Wednesday, October 6, 2010

Mari Hafal Doa


Doa merupakan perantaraan dengan Allah dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah'. Kita mestilah memilih doa-doa yang ma'thur daripada Rasulullah saw.

Sesungguhnya benar firman Allah bila Allah mengatakan:

وقال ربكم أدعوني أستجب لكم

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina". (Ghafir/Mukmin [40] : 60)

  1. Doa ketika hendak hendak tidur.

  2. بسمك رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

  3. "Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil jiwaku) ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan ruhnya, maka peliharalah diriku sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMu yang salih. (Hadis riwayat Jama'ah).

  4. Doa ketika bangun dari tidur.

  5. قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

  6. "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kami kembali." (Hadis riwayat Bukhari)

  7. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.

  8. اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا هو لَهُ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هو لَهُ

  9. "Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku berlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan apa yang ada padanya".(Hadis Riwayat Ibnus Sunni)

  10. Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya.

  11. بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

  12. "Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah". ( Sunan Tirmizi)

  13. Doa ketika berjalan ke Masjid.

  14. ِ اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا

  15. "Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya, pada pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di mukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya." (Hadis riwayat Bukhari)

  16. Doa ketika memasuki masjid.

  17. اللهم افتح لى أبواب رحمتك

  18. "Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu".

  19. Doa ketika keluar dari masjid.

  20. اللهم إني أسألك من فضلك

  21. "Ya Allah, aku memohon kepadamu kurniaanMu".(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)

  22. Doa ketika hendak makan.

  23. اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار با سم الله

  24. "Ya Allah, berkatilah kami pada apa-apa yang Kamu rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari seksa neraka, dengan nama Allah". (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

  25. Doa setelah selesai makan.

  26. الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا مسلمين

  27. "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami, memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslim". (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)

  28. Doa ketika memasuki tandas.

  29. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

  30. "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari khubuth dan khaba'ith". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

  31. Doa ketika keluar tandas.

  32. الحمد لله الذي أذاقني لذته وصرف عني أذاه

  33. "Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku mengecap kelazatannya dan menjauhkan aku dari kesakitannya". (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)

  34. Doa sebelum bersetubuh.

  35. اللهم جنبنا من الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

  36. "Dengan namaMu, ya Allah jauhkanlah dari kami syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa yang Kau kurniakan kepada kami". (Hadis riwayat Bukhari). Jika ditakdirkan bagi mereka memperolehi anak, syaitan tidak akan memudaratkannya selama-lamanya.

  37. Doa ketika tidak dapat tidur.

  38. اللهم غارت النجوم وهدأت العيون وأنت حي قيوم لا تأخذك سنة ولا نوم يا حي يا قيوم إهد ليلى وأنم عينى

  39. "Ya Allah, sudah terbenam bintang-bintang sudah terkatup banyak mata sedangkan Engkau hidup dan jaga, tidak tidur. Wahai Yang Tegak, Yang Hidup dan Yang Jaga, tenteramkanlah mataku".

  40. Wirid selepas mendirikan solat.

  41. مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

  42. Sesiapa yang bertasbih kepada Allah (membaca Subhanallah) sesudah selesai mendirikan solat 33 kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan membesarkan Allah (Allahuakbar) 33 kali.

  43. Dan digenapkan menjadi seratus dengan membaca:

  44. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

  45. "Tidak ada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNya segala kekuatan dan kepunyaanNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu". (Hadis riwayat Muslim)

  46. Doa ketika selesai majlis.

  47. سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

  48. "Maha suci Engkau ya Allah dengan segala pujiMu aku bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Engkau, aku bermohon ampun kepadamu dan kau bertaubat kepadaMu".

  49. Doa ketika menaiki kenderaan.

  50. الحمد لله الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون

  51. "Segala puji bagi Allah yang menggerakkan bagi kami kenderaan ini, padahal kami tidak sanggup melakukannya, dan sesungguhnya kami semuanya kembali kepada Tuhan kami".

  52. Doa ketika bermusafir.

  53. اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير اللهم إني أسألك في سفري هذا البر والتقوى ومن العمل ما ترضى اللهم هون علينا سفرنا هذا واطوعنا بعده اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الأهل اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل والولد

  54. "Ya Allah kerana Engkau aku berusaha dan kerana Engkau aku berjalan dan kerana Engkau pula aku berpergian. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dalam perjalanan ini kebajikan dan ketakwaan dan berupa amal yang Engkau redai. Ya Allah, ringankanlah bagi kami perjalanan kami ini dan dekatkanlah bagi kami yang jauhnya. Ya Allah, Engkaulah sahabat dalam perjalanan dan Wakil di tengah-tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kepayahan perjalanan, dari kesedihan penglihatan, dari kejelekan saat kembali pada harta, keluarga dan anak-anak".

  55. Doa ketika hujan turun.

  56. اللهم صيبا نافعا (مرتين أو ثلاث

  57. "Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (dua kali atau tiga kali)". (Hadis riwayat Ibnu Syaibah dari hadis Aisyah).

  58. Doa ketika mendengar guruh.

  59. اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا تهلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك

  60. "Ya Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murkaMu dan jangan Engkau binasakan kami dengan siksaMu dan selamatkan kami sebelum itu". (Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dari hadis 'Abdullah bin 'Umar)

  61. Doa ketika melihat anak bulan.

  62. الله أكبر اللهم أهله علينا باليمن ولإيمان والسلامة والإسلام والتوفيق لما تحب وترضى ربي وربك الله

  63. "Allah Maha Besar, ya Allah, muncullah bulan ini bagi kami dengan penuh berkat dan iman, keselamatan dan keIslaman, taufik pada apa-apa yang Engkau cintai dan Engkau redai, ya Tuhanku dan Tuhanmu, Allah".

  64. Doa kepada pengantin.

  65. بارك الله وبارك عليك وجمع بينكما في خير

  66. "Semoga Allah memberkati engkau dan memberkati atas kau dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan".(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas dan Abu Hurairah).

  67. Doa ketika melihat kanak-kanak.

  68. أعيذك بكلمات الله التامة من كل الشيطان وهامة ومن كل عين لآمة

  69. "Aku bermohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan racun, dan dari setiap mata yang membawa kejelikan". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Ibnu 'Abbas)

  70. Doa ketika menziarahi orang sakit.

  71. اللهم أذهب البأس رب الناس اشف وأنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما

  72. "Ya Allah, hilangkanlah penyakit ini, wahai yang memelihara manusia. Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkaulah yang meyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan yang diberikan olehMu, kesembuhan yang tidak disertai rasa sakit".

  73. Doa ketika dukacita.

  74. لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

  75. "Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".

  76. Doa takziah kematian.

  77. إن الله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب

  78. "Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya apa yang Ia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis usamah).

Setelah hafal mari kita amalkannya. Tak dapat hafal dalam bahasa Arab hafal yang Bahasa Melayu. InsyaAllah hidup kita diberkati.

Tuesday, October 5, 2010

Malu

Kenapa kita patut malu dengan Allah?

Kita patut malu bila terasa ingin berputus asa dan rasa gundah gulana disebabkan ujian yang sedikit.

Kita patut malu kerana selalu memikirkan kesusahan yang sedikit .

Kita patut malu kerana tidak memikirkan betapa banyak nikmat yang Allah berikan.

Malu sebab kadangkala terlupa mensyukuri NIKMATNYA:

Nikmat usia
Nikmat sihat
Nikmat rezeki
Nikmat bahagia

....dan segala nikmat cipataanNYA!

Kita sepatutnya merasakan diri kita terlalu kerdil di sisiNYA.

Kita sepatutnya malu kerana pada saat dan ketika kita diberi kelapangan masa kita tidak mengisinya dengan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat.

Kita bukan tidak menjangka satu ketika akan sampai juga waktu kesempitan. Masa itu kita tercungap-cungap untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Jadi sepatutnya kita malu kerana Allah dah berpesan:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (al-'Asr [103] : 1- 3 )

Nasihat dalam ayat ini ialah supaya kita manfaatkan umur kita. Kelak kita akan ditanya;
Ke manakah dihabisinya?

Kita sepatutnya malu apabila kita tidak belajar menghargai erti kelapangan setelah kita mengalami sedikit kesempitan.

Kita sepatutnya malu apabila diberi nikmat sihat tetapi masih kurang bekalan. Bila sakit kita salahkan takdir. Wal'yazubillah.. sedangkan Nabi Ibrahimpun berkata ... "apabila aku sakit Dia sembuhkan".. Nabi Ibrahim tak kata Allah beri dia sakit.

Kita sepatutnya malu apabila mendapat nikmatNya yang banyak tetapi masih terlintas di dalam jiwa untuk berkeluh kesah dengan apa yang diaturkan oleh Allah.

Hayati surah bacaan surah Ar-Rahman; Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


Friday, October 1, 2010

Islam Tetap Menang

oleh : Islam Voice
http://www.facebook.com/islamvoice

Video ini dirakam di Alexandria, Mesir, pada bulan Ramadhan 2010 .. Ini adalah jawapan kami kepada semua pihak yang memerangi Islam dan cuba untuk menghentikannya daripada tersebar ke seluruh dunia .. , Kami memberitahu mereka bahawa anda boleh melukis kartun atau mengancam untuk membakar al-Quran, atau bantahan terhadap Masjid, atau larangan melaungkan azan, atau melarang penggunaan jilbab , .. dll, tapi pada akhirnya anda tidak akan pernah menang atas Islam, kerana kekuatan kata-kata kebenaran tidak pernah boleh dikalahkan ...

Marilah belajar bagaimana Muslim kuat pada iman mereka .. Berapa banyak mereka mencintai Islam .. Berapa banyak mereka tulus dalam mengikuti Islam .. Berapa banyak mereka dedikasikan dalam melayani Islam ... Cubalah untuk memikirkan agama di dunia dan anda tidak akan pernah menemukan pemeluk agama yang kuat iman mereka dan tulus dalam ibadah mereka sebagai Muslim ..

Dalam video ini, orang ramai berdoa di jalan kerana tidak ada tempat kosong di dalam masjid , maka mereka berdoa pada setiap tempat kosong yang boleh perolehi.. Beginilah situasi yang sama berlaku di setiap negara Islam di seluruh dunia ..

Fikirkanlah apa-apa cara untuk menghancurkan Muslim atau menghancurkan iman yang kuat, tapi kebenarannya ialah, anda tidak akan pernah menang atas Islam ...



hak cipta: [Islam Voice]






by Islam Voice
http://www.facebook.com/islamvoice

This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...

Come to learn how strong Muslims are on their faith.. How much they love Islam.. How much they're sincere in following Islam.. How much they're dedicate in serving Islam... Try to think of any religion in the world and you will never find followers of any religion who are as strong in their faith and sincere in their worship as Muslims..

In the video, people are praying in the streets because there is no empty place inside the mosque "Masjid" so they made the prayer on every empty place they could find.. And it's the same situation in every Islamic country around the world..

Think of any way to destroy Muslims or break a faith that strong, but the truth Is, you will never win over Islam...



copyright : [Islam Voice]

Bijak Memanfaat Pusingan Biologi

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan [25] : 47)

Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya.

Memahami Fisiologi Pusingan Biologi

Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.

Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.

Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.

David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.

Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.

Tidur sebagai Ibadah

Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:

“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”

Semasa tidur sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan yang mana badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak Justeru itu mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur boleh mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang.

Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat boleh mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.

Tidur dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Menurut Dr. Tom Mackay, seorang pakar penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur akan menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.

Tidur juga memantapkan sistem pertahanan badan. Kajian menunjukkan individu yang tidur 3 hingga 4 jam sehari kurang daripada kadar biasa mudah mengalami tekanan dan stres. Ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Berapakah jumlah jam yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu yang lain. Mereka yang tidur 6 hingga 7 jam secara purata setiap malam adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang 4 jam.

Sunah Nabi dan Pusingan Biologi

Secara tidak langsung, Nabi SAW mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Baginda sendiri melayani hak dan keperluan jasmani bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pernah pada suatu masa, ada di kalangan para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.

Lantaran perkara ini, maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim. Nabi SAW juga pernah melakukan qailulah atau istilah para saintis hari ini iaitu a secondary sleep gate. Ini kerana di antara waktu tengah hari dan awal petang badan manusia menjadi lemah dan lesu. Maka dengan tidur sekejap itu akan dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan kita.

Penutup

Jasad boleh dikiaskan seperti sebuah kederaan yang sentiasa dipacu oleh manusia. Bagi mencapai kejayaan, manusia perlu menyelenggara kenderaannya dengan baik supaya ia dapat dinaiki demi mencapai cita-cita. Justeru, pastikan kita bangun awal setiap pagi untuk bersembahyang Subuh, sebaik-baiknya secara berjemaah dan jika berkesempatan tidurlah sekejap (lebih kurang 20 minit) pada waktu tengah hari.

Sumber : Laman Web Rasmi JAKIM, dan lain-lain seperti di highligt dalam N3 ini.

Sunday, September 26, 2010

Nabi Musa Belah Laut Merah - Saintis USA Membenarkan

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi.

Apa yang terbukti di sini ialah Allah telah berfirman :

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (53) .....Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu". (54)-( surah Fussilat [ 41 ] : 53 - 54)
Ya, yang pasti sekarang ini, banyak perkara yang diberitakan dalam al-Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu telah ditemui oleh para pengkaji.

Firman Allah dalam surah Hud [11] ayat 96 hingga 101

Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami dan bukti (mukjizat) yang nyata; (96) Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul. (97) Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah dia akan membawa mereka masuk ke Neraka dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah Neraka. (98) Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan. (99) Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap). (100) Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka. (101)

Hayatilah bacaan ini.. Anda pasti ikut menangis...


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)