Bismillahirrahmanirrahim
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah
sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati
melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan
juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi
segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 65 surah az-Zumar :
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى
الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya telah
diwahyukan kepadamu (wahai nabi Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu
daripadamu: “Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu)
mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu,
dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
Umat Islam sentiasa diperingatkan oleh
agama berkenaan dosa pahala, Syurga Neraka, dunia akhirat agar kita tidak lalai
sehingga melampaui syariat. Sesuai dengan sistem agama yang meliputi seluruh
aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya
maka berjayalah umat yang meletakkan Islam sebagai cara hidup dan betapa
ruginya umat yang hanya menjadikan agama hanya berguna pada perkara yang selari
dengan kehendak nafsunya dengan menolak system agama yang bercanggah dengan
nafsu serakahnya. Jadikanlah diri kita sebagai warga akhirat yang menjadikan
dunia hanya sebagai tempat persinggahan dalam mengumpul sebanyak mungkin
bekalan akhirat. Jangan sama sekali jadikan diri kita sebagai warga dunia yang
menjadikan dunia yang sementara ini sebagai matlamat hidup sehingga
mengenepikan akhirat. Nabi Muhammad s.a.w sentiasa memperingatkan kita bahawa
dunia adalah tempat untuk beramal manakala akhirat nanti adalah tempat untuk
kita menerima pembalasan samada Syurga yang penuh nikmat atau Neraka yang penuh
azab. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkat amal soleh disamping menjauhi
dosa derhaka terhadap Allah terutama 7 dosa besar sebagaimana yang diungkapkan
oleh nabi s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan
Muslim daripada Abu Hurairah RH:
قال الرسول : اجْتَنِبُوا السَّبْعَ
المُوْبِقَاتِ ؟ قَالُوا يَارَسُوْلَ اللهِ وَ مَا هُنَّ ؟ قَالَ الشِرْكُ بِاللهِ
وَ السِّحْرُ وَ قَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَ
أَكْلُ الرِّبَا وَ أَكْلُ ماَلِ الْيَتِيْمِ وَ التَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَ
قَذْفُ الْمحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ
Maksudnya : Jauhilah 7 perkara yang
membinasakan. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah 7 perkara
tersebut?. Baginda menjawab: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang
diharamkan untuk dibunuh kecuali dengan haq (benar), makan riba, makan harta
anak yatim, lari dari pertempuran dan menuduh zina terhadap wanita beriman yang
terhormat serta menjaga kehormatan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 43 surah al-Furqan
:
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ
هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
Maksudnya : Nampakkah (wahai nabi Muhammad)
keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja
lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan
sesat?.
Dosa paling besar yang wajib kita jauhi
ialah dosa syirik mempersekutukan Allah. Biasanya kita mudah nampak apabila
manusia yang syirik pada Allah dalam menyembah patung berhala, matahari, pokok
dan sebagainya yang dianggap sebagai tuhan. Apa yang jelas masih diteruskan
oleh pemimpin walau pun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa ialah
penghormatan kepada Tugu Negara. Begitu juga sikap memperkecilkan sistem Islam
dengan penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Islam disamping
membiarkan suara-suara sumbang dari kalangan umat Islam sendiri yang
memperlekehkan undang-undang Islam dalam masalah hukum Hudud, penutupan aurat,
pergaulan bebas dan sebagainya akibat dirasuk dengan fahaman sesat sekulerisme
yang memisahkan antara agama dan urusan mentadbir dunia. Oleh itu kita wajib
bersyukur kepada Allah atas nikmat iman dan Islam yang wajib dijaga termasuk
kita yakin bahawa Allah sahaja yang Maha Memberi rezeki di mana makhluk
termasuk pemimpin hanya sebagai suatu cara untuk menyampaikan rezeki yang telah
ditentukan oleh Allah. Menjadi suatu kesalahan besar jika terlalu terhutang
budi kepada orang yang berbuat baik kepada kita termasuk ibubapa sehingga kita
mengikut suruhan yang bercanggah daripada syariat Islam. Ingatlah alasan
terakhir Firaun bila tidak mampu melawan kekuatan hujah nabi Musa a.s. iaitu
mengungkit jasa beliau yang menjaga dan memberi makan minum nabi Musa semenjak
dari kecil lagi namun dengan tegas ditolak oleh Musa a.s bahawa baginda tidak
akan menyokong syirik dan kezaliman serta memperingatkan Firaun bahawa Pemberi
rezeki yang sebenar adalah Allah
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dosa besar yang kedua ialah amalan sihir di
mana tidak dapat dinafikan ada ramai di kalangan umat Islam sendiri yang
terlibat dengan amalan ini termasuk masalah mencari kedudukan dalam politik
kepartian sehingga negara pernah digegarkan dengan pembunuhan wakil rakyat oleh
bomoh.
Dosa besar yang ketiga ialah membunuh orang tanpa sebenar di mana kita
melihat akhir-akhir ini pembunuhan yang berlaku dalam negara semakin meningkat.
Ia disebabkan daripada sifat tercela yang merasuk jiwa seperti hasad dengki,
gagal mengawal kemarahan, gila harta dan pangkat disamping mabuk dan ketagihan
dadah. Imam Hasan al-Basri berkata : “ 4 perkara di mana sesiapa yang
memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkannya
daripada azab Neraka iaitu sesiapa yang mampu menahan diri ketika dalam
keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan”
Firman Allah dalam ayat 93 surah an-Nisa’ :
وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا
مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّـهُ عَلَيْهِ
وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh
seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia
di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan
baginya azab seksa yang besar
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 278 – 279 surah
al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ
وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki
riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-
orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah
mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari
Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu
bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan
yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak
dizalimi oleh sesiapa.
Dosa besar yang keempat ialah makan riba di
mana kita di Kelantan Alhamdulillah tindakan bijak kerajaan negeri untuk
mengeluarkan simpanannya dari bank riba menyebabkan semua bank bertindak
mengadakan kaunter perbankan Islam. Sedangkan kesungguhan di peringkat negara
terhadap haramnya riba masih dingin di mana banyak amalan riba bukan sahaja
diteruskan malah disuburkan lagi sedangkan dunia sedang menyaksikan sistem riba
antara sebab utama ekonomi dunia semakin hancur dan banyak negara menjadi
muflis. Akibat teralu seronok dengan janji syaitan bahawa riba menguntungkan
menyebabkan amaran Allah yang mengisytiharkan perang terhadap amalan riba
dipandang sepi.
Dosa besar yang kelima ialah makan harta
yatim dengan cara yang bercanggah dengan syariat. Islam begitu memuliakan anak
yatim dan golongan yang menjaga kebajikan mereka disamping memberi amaran keras
kepada sesiapa yang mengkhianati anak yatim. Firman Allah dalam ayat 34 surah
al-Isra’ :
وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ
إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۚ وَأَوْفُوا
بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri
harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan
mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya
dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan
manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Dosa besar yang keenam ialah lari daripada
medan perjuangan. Kita sebelum ini menyaksikan bagaimana pencerobohan terhadap
bumi Palestin, Iraq dan sebagainya yang menuntut jihad peperangan terhadap
musuh Islam. Manakala dalam masa sebulan lebih ini kita didedahkan dengan
pencerobohan di Lahad Datu yang telah mengorbankan ramai polis dan tentera.
Kita doakan semoga ia diselesaikan dengan baik dan segera disamping mimbar
Jumaat pada hari ini mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga perwira
kita. Kita juga mesti memperkasakan amar makruf nahi mungkar dan jangan lari
daripada tugas penting ini termasuk dalam masalah kepimpinan di mana ketika
merenungi suatu hadis daripada Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya
hingga sampai kepada Zubair Adi. Beliau berkata, “Kami datang kepada Anas
Malik, kemudian kami mengadu kepadanya mengenai kezaliman yang dilakukan Hajjaj
Yusuf Thaqafiy. Dia menjawab, “Sabarlah, kerana setiap zaman yang berjalan yang
kemudiannya lebih buruk daripada sebelumnya. Hingga kamu bertemu Rabb kamu.
Saya mendengar hadis ini daripada Nabi SAW.”
Menurut Ibnu Masud, “Hadis ini tidaklah
bererti pemerintah hari esok lebih buruk daripada pemerintah hari ini, juga
bukan bererti tahun akan datang lebih buruk daripada tahun ini.
“Maknanya, ulama kamu dan ahli fiqah ramai
yang meninggal dunia sehingga kamu tidak menemui pengganti mereka, akhirnya
datanglah orang yang tidak berilmu memberikan fatwa dalam agama berdasarkan
akal mereka.”
Dalam riwayat lain, beliau mengatakan,
“Akhirnya orang yang tidak berilmu itu menelanjangkan Islam dan
menghancurkannya.”
Oleh itu kita jangan lari daripada
perjuangan dalam memilih pemimpin yang mampu memandu kita kepada kebahagiaan
hidup dunia akhirat agar kemakmuran dan keberkatan Negara terus dikecapi
Dosa besar yang ketujuh ialah menuduh orang
yang beriman dan soleh terlibat dengan perbuatan terkutuk seperti zina dan liwat.
Pada hari ini sekali lagi tuduhan liwat terhadap seseorang dimainkan tanpa rasa
takut kepada Allah akibat daripada hukuman Islam diketepikan. Ingatlah amaran
Allah dalam ayat 4 surah an-Nuur :
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ
الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ
ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ
وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya : Dan orang-orang yang
melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,
kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali
sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana
mereka adalah orang-orang yang fasik;
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي
القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ
وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Posted on Mac 22, 2013 by ekhutbah