Saturday, May 29, 2010

Malam Pertama Di Alam Kubur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Saya telah menonton siri video di youtube tentang malam pertama di alam kubur. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

















Selepas menonton youtube ini saya ingin mengajak anda semua mendengar bacaan Talqin di SINI.

Sungguh! kita hendaklah selalu mendengar seruan ini supaya tertanam di hati kita ingin sentiasa beramal dan istiqamah dengannya, supaya kita akan senang apabila dipanggil kembali menemuiNYA satu saat nanti.

Thursday, May 20, 2010

Kisah Uwais Penduduk Langit



Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ini diambil daripada Berita Harian 20 hb Mei 2010. Kisah tentang ketaatan Uwais kepada ibunya hingga disebut oleh Nabi Muhammad saw sebagai penghuni langit. Mudah2an kisah ini menjadi pengajaran kepada kita untuk berbuat ihsan, maaruf dan birrun kepada kedua ibubapa kita. InsyaAllah. Sesungguhnya ridha Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa kita.

UWAIS al-Qarni hidup pada zaman Rasulullah. Beliau seorang pemuda miskin yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah tua, lumpuh dan buta. Uwais tinggal dengan ibunya kerana beliau tidak mempunyai ahli keluarga lain.

Kerjanya mengambil upah mengembala qibas dan unta. Upah diterimanya cukup untuk nafkah beliau bersama ibunya. Apabila ada rezeki lebih, digunakan untuk membantu jiran yang serba kekurangan. Beliau terkenal seorang anak yang taat kepada ibunya dan Allah. Beliau selalu berpuasa dan pada malam hari bermunajat kepada Allah memohon petunjuk. Hatinya sedih setiap kali jirannya pulang dari Madinah menceritakan pertemuan dengan Nabi Muhammad kerana beliau sendiri belum berpeluang berjumpa Baginda.

UWAIS al-Qarni hidup pada zaman Rasulullah. Beliau seorang pemuda miskin yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah tua, lumpuh dan buta. Uwais tinggal dengan ibunya kerana beliau tidak mempunyai ahli keluarga lain.

Kerjanya mengambil upah mengembala qibas dan unta. Upah diterimanya cukup untuk nafkah beliau bersama ibunya. Apabila ada rezeki lebih, digunakan untuk membantu jiran yang serba kekurangan. Beliau terkenal seorang anak yang taat kepada ibunya dan Allah. Beliau selalu berpuasa dan pada malam hari bermunajat kepada Allah memohon petunjuk. Hatinya sedih setiap kali jirannya pulang dari Madinah menceritakan pertemuan dengan Nabi Muhammad kerana beliau sendiri belum berpeluang berjumpa Baginda.

Hari berganti hari kerinduan Uwais untuk berjumpa Nabi Muhamad semakin mendalam. Hatinya selalu bertanya bila beliau dapat bertemu Baginda untuk memandang wajahnya dari dekat. Beliau rindu mendengar suara Nabi dan kerinduannya kerana iman sedangkan beliau mempunyai seorang ibu yang tua, buta dan lumpuh. Bagaimana harus meninggalkannya untuk menemui Nabi.

Akhirnya kerinduan selama itu dipendamkan. Suatu hari Uwais mendekati ibunya dan meluahkan isi hati untuk memohon izin menemui Nabi di Madinah. Mendengar permohonan anaknya itu, ibunya berkata: “Pergilah wahai Uwais, anakku, temuilah Nabi di rumahnya, selepas berjumpa segeralah engkau pulang.”

Betapa gembiranya hati Uwais mendengar ucapan ibunya. Beliau segera berkemas dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibu yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran supaya menemani ibunya selama beliau ke Madinah.

Selepas merentasi perjalanan jauh, akhirnya Uwais sampai di Madinah. Beliau segera mencari rumah Nabi lalu diketuk pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Maka keluarlah seorang seraya membalas salamnya.

Uwais menanyakan Nabi yang ingin ditemui tetapi Nabi tidak berada di rumahnya kerana sedang berada di medan perang. Uwais hanya dapat bertemu Siti Aisyah. Betapa kecewanya hati Uwais datang dari jauh tetapi tidak dapat menemui Nabi.

Uwais ingin menunggu kepulangan Nabi dari medan perang tetapi telinganya masih terngiang pesan ibunya yang sudah tua dan sakit supaya segera pulang ke Yaman. Dia melupakan keinginan hatinya dan berjumpa Siti Aisyah sambil berpesan menitipkan salam kepada Nabi Muhammad.

Selepas itu, beliau segera berangkat ke Yaman dengan perasaan amat terharu. Peperangan selesai, Nabi Muhammad kembali ke Madinah. Setibanya di rumah, Nabi menanyakan Siti Aisyah mengenai orang yang mencarinya.

Seterusnya Nabi mengatakan bahawa Uwais anak yang taat kepada ibunya, adalah penghuni langit.

Mendengar perkataan Nabi, Siti Aisyah dan sahabat terpegun. Menurut keterangan Siti Aisyah, memang benar Uwais mencari Nabi dan bersegera pulang ke Yaman kerana tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Nabi meneruskan keterangannya mengenai Uwais, penghuni langit kepada sahabatnya dan berkata: “Jika kamu ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah tapak tangannya.”

Setelah itu Nabi memandang kepada Ali dan Umar seraya berkata: “Suatu ketika apabila kamu bertemu dengan dia, mohonlah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Selepas Nabi Muhammad wafat dan diganti Abu Bakar, kemudian Umar. Suatu ketika Khalifah Umar teringat akan sabda Nabi mengenai Uwais. Beliau segera mengingatkan juga kepada sahabatnya Ali bin Abi Talib.

Rombongan khafilah dari Yaman datang ke Madinah. Umar dan Ali selalu menanyakan Uwais. Rombongan itu memberitahu Uwais ada bersama mereka dan sedang menjaga unta di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, Khalifah Umar dan Ali segera bertemu Uwais.

Setibanya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Ali memberi salam. Tetapi Uwais sedang solat, selepas mengakhiri solatnya dengan salam, Uwais menjawab salam Khalifah Umar dan Ali sambil mendekati kedua-dua sahabat Nabi itu dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di tapak tangan Uwais, seperti pernah dikatakan Nabi. Memang benar, nampaklah tanda putih di tapak tangan Uwais.

Wajah Uwais nampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi dia adalah penghuni langit.

Khalifah Umar dan Ali menanyakan namanya dan dijawab: “Abdullah.”

Mendengar jawapan Uwais, mereka tertawa dan mengatakan: “Kami juga Abdullah iaitu hamba Allah.

Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni.”

Khalifah Umar dan Ali memohon doa dan istighfar daripada Uwais dan selepas itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbangkan wang dari Baitulmal kepada Uwais tetapi Uwais berkata: “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari seterusnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi".

Monday, May 17, 2010

Hikmah di Sebalik Musibah - Penduduk Paling Sihat Di Dunia

03 Jamadil Akhir 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.

Hari ini tulis tentang Penduduk Paling Sihat Di Dunia. Petikan daripada artikel oleh UMMU SAKINAH HJ MUHAMMAD dalam Majalah SOLUSI isu no 17.

Selama ini kita hanya mengetahui bahawa Gaza merupakan tanah yang penuh dengan penderitaan, pembunuhan, kezaliman, runtuhan, debu, mayat, darah dan air mata.

Penderitaan penduduk Gaza seperti tiada penghujungnya. setiap detik mereka merasa cemas. Roket dan peluru yahudi laknatullah sentiasa mengintai mereka walau di mana sahaja mereka berada.

Namun di sebalik penderitaan rakyat Gaza yang tidak berkesudahan ini terselit berita gembira. Tidak berapa lama yang lalu, terbit sebuah artikel daripada laman web http://zadalebad.com/ yang mengatakan bahawa gaza meruapakn "Pusat Kesihatan Terbesar No 1 di Dunia!".

Subhanallah! Sangat menakjubkan! Masyarakat yang kelihatan sangat menderita ini, kini merupakan masyarakat yang paling sihat. Apakah Rahsia Di Sebalik semua ini?. Tidak cukup makan dan minum, tempat tinggal yang sederhana, malah lebih ramai yang tinggal di atas runtuhan bangunan, udara yang sebati dengan bau belerang dan bahan kimia fosforus tidak membuatkan penduduk Gaza lemah jasadnya.

Rahsianya ialah:

Ikut saranan Rasulullah saw

Hasil kajian menunjukkan bahawa penduduk Gaza mengamalkan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh ahli perubatan moden. Mereka menghindari makanan yang mempunyai lemak, minyak dan kadar kolesterol tinggi yang boleh membawa penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan kegemukan.

Selain itu mereka juga berjaya menghindari diri mereka daripada pencemaran setempat (localized contamination) oleh bahan bakar minyak, karbon monoksida dan bahan kimia lain yang membahayakan. Mereka juga aktif dalam olahraga, berjalan kaki di sekitar petempatan di padang pasir atau gunung batu yang sangat bermanfaat bagi kesihatan dan pernafasan, aliran darah, kekuatan otot-otot serta kecerdasan akal.

Kegiatan ini mendapat tempat dalam kalangan golongan lanjut usia, orang kurang upaya, orang sakit dan wanita hamil. Mereka juga mengamalkan kaedah perubatan ala Rasulullah (tib nabawi) kerana menurut kajian para ilmuwan, kebanyakan ubat-ubat moden adalah penyebab merosotnya daya tahan tubuh badan kita. Oleh itu, mereka mengamalkan konsep 'kembali kepada alam sekitar'.

Malah ada pusat kesihatan kecil tempatan telah ditutup kerana tidak ramai penduduk yang datang untuk mendapatkan rawatan. Mereka meninggalkan perubatan moden dan mengikut sunnah Rasulullah saw dengan tidak makan organ dalaman haiwan, sebaliknya banyak mengambil buah2an sebelum makan hidangan berat, mereka makan sebelum malam , dan tidak minum ketika makan, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Jadi tidak hairanlah jika penduduk Gaza dikatakan sangat kuat untuk menggali terowong, bertahan dengan kehidupan ala padang pasir dan mampu menangkis serangan senjata kimia seperti fosforus putih. Malah sebahagian daripada penduduk Gaza 'berterima kasih' kepada pemerintah Israel dan Mesir yang telah membina tembok sempadan sehingga akhirnya mereka bertemu dengan cara hidup sihat yang menyebabkan mereka jauh daripada peradaban moden yang dapat merosakkan jiwa dan raga.

Ucapan terima kasih juga mereka ucapkan kepada pihak Israel kerana barang bantuan yang dihulurkan disekat oleh pihak mereka sebelum sampai ke Gaza.

Sekarang kita lihat
Perawatan kesihatan daripada Rasulullah saw dikenali sebagai Tib Nabawi

Keajaiban buah zaitun dan minyaknya

Hasil kajian 16 orang ahli kedoktoran ternama di Kota Rom memutuskan bahawa dengan mengambil minyak zaitun boleh mencegah penyakit pembuluh nadi, peningkatan tahap kolesterol dalam darah, peningkatan tekanan darah, penyakit kencing manis dan kegemukan, dan sebahagian daripada penyakit barah.

Manfaat buah zaitun turut dinyatakan oleh Baginda ; "Makanlah buah zaitun dan minyakkan rambut dengannya kerana buah zaitun keluar dari pohon yang berkat" (riwayat Ahamd dan al-Tirmizi ; hadis hasan)

Madu Terbaik

Madu yang terbaik ialah madu yang diambil dari gunung, kemudian yang diambil daripada pokok kayu, dan dari kawasan perumahan yang dihuni manusia. Maksud ayat 68 surah an-Nahl dalam al-Quran, "Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah, 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia".

Habbatus Sauda

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya habbatus sauda' (jintan hitam) mengandungi ubat bagi semua jenis penyakit kecuali al-sam." Aisyah bertanya : "Apa itu al-sam?" Dijawab Baginda yang bermaksud "Al-sam ialah kematian" (Muttafaq 'alaih).

Hasil penelitian di Pusat Penyelidikan Florida, AS menunjukkan bahawa habbatus sauda' mampu meningkatkan dan menambah daya kekuatan badan, meningkatkan daya tahan tubuh manusia bagi melindunginya daripada penyakit, melawan kuman dan bahan kimia aktif yang lain.

Bersiwak

Rasulullah saw menggalakkan setiap kali mengambil wudhuk atau setiap hendak mendirikan solat. Galakan menunjukkan terdapat dua mukjizat pada Rasulullah saw.

Pertama: Baginda mengtahui manfaat yang ada pada siwak, Bagindalah orang pertama yang memerintahkan supaya melindungi mulut daripada penyakit. Ini bermakna Baginda orang pertama yang menjaga kesihatan oralnya.

Kedua: Baginda dapat mengetahui daipada sekian banyak jenis pokok, terdapat satu pokok iaitu pokok siwak (salvadora percisa yang mengandungi banyak manfaat bagi gigi dan mulut manusia.

Sabda baginda, "Siwak ialah pembersih mulut dan sebab redhanya Tuhan". (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Keajaiban Susu

Ilmu perubatan moden menyarankan agar minum susu kerana usus adalah satu-satunya makanan yang terbukti mengandungi semua unsur utama yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Rasulullah saw, telah lama bersabda sebelum penemuan oleh ahli perubatan moden. Sabda Baginda, "Sesiapa diberikan minum susu hendaklah mengucapkan, 'Allahumma barik lana fihi, wa zidna minhu' (Ya Allah, berikan kami berkat padanya dan berikan kami tambahan daripadanya), kerana sesunggunya tidak ada sesuatu yang mewakili makanan dan minuman selain daripada susu". (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, sanad hasan).

Kesimpulan

  • Allah Maha Adil mendatangkan rahmat dan kelebihan ketika kita dalam kesusahan.
  • Manusia harus mencungkil rahsia di sebalik musibah dengan lebih gigih. Kadangkala mata kasar kita tidak dapat menjangkau hikmah di sebaliknya.
  • Kita kena sedar bahawa ujian hidup yang Allah datangkan kepada satu kaum untuk menguji kekuatan iman kaum itu.
  • Jika sabar Allah akan beri kemenangan. Jika tidak di dunia, tentunya di akhirat yang abadi.
  • Bagi kita yang tidak diuji ambillah iktibar daripada kisah ini.

Sekian, semoga memberi manfaat.

Terima kasih kepada UKHTI SUHANA kerana memberikanku award ini.


Tuesday, May 4, 2010

Fa inallah? dan anugerah

Bismillahirrahmanirrahim.

Diriwayatkan bahawa seorang guru, Abu Al-Qasim Al-Junaid dengan murid-muridnya. Guru ini hendak menguji sejauh mana keyakinan mereka tentang perasaan selalu diawasi oleh Allah swt.

Suatu hari Abu Al-Qasim Al-Junaid memberitahu murid-muridnya supaya pergi ke padang sahrak yang sunyi sepi. Beliau meminta masing-masing membawa seekor anak burung. Disuruh murid-muridnya menyembelih burung tersebut di mana-mana sahaja tempat asalkan tiada dilihat oleh sesiapapun. Selepas burung tersebut disembelih masing-masing diminta menyerahkannya untuk dimasak dan dimakan bersama-sama.


Mereka pun berangkat ke tempat yang telah ditetapkan. Pada keesokan harinya murid-murid Abu Qasimpun datang dan membawa bersama-sama mereka anak burung yang telah disembelih seperti yang telah diperintah oleh Abu Al-Qasim. Salah seorang muridnya datang dengan anak burung yang masih hidup (tidak disembelih).

Abu Al-Qasimpun bertanya kepadanya; "Kenapa tidak disembelih burung tersebut seperti yang diperintah?”.

"Mana mungkin saya dapat menyembelih tanpa diketahui oleh sesiapapun. Ketika saya hendak menyembelih burung ini, Zat Allah tetap bersama saya. Ketika saya naik ke bahagian atas rumah saya, saya dapati Zat Allah Yang Maha Esa bersama saya. Dan jika saya pergi ke tempat yang kosong, saya dapati juga Zat Yang Maha Esa juga bersama saya” Jawab muridnya itu.

Mendengar jawapan murid tersebut si guru pun bertanya lagi; "Siapakah yang dimaksudkan dengan zat itu?".

Murid tersebut menjawab dengan tegas: "Allah”.

Tanpa berlengah-lengah murid tersebut dipeluk erat-erat oleh gurunya, sambil berkata kepadanya; "Engkau benar, wahai anakku!”.




Kisah yang sama juga:

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Dinar bahawa pada satu hari berjalan dengan Khalifah Umar Ibn al-Khattab RA dari Madinah menuju ke Mekah. Di tengah perjalanan mereka berjumpa dengan seorang anak gembala, yang sedang turun dari tempat pengembalaan membawa kambing-kambing yang banyak. Khalifah ingin menguji tahap amanah anak gembala itu. Lalu terjadi percakapan antara mereka seperti berikut:

Khalifah: Wahai pengembala! juallah kepadaku seekor anak kambing ternakanmu ini.

Pengembala: Aku ini hanya seorang budak/hamba.

Khalifah: Katakanlah saja nanti kepada tuanmu, anak kambing itu telah dimakan serigala.

Pengembala: "Fa inalllah?” ("Jika begitu dimana Allah”).

Amat pendek jawapannya. Mendengar jawapan tersebut bercucuranlah air mata Khalifah Umar RA lantaran terharu. Lalu Khalifahpun pergi bersama-sama pengembala itu menjumpai yang empunya ternak itu. Dimerdekakan anak pengembala itu lalu berkata: "Dengan kalimah ini "Fainallah" telah memerdekakan kamu di dunia ini. Semoga kalimah ini pula akan memerdekakan kamu di akhirat kelak”.

Bagi Khalifah Allah dan bagi anggota jemaah muslimin pada itu; pertanyaan yang sependek itu sudah cukup untuk menggerakkan hati, meremangkan bulu roma. Fa inallah? Itu sudah cukup mengingatka mereka kepada jawapan seperti yang difirmankan Allah SWT yang bermaksud: "..... dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". (al-Hadid [57] : 4).

Pengajaran.

Kisah di atas tujuannya tiada lain melainkan untuk menunjukkan kepada kita betapa pentingnya keyakinan yang padu tentang Ilmu Allah yang tiada sempadan dan batasan. Kita perlu memahami dan mengetahui segala sifat-sifat Allah, bahawa Allah tidak mengantuk dan tidak tidur . Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan kita dan di belakang kita. Kita wajib mempercayai adanya alam akhirat dan hari pembalasan, tahu tentang akibat daripada melanggar larangan Allah dan tahu tentang kebaikan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah. Penting semuanya itu dan wajib meyakininya sepenuh hati dan berusaha memelihara diri daripada terjerumus dalam melanggar perintah Allah dan meninggalkan suruhan Allah.


Untuk menimbulkan perasaan selalu diawasi oleh Allah swt, maka kita perlu yakin bahawa Allah Tahu apa sahaja yang kita lakukan ketika sendirian atau bersama-sama orang lain. Kita juga perlu yakin apa sahaja yang kita lakukan akan dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid dan kita akan menerima pembalasannya di alam akhirat nanti. Bagaimana mendapatkan keyakinan; kita perlu belajar mengenali Allah SWT melalui pengajian.

Sekian, mudah-mudahan memberi manfaat.


Terima kasih kepada Fateen Rafhan Nadia kerana memberi award ini
Anugerah ini disyaratkan supaya

1. Buat N3 tentang award ini

Sudah

2. Copy badge "Beautiful Blogger Award" ini

Sudah

3. Ucapkan terima kasih kepada pemberi award

Sudah.. sekali diucapkan terima kasih kepada Fateen Rafhan Nadia

4 Senaraikan 15 blogger penerima award.

1. Idda Hashim
2. Suhana
3. Wardatussofia
4. Princess Muslimah
5. Hada
6. Suhida
7. Fadhlina
8. Indahnya Hidup Bersama Ilahi
9. Cik Miraa
10. Datin EL
11. Umi Cute
12. Fiqry
13. Liza
14. Nur Insan
15. Amir

Harap sudilah ambil ya. Terima kasih

Monday, May 3, 2010

Surat Umar kepada Sungai Nil


Bismillahirrahmanirrahim.

Pelik tetapi benar: Surat Umar kepada Sungai Nil
Oleh: Ustaz Hj Zahazan Mohamed

Semasa Amru Bin Al-As menjadi Gabenor Islam di Mesir yang dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a., beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya Sungai Nil yang merupakan sumber utama bekalan air ke seluruh Negara tersebut.

Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti, yang merupakan masyarakat pribumi Negara Mesir, untuk mengadakan upacara korban dalam sesuatu tempoh untuk ‘penunggu’ yang kononnya ditugaskan menjaga Sungai Nil. Kononnya dengan cara itu mereka akan mendapat keberkatan rezeki.

Secara kebetulan pula, berlaku kemarau. Ini menyebabkan penduduk-penduduk memohon untuk mengadakan upacara tersebut bagi mengelak keadaan kemarau yang lebih teruk. Amru bin al-As berusaha menghentikan perbuatan mungkar tersebut di atas prinsip Islam yang mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Dia segera memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. di Madinah.

Sayidina Umar segera menghantar surat maklum balas, bersama sepucuk surat lain dan meminta Amru supaya mencampakkan surat yang alamatnya ditulis “Buat Sungai Nil” itu ke dalam Sungai Nil.

Isi kandungan surat:

“Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi. Tetapi jika Allah SWT yang mengalirkanmu , maka kami memohon kepada Allah agar mengalirkan kamu semula!”

Dengan karamah Sayidina Umar r.a., pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya. Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan Khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Sayidina Umar al-Khattab r.a.

Rujukan: Tafsir Al-Qurtubiy dan Hasyiat al-Sawiy ‘ala al-Jalalain,tafsir ayat 57-58 Surah Asy-Syu’ara yang bermaksud;

"Dengan sebab itu maka Kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan mata air. Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia."

*Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia mencecah 6690KM.

Sumber : Sini

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)