Thursday, August 11, 2011

SAKSI


Artikel ini disalin daripada SAKSI

Marilah sama-sama mengambil perhatian.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Allah SWT berfirman:

 إِعوذ بالله من الشيطان الرجيم


وَإِنَّهُ ۥ لِحُبِّ ٱلۡخَيۡرِ لَشَدِيدٌ (٨) ۞ أَفَلَا يَعۡلَمُ إِذَا بُعۡثِرَ مَا فِى ٱلۡقُبُورِ (٩) وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ (١٠) إِنَّ رَبَّہُم بِہِمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّخَبِيرُۢ 


(Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? (9) Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? (10) Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu. (11) (Al-'Aadiyat [100] : 8 hingga 11) 


Pada hari itu segala perbuatan makhluk (manusia dan jin) semasa di dunia biar sekecil manapun akan diselongkar, baik perbuatan yang nampak dan nyata mahupun yang tersirat di dalam hati. Allah Maha Mengetahui dan Allah akan membalasnya.

Memang menjadi kebiasaan apabila seseorang hendak didakwa, pastinya ialah apabila orang itu berbuat jahat atau dituduh berbuat jahat, mana ada orang nak dakwa orang yang telah berbuat baik. Jika orang buat baik memang terus dihargai. Mana ada orang nak bawa ke mahkamah dan nak dakwa. Jadi apabila seseorang itu dituduh tentu dia perlukan saksi. Pendakwa akan memberatkan tertuduh manakala pembela akan meringankan tertuduh. Di mahkamah Allah nanti semua saksi akan memberatkan tertuduh. Kenapa begitu agaknya?

Tentulah amalan jahat orang tak akan mengaku, semua akan mengaku buat baik. Jika buat baik tak perlulah saksi sebab tiada siapapun yang akan menafikan jika dia berbuat baik dan Allah Maha Memerhati dan Maha Menyaksikan.

قُلۡ مَا سَأَلۡتُكُم مِّنۡ أَجۡرٍ۬ فَهُوَ لَكُمۡۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ۬

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah daripada pada Allah dan Dia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (Saba' [34] : 47).

Di mahkamah Allah nanti, saksi-saksi semuanya memihak kepada Allah SWT. Diri mereka sendiri yang akan menjadi saksi terhadap perbuatan jahat mereka. Diri mereka sendiri yang akan membenarkan pertuduhan/keputusan Allah. Semua saksi adalah berpihak kepada Allah. Siapa saksi-saksi lain? Tentulah Rasul-rasul, nabi-nabi dan para malaikat, bumi termasuk kulit dan anggota makhluk itu sendiri. Semua yang tertuduh tentu tidak dapat melepaskan diri.

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) daripada (tulang sulbi) mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (al-A'raaf [7] : 172)

وَقَالُواْ لِجُلُودِهِمۡ لِمَ شَهِدتُّمۡ عَلَيۡنَا‌ۖ قَالُوٓاْ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِىٓ أَنطَقَ كُلَّ شَىۡءٍ۬ وَهُوَ خَلَقَكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ


Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Fussilat [41] : 21) 

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لِمَ تَكۡفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَٱللَّهُ شَہِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعۡمَلُونَ (٩٨) قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ تَبۡغُونَہَا عِوَجً۬ا وَأَنتُمۡ شُهَدَآءُ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan? (98) Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan Allah (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (99) (Ali-Imran [3] : 98 - 99).

Sebab itulah Allah ingatkan, kenapa kamu kufur! sedangkan peringatan Allah adalah baik bagi kamu. Mengapa kamu lalai.
     
Di atas adalah sebahagian daripada ayat-ayat dan keterangan tentang Allah Maha Menyaksikan apa yang dilakukan oleh makhlukNya. Oleh itu pertingkatkanlah rasa takut berbuat engkar kepada Allah.

Tuesday, August 9, 2011

Setiap Orang Ada Empat Waktu

PADA suatu Subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah s.a.w menangis teresak-esak. Apabila Bilal bertanya mengapakah baginda menangis, lalu Rasulullah menjawab baginda baru saja menerima wahyu iaitu (ayat 191 hingga 195 daripada surah Ali-Imran).

Mengapa Rasulullah menangis? Dalam ayat pertama, Allah menerangkan mengenai sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring.

Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirnya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumah tangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan Allah, Allah, Allah, pada setiap masa?

Sebenarnya apa yang dituntut Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:

·  Mencari matlamat Allah 
·  Dilaksanakan mengikut syariat Allah 
·  Meletakkan pengharapan kepada Allah, bukan kepada usaha kita semata-mata.

Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam pengertian di atas?

Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi. Mereka berfikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya dijadikan Allah bukan sia-sia.

Kemudian mereka berdoa supaya ‘selamatkanlah’ diri mereka daripada api neraka. Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman yang pedih.

Apa yang penting di sini adalah hubungan antara berfikir dengan selamat daripada api neraka. Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita sudah berfikir dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah?

Banyak perkara yang boleh kita fikirkan sebagai contoh penciptaan manusia sendiri dan penciptaan unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan haiwan.

Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada kebesaran Allah. Apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Kita harus sedar kejayaan yang sebenar apabila kita selamat daripada api neraka. Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan.

Cuba kita sama-sama fikirkan mengenai kegagalan yang dialami di dunia ini. Sekiranya kita gagal peperiksaan pun kita berasa malu dan terhina.

Begitu juga dengan orang yang didapati bersalah dan dihukum penjara, mereka pasti berasa hina yang lebih besar lagi. Jadi, satu ciri azab akhirat ialah kehinaan.

Kita terhina di hadapan seluruh manusia, di hadapan Allah dan malaikat-Nya. Bukankah ini sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah dalam pengertian sebenarnya?

Dalam ayat di atas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjukkan betapa beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti.

Lebih berat daripada segala bentuk kehinaan di dunia. Akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya.

Sekali lagi, Abdullah Yusuf Ali mengatakan sungai yang mengalir di bawahnya adalah simbol kebahagiaan dan kemewahan yang tidak terhingga yang sesuai dengan keadaan masyarakat Arab pada masa itu (ketika wahyu diturunkan).

Sungai adalah nikmat yang tidak terhingga bagi masyarakat yang hidup di tengah padang pasir yang kering kontang. Oleh itu, sudah tentu kita boleh membayangkan bentuk kemewahan dan kenikmatan yang tidak terhingga itu.

Rasulullah pernah bersabda bahawa nikmat di syurga Allah adalah sesuatu yang tidak pernah dipandang, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Itulah nikmat dan kejayaan sebenar.

Apakah yang perlu kita fikirkan? Sebenarnya perkara yang disebutkan dalam ayat di atas itulah perkara pertama yang perlu kita fikirkan.

Selain itu, ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan. Rasulullah pernah menceritakan mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud: “Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan masanya kepada empat waktu iaitu:


·  Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah. 
·  Waktu untuk dia bermuhasabah terhadap dirinya. 
·  Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan Allah. 
·  Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.

Adakah kita sudah memikirkan mengenai empat perkara di atas atau kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja? Dunia di sekeliling kita hanya memikirkan mengenai perkara yang keempat.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, suasana yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi kita sama ada kita sedar atau tidak.

Mungkin secara tidak disedari kita hanya memikirkan persoalan yang keempat sahaja. Maka amat rugi dan malang sekali diri kita.

Sumber :  Empat Waktu Dalam Hidup
myMetro

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka". (A-li'Imraan 3 : 190 -191)

Saturday, August 6, 2011

Iman Asas Puasa

 

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah :183)

PANGGILAN UNTUK MEREKA YANG BERIMAN

Allah swt memanggil pada permulaan ayat di atas : “yaa ayyuhalladziina aamanuu” (Wahai orang-orang yang beriman). 

Ini bukan sebarang panggilan kerana yang memanggil adalah Allah swt, Pencipta alam semesta.

Semua makhluk bergantung kepadaNya. Tidak ada yang boleh berlepas diri dariNya. Maka siapa yang mengaku dirinya sebagai hambaNya hendaklah segera bergerak memenuhi panggilan ini.

Allah swt dalam panggilan tersebut tidak menyebutkan kriteria yang bersifat duniawi.

Dengan kata lain, Allah swt TIDAK berfirman:  “yaa ayyuhal aghniyaa’ (Wahai orang-orang yang kaya), wahai orang-orang yang berkedudukan tinggi dan sebagainya, melainkan yang Allah swt panggil adalah mereka yang beriman sahaja.

Mengapa demikian?

Sebenarnya ada beberapa rahsia yang tersimpan, di antaranya ialah:

PERTAMA : Bahwa dengan menyatakan keimanannya, seseorang mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah swt. Allah swt sangat bangga dengan hambaNya yang beriman. Oleh kerananya, Allah swt mengundang mereka secara khusus.

Di dalam Al-Qur’an, undangan “yaa ayyuhal ladziina aamanuu” sentiasa Allah swt ulang-ulangkan untuk menggambarkan betapa yang Allah swt anggap sebagai hambaNya hanya mereka yang beriman. Yang tidak beriman tidak termasuk di dalam kategori sebagai hambaNya.

KEDUA : Bahwa kedudukan keduniaan walaubagaimana megah sekalipun, bila tidak disertai oleh iman, Allah swt tidak bangga dengannya. Bahkan Allah swt sangat benci kepada seseorang yang setelah diberi kenikmatan dunia, ia malah berbuat maksiat kepadaNya.

Ingatlah Allah swt berfirman:

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, Maka dia akan berkata, “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka dia berkata, “Tuhanku menghinakanku”. (QS Al-Fajr :15-16)

Di sini nampak bahwa ukuran berhasil atau tidaknya seseorang bukan terletak kepada kekayaan atau kemiskinannya, melainkan terletak kepada keimanannya. Oleh yang demikianlah, panggilan Allah swt pada ayat di atas adalah mereka yang beriman kerana kaya dan miskin di sisi Allah swt adalah ujian.

Apalah ertinya seseorang itu kaya jika ia tidak beriman dan mentaati Allah swt bahkan semua itu hanyalah kesia-siaan. Sebaliknya sungguh sangat mulialah seseorang sekalipun dalam kedudukan yang sangat miskin tetapi ia beriman dan mentaatiNya dan ia akan tergolong mereka yang Allah swt panggil dalam ayat di atas.

KETIGA : Bahwa untuk melaksanakan ibadah puasa syaratnya haruslah beriman terlebih dahulu. Tanpa iman, ibadah puasa seseorang tidak akan diterima oleh Allah swt. Allah swt hanya mengakui ibadah puasa hambaNya yang beriman. Oleh kerana itulah, dalam banyak hadits Rasulullah saw, sentiasa menyebutkan kata “iimaanan wahtisaaban”, untuk menunjukkan bahwa ibadah yang Allah swt terima adalah berdasarkan iman dan harapan atas ridhaNya.


Marilah kita semak beberapa hadits berikut :

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan ridhaNya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits lain disebutkan :

“Sesiapa yang menegakkan solat malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan ridhaNya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muslim)

Secara khusus mengenai solat pada malam Al Qadr pula, Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang menegakkan solat malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan akan ridhaNya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

DENGAN IMAN PUASA RAMADHAN TERASA LAZAT

Setelah memanggil orang-orang beriman dengan “yaa ayyuhalladziina aamanuu”, Allah swt menegaskan : “kutiba ‘alaikumush shiyaam” (diwajibkan ke atasmu berpuasa).

1. Apakah hubungan puasa dengan iman?

2. Mengapa hanya orang beriman yang diwajibkan berpuasa?

3. Apakah puasa Ramadhan merupakan bukti keimanan seseorang?

PERTAMA :

Ketika seseorang beriman kepada Allah swt, seharusnya ia sedar bahwa Allah swt sentiasa bersamaNya. Di dalam dirinya menggelora hakikat keagunganNya. Setiap disebut namaNya hatinya bergetar penuh ketakutan.
Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS Al Anfaal : 2)

Dengan keimanan, seluruh kegiatan sehariannya sentiasa dalam rangka mentaatiNya. Tidak ada perbuatan sekecil apapun yang ia lakukan kecuali dengan petunjukNya.

Ia menjauhi sama sekali dari apa sahaja yang disebut kemaksiatan. Baginya, kemaksiatan adalah bencana yang tidak hanya menghancurkan harga dirinya melainkan juga menjadi sumber malapetaka bagi kemanusiaan di muka bumi.

Kesedaran ini membuatnya sangat berhati-hati dalam bersikap, jangan sampai langkahnya terjerumus ke dalam kemaksiatan sehingga yang “syubuhat” (samar-samar) pun ia jauhi kerana dari yang“syubuhat” akan lahir daya tarikan kepada yang haram.

Puasa adalah ibadah menahan diri dari yang halal. Dari sini nampak betapa hakikat puasa adalah sebagai benteng supaya pelakunya terhindar dari yang haram kerana kebiasaan menahan diri dari yang halal akan membangunkan lapisan-lapisan baja yang menjaganya supaya tidak terjatuh kepada perkara yang Allah swt haramkan.

Perhatikan betapa untuk menegakkan puasa, seseorang mesti mempunyai iman kerana hanya dengan iman yang jujur seseorang akan benar-benar merasakan lazatnya puasa. Tanpa kesedaran iman, puasa akan menjadi suatu bebanan. Di saat orang-orang berbahagia dengan puasa, ia malah merasa sempit hatinya dengan puasa. 

KEDUA :

Ketika seseorang melakukan puasa, ia sedang berjuang menutup segala pintu yang selama ini syaitan selalu masuk darinya.
  1. Pintu nafsu makan ia tutup di mana ramai di antara manusia yang mengambil benda-benda yang haram hanya kerana nafsu makan
  2. Pintu nafsu permusuhan juga ia tutup di mana selama ini banyak berlaku konflik saling menyakiti, saling menjatuhkan, saling menzalimi bahkan tidak jarang pula saling membunuh di antara manusia adalah kerana nafsu ini. Lidahnya ia tahan dari perbuatan yang keji. Setiap ada orang yang mengajaknya bertengkar, ia menjawab: “Maaf saya sedang berpuasa”.
  3. Pintu nafsu seks pun ia tutup di mana selama ini ramai manusia yang terjerumus ke dalam dosa-dosa kerana nafsu ini. Perhatikan betapa puasa mencerminkan hakikat perlawanan yang dahsyat seorang hamba Allah swt terhadap syaitan.
Di dalam dirinya menggelora semangat untuk tidak tunduk kepada syaitan, bilapun dan di manapun ia berada. Ia sedar bahwa syaitan adalah musuhnya.

Allah swt berfirman :

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (QS Al-Fathir : 6)

Ketika seseorang masuk ke medan pertarungan melawan syaitan, bererti ia masuk ke dalam pertempuran yang tidak akan pernah berakhir. Dalam rangka ini ia mesti mempunyai bekalan iman yang kukuh kerana jika imannya lemah ia tidak akan mampu untuk ‘istiqamah’.

Maka ketika Allah swt memanggil di awal ayat ini : “yaa ayyuhalladziina aamanuu”, itu maksudnya adalah orang-orang yang benar-benar jujur dalam imannya bukan orang-orang munafik yang pura-pura beriman kerana tidak mungkin seseorang yang tidak jujur dalam imannya boleh melaksanakan ibadah puasa dengan jujur.

Dari sini nampaklah rahsia firman Allah swt dalam hadits Qudsi:

“Semua amal anak Adam itu untuk dirinya kecuali puasa, itu untukKu dan Aku akan memberikan langsung pahalanya.” (HR Bukhari)

Perhatikan betapa puasa merupakan bukti kejujuran iman seseorang sehingga Allah swt mengagungkannya dan terlibat secara langsung untuk memberikan pahala kepada pelakunya.

KETIGA :

Puasa Ramadhan adalah merupakan salah satu tiang ajaran Islam. Untuk menegakkan tiang ini secara kukuh, tidak mungkin dilakukan oleh seseorang yang tidak mempunyai iman atau pura-pura beriman.

Allah swt Maha Mengetahui, benar-benar tahu siapa di antara manusia yang benar-benar patut diundang untuk menegakkan tiang ini. Itulah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah swt secara jujur dan kerana itulah, Allah swt panggil mereka dengan :

“yaa ayyuhalladziina aamanuu”.

Perhatikan bentuk panggilan ini di mana Allah swt memanggil mereka hanya dengan kualiti keimanannya, bukan yang lain-lain. Ini menunjukkan bahwa yang Allah swt inginkan dari manusia melalui puasa ini adalah bagaimana ia benar-benar beriman kepada Allah swt secara kukuh dan jujur.

Iman yang menghidupkan jiwanya sehingga ia sentiasa merasa bersama Allah swt. Bukan iman yang semata-mata diucapkan dengan lisan, diiklankan di sepanduk-sepanduk atau tayangan televisyen sementara hatinya tidak pernah menikmati lazatnya iman tersebut.

Ya Allah, kami menyahut seruanMu untuk melaksanakan ibadah puasa ini yang juga merupakan ibadah kesinambungan dari umat-umat sebelum kami. Kurniakanlah di dalam hati kami, keimanan yang mendalam serta niat hanya mengharapkan keridhaanMu sehingga kami dapat melaksanakan puasa ini semata-mata keranaMu dan mendapat balasan yang terus dariMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”
“IKRAM WADAH PERJUANGAN”

Sumber : dakwah.info

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)