Bismillahirrahmanirrahim.
N3 kali ini asalnya daripada blog peribadirasulullah
Barisan Ulama' menangis kerana pemergian kanak-kanak pilihan Allah SWT dalam menghadapi ujian Allah yang amat berat tetapi dalam usia yang amat muda.
Kisahnya :
Kanak-kanak perempuan ini belajar tadika dan menghafaz Al-Quran dengan didikan agama. Ibunya seorang doktor, bapanya juga seorang doktor yang bertugas di Saudi , Setiap hari ibunya memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada anak kesayangannya.
Namun pada suatu hari, ibunya merasakan suatu perubahan pada anak kesayangannya. Setelah dibuat pemeriksaan, anak kesayangannya disahkan menghadapi penyakit barah yang amat bahaya. Kini anak kesayangannya sudah berusia 8 tahun dan mampu membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan merdu, namun apakan daya anak kesayangan mereka berdua akan menghadapi kematian.
Diringkaskan cerita, kedua ibunya meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan, ibu dan bapa meninggal dunia hanya berbeza jarak masa seminggu sahaja.
Sahabat handai kedua ibubapanya merahsiakan pemergian kedua ibubapanya. Namun dengan kuasa Allah SWT, semasa sahabat handai kedua ibubapanya mengelilinginya di atas katil, setelah kedua ibubapa telah menemui Allah SWT… Tiba-tiba dia mengeluarkan kata: "Saya telah melihat kedua ibu bapa saya yang telah pergi menemui Allah".
Semua sahabat handai kedua ibubapanya merasa sedih kerana kecerdikan dan ketabahannya menghadapi cubaan dan ujian Allah SWT.
Akhirnya sahabat handai kedua ibubapanya dari Mesir dan Saudi mengumpul derma dan menghantarnya ke Britain untuk mendapat rawatan terbaik di sana…
Namun apa yang anda dengar dari suara bacaan ayat suci Al-Quran (Dalam Youtube di atas) adalah bacaannya secara langsung dari hospital di Britain dan dia telah tahu bahawa nyawanya akan diambil oleh Allah SWT serta dia redha dengan takdir Allah SWT…
Dengarlah suara bacaan Ayat Suci Al-Quran dan doanya kepada Allah SWT, sebelum nyawanya diangkat oleh Malikil Maut…. untuk bertemu Allah SWT serta menemui kedua ibubapa…
No comments:
Post a Comment