Monday, July 12, 2010

Watak-watak Syaitan


Salam,

Di bawah ini adalah beberapa watak syaitan sebagai contoh:

1. Syaitan akan cuba merosakkan aqidah tauhid yang benar. Inilah tujuan utama syaitan supaya manusia sesat daripada kebenaran. Sebagai contoh sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis bahawa syaitan akan menimbulkan persoalan dalam diri setiap orang tentang siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang menjadikannya? Akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa setiap benda ada penciptanya. Ketika itu syaitan akan menimbulkan soalan tentang siapakah pula yang menjadikan tuhanmu? Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. menasihatkan agar kita sentiasa memohon perlindungan kepada Allah. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).


2. Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan. Inilah antara sebab manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh. Apabila jaga dan menyebut Allah, maka akan terputuslah satu ikatan. Apabila berwudhuk maka putuslah ikatan kedua. Apabila bersolat maka putuslah ikatan ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa bersemangat dan segar. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).
Oleh itu, apabila terjaga daripada tidur segeralah bangun dan bacalah doa bangun tidur atau sekurang-kurangnya sebutlah nama Allah. Kemudian segera berwudhuk dan bersolat.

3. Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya. Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalangnya iaitu :


- Berwudhuk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. :

إِذَا أَتَيْتَ إِلَى مَضْجَعِكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْءَكَ لِلصَّلاَةِ

“Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwudhuklah seperti wudhuk solat”.
- Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah kerana sabda Nabi s.a.w. :

الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرِةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

“Dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya”. (Riwayat Bukhari).


- Membaca ayat Kursi.

- Boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.


4. Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. :

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِى أُذُنَيْهِ

“Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya”. (Riwayat Muslim). Makna kencing boleh difahami secara zahir. Boleh juga difahami bahawa syaitan berjaya menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.

5. Syaitan juga membawa mimpi-mimpi ngeri bagi menjadikan manusia berada dalam sedih. Seorang lelaki menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia melihat dalam mimpi bahawa kepala telah dipukul.

Nabi s.a.w. menasihatkannya dengan sabdanya :


لاَ تُحَدِّثِ النَّاسَ بِتَلَعُّبِ الشَّيْطَانِ بِكَ فِى مَنَامِكَ

“Jangan kamu ceritakan kepada manusia dengan permainan syaitan kepadamu dalam tidurmu”. (Riwayat Muslim).

6. Syaitan ketawa apabila seseorang menguap kerana ia tanda kemalasan. Sabda Nabi s.a.w. :

وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَهُوَ مِنَ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ

“Adapun menguap maka ia dari syaitan maka tolaklah ia semampunya”. (Riwayat Muslim).
Sebenarnya syaitan mungkin masuk ke dalam badan manusia ketika menguap apabila mulut tidak di tutup.

Sabda Nabi s.a.w. :


إِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيْهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ

“Apabila seseorang kamu menguap maka letakkanlah tangannya atas mulutnya kerana syaitan akan masuk”. (Riwayat Muslim).

7. Syaitan juga bertenggek atas batang hidung setiap manusia. Sebab itu digalakkan membersihkan hidung kerana diriwayatkan sabda Nabi s.a.w. :

إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلَى خَيَاشِيْمِهِ

“Apabila seseorang kamu bangun daripada tidur maka bersihkanlah hidungnya tiga kali kerana syaitan bermalam di atas hidungnya”.


8. Syaitan mewaswaskan manusia. Asalnya syaitan ingin merosakkan manusia tetapi jika manusia itu seorang mukmin, maka syaitan hanya mampu menimbulkan was-was dalam hatinya. Pun begitu penyakit was-was perlu diubati kerana ia berpunca daripada syaitan.


9. Was-was yang paling utama ialah ketika solat. Seorang sahabat mengadu masalah ini ketika solat kepada Nabi s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w. :


ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَب فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ وَاتْفُلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا

“Itulah syaitan yang dipanggil Khanzab. Apabila kamu merasainya maka berlindunglah kepada Allah dan ludahlah di sebelah kirimu sebanyak tiga kali”. (Riwayat Muslim). Biasa juga syaitan akan mengkhayalkan seseorang yang bersolat. Misalnya dia mencari sesuatu benda seperti kunci tetapi tidak dijumpai. Apabila bersolat barulah dia teringat di mana kunci itu berada. Oleh itu dia akan terfikir macam mana kunci itu berada di situ. Akhirnya dia tidak khusyuk dalam solat. Sabda Nabi s.a.w. :

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي جَاءَهُ الشَّيْطَانُ فَلَبَّسَ عَلَيْهِ حَتَّى لاَ يَدْرِي كَمْ صَلَّى ، فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ

“Sesungguhnya apabila seseorang kamu bangun untuk bersolat, syaitan akan datang kepadanya lalu mewaswaskannya hingga dia tidak sedari berapa rakaat yang dia telah tunaikan. Maka apabila kamu mendapati berlaku yang demikian maka sujudlah dua kali sujud dalam keadaan duduk”. (Riwayat Muslim).


10. Lupa juga berpunca daripada syaitan. Firman Allah menceritakan kalam sahabat Nabi Musa a.s. :


وَمَا أَنْسَانِيْهُ إِلاَّ الشَّيْطَانُ

“Dan tidaklah membuat aku lupa melainkan syaitan”. (Surah al-Kahfi : 63). Begitu juga ingatan Nabi Yusuf kepada teman penjaranya agar menyebut kisahnya kepada raja namun dia terlupa.

Firman Allah :


وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ


“Dan Yusuf berkata kepada salah seorang temannya yang disangkanya akan keluar daripada penjara agar menyebutnya kepada rajanya lalu syaitan telah melupakannya”. (Surah Yusuf : 42). Akhirnya tujuan utama ialah agar lupa kepada Allah.

Firman Allah :

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللهِ

“Syaitan menguasai atas mereka lalu syaitan melupakan mereka daripada mengingati Allah”. (Surah al-Mujadalah : 19).


11. Syaitan juga akan berusaha agar umat Islam sentiasa berada dalam permusuhan dan persengketaan sesama sendiri. Sabda Nabi s.a.w. :

إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّوْنَ فِى جَزِيْرَةِ الْعَرَبِ وَلَكِنْ فِى التَّحْرِيْشِ بَيْنَهُمْ

“Sesungguhnya syaitan telah putus asa agar manusia beriman menyembahnya di tanah Arab tetapi masih mampu mewujudkan persengketaan sesama mereka”. (Riwayat Muslim).
Oleh kerana itu, setiap muslim dilarang membuat apa-apa tindakan yang boleh menyalakan api permusuhan seperti mengacukan senjata kepada muslim yang lain.

Sabda Nabi s.a.w. :

لاَ يُشِيْرَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَى أَخِيْهِ بِالسِّلاَحِ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ أَنْ يَنْزِغَ فِى يَدِهِ فَيَقَع فِى حَفْرَةٍ مِنَ النَّارِ

“Janganlah seseorang kamu mengacukan kepada saudaranya dengan senjata. Kemungkinan dia tidak menyedari bahawa syaitan akan menarik tangannya lalu dia terjatuh dalam lubang neraka”. (Riwayat Bukhari).
12. Akhir sekali, syaitan sentiasa bekerja bagi menyesatkan manusia. Apa yang disebutkan sebelum ini hanya sekadar beberapa peranan syaitan sahaja. Lebih umum apa yang digambarkan dalam satu hadis :

إِذَا أَصْبَحَ إِبْلِيْسُ بَثَّ جُنُوْدَهُ فِى اْلأَرْضِ فَيَقُوْلُ : مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ. فَيَقُوْلُ لَهُ الْقَائِلُ : لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى طَلَّقَ امْرَأَتَهُ...لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى زَنَى... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى شَرِبَ الْخَمْرَ.... لَمْ أَزَلْ بِفُلاَنٍ حَتَّى قَتَلَ...

“Apabila pagi menjelma, Iblis akan menghantar tenteranya di bumi lalu bertitah : “Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang muslim, aku akan pakaikan kepadanya mahkota”. Selepas itu ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia menceraikan isterinya”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia berzina”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia minum arak”. Ada yang berkata : “Aku sentiasa bersama fulan hinggalah dia membunuh”…(Riwayat Ahmad).


4 comments:

Idda Hashim said...

Salam kacamata
Syaitan ada d mana2, kdg dlm solat juga sy rasa was2 n terganggu. Mudahan dgn artikel ni dpt membantu sy tuk mengawal diri dr dihinggapi syaitan, inshaAllah. Jazakallah

sayda said...

Salam Idda

Sama-sama kita ambil manfaat dp artikel para ustaz ya..insyaAllah

iN@Nur said...

TQ for sharing this article.Sesungguhnya syaitan dan iblis laknatullah adalah musuh durjana yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kaum Muslimin.

sayda said...

Salam Ina Nur

Hanya insan yang benar-benar ikhlas sahaja yang dapat mengalahkan syaitan.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)