Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
2 comments:
Assalammua'alaikum ukhti Sayda..
Lagu ini membuatkan ana rasa malu pada diri sendiri. Mengakui mencintai tetapi kurangnya tindakan menzahirkan rasa kecintaan itu.
Ya Allah,bagaimana mahu meminta syafaat pada baginda..Ana malu!Kerana tidak mampu menjadikan baginda qudwah terbaik untuk diri.
Moga masih diberi kesempatan untuk mencintai sepenuh hati~
Wa'alaikumussalam Suhana
Begitu jugalah dengan diri ini.. namun kita berharap sangat sekurang-kurangnya kita tanamkan dalam hati kita ingin berusaha bersungguh-sungguh mengikuti sunnah baginda dan selalulah kita berselawat buat baginda dengan itu diharapkan kita tidak alpa.. insyaAllah..
Post a Comment