Bismilllahirrahmanirrahim.
Sebuah kisah dan pengajaran.
Sebagai seorang keluarga raja Maslamah bin Abdul Malik sangat terkenal sebagai orang yang sangat mewah cara hidupnya. Maslamah terkenal sebagai seorang yang hanya mahu makanan yang mahal dan lazat sahaja.
Pada suatu hari khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat zuhud dan soleh mahu mendidik Maslamah menjadi seorang yang boleh hidup secara sederhana.
Kahlifah Umar menjemput Maslamah ke rumahnya dan menahannya sejak pagi tanpa memberinya makanan. Setelah Maslamah tersangat lapar Umar lalu menghidangkan makanan berupa bubur kacang tanpa apa-pa ramuan. Tanpa berfikir panjang Maslamah menyantapnya dengan gelojoh.
Setelah kenyang dengan bubur itu Umar menghidangkanya pula dengan makanan yang mewah sambil berkata : "Makanlah!"
Maslamah menjawab, :"Saya sudah kenyang dan tidak mampu makan apa-apa lagi".
Lalu Umar berkata, : "Mengapa bermewah-mewah dengan makanan yang boleh membawa kamu ke neraka, padahal makanan yang murahpun sudah memadai bagimu?".
Sejak itu Maslamah meninggalkan kebiasaan buruknya yakni bermewah-mewah dengan makanan.
Pertanyaan yang serupa layak kita tanyakn kepada diri kita. Kita suka bermewah-mewah dalam kehidupan walaupun kita terpaksa berhutang. Hidup sederhana itu lebih selamat.
2 comments:
bagus la article nih..xpernh tau pon..btol3x..hidup dgn cara yg terlalu mwah sgt2 melekakn kita..pdhal yg sedrhna itu lbh baik dan sgt mmbahagiakn khidupn kita..
Salam Anis.
Kisah ini bleh dibaca dalam majalah SOLUSI serta dalam buku kezahidan kahalifah Umar Abd Aziz, namun dalam buku dinyatakan nama orang yang dididik oleh Khalifah Umar ialah Sulaiman bin Abdul Malik.. apa-apapun kisah ini elok kita jadikan teladan.
Post a Comment