Bismillahirrahmanirrahim.
Allah berfirman:
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)
Dalam ayat ini ءَايَـٰتِنَا bermaksud ayat-ayat Allah, satu yang ada pada al-Quran dan satu lagi yang ada pada alam semesta termasuk diri kita.
Ayat-ayat Allah ialah al-Quran dan juga ilmu semasa seperti sains, teknologi, geografi dan sebagainya.
Kita bukan sahaja setakat diminta membaca ayat-ayat yang tertera dalam KitabulLah malah kita diminta mengkaji ayat-ayat Allah yang terdapat pada alam dan juga yang ada pada diri kita. Dengan ini kita akan menjadi ulul albab iaitu orang-orang yang berakal. Orang-orang yang berakal ialah orang-orang yang memahami syari'at dan sunnatullah.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (A-li'Imraan 3:190)
Kita pernah mendengar kehebatan bumi Andalusia/Sepanyol suatu ketika dahulu, kerana terdapat ramai para saintis Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Batutah, al-Ghazi dan lain-lain sehingga karya mereka membawa Barat keluar daripada kegelapan kepada era kebangkitan.
Apa yang merangsang mereka? Itulah ayat-ayat Allah - wahyu yang berbentuk ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pelbagai ilmu.. al-bayaan.
Umat Islam di bumi Andalusia membaca dan mengakji ayat-ayat Allah dan mereka mendapat ilmu. Akhirnya Barat berubah jadi empayar yang maju dan moden seterusnya merangsang sains dan ilmu-ilmu lain.
Jadi pada hari ini kita kena hayati ilmu agama dan ilmu tentang ciptaan Allah. Rangsanglah anak-anak kita supaya bukan sahaja maju dalam ilmu semasa bahkan mesti maju dalam bidang agama.. agar mereka jadi ulul albab dan juga ulama' kerana ulama' ialah orang-orang yang berilmu dan takut kepada Allah.
Jika hari ini kita baca al-Quran tapi tak tahu atau faham tentang ayat-ayat Allah yang berada pada ciptaanNya, maka berubahlah. Para saintis bukan Islam telah ramai mengkaji dan akhirnya mereka memeluk Islam contohnya doktor pakar kulit Thailand yang mengkaji tentang deria sakit pada kulit. Setelah diberitahu bahawa ada ayat dalam al-Quran yang menyebut bahawa kulit yang terbakar hangus akan diganti baru beliau mengucap syahadah.
Begitu juga dengan seorang pakar kaji laut iaitu Cousteau. Beliau memeluk Islam setelah berasa hairan terhadap fakta yang menarik perhatiannya.
Banyak lagi ayat-ayat Allah yang bila dikaji kita akan dapat menyingkap rahsianya seperti teori big bang dalam surah al-Anbiya' ayat 30 dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment