Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum
Hanya milik Allah Asmaul Husna (nama-nama yang baik/yang mulia), maka serulah (dan berdoalah/bermohonlah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah/tinggalkanlah orang-orang yang berpaling daripada kebenaran dalam menyebut nama-namaNya. Kelak mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.(Al-A'raaf 7:180)
Sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya Allah memiliki 99 asma', sesiapa saja yang memelihara nama-nama itu dia akan masuk syurga" (HR Bukhari dan Muslim).
Yang dimaksudkan "memelihara" itu ialah bukan setakat menghafal, membaca bahkan satu lagi inti ajaran agama (hakikat beragama) ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk berakhlak dengan sifat-sifat Allah (Bertakhalluk) atau meneladani.
Yakni kita hendaklah sedaya upaya kita meneladani 99 sifat-sifat Allah itu, contoh jika Allah itu Maha Pengasih; kitapun hendaklah pandai menunjukkan rasa kasih sayang kita kepada semua makhluk ciptaan Allah. Jika Allah as-Syakur; kita hendaklah berusaha untuk membalas setiap kebaikan orang kepada kita.
Jika orang itu memuji Allah Azza wa Jalla dengan Nama-nama Allah yang baik ini dan meyakininya nescaya dia akan masuk syurga kerana syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang-orang yang beriman.
Ada dua jenis doa; pertama doa ibadah iaitu memuji Allah kemudian keduanya doa masalah. Yakni apabila kita berdoa kepada Allah; pada mulanya hendaklah kita berdoalah dengan Asmaul Husna, iaitu doa berupa sanjungan atau pujian. Ini dinamakan doa ibadah, biasanya doa ini panjang kemudian barulah kita berdoa masalah selepasnya.
Sumber Rujukan : manfaat asmaul husna
No comments:
Post a Comment