Sumber : Google |
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Pengisian kali ini disalin dari sini.
Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa ta'aala (SWT) yang
mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu
banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
sallallaahu ‘alayhi wa sallam (SAW) serta keluarga dan para sahabat yang mulia
dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!(pengagungan yang sebesar-besarnya) (Al-Isra' [17] :111)
Ayat ini menerangkan bahawa kita mesti menyakini bahawa SEGALA
PUJIAN ADALAH MILIK ALLAH SWT. Ini kerana ALLAHlah ZAT YANG MAHA
SEMPURNA. Allahlah yg mencipta, mengatur dan memelihara segala
sesuatu.
Dalam ayat ini ada TIGA perkara yang menerangkan KEAGUNGAN
ALLAH sehingga patut dipuji dan dibesarkan.
PERTAMA: Allah tidak mempunyai anak. Andainya Allah
mempunyai anak, anak itu adalah sebahagian daripada Allah. Apabila
anak itu sebahagian daripada Allah bererti Allah terdiri daripada beberapa
bahagian. Sifat ini merupakan sifat kekurangan, bukan sifat kesempurnaan. Jadi
dengan sifat TIDAK BERANAK itu terserlah keagungan Allah yang tidak serupa
dengan makhlukNya.
KEDUA: Allah tidak mempunyai sekutu di dalam
kerajaanNya. Allah Maha Sempurna. Andainya Allah mempunyai sekutu tentu
makhlukNya tidak lagi sepenuhnya berdoa dan bersyukur kepada Allah kerana ada
lagi sekutu yang berkuasa. Dengan tidak mempunyai sekutu maka terserlahlah
keagungan Allah yang satu-satunya yang dituju dalam berdoa dan beribadah dan
Dialah satu-satunya yang mengabulkan serta satu-satunya pula yang berhak dipuji
dan dimuliakan.
KETIGA: Allah tidak mempunyai penolong daripada yang
hina. Allah Maha sempurna kerana tidak memerlukan pertolongan daripada
sesiapapun. Selain Allah adalah ciptaan Allah dan ciptaan Allah semuanya
memiliki keterbatasan. Ciptaan Allah semuanya hina apabila dibandingkan dengan
Allah Yang Maha Sempurna. Yang Mencipta tentu tidak sama dengan yang dicipta.
Dengan tidak mempunyai penolong daripada yang hina maka terserlahlah keagungan
Allah Yang Maha Mulia.
Daripada TIGA perkara tadi nampaklah kesempurnaan Allah,
dengan sebab itulah ALLAH yang mesti dipuji dan dibesarkan.
Dalam ayat tadi ketiga-tiga perkara itu dimulai dengan
kata "memuji Allah" dan diakhiri dengan
kata "membesarkan Allah" bermaksud ALLAHlah yang semestinya
dipuji kerana memiliki sifat-sifat yang sempurna dan sepatutnya dibesarkan
kerana DIAlah satu-satunya Zat yang berhak dipuji dan dibesarkan. Tidak ada
yang lain lebih sempurna daripada DIA.
Membesarkan Allah (TAKBIR). Takbir berasal daripada kata
'kabura-yakburu'. Secara harfiyah maknanya 'besar'. Kabbara-yukabbiru' maknanya
membesarkan. Allahu akbar maknanya Allah Maha Besar. Jadi apabila kita
bertakbir maknanya kita membesarkan Allah.
Bila kita mulakan solat kita bertakbir, begitu juga setelah
selesai sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan kita bertakbir pada hari Raya
'Idul Fitri ataupun semasa berhari Raya 'Idul Adha. Apabila kita bertakbir kita
kena yakin bahawa Allah sahaja satu-satunya Zat Yang Sempurna: Sempurna dalam
mencipta, memelihara, mengatur, bahkan sempurna dalam setiap perbuatanNya.
Bertakbir boleh ditunjukkan dengan menyebutkan 'ALLAHU
AKBAR" (Allah Maha Besar). Imam Al-Qurthuby dalam tafsirnya menulis bahawa
sebutan 'Allahu Akbar' adalah sebutan yang paling sempurna dalam bahasa Arab bagi
maksud membesarkan Allah SWT.
Saidina Umar bin Khattb ra berkata : Perkataan "Allahu
Akbar" maknanya Allah Maha Besar daripada dunia dan apa sahaja yang ada di
dalamnya.
Seorang hamba yang beriman pasti menyedari bahawa Allah
sahajalah Yang Maha Besar. Selain Allah semuanya kecil dan tidak bermakna
apa-apa di hadapan Allah SWT. Lalu di samping mengucapkan Allah Maha Besar
bagaimanakah carnya supaya lebih sempurna DALAM MEMBESARKAN ALLAH?
Imam Fakhruddi Ar-Raazy dalam tafsirnya menyebutkan bahawa apabila
membesarkan Allah hendaklah dengan penuh yakin bahawa Allahlah Zat Yang
Sempurna dan tidak memerlukan sesiapa. Hendaklah juga penuh yakin bahawa Allah
memiliki sifat-sifat yang terpuji dan jauh daripada kekurangan dan keburukan.
Dia juga hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa apa sahaja perbuatan
Allah pasti penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan.
Membesarkan Allah juga dapat disempurnakan dengan MENTAATI
semua hukum-hukum Allah, BERZIKIR dengan MENYEBUT nama-namaNya(SIFAT-SIFAT
ALLAH) yang penuh dengan kebaikan (Asmaul-husna). Kemudian seseorang itu dapat
juga MEMBESARKAN ALLAH dengan MENYEDARI bahawa bagaimanapun dia membesarkan
Allah dengan ilmu yang ada padanya sesunguhnya dia belum lagi sampai kepada
membesarkan Allah seperti kenyataan yang sebenarnya kerana SESUNGUHNYA ALLAH YANG
MAHA BESAR itu LEBIH BESAR daripada pengetahuan yang ada pada dirinya
ketika membesarkan Allah SWT.
Ini bererti apabila seseorg hamba itu sentiasa
membesarkan Allah seperti yang disebutkan di atas tentu hidupnya akan
kekal dalam kebaikan sebab dia telah menyatakan bahawa dirinya, keluarganya,
harta bendanya dan apa jua yg ADA DI DALAM DUNIA INI adalah tidak mempunyai
apa-apa nilai apabila berada di hadapan ALLAH YANG MAHA BESAR. Allahlah yg
memiliki segala-galanya, mengatur dan menguasai, membinasakan dan melenyapkan,
memelihara dan mengekalkannya. Allah berfirman:
Yang bermaksud: "Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi serta Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Jaathiyah [45] : 37).
Pada saat seseorang itu memperakui kebesaran Allah SWT maka
jadilah dia sebagai HAMBA ALLAH yang layak untuk DICINTAI dan DIKASIHI, DIJAGA
dan DIPELIHARA, DIKUATKAN dan DIMENANGKAN serta diberikan KEBAHAGIAAN dan
KESEJAHTERAAN. Ini kerana hamba tersebut telah menyerahkan semua urusan
hidupnya kepada Allah yang mengatur dan menguasai alam ini. Allah pula tidak
akan menyia-nyiakan hambaNya yang telah menyerahkan semua urusan hidupnya
kepadaNya. Di sinilah rahsia tinginya kandungan takbir yang kita ucapkan
itu. Hanya orang yang mengenal Allah sahaja yang akan mengerti apa yang kita
sampaikan ini.
Daripada huraian di atas jelas kepada kita bahawa
membesarkan Allah bererti MEYAKINI bahawa Allah adalah satu-satu Zat Yang Maha
Sempurna dalam pentadbiran, sebagaimana Allah adalah satu-satunya Zat Yang Maha
Sempurna dalam penciptaan dan perlindungan.
AYAT ini juga disebut juga sebagai "Ayat
'IZZI" (AYAT KEAGUNGAN). Rasulullah saw mengajarkan ayat ini kepada
seluruh keluarga baginda tanpa terkecuali. Ini kerana kandungannya yang tinggi
dan mulia. Ayat ini juga boleh diamalkan sebagai ZIKIR untuk menyembuhkan
penyakit yang sedang diderita. (lihat dalam tafsir Ibnu Katsir).. Wallahu A'lam.