Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Menyaksikan siaran halaqah di TV9 tentang Bil Terakhir...
Kain kafan,300
Mandi, 300
Gali Kubur ,300
Van Jenazah,200
Papan Liang,150
Talkin,50
Kapas,21
Kapur Barus,5
Cendana,2
Air Mawar ,2
Keseluruhan : RM 1330
MARI KITA HITUNG…
“BIL TERAKHIR”
Ustaz Mohd Erino sebagai pengacara...
Penalis
1) Ustaz Muhamad Ridhuan Zainal Abidin
2) Ahmad Tarmizi Abd Rahman (Qari) membaca ayat 55 Surah Taha [20]
Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. (Taha 20:55)
Ayat yang pendek di atas mengingatkan kita tentang tajuk BIL TERAKHIR. Allah yang meberitahu kita yakni; Allah mencipta kita kemudian kembalikan kita ke tanah kemudia keluarkan balik.Kalau adapun org mati yang datang kepada kita nak ceritakan tentu kita lari..
Benda ni mesti kita lalui.. Allah pencipta, DIA tunggal DIA berhak mencipta dan DIA berhak menghilangkan.. kenapa manusia perlu mati? Allah lah yang berkehendak demikian.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)
Itu janji Allah, setiap yang ada di muka bumi akan menemui kematian.. semua planet akan hancur.
Bil elekterik bila kita tak bayar mesti ada tunggakan dan ada permasalahan selepasnya..
Ruh; Nabi saw kata bila orang tanya; "ruh adalah urusan Tuhanku". Tidak diberikan pengetahuan kepada kita melainkan sedikit sahaja. Allah yang bagi peringatan kepada nabi katakan seperti itu. Kita pula bila ditanya kita jawablah seperti yang nabi ajar kita, sebagaimana yang diajar oleh ulama' sebenarnya ruh kita tak musnah tapi akan dikembalikan ke alam barzakh.. nak cerita bagaimana keadaan kita selepas nyawa ditarik, yang musnah hanya tubuh badan kita yang kembali kepada tanah. Barzakh yang menanti ruh. Sebahagian ulama kata ruh orang-orang yang berada dalam sakinah bila diambil oleh Allah swt iaitu dalam keadaan kematian yang baik akan dibawa bertemu dengan Allah melalui langit yang ada di atas. Jika amalan baik Allah terima sebagai hambaNya atau Allah perintahkan malaikat hantar semula ke sisi jasadnya dengan kedaan yang hina. Ini bergantung kepada amalan semasa hidup.
Ruh kita mungkin akan diamabil sebentar lagi. Ruh akan berjalan dalam keadaan yang amat sukar. Namun jika Allah redha; ruh berada dalam keadaan sakinah. Selagi mayat tak dikebumikan ruh masih ada di sisi jasad melihat akan keadaan orang yang ada di sisinya, melihat anaknya membaca al-Quran ataupun berdoa ataupun tidak.
Kematian merupakan bermulanya perjalanan ruh..
Dalam surah al-Fajr
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - (Al-Fajr 89:27)
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - (Al-Fajr 89:28)
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - (Al-Fajr 89:29)
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (Al-Fajr 89:30)
Berdasarkan ayat-ayat di atas ini berdoalah agar kita disambut oleh Allah untuk menuju ke syurgaNya.
Orang takut mati
Persoalan mati ini amat sensitif kepada sesetengah orang. Mati bukan penutup kehidupan, mati itu akan ada cerita baru, kematian bukan satu yang berhenti tapi sekadar berpindah, di dunia kita berhibur, beramal selepas kematian kita diberi ganjaran atau balasan.Kematian akan sampai, tak akan awal sesaat dan tak akan lambat walau sesaat..
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Al-Baqarah 2:28)
Mati yang inilah yang dibincangkan.. amat dahsyat kematian itu. Kadang-kadang ada orang cakap jangan cakap tentang mati, tetapi kita kena selalu ingat mati. Mati akan menjadikan kita sama ada gembira atau kita akan menyesal kerana kita rugi.. kita menangis ketika nyawa di kerongkong kerana menyesali perbuatan kita, orang yang berlari meninggalkan kematian hakikatnya menuju kepada kematian. Kita sebenarnya berada dalam list untuk dicabut nyawa oleh malaikat 'Izrael.
Bil terakhir ini ; bukan untuk timbulkan takut ataupun sedih tetapi untuk membuahkan sikap positif.
Ada persiapan yang perlu dilakukan:
Nak sambut kematian kena cukup amalan; bukan perbelanjaan kapan sahaja siapa nak baca doa (ini sebenarnya anak-anak boleh sediakan selepas kematian kita), sebenarnya persiapan yang perlu ialah daripada segi rohani dan jasmani; contoh kita nak jumpa orang-orang besar, kita risau dan kita nak buat yang terbaik, nak pakai cantik nak cakap elok-elok; itu manusia sesama kita, ini nak bertemu Rabb pencipta.
Bukan takut mati kerana nak tinggal anak isteri atau harta,
tetapi takut buruk kematian
takut bagaimana nak berdepan dengan Allah
takut kerana kekurangan amal.
Allah tak nak tengok pakaian kita, rupa paras tapi Allah memandang hati kita; mutmainnah atau tidak, amalan diterima atau tiaak.
Orang yang bijak ialah yg sentiasa ingat mati.. menambah wawasan bertemu Allah. Orang-orang yang ingat mati dia jadi bijak.. dia tak nak langkah ke tempat yang Allah murka, mulut dijaga, telinga dijaga kerana Allah akan bertanya, kakinya juga dipelihara. Bijaknya orang-orang beriman semasa zaman nabi saw mereka disegani hingga sekarag ini tetapi bijaknya mereka kerana bijak menyusun kehidupan.
Banyak orang menimbulkan jika orang Islam asyik ingat mati akan mundur. kenyataan itu salah jika tak ingat mati itulah yg mundur. Ada ulama' kata; ingat mati sebanyak 21 kali insyaAllah mati syhaid, ingat di sini ialah ingat dengan mengingati bagaiman nak bertemu Allah dan mempersiapkan diri.
Dalam apa urusan bil kita boleh selesaikan, tapi bil terakhir ini kita tak ingat,
Bil ni bila due kita risau, bil terakhir rm1330 tadi cuma berlaku sekali sahaja seumur hidup. Ada seorang tok guru, dia letak kelengkapan kapan, kain kapan, kapur barus dlam almari pinggan.
Bila ditanya kenapa simpan benda-benda ni.
Jawabnya kita tahu kita nak mati, jadi aku siapkan semata-mata untuk aku lihat setiap hari, bila aku lihat aku akan ingatkan diri aku untuk beramal, menjauhkan larangan.
Orang sebanrnya terlepas pandang tentang persiapan ini..nak beli kain kapan pun boleh, tapi yang kita nak ingatkan ialah persiapan untuk menuju Allah, tentang diri kita yang dibalut kain kapan, sama ada seperti prengantin baru atau seperti banduan.
Bil terakhir RM1330 tu mungkin anak-kita boleh bayar, tapi yang dikemukakan kepada Allah nanti.. amalan baik dan jahatmu
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)
Allah kata orang-orang yang buat salah akan tunduk malu di sisi Allah nanti kerana mereka lihat bil-bil mereka; dan tak mampu mereka menjelaskannya.. mereka akan kata: kami dah nampak, kami dah dengar, tolong bawa balik ke dunia agar kami dapar buat amal soleh . seseungguhnya hari ini baru kami yakin.. bila dah jumpa Allah dah tak ada gunanya lagi.. di dunialah peluang untuk menyelesaikan bil-bil terakhir.
Apa yang kita buat hendaklah kita kaitkan dengan kematian.
Perbincanag ini mudah-mudahan menjadikan kita menambahkan amalan, mungkin kita terlupa akan bil terakhir ini
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (A-li'Imraan 3:185)
Pelan tindakan:
Banyak-banyak ingat mati lupakan segala kelazatan
Jangan lupa tentang pengakhiran, bila suap makanpun soal diri adakah ini suapan terakhir, bila buat amal ingatkan adakah ini yang terakhir; jadi buatlah yang berkualiti.
Kaitkan pekerajaan, apapun adakah itu pekerjaan terakhir mungkin selepas ini tak lagi berpeluang
Jangan tinggalkan majlis ilmu. Tentang kematian selalu diingatkan dalam majlis ilmu.
No comments:
Post a Comment