Di sini saya salin dan tampal artikel Rahsia Doa Nabi Yunus daripada blog Kapten Hafiz Firdaus Abdullah Friday, 08 April 2011
“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”
Demikianlah doa atau zikir yang masyhur diajar dan diamalkan oleh umat Islam.
Ia bermaksud:
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
Doa yang baik lagi mujarab ini diucapkan oleh Nabi Yunus sebagaimana dirakamkan oleh Allah:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun Nun (gelaran bagi Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” [al-Anbiya’ 21:87]
Sedikit Latar belakang Kisah Nabi Yunus.
Nabi Yunus bin Matta ialah salah seorang Rasul Allah [al-Shaffat 37 : 139].
Ketika diutus kepada kaumnya, beliau marah atas keengganan mereka untuk menerima dakwah tauhid yang disampaikannya.
Justeru dalam keadaan marah, beliau meninggalkan kaumnya dan menaiki kapal. Sayang sekali dalam pelayaran, kapal tersebut agak sarat dengan muatan sehingga hampir tenggelam.
Para penumpang melakukan undian, siapakah yang perlu dibuang ke laut bagi meringankan bebanan kapal. Nabi Yunus turut mengundi lalu kalah, maka beliau terpaksa terjun dari kapal itu ke lautan luas.
Di dalam lautan luas, Nabi Yunus ditelan pula oleh sebuah ikan yang besar, kemungkinan salah satu dari spesis ikan paus.
Dalam perut ikan yang gelap-gelita itulah, Nabi Yunus menyedari kesalahannya melarikan diri dari misi dakwahnya, lalu banyak berdoa dan berzikir kepada Allah dengan kalimah “La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”
Maka dengan doa ini, Allah berfirman:
“Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.” [al-Anbiya’ 21:88]
Seandainya Nabi Yunus tidak mengingati Allah dengan doa tersebut, maka Allah menyatakan:
“Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah, tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.” [al-Shaffat 37: 142-143]
Apakah rahsia di sebalik doa “La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin” yang secara zahirnya seperti ringan disebut, mudah dihafal? Bagaimana mungkin satu doa seperti ini dapat menyelematkan seseorang daripada musibah yang amat besar, sebesar ditelan oleh ikan paus?
Adakah doa ini khusus untuk Nabi Yunus atau umum untuk semua umat Islam? Demikianlah beberapa rahsia dan misteri yang ingin saya kongsikan seterusnya.
Rahsia 1:
Rahsia pertama, perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah.
Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja.
Ini merupakan manhaj para Rasul dan Nabi yang mesti kita ikuti. Perhatikan – sebagai contoh lain – sikap Nabi Ayyub ketika beliau ditimpa penyakit. Beliau tidak mengadu kepada para doktor atau selainnya, tetapi mengadu kepada Allah sahaja:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” [al-Anbiya 21:83]
Rahsia 2:
Seterusnya Nabi Yunus mengucapkan: “Maha Suci Engkau (ya Allah)”, bererti mensucikan Allah dari sebarang bentuk kezaliman atau penganiayaan. Lebih mendalam, Nabi Yunus menyucikan Allah bahawa apa yang menimpanya saat itu (ditelan oleh ikan paus) bukanlah merupakan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas dirinya.
Penyucian ini penting ditegaskan kerana kadangkala apabila ditimpa kesusahan, kita marah atau menyalahkan Allah. Malah kita menuduh Allah sebagai konon sengaja menganiaya diri kita. Maha Suci Allah dari menganiaya manusia, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri:
“Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118]
Rahsia 3:
Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus terus mengaku kesalahannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri.
Selain itu Nabi Yunus sedar bahawa kesusahan yang menimpanya saat itu, iaitu ditelan oleh ikan paus, merupakan kesan daripada kesalahan dirinya sendiri yang melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah amanahkan kepadanya. Merupakan sesuatu yang sedia dimaklumi bahawa salah satu faktor seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesulitan ialah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah dia lakukan sendiri. Allah menyatakan hakikat ini:
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30]
Demikianlah tiga rahsia di sebalik kemujaraban doa Nabi Yunus. Ia bukan sekadar ucapan yang ringan di mulut lagi mudah dihafal, tetapi ucapan yang memantapkan tauhid, mensucikan Allah dan mengakui kesalahan diri sendiri sekaligus mengisyaratkan pemohonan ampun. Marilah kita sama-sama mengamalkannya ketika susah dan senang sambil memerhatikan rahsia-rahsia di sebaliknya.
Sekian, semoga memberi manfaat.
68 comments:
Terima kasih. baru saya faham maksudnya zikir ringkas ini. Jazakallah.
Terima kasih diatas penerangan dan penjelasan akan maksud dan rahsia zikir tersebut.
Allahu rabbi...
Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin...
Allahu rabbi...
Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin...
ولاحول ولاقوه الابالله العلي العظيم
Terima kasih atas perkongsian ini.
Terima kasih atas perkongsian ini.
Terima kasih atas perkongsian ini.
ilmu yg sgt bermakna. tq
ilmu yg sgt bermakna. tq
ilmu yg sgt bermakna. tq
ilmu yg sgt bermakna. tq
Jazakkallah tuan atas perkongsian...Insha Allah menjadi ilmu yang bermanfaat.. Semoga dikurniakan rahmat dunia akhirat...
Alhamdulillah... lagi satu ilmu allah baru dipelajari.. t.kasih tuan atas perkongsian ini...
Alhamdulillah... lagi satu ilmu allah baru dipelajari.. t.kasih tuan atas perkongsian ini...
Alhamdullilah
Alhamdulillah
Terimakasih bapak/ibu yg telah sharing ttg doa ini.jazakumullahu khoiron...doa ini pula yg sering d ajarkan ibuk saya
Terima kasih. Ia satu zikir ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam.
Terima kasih kpd admin yg menerangkan makna zikir ini
bermanfaat, skrg baru saya sedar kenapa saya tk berjaya lgi. semua adalah salah diri sendiri yg tidak mengubah sikap.. doakan saya berjaya ye. aminn
bermanfaat, skrg baru saya sedar kenapa saya tk berjaya lgi. semua adalah salah diri sendiri yg tidak mengubah sikap.. doakan saya berjaya ye. aminn
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Tq admin kerana menerangkan tentang zikir ini
Semoga di amalkan
Semoga di amalkan
Saya diminta untuk menghafal zikir ini oleh seseorang sebab penyakit saya... terima kasih sekarang sy faham dan dpt menghayati zikir ini dgn lebih baik.
Doakan saya agar dapat kejayaan .saya telah di ijazah kan zikir ini 12.12 14 tp kini saya mengerti akan maksudnya tq tuan
Alhamdulillah.. Mohon perkongsian ya.. Barakah.. 💕
Semoga pengkongsian ini mberi kita lbh dekat disisi Allah..Aminnn
Alhamdulillah...akulah org yg menzalimi diriku sendiri...Ampuni aku Ya Allah...terima kasih diatas penerangan yg am at jelas sekali..
Alhamdulillah...akulah org yg menzalimi diriku sendiri...Ampuni aku Ya Allah...terima kasih diatas penerangan yg am at jelas sekali..
Terima kasih sudah menjelaskan makna dr zikir ini..
sukron sy jd tau.....
Alhamdulillah...akulah org yg menzalimi diriku sendiri...Ampuni aku Ya Allah...terima kasih diatas penjelasan yg amat jelas sekali..
Maha besar ALlah.
Alhamdulillah...terimakasih atas penjelasan zikir ini.
Alhamdulillah...terimakasih atas penjelasan zikir ini.
Alhamdulillah Ya Allah SWT.
Terima kasih atas ilmu yang diberikan..semoga Allah SWT selalu meridhai Uzt. sekeluarga. Aamiin YRA.
Mohon di Do'a kan kami sekeluarga semoga selalu mendapat Rahmat & Hidayah dari Allah SWT.
Aamiin Yaa Rabbal Alamin.
alhamdulillah...terima kasih diatas perkongsian ini..masya Allah dlm nye makna zikir ini..semoga tuan mendapat keberkatan dan ketenangan melimpah ruah dariNya
terima kasih diatas perkongsian..yg jelas..moga saya sentiasa mengamalknnya..ilmu yg bermnfaaat..
Alhamdulillah. Terima kasih di atas rahsia doa atau zikir ini. Semoga ALLAH merahmatimu.
ALLAH MAHA BESAR.
Allahu.. Memang benar.. Kitalah yang menganiaya diri sendiri..air mata masih mengalir.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita..
Allahu.. Memang benar.. Kitalah yang menganiaya diri sendiri..air mata masih mengalir.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita..
Alhamdulillah... teruskan menulis :)
Alhamdulillah info yang mantap dan bagus untuk diri kita semua sebagai Muslim.
Semoga Allah SWT mengurniakan limpahan rahmatNya buat Saudara kerana kongsi ilmu ini utk tatapan rohani kami semua
Alhamdullilah dpt satu ilmu yg ringkas tpi padat isinya ... Allahurabbi ... Terima kasih atas perkongsian ... In shaa allah akan menjadi satu amalan ...
Salam tahajjud & saya sedang & senang buat zikir ini selepas baca ertinya & rahsia nya ~ thank u Aameen
Terime kasih tuan.. Moge tuan diberikan rahmat diats perkongsian ilmu y sgt berguna ini
Terime kasih tuan.. Moge tuan diberikan rahmat diats perkongsian ilmu y sgt berguna ini
Alhamdulillah
Terima kasih dgn perkongsian ilmu yg padat ini...insyallah akan menjadi satu amalan yang sangat berguna dunia akhirat..amiinn..
Alhamdulilah.. t,k pencerahan.. pernah rumah saya meter elektrik zzzzzz(bunyi).. lampu dlm rumah padam..nyala.. makin lama.. makin lama padamnya.. sy keluar dgn anak2 takut meletup.. dari jauh membaca zikir di atas.. alhamdulilah 3kali bacaan sekali niat maksud. Memang dlm keadaan takut membacanya. Alhamdulilah mujarab. Lampu dah ok. Lepas 5 min TNB datang betulkan apa yg patut.
alhamdulillah. terima kasih atas perkongsan yg bermanfaat ini. insyaallah akan sebarkan
sama dgn saya.. 😢
Ya allah...puji syukur keatas allah yg maha agung... tiba2 3 hari ni hati sy tak berhenti menyebut zikir ini tanpa tau apa maksudnya...sehingga sy jadi ingin sangat tahu apa maksud disebalik zikir ini.... masyallah terima kasih atas pencerahan ini.
" semoga orang yang share maklumat ini diberi ganjaran yang tak terduga satu hari nanti insyaAllah Amin Amin YarabbalAmin...
semoga mendapat pahala yang berpanjangan. aamiin. terima kasih atas pencerahan.
Assalamualaikum.. Terime kasih byk2 atas penkongsian ilmu ini , dan maksud dlm doa tersebut , saya selalu kadang membacanya , tapi tak se faham macam sesudah membaca terjemahan ini , doa ini selalu di ingat kan oleh ayah saya , doa ini untuk meminta diri kita keluar dari kesulitan dan kesusahan daripada ujian Allah SWT , seperti mana Nabi Yunus yang telah di beri ujian dari Allah SWT , berada di laut luas , dan pula di telan oleh ikan paus , berada di dalam perut ikan paus yang gelap gelita .. Semoga dipermudahkan urusan kita semua di dunia dan di akhirat . Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian makna zikir ini. Semoga Allah memberi rahmatNya kepada anda sekeluarga. 💙
Sekarang sy d landa masalah kewangan..sy teringat zikir ini ,sy mencari maksud ny Alhamdulilah baru sy faham..semoga dgn zikir ini urusan sy dipermudahkan..terima kasih atas perkongsian ini
Alhamdulillah..jazakallah
Trima kasih atas perkongsian makna zikir ini, alhamdulillah..
MasyaAllah. Jazakallah di atas perkongsian ini. Sgt bermanfaat.
Kalau Laila haila anta subhanaka Inna kunna minal zolimim
Post a Comment