Bismillahirrahmanirrahim.
Abul Laits berkata: “Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama.
Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu: Mendapat keredhaan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim.
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa' [4] : 1)
Sepuluh keuntungan itu ialah:
- Mendapat keredhaan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim.
- Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mukmin.
- Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim.
- Mendapat pujian kaum muslimin.
- Menjengkelkan iblis laknatullah.
- Menambah umur.
- Menjadi berkat rezekinya.
- Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim.
- Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka.
- Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya.
No comments:
Post a Comment