Monday, February 28, 2011

Bersembunyi di puncak bukit


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Tha'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi SAW. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung. Seorang remaja yang begitu hebat pada zaman Rasulullah SAW. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah SAW mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah SAW akan khabarkan kepada Tha'labah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah SAW! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..." Rintihan Tha'labah.

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah SAW. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Sumber :  iluvislam

Dulu kita selalu mendengar kisah Tha'labah yang meminta nabi Muhammad SAW mendoakan beliau menjadi kaya, kemudian bila dah kaya Tha'labah tidak mahu membayar zakat. Boleh baca kebenaran kisah Tha'labah klik

Sunday, February 27, 2011

Hauqalah - La Haula wala Quwwata Illa Billahi


Bismillahirrahmanirrahim.

Hadis riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu. (Maksudnya: Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan). 

Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Contohnya seperti hadis riwayat Abu Daud, daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).”

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”

Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah.’ Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan [kemudaratan] dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.” 

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit. Wallahua’lam. 

Saturday, February 19, 2011

Kanak-kanak Syurga Membaca al-Quran dengan penuh kesedihan


Bismillahirrahmanirrahim.

N3 kali ini asalnya daripada blog peribadirasulullah

Barisan Ulama' menangis kerana pemergian kanak-kanak pilihan Allah SWT dalam menghadapi ujian Allah yang amat berat tetapi dalam usia yang amat muda.

Kisahnya :

Kanak-kanak perempuan ini belajar tadika dan menghafaz Al-Quran dengan didikan agama. Ibunya seorang doktor, bapanya juga seorang doktor yang bertugas di Saudi , Setiap hari ibunya memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada anak kesayangannya. 

Namun pada suatu hari, ibunya merasakan suatu perubahan pada anak kesayangannya. Setelah dibuat pemeriksaan, anak kesayangannya disahkan menghadapi penyakit barah yang amat bahaya. Kini anak kesayangannya sudah berusia 8 tahun dan mampu membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan merdu, namun apakan daya anak kesayangan mereka berdua akan menghadapi kematian.

Diringkaskan cerita, kedua ibunya meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan, ibu dan bapa meninggal dunia hanya berbeza jarak masa seminggu sahaja. 

Sahabat handai kedua ibubapanya merahsiakan pemergian kedua ibubapanya. Namun dengan kuasa Allah SWT, semasa sahabat handai kedua ibubapanya mengelilinginya di atas katil, setelah kedua ibubapa telah menemui Allah SWT… Tiba-tiba dia mengeluarkan kata:  "Saya telah melihat kedua ibu bapa saya yang telah pergi menemui Allah". 

Semua sahabat handai kedua ibubapanya merasa sedih kerana kecerdikan dan ketabahannya menghadapi cubaan dan ujian Allah SWT.

Akhirnya sahabat handai kedua ibubapanya dari Mesir dan Saudi mengumpul derma dan menghantarnya ke Britain untuk mendapat rawatan terbaik di sana…

Namun apa yang anda dengar dari suara bacaan ayat suci Al-Quran (Dalam Youtube di atas) adalah bacaannya secara langsung dari hospital di Britain dan dia telah tahu bahawa nyawanya akan diambil oleh Allah SWT serta dia redha dengan takdir Allah SWT…

Dengarlah suara bacaan Ayat Suci Al-Quran dan doanya kepada Allah SWT, sebelum nyawanya diangkat oleh Malikil Maut…. untuk bertemu Allah SWT serta menemui kedua ibubapa…

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul SAW

Bismillahirrahmanirrahim

Artikel ini disalin daripada Ruangan Agama Berita Harian sempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah, untuk memudahkan saya membacanya pada kemudian hari. InsyaAllah.
Rasulullah ikon cinta sebenar umat Islam
Oleh Muhammad Asyraf

2011/02/15
Kasih sayang Nabi Muhammad SAW terhadap generasi muda lebih hebat, wajar diingati 

RASULULLAH SAW tidak melupakan golongan pemuda malah, sebahagian pemuda digambarkan secara jelas rasa cintanya Nabi SAW kepada mereka. Rasulullah tidak menyembunyikan rasa sayang. Apa terpendam dalam diri, pasti digambarkan Baginda. 

Disebabkan itulah, setiap kemarahan Baginda membuatkan tertunduknya wajah sahabat kerana terpancar merah saga mukanya. Apabila Baginda gembira, tergambar indah daripada lakaran senyuman bibirnya membuatkan semua merindui wajah seceria itu.

Ada sahabat yang masih muda disebut-sebut Baginda SAW sebagai manusia terpilih untuk dicintai Rasulullah. Usamah bin Zaid dikritik sahabat lain kerana tidak puas hati beliau terpilih sebagai panglima perang dalam usia cukup muda. 

Lalu Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jika kalian mencela kepemimpinannya, maka kalian juga mencela kepemimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Rasa cinta Rasulullah kepada Usamah turut digambarkan oleh Ibnu Umar dengan katanya: “Sekiranya Rasulullah SAW melihatnya, nescaya beliau akan mencintainya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Begitu juga rasa cinta Nabi SAW kepada cucunya iaitu Hassan dan Hussain sehingga Baginda mendoakan mereka dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah, cintailah keduanya kerana aku mencintai keduanya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah juga memuliakan orang muda. Pernah suatu ketika, Nabi SAW menghadiri satu majlis yang dihadiri pembesar kaum, beliau dengan sendiri menunjukkan penghargaan kepada orang muda. 

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad: Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak paling muda yang hadir. Di sebelah kiri Baginda ramai yang sudah tua. Baginda bertanya: “Hai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Si anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, aku tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaanku di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Diceritakan oleh Salamah: “Rasulullah SAW memboncengku menaiki kenderaan berkali-kali. Baginda mengusap wajahku berkali-kali. Baginda meminta ampun kepadaku sebanyak bilangan jari jemariku di kedua tanganku.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kisah cinta Rasulullah kepada orang muda mesti dibalas dengan cinta. Siapa kita di akhirat kelak andai cinta yang ditunjukkan Baginda kepada umatnya tidak dibalas setanding dengannya. 

Antara kaedah untuk kita membalas cinta Rasulullah ialah mengisytiharkan rasa cinta walau ia belum pernah dipupuk. Dengan meletakkan cinta kepada Rasulullah melebihi cinta terhadap dirinya sendiri. 

Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Nabi SAW bersabda: Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri. Umar RA berkata: Maka sesungguhnya sekarang demi Allah sungguh engkau kucintai lebih dari diriku sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Sesudah mengisytiharkan cinta kita, maka ia perlu disambut dengan mengamalkan sunnahnya dan inilah yang dimaksudkan oleh Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan surah Ali-Imran, ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku (Rasulullah) nescaya Allah Mengasihimu.”

Kata Imam Ibnu Kathir, ayat ini sebagai pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah tetapi tidak menempuh jalan Nabi Muhammad SAW, maka pengisytiharan cintanya adalah suatu pembohongan sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama dibawa Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya. 

Sebab itulah perasaan cinta kepada Rasulullah mesti serasi dengan mengikuti jejak sunnahnya. Cinta dan mengikut sunnah tidak boleh berpisah. Siapa tidak mengenali Abu Talib ayah saudara Nabi SAW yang mencintai Nabi SAW dengan cinta yang sangat hebat. 

Namun disebabkan cinta itu bukan saja boleh dituruti oleh hati, namun mengikuti ajaran Nabi itu perlu seiring, maka cintanya tertolak kerana menolak mengikut ajaran Nabi SAW.

Begitu juga jika hanya mengikut petunjuk dan mengamalkan ajaran Nabi SAW, tetapi tidak seiring dengan cinta kepada Nabi SAW, maka ia juga tertolak.
Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang munafik yang solat di belakang Nabi SAW. Beliau menuruti ajaran Baginda namun tersemat dalam hatinya perasaan bencikan Nabi SAW, maka segala amalannya tertolak. 

Remaja kini hanya mengingati ikon cinta dan kasih sayang milik Saint Valentine hingga tidak sabar meraikan hari kekasih pada 14 Februari tetapi melupakan tarikh 12 Rabiulawal yang sepatutnya mengingatkan mereka kepada ikon kasih sayang lebih hebat dan mulia. 

Sedihnya, kisah cinta Rasulullah kepada umatnya sudah hilang daripada diari hidup remaja. Justeru, marilah mengenang kembali kisah Rasulullah yang mengalir darah di kaki Baginda akibat dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menolak dakwah Baginda. 

Ketika hadirnya malaikat penjaga gunung yang bersimpati dan bertanya mahukah Baginda jika penduduk Thaif dimusnahkan, Rasulullah menolak sebaliknya berdoa supaya penduduk Thaif mendapat hidayah petunjuk dari Allah.

Hebat benar kisah cinta Nabi SAW kepada umatnya membuatkan Baginda terlupa luka di kaki yang berdarah. Namun kita sebagai umatnya, tidak mahu menjadikan Baginda sebagai ‘ikon cinta.’

Semasa Nabi SAW menakluk Kota Makkah bersama sepuluh ribu tentera, sahabat lain mengenang kembali saat umat Islam diusir dan ada sahabat yang dicincang oleh kafir Quraisy. Betapa hina mereka difitnah dan dicaci sebelum ini. 

Lalu seorang sahabat bangun dan berkata: “Hari ini adalah hari pembunuhan balik (balas dendam) terhadap musyrik yang memerangi mereka.” 

Bagaimanapun, jiwa yang amat mencintai umatnya iaitu Muhammad SAW menolak dan berkata: “Bukan, sesungguhnya hari ini adalah hari kasih sayang.” 

Sayangnya, sejarah ini dilupakan umat Nabi Muhammad sehingga lebih mengagungkan ikon cinta agama lain. Sedangkan, kita memiliki ikon cinta sebenar yang lebih hebat serta tinggi kedudukannya. 

Benarlah ungkapan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku adalah kasih sayang yang dihadiahkan.” (Hadis riwayat al-Hakim). Ya Rasulullah, kami mencintaimu, moga ditetapkan hati kami di atas ketaatan mengikut petunjuk ajaranmu. 

Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis 

Monday, February 14, 2011

Ikut sunnah tanda cintakan Rasulullah


Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
2011/02/14

Terap cara hidup Baginda sepanjang masa bukan ketika sambut Maulud 

MENGAPAKAH kita perlu mencintai Nabi Muhammad SAW? Bagaimana caranya kita menzahirkan kecintaan terhadap Nabi SAW? Cukupkah dengan hanya meraikannya dengan Maulidur Rasul dan berselawat kepadanya? Nabi SAW pernah mengatakan yang bermaksud: “Demi nyawaku di tangan-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang dia kasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, emak dan semua makhluk yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jelaslah melalui kenyataan Nabi SAW itu bahawa kita sebagai umatnya mesti meletakkan kecintaan terhadapnya di puncak rasa cinta. Tetapi tercapaikah kita berbuat demikian? Mampu atau tidak, kita sebagai mukmin seharusnya berusaha menanamkan rasa kasih terhadap baginda dan sebagai manifestasi penzahiran cinta terhadap Nabi itu, maka segala sunnah dan panduan hidup yang telah dipertunjukkannya perlulah kita ikut dan teladani sedaya termampu.

Dalam sebuah pernyataan yang lain, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasai kemanisan iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya. Kedua, menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak sempurna iman dan kita benar-benar tidak akan merasai kemanisan iman di dalam hati, melainkan Rasulullah SAW dijadikan orang paling dikasihi selepas cinta kita terhadap Allah. 

Mencintai Nabi SAW bermakna kita mestilah patuh dan taat menurut segala sunnahnya dan tidak melakukan penyelewengan terhadap aturan kehidupan sebenar seperti yang digariskan Baginda. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ada eloknya dipaparkan satu kisah yang mungkin menjelaskan kepada kita bagaimana cintanya sahabat terhadap Nabi SAW. Saidina Umar al-Khattab ada mengisahkan begini: “Saya berjalan bersama-sama Nabi SAW sambil diiringi sahabat yang lain. Kemudian baginda berjalan memimpinku. Umar pun berkata: Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar menyintaimu.” Hebat sekali sentuhan kasih sayang antara sahabat terhadap Rasulullah SAW.

Dilanjutkan kisahnya, Nabi SAW pun berkata: “Melebihi cintamu kepada orang tuamu, wahai Umar? Umar pun menjawab: Ya Rasulullah. Kemudian, Nabi SAW bertanya lagi: Melebihi cintamu kepada hartamu, wahai Umar? Umar mengatakan: Ya Rasulullah. Nabi SAW meneruskan lagi pertanyaan kepada sahabatnya itu: Melebihi dirimu, wahai Umar? Umar berkata: Tidak.”

Seketika kemudian Nabi SAW pun mengatakan kepada Umar: “Tidak wahai Umar. Tidak sempurna imanmu sampai engkau menyintaiku melebihi dirimu sendiri.” Umar pun keluar buat sementara sambil berfikir, kemudian kembali dengan begitu semangat lalu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah. Sungguh aku menyintaimu melebihi diriku sendiri.” Mendengar pengakuan daripada Umar itu, Nabi saw pun berkata: “Sekarang, wahai Umar (baru benar).” Begitulah didikan Nabi SAW kepada sahabatnya menanam sikap cinta terhadapnya dan ternyata tarbiah Rasulullah SAW telah mewujudkan insan Muslim yang begitu cinta terhadap nabinya sehingga sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan agama. 

Ini satu lagi kisah menarik yang cukup menyentuh hati kita dan boleh memupuk jiwa bagaimana menyintai Nabi SAW. Diriwayatkan bahawa beberapa hari Nabi SAW tidak terlihat oleh pembantunya, Tsauban. Ketika dia nampak Nabi SAW datang, maka Tsauban pun berkata: “Saya rindu kepadamu, wahai Rasulullah.” Kemudian Tsauban menangis, lalu Nabi SAW berkata kepadanya: “Apakah hanya ini engkau menangis?” Tsauban mengatakan: “Tidak, wahai Rasulullah, akan tetapi saya teringat tempat engkau di syurga sedangkan saya membayangkan tempat saya amatlah mengerikan.” 

Maka Nabi SAW berkata: “Wahai Tsauban, orang itu akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.” Begitulah hebatnya sahabat Nabi SAW yang nyata rasa cinta mereka terhadap Nabi SAW sangat tinggi. Bagaimana dengan keadaan kita sekarang? Bagaimana dengan segala pesanannya melalui kenyataan hadis baginda sudahkah kita jadikan pedoman hidup? Atau kita hanya ingat dan rasa begitu sayang dan cintakan Nabi SAW tatkala tibanya Maulidur Rasul saja! 

Kita hendaklah membuktikan kecintaan kepada Nabi SAW dengan mempamerkan jalan hidup yang menepati susur galur sunnahnya dan sentiasa memperbanyakkan bacaan selawat kerana inilah mekanisme yang terbaik menjadikan diri kita benar-benar cintakan baginda. Hidup berkeluarga seperti yang dipandukannya. Hidup bermuamalat juga menuruti jalan yang dipamerkan Rasulullah SAW. 

Begitu juga dengan akhlak diri seharusnya sejajar dengan akhlak mulia kerana Nabi SAW tidak pernah putus berpesan mengenai perlunya kita berakhlak mulia itu. Sabda Nabi SAW dan ingatlah kata-kata baginda ini sepanjang hayat dikandung badan: “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Nabi Muhammad penyelamat maruah wanita daripada kehinaan


2011/02/14

Oleh Ibrahim Abdullah

FIRMAN Allah SWT bermaksud: 

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati Allah (pada masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21) 

Memperingati dan meraikan kelahiran Baginda SAW adalah satu tuntutan dan bukti kecintaan kita terhadap baginda. Hendaklah kita mewujudkan perasaan kasih sayang yang tinggi terhadap Nabi akhir zaman yang menduduki tempat itu dalam senarai ‘The 100 Most Influential People in History’ seperti yang dipaparkan dalam tulisan Michael Hart.
 
Kehebatan Nabi SAW dan kelahiran baginda telahpun diberitakan menerusi kitab Taurat dan Injil. Namun fakta itu disembunyikan oleh golongan Yahudi dan Nasrani disebabkan Nabi Muhammad SAW bukanlah daripada kalangan mereka tetapi orang Arab.

Dalam al-Quran banyak diceritakan mengenai kelahiran Nabi SAW sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam. 

Firman Allah bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 107)

Menurut jumhur ulama bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Suasana dunia ketika baginda dilahirkan ke dunia terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu empayar Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi (penyembah api).

Ketika itu kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. Mereka dilayan sebagai alat memuaskan nafsu semata-mata. Mereka diperdagangkan, perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban bagi masyarakat Jahiliah. 

Kelahiran anak perempuan adalah satu kehinaan di sisi masyarakat Arab Jahiliah. Mereka sanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara lumrah. Bangsa Arab berada dalam keadaan huru-hara, tiada pemimpin negara kerana mereka lebih berbangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang kecil boleh mengakibatkan perseteruan berkurun tahun lamanya. 

Tegasnya, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, dunia berada di persimpangan kegelapan moral dan tauhid walaupun tegaknya dua tamadun empayar manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

Diceritakan bahawa kelahiran Nabi SAW itu dikenali Tahun Gajah sempena tewasnya tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah bagi masyarakat dunia bertumpu ke gereja yang dibina di Syam, ibu kota Yaman seperti dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud: 

”Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap tentera bergajah (yang hendak meruntuhkan Kaabah).” (Surah al-Fiil, ayat 1) 

Kemudian pada akhir ayat Allah berfirman bermaksud: “Dan Allah mengutuskan ke atas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu daripada tanah yang dibakar (sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah al-Fiil, ayat 5) 

Bapa Nabi SAW ialah Abdullah bin Abdul Muttalib seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika baginda berusia enam bulan dalam kandungan. Dikisahkan ketika baginda dilahirkan, Nabi SAW tidak menangis seperti bayi lain. Apabila Nabi berpaling ke arah Parsi, api sembahan kaum Majusi di Parsi (Iran) terpadam dengan tiba-tiba. Apabila berpaling ke arah ibu kota Rom, istana maharaja Rom bergegar, Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi berkenaan.

Perkara ajaib yang berlaku adalah mukjizat kenabian yang Allah tunjukkan bagi tujuan agar masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan mengenali dengan Nabi Muhammad SAW. Ia juga sebagai suatu hikmah yang mana ia dapat menjawab segala tohmahan orientalis yang ingin merosakkan nama baik dan peribadi Nabi yang sebenarnya dipelihara oleh Allah sejak lahir lagi.

Siti Aminah, bonda Nabi ditakdirkan meninggal dunia ketika usia Nabi enam tahun. Kemudian baginda dipelihara datuknya Abdul Muttalib. Pada usia lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudara Nabi memeliharanya sehingga baginda meningkat dewasa dan membawanya ke Syam untuk berjumpa pendeta Nasrani, Buhara/Bahira serta melihat tanda nubuwah Nabi. Pendeta itu memperingatkan Abu Talib agar menjaga Muhammad daripada orang Yahudi dan Nasrani, jika mengetahuinya mereka akan membunuh anak saudaranya itu. 

Pengajaran dan iktibar daripada kisah perjalanan hidup (sirah) Nabi Muhammad SAW ketika lahir dan dibesarkan oleh Abu Talib penuh dengan liku, menjadi anak yatim pada usia kecil memang satu dugaan besar. Ini membentuk jiwa yang kental, sabar dan tabah.

Mukjizat yang berlaku terhadap Nabi pada saat kelahirannya dan sepanjang zaman membuktikan bahawa Nabi akhir zaman itu sebagai pemimpin dan penyelamat umat manusia sejagat.

Memperingati ulang tahun kelahiran Nabi SAW memang digalakkan tetapi hendaklah bersesuaian dengan cara yang tidak bercanggah dengan syariat agama. 

Hendaklah umat Islam mengikuti sunnahnya, bercakap benar (siddiq), beramanah (amanah), menyampaikan (tabligh) dan bijaksana (fatanah). Antara sunnah harian Nabi ialah membaca doa sebelum dan selepas makan. Membaca doa sebelum dan apabila bangun tidur. Membaca doa sebelum keluar dan ketika balik ke rumah. Masuk tandas dengan kaki kiri dan doa, keluar tandas dengan kaki kanan dan doa. Mengucup hujung jari selepas makan, membaca doa selepas wuduk, membaca doa semasa pergi ke masjid, masuk masjid dan keluar masjid, membaca doa ketika memulakan (menaiki) kenderaan.

Sirah Nabi ketika kecil tidak pernah menyembah berhala dan terbabit dalam kehidupan sosial Arab Jahiliah yang penuh kekufuran dan kesyirikan. Menyayangi orang miskin, ibu tunggal, anak yatim dan berusaha membantu mereka, selain menghindari semua kejahatan Jahiliah seperti judi, minuman keras dan sebagainya. Berkelakuan lemah lembut sehingga Baginda dikenali sebagai as-Siddiq (yang benar) dan al-Amin (yang dipercayai).

Nabi SAW pernah melihat Yahudi berpuasa asyura sempena memperingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Firaun, dan bersabda : “Kami adalah lebih berhak daripada kamu mengenai Musa (amalan berpuasa).” Maknanya, Nabi sendiri memperingati peristiwa agama. Maka sudah tentulah kita umat Islam perlu mengingati kelahiran Nabi SAW.

Kita digalakkan memohon kepada Allah SWT agar diberi dorongan dan kekuatan untuk terus berusaha menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang terbaik (khaira ummah) dan sebagai ummatan wasata (umat pilihan/umat teladan) dan menjadi saksi di antara sekalian umat manusia sejagat.

Firman Allah bermaksud: 

“Supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia. Oleh itu dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, dan Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” (Surah al-Hajj, ayat 78)

Berita Harian

Saturday, February 12, 2011

Dia Kekasih Allah



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Didik mengasihi dan mencontohi Nabi

Didik kasihi, contohi nabi




Artikel Oleh Mohd Fadly Samsudin ini disalin daripada myMetro

KITA perlu memanjatkan kesyukuran kerana menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Jangan hanya berbangga nama kita Muhammad jika tidak pernah berusaha menyusuri sirah hidupnya, mengamalkan sunnah, pengorbanannya tidak pernah direnungi dan dihargai.

Setiap tahun apabila tiba Rabiulawal, umat Islam di seluruh dunia pasti mengingati tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kelahiran Muhammad membawa rahmat kepada seluruh alam. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu, dan pembawa berita gembira kepada orang yang beriman serta pemberi amaran kepada orang yang ingkar dan juga sebagai penyeru umat manusia seluruhnya kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya dan sebagai lampu yang menerangi." (Surah al-Ahzab ayat 45-46) Muhammad umpama siraj munir (lampu yang menerangi) kerana baginda menjadi penyuluh kehidupan manusia, mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.


Berbicara mengenai keindahan fizikal Nabi Muhammad, Baginda terlalu menarik dan istimewa.



Warna kulitnya digambarkan putih kemerah-merahan, wajahnya sedikit bujur sirih dengan kedudukan pipinya yang agak tinggi.


Matanya besar dan bercelak, hidung yang cantik dengan sedikit tinggi di pertengahan hidung serta tepi lubang hidung agak tirus, mulut cantik dan gigi tersusun indah dan memiliki pendengaran yang tajam.



Tapak tangan halus, besar, harum dan berkat, ketinggian sederhana, berjalan pantas, bersungguh, ke hadapan dengan langkah kecil tanpa penat, bau badan yang harum, percakapan yang fasih lancar yang ringkas, padat, penuh makna dan terang. Bersempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini kita perlu menghayati ketabahan serta kesungguhan baginda dan sahabat menegakkan syiar Islam sehingga Islam menjadi gemilang dan kita menikmati kemanisan iman. Sebagai seorang pemimpin agung baginda Rasulullah s.a.w mempunyai akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi. Kekuatan rohaninya cukup tabah dan berani menempuh pelbagai cabaran perlu kita contohi. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w perlu diteladani setiap pemimpin zaman moden ini. Pemimpin bukan saja perlu memiliki hati yang bersih, tetapi akal yang cerdas dan sifat keberanian.


Dalam kesibukan Baginda menjawat pelbagai jawatan termasuk pemimpin negara, pendakwah, hakim, mufti yang memberi fatwa, ketua tentera, Nabi Muhammad s.a.w masih mampu membina keluarga yang harmoni. Bukan saja orang Muslim, malah yang bukan beragama Islam juga mengagumi kebesaran Nabi Muhammad s.a.w. Itu sebabnya ada kalangan golongan di barat memberi pujian kepada Baginda.



Baron Cara De Vaux iaitu seorang orientalis berbangsa Perancis yang juga profesor di Perguruan Tinggi Katolik Perancis antara yang memuji keperibadian Baginda.


Dalam bukunya, De Kracht van den Islam halaman 332 ada menyatakan 'Sebagai seorang filosof dan nabi, Muhammad dapat dipandang sebagai roh Ilahi, indah dan praktis, lebih tinggi daripada metafizik dalam moral." Sejarawan Inggeris, Edward Gibson menulis dalam bukunya yang bertajuk History Of The Saracen Empire, "Kejayaan hidup Muhammad yang luar biasa disebabkan oleh kekuatan akhlak semata-mata, tanpa pukulan pedang. Sementara itu, Michael H Hart dalam bukunya, 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, menyatakan, "Muhammad adalah satu-satunya manusia dalam sejarah yang mencapai kejayaan luar biasa, ditilik dari ukuran agama atau ruang lingkup duniawi." Maka, sebagai umat nabi Muhammad kita patut berbangga dan menyatakan kecintaan yang cukup tinggi kepada Baginda. Kecintaan itu tidak hanya untuk orang yang beriman saja, tetapi kepada seluruh manusia.


Cinta kepada Rasulullah s.a.w memiliki kesan kepada agama, jiwa, masyarakat dan akhirat. Allah berfirman yang bermaksud: "Cinta kepada Rasulullah s.a.w harus lebih tinggi daripada cinta terhadap diri sendiri, kerana Allah menegaskan, "Nabi itu lebih utama bagi orang-orang Mukmin dan ukuran diri mereka sendiri." (Surah al-Ahzab, ayat 6) Justeru, mencintai Nabi bukan hanya manis di bibir, tetapi perlu dilaksanakan dengan tindakan bagi membuktikan kecintaan itu.



Sebagai umatnya, kita perlu sentiasa berfikir dalil kenabiannya, merasai betapa kasihnya nabi kepada umatnya, mempelajari al-Quran dan hadis yang menunjukkan hebatnya kedudukan nabi di sisi Allah, sentiasa berselawat setiap kali nama baginda disebut, selepas azan, hari Jumaat dan setiap waktu kerana besarnya pahala yang dijanjikan.



Pada peringkat keluarga dan masyarakat kita perlu mendidik anak mengasihi dan mencontohi nabi, menyimpan bahan pembelajaran berkaitan sirah nabi, mencontohi nabi ketika berkomunikasi dan berinteraksi dengan keluarga, menggalakkan anak menghafaz zikir dan doa yang datang daripada nabi serta mengamalkannya, galakkan anak membuat tabungan untuk digunakan sebagai sedekah, mengambil berat perihal anak yatim serta membantu insan yang memerlukan.



Maka, sambutan yang diraikan perlu selari dengan apa yang kita diucapkan. Bacalah selawat "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat baginda."

Nabi Berguru dengan Jibril

Nabi SAW berguru dengan Jibril

OLEH sebab itu, Nabi Muhammad SAW amat berhati-hati dalam menjaga kesahihan setiap bacaannya. Walaupun dijamin terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi baginda sering kali bertadarus dengan malaikat Jibril a.s iaitu sebagai guru bagi memperdengarkan bacaannya pada bulan Ramadan setahun sekali.

Sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: “Adalah Malaikat Jibril a.s mengemukakan kepada Nabi Muhammad SAW bacaan al-Quran sekali pada setiap tahun yakni pada bulan Ramadan. Maka pada tahun baginda wafat dikemukakan kepadanya dua kali. Adalah Nabi Muhammad SAW beriktikaf 10 hari setiap tahun yakni pada setiap bulan Ramadan.”

Ia juga bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) telah diberikan menyambut dan menerima al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui. (an-Naml: 6)

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung terus dengan al-Quran. Oleh itu tidak dapat dinafikan terdapat banyak faedah jika mempelajarinya.

Antaranya:

Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran.

Dengan mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan terpelihara daripada melakukan kesalahan kesalahan yang boleh merosakkan bacaan dan mencacatkannya.

Oleh kerana membacanya adalah kewajipan yang mesti dijaga maka melakukan kesalahan bacaan adalah haram hukumnya manakala mencacatkannya adalah suatu dosa.

Tidak kira sama ada kesalahan tersebut kesalahan yang nyata (lahn jaliy) atau tersembunyi (lahn khafiy).
Bagi sesiapa yang tidak mempelajari ilmu tajwid maka wajiblah baginya untuk belajar supaya dapat menggelakkan dirinya secara terus melakukan kesalahan tersebut.

Sering kali bermain di fikiran dan mungkin ada yang berpendapat bahawa adalah lebih baik menjadi jahil daripada berilmu kerana jika jahil tidak payah beramal dengan sesuatu ajaran.

Pandangan ini adalah salah kerana berada dalam keadaan jahil secara berterusan adalah satu dosa yang tidak akan dilepaskan oleh Allah SWT bahkan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Begitu juga dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam pembacaan al-Quran. Jika ia sudah menjadi kebiasaan dan tiada usaha untuk memperbaikinya maka ia juga dikira sebagai satu dosa.

Tambahan pula ia adalah kitab yang menjadi rujukan dan sering kali dibaca setiap muslim tanpa mengira umur, pangkat dan kedudukan.

Islam bukanlah agama yang terus menghukum tanpa ada sebab yang munasabah. Seseorang itu dimaafkan sekiranya ia masih baru dalam pembelajaran al-Quran dan masih dalam usaha untuk mempelajarinya.

Namun, bagi sesiapa yang merasakan bahawa ia adalah orang yang beragama Islam dan telah lama berada dalam Islam adakah wajar ia membiarkan dirinya berada terus dalam kejahilan untuk tidak mempelajari al-Quran. Jika tidak tahu membaca kenapa tidak belajar.

Jangan jadi orang yang sombong lagi bodoh kerana al-Quran adalah salah satu penyelamat kita di akhirat kelak.

Mencapai keyakinan dalam pembacaan.

Dengan mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan dapat merasa yakin dan seronok untuk terus membaca al-Quran tanpa ada perasaan ragu-ragu tentang apa jua bentuk dan ayat dalam al-Quran.

Jika kita tidak tahu kita tidak akan dapat mencapai tahap yang sebegini. Itulah kerugian kepada orang-orang yang tidak tahu membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tajwid.

Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah serta akan dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Seseorang yang mahir dan tahu akan ilmu al-Quran akan mendapat banyak kelebihannya. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menerangkan kelebihan membaca al-Quran secara bertajwid. 

Antaranya firman Allah SWT dalam ayat 29 dan 30 surah al-Fathir.

Kesimpulannya, berdasarkan perbahasan dan hujah serta dalil-dalil yang dikemukakan, jelas bahawa ilmu tajwid adalah suatu ilmu yang pelu kita pelajari oleh setiap insan yang muslim lelaki dan perempuan.

Ini kerana ia sangat berkait secara terus dengan al-Quran. Janganlah ia hanya sekadar untuk dikomersialkan dengan niat keuntungan duniawi semata-mata.

Matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara yang mana haram tetap haram dan halal tetap halal.

Pengabaian dalam kita mengetahui ilmu ini membawa kepada kesalahan yang berterusan dalam pembacaan al-Quran.

Bacaan al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang wajib dan fardu bagi seluruh umat Islam.

Wallahu ‘alam.

Tarikh Kelahiran dan Kewafatan Nabi

  Bismillahirrahmanirrahim


12 Rabiulawal juga tarikh nabi wafat

SOALAN

Ada pandangan bahawa kita tidak boleh terlalu asyik menyambut 12 Rabiulawal sebagai hari keputeraan baginda SAW kerana pada tarikh tersebut juga baginda wafat. Benarkah pandangan ini?

JAWAPAN:

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: “Kami tidak akan beriman sehingga Kami juga diberi (wahyu) sama seperti Yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah”. Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah Yang sepatutnya) ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) Yang diberikan-Nya itu. orang-orang Yang melakukan perbuatan Yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa Yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya Yang mereka lakukan. (al-An’am: 124)

Hercules (Raja Rom) ketika bertanya kepada Abu Sufyan mengenai sifat-sifat Rasulullah SAW dengan berkata: “Bagaimana keturunannya di hadapan kamu?” Jawab Abu Sufyan: “Dia adalah berketurunan baik (mulia) di kalangan kami”, lalu Hercules menjawab: “Begitulah kesemua para rasul yang diutus daripada keturunan yang mulia daripada kalangan kaumnya”. Iaitu Nabi diutus daripada kalangan keluarga yang termulia dan berketurunan yang ramai.

Baginda adalah penghulu anak Adam di dunia dan akhirat. Juga digelar Abu al-Qasim, Abu Ibrahim, Muhammad, Ahmad pemadam kekufuran dan kesyirikan. Tiada nabi selepas baginda, penghimpun yang tersimpan manusia menjemput kedua kalinya. Nabi yang rahmat, nabi yang taubat, penutup seluruh kenabian, dia al-Fatih (pembuka), Taha, Yasin dan Abdullah.

Baginda adalah lembut lagi mengasihani mengingatkan mengangkat baginda sebagai pembawa rahmat, pembawa nikmat kebahagiaan hidup dan petunjuk.

Baginda SAW dilahirkan dengan sejahtera pada hari Isnin. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim, daripada Abi Qatadah sesungguhnya seorang lelaki Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa pandangan tuan puasa pada hari Isnin? Lalu baginda menjawab: “yang demikian (Isnin) adalah hari aku dilahirkan padanya dan hari turun wahyu kepadaku”.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam karyanya dengan sanad daripada Jabir dan Ibnu Abbas, sesungguhnya baginda SAW telah dilahirkan pada tahun gajah hari Isnin, 12 Rabiulawal, padanya (12 Rabiulawal), aku diangkat ke langit (mikraj), dan padanya berlaku hijrah, dan padanya juga wafat. (Ibn Kathir, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, cet:1, 2005, hlm: 35)

Sementara itu, Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri di dalam kitabnya, al-Rahiq al-Makhtum menjelaskan bahawa, tarikh kelahiran Nabi SAW iaitu 12 Rabiulawal adalah bersamaan dengan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi.

Tarikh ini berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Muhammad Sulaiman al-Mansur Fauri yang merupakan tokoh sejarah. Tarikh ini diperakui oleh Mahmud Basha seorang tokoh dan sarjana dalam bidang falak. (Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, Dar al-Fikr, Beirut, cet:1, 1991, hlm: 45).
 
Jumhur ulama bersetuju tarikh kelahiran baginda Rasulullah SAW adalah 12 Rabiulawal 571 Masihi, tahun gajah. Dikenali dengan tahun gajah kerana pada tahun inilah Abrahah menyerang kota Mekah dengan tentera bergajah.

Sementara, tarikh kewafatan baginda seperti yang disebut oleh riwayat yang terdahulu iaitu pada 12 Rabiulawal, pada tahun 11 hijrah, ketika baginda berusia 63 tahun. (Lihat; Abu Hasan ‘Ali al-Husaini al-Nadawi, al-Sirah al-Nabawiyyah, dar ibn Kathir, Dimasyq, 2009, cet: 5, hlm:539).

Kebiasaannya serta fitrah manusia tidak ingin meraikan tahun kewafatan orang yang dikasihinya. Lebih-lebih lagi junjungan besar Nabi SAW yang telah banyak menabur bakti kepada umatnya

Kewafatan baginda cukup menyedihkan bagi orang yang pernah mengenali baginda. Para sahabat r.a tidak sanggup dan tidak mampu berpisah dengan kekasih mereka Rasulullah SAW.

Baginda telah melayan mereka seperti seorang ayah, dengan penuh kasih sayang baginda menatang para sahabat. Mereka didakap dengan tulus ikhlas dan persaudaraan.

Mereka (para sahabat) dan juga kita tidak akan bertemu dengan insan yang begitu agung budi pekertinya, tidak pernah mengecewakan setiap yang meminta.
 
Baginda tidak pernah mengherdik yang lemah mahupun yang fakir, baginda tidak pernah tidak pernah menyakiti setiap yang mendampinginya.

Menerusi kitab al-Dalail al-Nubuwwah, dalam bab membicarakan kelahiran baginda, beberapa riwayat perlu dikongsikan di sini.

Antaranya: daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Tidaklah Allah azza wa jalla menjadi sesuatu apa pun dan tidak pula meninggalkan sesuatu nyawapun yang lebih mulia daripada Nabi SAW, dan aku (Ibnu Abbas) tidak pernah mendengar bahawa Allah SWT bersumpah dengan kehidupan seseorang melainkan dengan Nabi SAW, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi umurmu (Wahai Muhammad), Sesungguhnya mereka membuta tuli Dalam kemabukan maksiat mereka. (al-Hijr: 72)

Umumnya Allah SWT tidak akan bersumpah dengan sesuatu apa pun melainkan ia sungguh hebat dalam sudut ciptaan dan kedudukan. Dalam ayat ini Allah SWT bersumpah dengan umur Nabi SAW.

Pengiktirafan.

Inilah satu pengiktirafan dan pemasyhuran kedudukan baginda di sisi Allah SWT.
 
Dalam riwayat lain daripada Umm Kurz sesungguhnya telah berkata, dia (Umm Kurz) mendengar daripada nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Aku adalah penghulu bagi kaum mukminin apabila mereka dibangkitkan di mahsyar kelak, akulah yang akan memimpin mereka apabila dibangkitkan, dan akulah yang akan memberi berita gembira apabila berkesedihan, akulah imam mereka apabila mereka sujud, dan akulah orang yang paling hampir kepada Allah apabila berhimpun di hadapan Allah, aku akan berbicara di hadapan Allah lantas akan diiakan kata-kataku dan aku memberi syafaat lalu diterima syafaatku dan aku meminta lalu ditunaikan permintaanku”. (Abi Naim al-Asfahani, Dalail al-Nubuwaah, Dar al-Nafais, 1999, cet:4, jld:1, hlm: 67)

Dalam suasana sambutan Maulid Rasul SAW minggu depan, ia harus dimanfaat dengan sebaik mungkin agar kelahiran baginda yang penuh makna dapat dihayati bersama.

Cinta kepada nabi SAW bermaksud cinta kepada Allah SWT. Kelahiran baginda telah mengubah dunia yang sarat dengan amalan jahiliah kepada nur (cahaya) yang memandu mereka menjadi manusia yang berakhlak.

Nabi SAW telah mengenalkan kita kepada Allah SWT, meninggalkan kepada kita mukjizat agung iaitu al-Quran, dan mengajar kita erti ibadah supaya sampai ke makam penghambaan yang hakiki menghampiri Rabbul Izzati.

Semoga Allah menghimpun kita bersama kekasih agung kita Muhammad SAW.

UTUSAN

Wednesday, February 9, 2011

Jangan Sesekali Lupa

Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ini disalin daripada www.harunyahya.com dan segala yang tertulis di sini tidak saya ubahkan kerana ingin menjaga keaslian tulisan beliau.

JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA PETUNJUK SEBENAR HANYALAH AL-QUR'AN

Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu engeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Surah Ibrahim: 1)
Allah menurunkan al-Qur'an kepada manusia untuk kita berfikir, supaya kita tahu yang hanya Allah, tuhan yang satu, untuk belajar bagaimana untuk beribadat kepada-Nya dan untuk fokus. 

Al-Qur'an, petunjuk kita yang satu, memberikan kita pelbagai penjelasan untuk segala yang kita perlukan, menunjukkan kita jalan untuk mendapat keredhaan Allah dan memberi khabar gembira  tentang kesudahan yang besar bagi mereka yang berserah kepada-Nya sebagai hamba:
...Dan Kami turunkan kepada Al Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (Surah an-Nahl: 89)
Al-Qur'an ialah Buku yang mengandungi kebenaran yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya. Ia mengandungi amaran, penawar dan rahmat kepada orang yang beriman. Orang yang beriman yang memahami realiti yang penting ini akan berfikir secara mendalam setiap ayat al-Qur'an dan menghabiskan semua masa dalam hidupnya dengan mematuhinya (al-Quran). Jawapan untuk setiap soalan yang dicarinya terkandung di dalam al-Quran.
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah kitab (Al-Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskan atas dasar pengetahuan Kami; menjadi pentunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah al-A'raf: 52)
Kerana al-Quran menerangkan segala perkara yang berkaitan dengan menjadi hamba Allah, manusia bertanggungjawab untuk hidup dengan Al-Quran, menjauhi larangnya dan mematuhi perintahnya. Pada Hari Perhitungan, manusia akan disoal berdasarkan Buku ini sendiri. Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa bagaimana kita membawa diri, fikiran, keputusan, secara singkat, seluruh kehidupan kita, sepatutnya berkait rapat hanya dengan al-Qur'an dan bukannya apa yang majoriti manusia mahukan. Hidup dengan al-Qur'an ialah cara yang unik untuk menyelamatkan diri daripada api neraka.

Tambahan pula, ia penting untuk membaca dan memahami al-Quran untuk hidup dengan agama yang diturunkan di dalamnya, walaupun masyarakat di sekeliling kita mungkin jauh daripada mematuhinya (al-Quran). Majoriti manusia mungkin tidak pernah membaca al-Quran. Sebaliknya, di kalangan mereka yang mengetahui  al-Quran, mereka mungkin di kalangan yang menghafal ayat-ayat di dalam bahasa arab sahaja tanpa memikirkan maknanya. Mereka mungkin menganggap al-Quran sebagai azimat (Sesungguhnya Allah adalah sangat jauh daripada gambaran palsu yang diberikan kepada Allah) dan oleh yang sedemikian meletakkannya di atas rak yang paling tinggi. Tetapi sekiranya kita mahu menyelamatkan diri daripada neraka, kita perlu mematuhi segala perintah Allaah dan bukannya perintah masyarakat. Kita perlu membaca amaran-amaran yang diturunkan oleh Allah dan mengetahui dengan mendalam perintah-perintah-Nya. 

Tujuan al-Qur'an diturunkan dijelaskan dengan jelas didalam ayat-ayat dibawah:

(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka menegtahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (Surah Ibrahim: 52)
Ini adalah Kitab yang Kamu turunkan kepada mu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan spaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sâd: 29)
Sebagaimana yang dilihat didalam ayat Qur'an diatas, Allah memberitahu kita yang hanya mereka yang mempunyai ilmu sahaja iaitu mereka yang mempunyai iman sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Qur'an, akan memberi perhatian. Dan ingatlah bahawa al-Qur'an telah dipermudahkan kepada kita sebagai renungan dan nasihat:
Maka patutkan aku mencari hakim selain Allah, padahal Dia-lah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Al-Quran itu diturunkan dari Tuahnmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. (Surah al-An'am: 114)
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. (Surah al-Hajj: 16)
Selain daripada apa yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini, ada perkara lain yang penting untuk kita ingat: Al-Qur'an ialah panduan kepada orang-orang beriman sebaliknya ia boleh menyesatkan orang-orang yang tidak beriman. Mereka yang tidak percaya yang mereka akan dihimpunkan di hadapan Allah pada Hari Pembalasan dan al-Qura'an adalah buku yang benar yang diturunkan oleh Allah, telah gagal memahami tujuan suci ayat-ayat al-Qur'an. Mereka masih pekak dan buta dengan ayat-ayat itu. Keadaan ini dijelaskan di dalam al-Qur'an seperti berikut:
Dan apabila kamu membaca Al-Quran niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. Dan kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Quran, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya. (Surah al-Isra': 45-46)
Tanpa sebarang keraguan, sikap orang yang tidak beriman ini adalah berpunca daripada sikap mereka yang tidak ikhlas dan kecenderungan mereka untuk mengikut perasaan dan nafsu. Sebagai contoh  kurangnya pemahaman di kalangan orang-orang yang tidak beriman adalah seperti berikut:
Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka (Saqar) itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah kami jadikan bilangan mereka itu melainkan untuk cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang yang diberi Al-Kitab dan orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang kafir (mengatakan): Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai satu perumpamaan? Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui antara Tuhamu melainkan Dia Sendiri. Dan saqar itu tiada lain hanya peringatan manusia. (Surah al-Muddaththir: 31)
Orang-orang beriman sebaliknya mempunyai fikiran yang berbeza. Apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah, mereka patuh dengan keindahan mesej itu dan dengan demikian medapat keselamatan di dunia dan di akhirat. Sikap orang yang beriman terhadap ayat-ayat Allah dijelaskan di dalam al-Quran seperti berikut:
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit daa hati mereka di waktu mengingati Allah, itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehandakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya. (Surah az-Zumar: 23)
Ingatlah, sekiranya kita benar-benar takutkan Allaah, hati kita akan lembut apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Ini kerana Allah telah menyatakan kepada kita bahawa orang yang beriman dengan iman yang sebenar akan mendapat kemudahan untuk memahami al-Qur'an sebagai Buku yang benar. Hanya orang yang tidak beriman mempunyai keraguan tentang kesahihannya:
Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al-Quran itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus. Dan sentiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat. (Surah al-Hajj: 54-55)
Ingatlah, kita akan dihakimi berpandukan al-Qur'an pada Hari Pembalasan. Allah menyatakan kebenaran ini didalam ayat tersebut:
Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar adalah satu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawaban. (Surah az-Zukhruf: 43-44)
Masyarakat yang jauh daripada al-Qur'an, dan mereka yang hampir mengabaikannya, sepatutnya tidak boleh memperdayakan kita. Ini kerana, sebagaimana manusia menganggap jangka hayat seseorang ialah antara 60- 70 tahun sebagai jaminan, mereka cenderung menunggu usia tua sebagai masa yang sesuai untuk mengikuti ajaran al-Qur'an. Mereka dengan salahnya menyimpulkan bahawa hidup berlandaskan agama akan menggugat kegembiraan masa muda mereka. Dengan alasan yang tidak tulus ini, bagaimanapun, mereka menyiapkan diri mereka untuk kesudahan yang pahit.

Satu-satunya panduan yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk menjadi hamba kepada Allah ialah al-Qur'an. Kita perlu menstrukturkan hidup kita berlandaskan perintah-perintahnya. Ini kerana, pada Hari Kiamat, muslim dan bukan muslim adalah sama dan mereka akan diadili berdasarkan kepada kepatuhan mereka terhadap al-Qur'an. Jangan sesekali lupa bahawa kita hanya boleh berharap untuk mendapatkan syurga dan bebas daripada hukuman yang kekal dengan syarat yang kita benar-benar ikhlas melaksanakan perintah-perintah didalam al-Qur'an.

Sumber : Harun Yahya

Thursday, February 3, 2011

Tenang

Bismillahirrahmanirrahim.

Telah dimaklumi bahawa perjalanan kehidupan kita akan selalu menempuh ujian-ujian. Ujian-ujian itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengumpul semua keberanian dan kecerdasan kita untuk membentuk kekuatan peribadi. Kekuatan peribadi itulah yang akan memberi kemenangan terhadap segala perancangan kita. Bila kita tidak menang sekarang, kita akan menang nanti.

Itulah sebabnya, kejernihan dalam menyikapi kegagalan adalah pemangkin yang penting untuk memaksimakan pencapaian, untuk mencapai kecemerlangan yang kita cita-citakan. 

Pengenalan yang baik kepada sifat-sifat kegagalan adalah penentu kepada ketepatan sikap dan tindakan-tindakan kita pada setiap usaha kita. 

Kegagalan adalah tanda tidak tepatnya arah, maka penyesuaiannya adalah kembali tetapkan arah perjalanannya.

Kegagalan adalah tanda tidak cukup baiknya kaedah atau strategi pelaksanaannya, maka perbaikilah dengan peningkatan pembaikan dalam strateginya.

Kegagalan sebenarnya tertunda sebuah keberhasilan, maka kesabaran adalah penantiannya.

Kegagalan adalah tanda tidak cukup kekuatan, maka kesungguhan harus diutamakan.

Kegagalan adalah tanda akan adanya jaminan keberhasilan. Oleh itu dengan penuh keyakinan marilah kita sedari bahawa kita perlu mengetahui cara menyikapi kegagalan.

Apabila kita sudah bersedia untuk melaksanakan impian maka pencapaiannya adalah sebuah kepastian.

Apabila kita gagal dalam sebuah impian (ujian), maka ramailah meminta kita bertenang. Walaupun semua telah menasihati kita untuk tetap tenang dalam menjalani hidup dan kehidupan, namun seringkali kita lupa, atau mungkin sengaja kita lupakan kerana kita menutup diri daripada nasihat. 

Acapkali ketika kita ada masalah, fikiran kita menjadi resah, hatipun gelisah. Bahkan, kadang kala kita mencari kesalahan yang lain dan menyalahkan kehidupan. Walhal kita sudah diingatkan bahawa dalam kehidupan, siapa yang tabah dan berani, dia akan menjuari kehidupan.

Untuk menenangkan jiwa apabila diri kita resah dan gundah gulana, apakah yang harus kita lakukan? 

Bagi menjawab pertanyaan ini, marilah kita renungkan pertanyaan-pertanyaan berikut:

Siapakah yang paling mengerti sebuah lagu selain penggubahnya? 
Siapa yang lebih memahami lukisan selain pelukisnya? 
Siapakah yang mengenal dengan baik sebuah kenderaan jika bukan pembuatnya? 
Siapa yang lebih mengetahui indahnya sebuah bangunan jika bukan arkiteknya? 
Lalu, siapa yang lebih mengerti tentang diri kita jika bukan Allah Yang Menciptakan kita? 
Allah SWT jauh lebih mengerti tentang diri kita, bahkan dibandingkan kita sendiri.

"...ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat (Allah menjadi pendinding) di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya .." (al-Anfal [8] : 24)

Dalam ayat 24 surah al-Anfal di atas, Allah memperingatkan kita bahawa Allah yang membatasi kita dengan hati kita yang menyebabkan kita tidak tahu atau tidak sedar apa yang dilakukan. Jelasnya Allah berkuasa mematikan hati seseorang sehingga terlepas peluang yang baik. Allah juga berkuasa menjadikan hati kita hidup.

Oleh itu untuk menenangkan jiwa dan menenteramkan hati, Allah SWT telah memberikan ubat yang sangat mujarab kepada kita sebagai hamba dalam firman-Nya :

"Ingatlah, hanya dengan zikir kepada Allah-lah hati menjadi tenteram". (ar-Ra‘d [13] : 28)

‘Aidh al-Qarni menerangkan bahawa “menjadi tenteram” bererti hati jadi sejahtera. Seolah-olah hati yang diumpamakan sebagai tanah yang telah keras akibat ketiadaan hujan. Apabila Allah Yang Maha Pemurah menurunkan hujan wahyu ke dalam hati agar mendapatkan santapannya dengan izinNya berupa zikir maka hati jadi lembut dan tenang.

Hati yang tenteram adalah hati yang bebas daripada perasaan takut, serta tenang mengharap janji Tuhannya dengan penuh keyakinan.

Hati yang tenteram adalah hati yang terhibur daripada perasaan dukacita, sehingga merasa bebas daripada rasa gusar dan bersedih hati.

Hati yang tenteram adalah hati yang hidup bahagia, diredhai Allah, dan diapun redha pada Tuhannya.

Hati yang tenteram adalah hati yang bebas daripada perasaan bimbang atau ragu, hati yang teguh dan kukuh.

Hati yang tenteram adalah hati yang tidak berbelah-bahagi. Hatinya hanya untuk Allah tidak selainNya.

Hati yang tenteram adalah hati yang terpelihara daripada godaan syaitan,  hawa nafsu, serangan, tipu daya dan kejahatan musuh.

Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah.
Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak.

Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan.

Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan.

Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki.

Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang.

Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya.

Wahai orang yang mengeluh kerana sulit tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana sebuah tragedi, dan yang berduka kerana suatu musibah, sebutlah nama-Nya yang suci.

Artikel asal di sini disalin dan ditambah sedikit serta diedit ke dalam bahasa melayu supaya senang memahaminya.. juga supaya nanti akan dapat lagi ke sana membacanya, insyaAllah..

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)