Sumber |
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Kedekut atau bakhil ataupun kikir adalah salah satu sifat atau penyakit manusia yang berkaitan dengan harta. Penyakit ini telah wujud sejak dari zaman dahulu kala.
Allah SWT berfirman yang maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut. (al-Isra' [17] : 100)
Lalu, apabila diuji dengan banyaknya harta,
maka ada manusia yang tipis imannya akan menjadi manusia yang kedekut. Allah
SWT menjelaskan lagi perihal ini di dalam al-Quran yang maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu menyebabkan kamu lalai daripada mengingati Allah, dan sesiapa yang berbuat seperti itu, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (al-Maidah [5] : 9)
Oleh itu, Islam memang mengakui bahawa
sifat kedekut ini ada dalam diri manusia. Maka, awal-awal lagi Allah SWT telah
memberikan pesanan, agar manusia tidak menjadi kedekut dalam kehidupannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat. (ali Imran [3] : 180)
Walau bagaimanapun, perangai kedekut
ataupun bakhil ini masih mendominasi diri kebanyakan manusia, sehingga
menyebabkan mereka merasa begitu sayang untuk menafkahkan harta kekayaan ke
jalan-jalan kebajikan yang diredai Allah SWT.
Misalnya, apabila mahu memberikan sedekah
maka mereka memilih wang yang kecil sahaja jumlahnya. Mereka merasa tidak malu
kepada Allah SWT, kerana diberikan rezeki yang banyak, mampu membayar saluran
televisyen berbayar, bil telefon dan pelbagai lagi sehingga ratusan ringgit
sebulan misalnya. namun untuk memberi sedekah RM10 sebulan pun terlalu
berkira-kira.
Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam
sabda-Nya: Jauhkanlah diri kamu daripada kebakhilan, kerana sifat bakhil
itulah yang membinasakan orang-orang terdahulu. Sifat bakhil telah menyuruh
mereka berbuat zalim, maka mereka melakukan perbuatan zalim. Sifat bakhil
(juga) telah menyuruh mereka memutuskan tali kekeluargaan, maka mereka
memutuskan tali kekeluargaan." (riwayat Abu Daud)
Apakah tidak zalim namanya kerana sanggup
membelanjakan wang dan harta ke jalan yang sia-sia, berhibur siang dan malam,
makan dan minum secara berlebihan, membeli pakaian mahal tanpa keperluan dan
sebagainya lagi, sedangkan pada masa yang sama masih ada saudara-maranya, jiran
tetangga malah kaum kerabatnya yang mungkin memerlukan bantuan.
Bukankah semua ini menzalimi dirinya kerana
akan diheret ke neraka kerana melakukan pembaziran dan pada masa yang sama
menzalimi orang lain yang memerlukan? Apakah tidak mungkin akan tercetusnya
perasaan marah, benci dan sakit hati golongan ini andai mengetahui, wang si
kaya dihamburkan tanpa sedikit pun diagihkan kepada mereka yang sering
kelaparan dan kesusahan?
Kesimpulannya, perangai kedekut ini adalah
penyakit hati yang amat merosakkan manusia, sama ada di dunia mahu pun akhirat.
Malah, jika dikaji dengan lebih mendalam, masih banyak lagi kesan dan akibat
buruk sifat kedekut ini ke atas diri manusia. Namun, untuk ruangan ini, rasanya
apa yang dipaparkan di atas sudah memadai. Apa yang lebih utama, sudahkah kita
bersedia untuk mengikis sifat kedekut dan belajar menjadi lebih pemurah dari
sehari ke sehari? Wallahualam.
6 comments:
assalamualaikum :) subhanallah..semoga kita dipeliharan ALLAH dr sifat bakhil dan dekatkn kite dengan sifat pemurah..
SALAM UKHUWAH DARI BUNDA..
Salam perkenalan...
Terima kasih bersama Relaks Minda dan diatas kesudian menjadi sahabat. Semoga jalinan ukhwah berpanjangan di samping perkongsian yg bermanfaat.
Wa'alaikumussalam S.K.A
Subhanallah..dengan pertolongan Allah juga kita harapkan.. Allahumma aamiin
Wa'alaikumussalam BUNDA a.k.a KN
Salam ukhwah juga buatmu..terima kasih singgah sini
Wa'alaikumussalam Bin Muhammad
InsyaAllah..Allahumma aamiin
Post a Comment