Bismillahirrahmanirrahim.
Allah berfirman:
Allah berfirman:
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raaf 7:96)
Imam al-Ghazali menyatakan bahawa maksud takwa itu ialah takut kepada Allah SWT, iaitu menurut atau melakukan apa yang diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya. Insan yang bertakwa akan bermuraqabah kepada Allah SWT iaitu merasai bahawa Dia sentiasa Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui yakni Allah sentiasa mengawasi segala tingkah lakunya.
Setiap daripada kita serta semua ahli keluarga perlu menanamkan konsep tauhid dalam diri masing-masing dan mengamalkannya. Dalam diri kita perlu ada sikap bermuraqabah kepada Allah SWT setiap masa. Dengan merasai bahawa Allah sentiasa Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui maka aman keluarga tersebut, hati akan tenang, jiwa akan tenteram dan kasih sayang di antara ahli keluarga akan terbina kerana setiap sesuatu akan dibuat dan tinggalkan semata-mata kerana Allah SWT.
Di dalam ayat di atas adalah jaminan Allah SWT bahawa sesiapa yang beriman dan bertakwa kepada-Nya maka Dia akan 'melimpahkan barakah dari langit dan bumi' tidak ada kenikmatan dan kebahagiaan sebenarnya melainkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'barakah'?
Menurut para ulama ‘barakah' atau berkat itu adalah:
هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.
Ertinya : "Iaitu kepastian kebaikan di sisi Ilahi pada sesuatu perkara, yang mana apabila ia jatuh kepada perkara yang sedikit ia akan menambah banyakkan ia, dan apabila ia jatuh kepada yang banyak, ia akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila ia digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah azza wa jalla."
.............petikan dengan sedikit edit daripada Melahirkan Keluarga Bahagia
No comments:
Post a Comment