SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya
memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya,
orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan
(kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang
dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW
apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai
sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil
tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan
perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan
marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Dia mungkin
merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali
kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar
pahalanya.
Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik
sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan
melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan
menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab
itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah
hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak
untuk menilai atau muhasabah diri.
Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah
sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu
berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki
ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya.
Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang
lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar
kepada diri sendiri terutama dari segi rohani.
Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran
terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan
kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan
perasaan marah.
Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi
yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca
sifat marah dan membalas dendam.
Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan
perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan
kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya-Allah, kita juga tidak
akan menanggung kemarahan daripada orang lain.
Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita
memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka
hati untuk memaafkan kesalahan kita.
Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana
sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua
orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini.
Sumber: Tazkirah laman web Masjid Negara
No comments:
Post a Comment