Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - (An-Nasr 110:1)
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, - (An-Nasr 110:2)
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (An-Nasr 110:3)
Dalam satu usrah kami diberi sedikit penerangan tentang ayat-ayat daripada surah an-Nasr - surah 103 dalam al-Quran yang mulia.
Ayat 1 Surah an-Nasr fokus kepada 2 kemenangan besar umat Islam hasil daripada pertolongan Allah,
iaitu pembukaan kota Makkah dan kemenangan hasil daripada perjanjian Hudaibiyah
Ibn Abbas ra, bila ditanya, apakah maksud surah ni
beliau menjawab, ini tandanya Nabi SAW akan wafat
sebab, setiap Nabi diutuskan untuk menyampaikan
bila dah selesai tugas tu, tibalah pula masanya nabi pergi menghadap Ilahi.
Ayat 2, ramai orang masuk Islam, (berduyun-duyun)
Ini bermakna tanda Islam dah menang.
Dulu2, sorang2 masuk, nak dakwah pun senyap2
Tetapi, pada hari pembukaan kota Makkah, ramai serentak masuk Islam
Ayat 3, Allah suruh bertasbih, puji Allah
Jadi, kena bersyukur kerana dapat pertolongn Allah, kita hamba, tanpa pertolonganNya kita tak berdaya,
jadi kita kena bertasbih banyak-banyak mensucikan Allah.
Dalam ayat 3 tu juga yang akhir disebut, dan mohonlah keampunan yakni beristighfar daripadaNya kemudian bertaubat.
Pada zaman nabi, pada satu-satu ketika para sahabat dan orang yang hidup pada zaman itu,
ada yang rasa ragu2, bimbang dan kecil hati, sebab mereka hidup dalam keadaan susah
sejak awal kedatangan Islam lagi. Hingga tiba masa nak buka Kota Makkah makan masa 21 tahun lebih kurang.
Jadi, kadang-kadang, mereka ada terasa seperti... kenapa Allah tidak tolong.
Lalu, Allah ada bayangkan fasal ini dalam Surah al-Baqarah ayat 214
Dalam ayat itu, bila mereka tanya bila nak datang pertolongan Allah, Allah jawab, ketahuilah pertolongan Allah itu dekat.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)". (Al-Baqarah 2:214)
Selain itu fasal ayat no 3
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (An-Nasr 110:3)
Bila kita dah selesai jalankan tugas kita, apa-apa sajalah kita kena minta ampun.. takut2 apa yang kita buat tu tak sempurna.. sebab tu lah bila kita selesai solat kita wirid.
Selain tu tambah doa Nabi Ibrahim as dengan doa nabi Ismail as sebaik sahaja selesai bina kaabah
doa : Rabbana taqabbal minna, innaka antal sami'ul 'alim ("Wahai Rabb kami terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui").
Nabi Zakaria juga diminta bertasbih apabila baginda ingin mendapatkan zuriat.. boleh baca di sini
No comments:
Post a Comment