qa da iaitu aqad seperti aqad nikah iaitu ikat menjadi satu ikatan. ikatan tali kasut atau apa saja ikatan boleh terbuka.. sebab itulah umat Islam kena solat sekurang-kurangnya lima kali sehari... sebab dalam solat ada ucapan syahadah. Teruskanlah menonton dan amalkan ilmu yang diperoleh daripadanya.

Pernah tulis sedikit sebelum ini di SINI

Wednesday, February 8, 2012

Sudahkah kamu santuni anak-anak yatim


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum


Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

 (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).


Idea menulis tentang surah ini ialah selepas
menonoton Sang Pencerah daripada YouTube







Ulasan dan Pengajaran daripada filem ini  boleh klik di sini.

Berikut adalah sebahagian daripada ulasan atau pengajaran yang saya petik daripada sana.

Ditanya oleh salah seorang anak muridnya kenapa kita selalu mengulang-ulang bacaan surah al-Ma`uun, sedangkan banyak lagi surah untuk dibaca dan dibincangkan.

Lantas ditanya kembali oleh Pak Kiyai kepada anak muridnya itu, “Sudah berapa ramai orang miskin dan anak yatim telah engkau santuni?”  Beliau menambah lagi, “Kita belajar al-Quran bukan untuk segera hafal semuanya, tetapi untuk dilaksanakan ajaran yang terkandung di dalamnya.”  Lebih kurang begitulah kata-katanya.

Saya kira mesej sebegini jarang ditekankan oleh para guru.  Berbuat baik kepada orang-orang miskin dan anak yatim adalah penting dan kita risau kita nanti digolongkan sebagai orang yang mendustakan agama sebagaimana yang disebut di dalam surah al-Ma`uun, na`udzu billahi min dzalik.


AKU INGIN MENDIDIK HATIKU... mudah-mudahan hatiku dapat dilembutkan... amiin

Monday, February 6, 2012

30 Minit Ustaz Don - Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.




Benarkah kita cinta Rasul?

A031

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Mari lapangkan masa sebentar bersama Ustaz Don

Cinta Rasul (Kelahiran Rasulullah SAW)




Cinta Rasul (Sebelum Kenabian)





Cinta Rasul bahagian 2


Sunday, February 5, 2012

Bahagia Menjadi Umatmu ...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Rasa bahagia terselit di hati kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

Namun;  sungguh! Banyak sunnah baginda tak termampu diikuti.

Kenalkah nanti oleh baginda akan diriku ini...


Wahai Tuhanku! Curahkanlah selawat dan salamMu kepada kekasihMu (Muhammad) yang paling tinggi dan mulia darjatnya di kalangan sekalian makhluk sepanjang peredaran zaman.


Ya Allah! sampaikan selawat dan salamku buat junjungan Mulia NabiMu, Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat.




اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Thursday, February 2, 2012

Kenapa Hati Menjadi Keras - Ustaz Don

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Nabi kata orang yang paling jauh dengan Allah ialah orang yang hatinya keras. Sedangkan kita sentiasa harapkan Allah dekat dengan kita... mari dengar bicara Ustaz Don Daniyal


Selamat menonton dan mengamalkannya

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)