Kufur = Tidak Bersyukur
Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (Az-Zumar 39:7)
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.(Az-Zumar 39:8)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).(Az-Zumar 39:49)
2 comments:
Salam dik,
lama tak singgah since masuk U.
Nice entry :)
Kebanyakkannya manusia sekarang kufur nikmat :(
Wa'alaikumussalam Amira
Benar dik.. Allah pun banyak menerangkan bahawa manusia sangat sedikit bersyukur antaranya dalam firmanNya di bawah bermaksud:
"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (Saba' [34] : 13).
Semoga kita sentiasa muhasabah diri.
Semoga Amira sentiasa diberi kelapangan dan kemudahan dalam menimba ilmu.
Post a Comment