Thursday, December 30, 2010

Perang Badar tidak pernah dirancang



PERANG Badar adalah perang pertama dilalui oleh umat Islam maka ia menjadi satu catatan sejarah besar yang paling penting untuk diketahui oleh umat manusia.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil apabila kita menyelusuri setiap detik-detik peperangan ini dan suasana umat Islam ketika meletusnya peperangan ini.

Perang Badar berlaku selepas 16 hari umat Islam buat pertama kalinya berpuasa di bulan Ramadan, iaitu pada tahun ke 2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. 

Inilah ujian umat Islam ketika itu. Tidak sahaja mereka perlu menjalani ibadat puasa tetapi dalam keadaan menahan lapar dan dahaga itu jugalah mereka dikehendaki berlawan dengan musuh dengan segala kekuatan tenaga dan jiwa.

Perang Badar al Kubra tidak sekadar susulan daripada perlaksanaan perintah Allah SWT agar kaum Muslimin mengangkat senjata sebagai pertahanan diri, tetapi merupakan Perang Al Furqan (pembeza), bagi memisahkan antara yang hak dan yang batil. Juga antara yang beriman dan yang kafir di samping merupakan satu pekhabaran besar kepada dunia akan kewujudan dunia Islam dalam suasana yang ketika itu dipenuhi dengan perkara-perkara fasad dan mungkar.

Sebenarnya untuk kita bercerita mengenai Perang Badar ini, maka ia sebenarnya bukan satu kisah yang boleh dihabiskan dalam tempoh satu hari satu malam bercerita!

Tidak bermaksud Perang Badar itu umpama kisah satu odyssey (kisah sejarah pengembaraan yang panjang dan penuh pancaroba) tetapi ramai yang tidak tahu hakikat sebenar setiap rentetan yang berlaku kecuali yang asas-asasnya sahaja.

Tahukah anda bahawa Perang Badar ini sebenarnya bukan sebuah perang yang dirancang oleh umat Islam untuk berlaku? Mengapa bilangan umat Islam yang turun berperang hanyalah 313 sahaja berbanding 1,300 anggota tentera di kalangan pihak musuh?

Dan terfikirkah kita andainya umat Islam kalah dalam perang ini, tidak mustahil rasanya tiada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi.

Begitu sekali signifikannya perang ini kepada umat Islam kerana itu mengetahui sejarahnya sangat penting kerana dengan peperangan sahaja kadang kala agama Allah akan tertegak di muka bumi ini.

Ingatlah, syariat Allah supaya Islam berperang dalam hakikat peperangan beradu kekuatan senjata dan serangan terhadap mereka yang memusuhi Islam tidak pernah ditarik.

Ini sebagaimana tegas diperintahkan oleh Allah surah al-Anfaal ayat 15 hingga 16.

Sebenarnya peperangan itu bukan dirancang dari awal atau yang dirancang dengan begitu baik dan sempat mengatur pelbagai strategi untuk mencapai kemenangan.

Ini kerana gerombolan tentera di pihak Islam yang diketuai dan dipimpin oleh Rasulullah sendiri itu tidak lebih seperti Operasi-operasi Ghazwah sebelum ini, iaitu tidak lebih untuk menyekat perjalanan perdagangan oleh kafilah-kafilah dagang milik kaum Quraisy.

Sebelum itu ada sesetengah orientalis Barat dan mereka yang prejudis terhadap Islam menganggap gerakan operasi ini tidak ubahnya seperti lanun-lanun yang merompak, tinggal lagi ia dilakukan di atas darat bukannya di laut.

Tetapi bagaimana dengan kalangan kafir yang merampas harta milik Islam sebelum ini, tindakan yang seperti itu, hendak disifatkan sebagai apa? Tidak juga gerakan ini sebagai tindakan membalas dendam terhadap segala keburukan yang telah dilakukan oleh pihak Quraisy tetapi Islam tidak lagi boleh tunduk kepada kelemahan, Islam kini mesti menunjukkan kekuatan, hatta kekuatan fizikal dan persenjataan.

Ini kerana Islam perlu diberi hak dan ruang untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Disebarkan bukan bererti memaksa, jadi tidak timbul soal memaksa orang lain untuk memeluk Islam segala-galanya terpulang kepada kerelaan dan keikhlasan, jadi mengapa perlu diperangi? Islam sama sekali tidak pernah menghunuskan pedang pada leher semata-mata untuk memaksa seseorang itu untuk memeluk Islam.
Jadi apabila hak yang sedemikian rupa disekat maka terpaksalah sekatan itu diputuskan melalui kemenangan dalam peperangan!

Utusan

Maksud ayat  ayat 15 hingga 16 dalam surah al-Anfaal.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali". (Al-Anfaal [8] : 15 - 16)

Wednesday, December 29, 2010

Menguasai DUA ayat Allah


 

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman:

A053

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53
Dalam ayat ini ءَايَـٰتِنَا bermaksud ayat-ayat Allah, satu yang ada pada al-Quran dan satu lagi yang ada pada alam semesta termasuk diri kita.

Ayat-ayat Allah ialah al-Quran dan juga ilmu semasa seperti sains, teknologi, geografi dan sebagainya.

Kita bukan sahaja setakat diminta membaca ayat-ayat yang tertera dalam KitabulLah malah kita diminta mengkaji ayat-ayat Allah yang terdapat pada alam dan juga yang ada pada diri kita. Dengan ini kita akan menjadi ulul albab iaitu orang-orang yang berakal. Orang-orang yang berakal ialah orang-orang yang memahami syari'at dan sunnatullah.

A190

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (A-li'Imraan 3:190)

Kita pernah mendengar kehebatan bumi Andalusia/Sepanyol suatu ketika dahulu, kerana terdapat ramai para saintis Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Batutah, al-Ghazi dan lain-lain sehingga karya mereka membawa Barat keluar daripada kegelapan kepada era kebangkitan.
Apa yang merangsang mereka? Itulah ayat-ayat Allah - wahyu yang berbentuk ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pelbagai ilmu.. al-bayaan.

Umat Islam di bumi Andalusia membaca dan mengakji ayat-ayat Allah dan mereka mendapat ilmu. Akhirnya Barat berubah jadi empayar yang maju dan moden seterusnya merangsang sains dan ilmu-ilmu lain.

Jadi pada hari ini kita kena hayati ilmu agama dan ilmu tentang ciptaan Allah. Rangsanglah anak-anak kita supaya bukan sahaja maju dalam ilmu semasa bahkan mesti maju dalam bidang agama.. agar mereka jadi ulul albab dan juga ulama' kerana ulama' ialah orang-orang yang berilmu dan takut kepada Allah.

Jika hari ini kita baca al-Quran tapi tak tahu atau faham tentang ayat-ayat Allah yang berada pada ciptaanNya, maka berubahlah. Para saintis bukan Islam telah ramai mengkaji dan akhirnya mereka memeluk Islam contohnya doktor pakar kulit Thailand yang mengkaji tentang deria sakit pada kulit. Setelah diberitahu bahawa ada ayat dalam al-Quran yang menyebut bahawa kulit yang terbakar hangus akan diganti baru  beliau mengucap syahadah.

Begitu juga dengan seorang pakar kaji laut iaitu Cousteau. Beliau memeluk Islam setelah berasa hairan terhadap fakta yang menarik perhatiannya.

Banyak lagi ayat-ayat Allah yang bila dikaji kita akan dapat menyingkap rahsianya seperti teori big bang dalam surah al-Anbiya' ayat 30 dan sebagainya.

Kesimpulan: Marilah kita umat Islam kembali kepada kecemerlangan dengan memerhati dan menguasai DUA ayat-ayat Allah ini.

Tuesday, December 28, 2010

Bertawakkal


Tawakkal jalan terbaik hadapi dugaan hidup
Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Berita Harian 2010/12/28
Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.

Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.

Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. 

Monday, December 27, 2010

Amalan kebaikan walaupun remeh tetap dinilai

HIDUP ini harus dipenuhi dengan amal salih dan meninggalkan semua amal jahat kerana itulah sifat sebenar mukmin. Islam mengajarkan segala perbuatan baik dilakukan dengan ikhlas sama ada besar atau kecil, sedikit atau banyak tetap dinilai oleh Allah SWT dan tersedia baginya ganjaran pahala. 

Allah SWT menggalakkan kita berlumba mengerjakan kebaikan dengan tidak menetapkan nilai atau ukurannya seperti firman-Nya bermaksud: 


“Maka berlumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.” – (al-Baqarah [2] : 148) 


"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"; (Ali-'Imraan [3] : 133)


Adakalanya kebaikan itu mungkin kecil pada pandangan manusia, tetapi nilainya besar pada pandangan Allah.   
Contohnya:

1) Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain dan mengeratkan ukhuwah sesama Muslim. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman).” – Hadis riwayat Muslim) 

Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat. 

Lihatlah, berapa banyak restoran yang laris jualannya dan memikat ramai pengunjung kerana keramahan dan senyuman pemilik serta pelayannya berbanding restoran yang memberi layanan tidak mesra. 

2)  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim) 

Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu. 

Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan. 

Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredhaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan. 

Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.


NOTA:

Allah berfirman: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya". (Al-Israa' 17:7) - Petikan daripada Buat Baik Balasannya Baik.

Monday, December 6, 2010

Mari Berdoa

Bismillahirrahmanirrahim.

Esok kita akan melangkah ke tahun baru hijrah, 1432H. Di sini dikongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun untuk di baca pada petang ini (Isnin 6 Disember 2010).

Diharapkan kita dapat berdoa dengan 'Doa akhir tahun' ini, dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

doa-akhir-tahun


Manakala 'Doa Awal Tahun' ini pula kita berdoa sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.



doa-awal-tahun

Semoga kita semua di ampunkan oleh Allah SWT, dan semoga kita menjadi insan lebih bertakwa pada tahun-tahun berikutnya.. Amiin

Friday, December 3, 2010

Thursday, December 2, 2010

Hijrah


Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul..’

Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batutanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, Hijrah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun daripada semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.

Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara. Walaupun Madinah kecil sahaja pada waktu itu (kecil dari segi geografi, kecil daripada segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu) Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.

Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza daripada segi uslub dan perintah-perintahnya, (Dengan sebab itu ada ayat Makiyyah dan Madniyaah) Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar daripada hijrah ini tercapai.

Latar belakang Hijrah

1) Nabi menyeru kepada Islam

Semenjak berada di Mekah, wahyu sudah mulai turun. Muhammad SAW telah diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Bermula daripada seorang diri, Baginda mula menyebarkan Islam di kalangan keluarganya yang hampir, sahabat yang rapat dengannya agar mudah diterima. Kemudian berkembang sedikit demi sedikit. Begitu juga daripada segi uslub dakwah, daripada sembunyi hinggalah terang-terangan.

2. Para Sahabat ditindas, dizalimi hanya kerana menyatakan ‘Kami beriman kepada Allah’

Oleh sebab dakwah yang mula diterima daripada kalangan penduduk Mekah, respon yang diberi oleh pembesar Quraisy adalah sangat keras. Para Sahabat ditindas, disiksa, ditekan dan diperlakukan pelbagai kezaliman. Contoh-contohnya cukup banyak. Cukup bagi kita melihat seperti Bilal bin Rabah yang disiksa begitu rupa dengan sebab hanya beriman kepada Allah, begitu juga Ammar bin Yasir dan lain-lain.

3) Diizin berhijrah ke Habsyah

Kezaliman dan penindasan yang dahsyat menyebabkan para sahabat dibenarkan berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu, sehingga tempoh untuk kembali ke Mekah selepas suasana yang sedikit mengizinkan. Bumi Habsyah hanya transit sementara, untuk perlindungan, bukan bumi sebenar menegakkan Islam dalam bentuk negara. Suasana dakwah di Mekah berlangsung sedemikian rupa selama 13 tahun. Yang didengar oleh telinga para sahabat hanyalah ‘sabar, sabar’ hingga Allah menentukan masa dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan Islam itu dalam bentuk pemerintahan negara.

4) Pemimpin Quraisy bersidang dan ambil keputusan di Darul Nadwah

Sampai waktunya Nabi memberi khabar gembira kepada para sahabat. Nabi bersabda, maksudnya: ‘Aku diberitahu tempat hijrah kamu iaitu Yathrib. Sesiapa yang mahu keluar, maka keluarlah ke sana.’ Para sahabat mula mengatur langkah menuju Yathrib. Ia berlaku selepas Bai'ah Aqabah 1 dan 2 di antara Nabi SAW dan penduduk Yathrib yang datang mengerjakan haji. Nabi SAW menawarkan Islam kepada mereka sehingga kemudiannya berlaku Bai'ah Aqabah 1 dan 2 itu dalam musim-musim haji. Melihat kepada perkembangan Islam yang sudah berlaku outreach di Yathrib, iaitu pengaruh yang sudah berkembang hingga ke luar Mekah, maka para pemimpin Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah mahu mengambil keputusan apa yang sepatutnya dibuat terhadap Nabi SAW. Daripada cadangan-cadangan yang diberi, akhirnya keputusan yang dicapai ialah Nabi Muhammad SAW, Al-Amin itu mesti dibunuh. Inilah kemuncak kepada sebuah perjuangan hingga melibatkan risiko nyawa melayang.

Dengan demikian, Nabi SAW berhijrah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra sehingga akhirnya tiba ke Yathrib di awal bulan Rabi al-Awwal Tahun pertama Hijrah.

Dalam hijrah ini pelbagai pengajaran yang kita boleh petik. Saya rumuskan melalui 5P seperti berikut:

Iktibar (5P)

Penuh strategi

Nabi SAW membuat persediaan mencari tapak sesuai sebelum berhijrah. Yathrib bukan sahaja tapaknya sesuai bahkan penduduknya juga sudah bersedia menerima dan mempertahankan Baginda SAW. sebagai tapak tegaknya Islam. Untuk itu Bai'ah 'Aqabah 1 dan Bai'ah 'Aqabah 2 menjadi tahap penting dalam dakwah Nabi. Bagi merealisasikan Bai'ah 'Aqabah supaya berjaya dan tidak bocor, penduduk Yathrib mengerjakan haji seperti orang lain pada musim haji, tetapi bangun pada tengah malam di Mina ketika semua yang lain masih tidur untuk berbai'ah dengan Baginda SAW.

Selepas Nabi mendapat tahu tentang perancangan Quraisy mahu membunuhnya, Baginda SAW pergi ke rumah Abu Bakar pada waktu tengahari dan selepas menerima perintah Allah untuk berhijrah. Waktu tengahari dipilih kerana ketika itu masing-masing sedang berihat di rumah agar perancangan Baginda tidak disedari.

Begitu juga perancangan yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar selepas Nabi menyampaikan berita untuk berhijrah itu. Dikaderkan anak-anaknya untuk Islam. Asma' menyediakan makanan, Abdullah ditugaskan mendengar khabar di pasar lalu membawa khabar berita itu kepada Nabi di Gua Thur nanti, Amir bin Fuhairah ditugaskan membawa kambing ke Gua Thur untuk didapatkan susunya dan dihilangkan kesan tapak kaki.

Sebagai usaha melambat-lambatkan dan mengelirukan pemuda Quraisy, Nabi SAW meminta Saidina Ali menggantikan Baginda di tempat tidur.

Nabi sendiri tinggal di Gua Thur selama 3 hari bersama Abu Bakar bagi memastikan misi ke Yathrib selamat. Nabi juga melalui jalan yang tidak biasa dilalui ke Yathrib agar perjalanan tidak dikesan musuh.

Semua ini menggambarkan kepada kita betapa strategi dalam menegakkan Islam itu mesti diberikan keutamaan. Bahkan secara umum, ia memberi panduan kepada semua bentuk pengurusan agar perancangan berstrategi itu diambil perhatian. Buatlah Plan A atau Plan B, usaha dan ikhtiar dari manusia, namun tawakkal dan pergantungan mesti tekad kepada Allah.

Pengorbanan

Apa yang diberi oleh para Sahabat selama di Mekah hingga bersedia berhijrah ke Yathrib ialah kerana mereka mengutamakan Islam, kehendak Allah yang mendahului kehendak diri dan peribadi. Pengorbanan para Sahabat sepanjang tempoh dakwah di Mekah bukan calang-calang. Dalam persitiwa hijrah, para sahabat bersedia meninggalkan rumahtangga, kampung halaman, harta benda kerana semata-mata menyelamatkan Islam. Kalau Islam selamat, yang lain selamat. Kalau yang lain selamat, belum tentu Islam selamat.

Pengorbanan dari Abu Bakar sepanjang peristiwa hijrah juga menjadi contoh hebat. Memasuki Gua Thur terlebih dahulu bagi memastikan keadaan selamat buat Nabi SAW, sanggup kakinya ditahan kesakitan akibat bisa binatang kerana tidak mahu mengganggu Nabi yang baring diribanya. Begitu juga Ali bin Abi Talib yang mengambil risiko besar menggantikan Nabi SAW di tempat tidur. Nyawa menjadi pertaruhan untuk sebuah perjuangan.

Persaudaraan

Bagi menegakkan pemerintahan Islam, faktor-faktor yang membantu ke arah perkara itu mesti dilakukan. Tidak mungkin Islam boleh ditegakkan jika mereka yang menegakkan Islam itu bersengketa. Tindakan Nabi SAW mempersaudarakan Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar adalah tindakan bijak seorang pemimpin. Aus dan Khazraj yang berperang sesama sendiri begitu lama akhirnya menjadi seperti saudara karib. Bukan mudah menyatukan mereka yang sudah berperang begitu lama. Tali persaudaraan bukannya atas dasar Arab tetapi islam. Nasionalisme sempit tiada dalam kamus Islam. Bentuk persaudaran diluaskan hingga Muhajirin dan Ansar juga dipersaudarakan. Bentuk persaudaraan ini diakui Islam sehingga di peringkat awalnya masing-masing boleh mewarisi dari saudara seislamnya yang lain hingga dibatalkan hukum itu.

Positif dan pro-aktif

Sikap umat Islam mesti positif dan pro-aktif. Ia ditunjuk oleh Nabi SAW dalam persitiwa hijrah ini. Apabila mengetahui orang Musyrikin mahu membunuhnya, terus Baginda bertindak menemui Abu Bakar dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.

Nabi SAW sentiasa memandang masa depan Islam yang cemerlang. Dalam apa suasana sekalipun, Baginda tetap optimis dan positif terhadap Islam. Inilah sifat seorang pemimpin yang mesti diikuti oleh pengikutnya. Dalam persitiwa hijrah, ketika hanya Nabi dan Abu Bakar berada di dalam Gua Thur-tiada PBB, tiada OIC, tiada negara dan bala tentera islam yang boleh membantu, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar ‘Apa sangkaan kamu dengan 2 orang, Allah yang ketiga’, suatu tarbiyyah, keyakinan dan keimanan yang jitu diletakkan dalam dada Abu Bakar. Ketika Suraqah yang mengejar Nabi dari belakang mulai takut dengan kaki kudanya yang sentiasa tenggelam dalam pasir itu meminta keamanan dari Nabi SAW, Baginda berjanji kepada Suraqah untuk diberikan gelang Raja Kisra. Satu janji yang melihat masadepan yang gemilang buat Islam walaupun negara Islam itu belum kelihatan di depan mata.

Perpindahan

Hijrah wajib di awal Islam. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’

Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hario muka lebih baik dari hari sebelumnya.

Berpindahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah ialah bagi menegakkan Islam dalam bentuk syumul-peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Hijrah membawa misi dan visi yang sangat hebat.

Oleh Nik Nasri Malik : Hijrah

Sunday, November 28, 2010

Deevapali.. Raya.. Persoalan..

Persoalan bolehkah itu dan ini tentang perayaan-perayaan Non Muslim.. untuk rujukan..

1) Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?

Link : (deepavali??? islam x boleh)

2) Bolehkah merayakan Perayaan Orang Kafir

Link : BOLEHKAH MERAYAKAN PERAYAAN ORANG KAFIR?

Saturday, November 27, 2010

Kisah Anjing dan Himar


Bismillahirrahmanirrahim

Pagi ini terbaca kisah di bawah ini:

Di sebuah kampung di negara Arab, terdapat seorang peladang tua memelihara dua ekor binatang iaitu anjing dan himar. Memang menjadi kebiasaan bagi peladang memelihara ke dua-dua jenis binatang ini. Anjing untuk mengawal dan himar pula untuk mengangkut barang dan menjadi tunggangan.

Sudah sedia kita maklum bahawa anjing dan himar mempunyai perbezaan sifat, watak dan kebolehan. Anjing mempunyai taring tapi tidak himar. Anjing tidak bekerja tetapi himar bekerja keras dan banyak lagi perbezaannya yang ketara.

Suatu hari timbul rasa cemburu dalam hati himar melihatkan anjing tidak disuruh bekerja sedangkan dia bekerja keras. Anjing disediakan makanan yang sedap kadang-kadang diberikan daging, dilayan pula dengan baik oleh tuannya.

"Kalau begitu aku akan perhatikan apa yang dibuat oleh anjing sehingga tuan begitu sayang kepadanya. Barangkali jika aku meniru apa yang dilakukan oleh anjing itu, aku juga akan disayangi oleh tuan" Kata himar pada satu hari.

Sejak hari itu himar memerhatikan segala perlakuan anjing. Dilihatnya anjing menggesel-geselkan badan kepada tuannya. Kadang-kadang dilihat anjing itu duduk di atas riba tuannya sambil bermanja-manja.

Lalu himar berkata: "Begitu rupanya kelakuan anjing. Patutlah tuan begitu sayang kepadanya dan tidak sayang kepadaku. Aku tidak pernah buat seperti apa yang dibuat oleh anjing. Jika begitu aku nak tiru perbuatan anjing kepada tuan aku."

Seperti biasa apabila peladang balik dia akan berehat di atas pangkin di bawah sebatang pokok, sambil memerhatikan tanamannya sebelum dia beredar masuk ke rumahnya. Sedang peladang itu memerhatikan tanamannya tiba-tiba himar datang menggesel-gesel dan menyondol-nyondol badannya kepada tuannya. Disebabkan badan himar besar maka tuannya terjatuh dari atas pangkin.

Peladang kehairanan, lantas bangun dan menjadi marah kepada himar yang dianggap bertabiat luar biasa. Diambilnya tali lalu diikatnya himar pada pokok. Keesokan harinya himar ini disembelih kerana telah dianggap membahayakan keselamatan.

Jadi teringat akan pesanan ustaz, kita ini dijadikan mengikut peranan. Manusia peranannya sebagai khalifah, malaikat pula sebagai pembawa wahyu, pemberi rezeki, penulis catatan, penjaga dan lain-lain. Binatang juga pelbagai jenis dan peranannya juga berbeza.

Iktibar yang boleh diambil ialah bertindaklah ikut kesesuaian dan kebolehan diri.

Semuanya ini disalin daripada blog Bangkit Kembali

Thursday, November 25, 2010

Pesan Imam As-Syafi'ie


19 Zulhijjah 1431H

Oleh : nina mazrina

1. Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.

2. Perhiasan ulama' itu adalah taqwa; dan kecantikkannya adalah murah hati.

3. Tidaklah berjaya dalam menuntut ilmu, melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan.

4. Tidak ada aib yang lebih buruk bagi ulama' selain dari kesukaan mereka terhadap apa-apa yang tidak disukai Allah buat mereka, dan ketidak sukaan mereka terhadap apa-apa yang disukai Allah buat mereka.

5. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

6. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksan yang ditimpakan Allah kepada ahli tauhid.

7. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka ia akan memperoleh istiqamah.

8. Barang siapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwat (menyendiri), mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan orang- orang bodoh yang buruk budi pekertinya, serta tidak berkumpul dengan orang- orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai adab.

9. Aku tidak pernah kekenyangan selama enam belas tahun kecuali hanya satu kali , lalu aku muntahkan ketika itu jua.

10. Tidak mengetahui riya' kecuali orang- orang yang ikhlas.
11. Kalau aku tahu bahawa meminum air itu menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan meminumnya.

12. Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."

13. Janganlah anda berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimat beerti ia telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.

14. Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela.

15. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman pula terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuhnya.

16. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

17. Janganlah kau meragui hak saudara mu kerana percaya akan kebaikkan hatinya.

18. Barangsiapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti ia telah menasihati dan mengingati kebaikannya; dan barang siapa menasihatinya ditempat ramai, maka ia telah membuka rahsianya dan memburukkan namanya.

19. Persahabatan dengan orang yang tidak takut celaan itu adalah tercela.

20. Tidakkah engkau menghormati seseorang melebihi harga dirinya, melainkan harga diriku jatuh setimbang dengan penghormataan ku yang lebih tadi.

21. Allah telah menciptakan anda sebagai orang merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah ciptakan itu .

22. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan, ia akan menjadi orang dermawan. Dan barangsiapa bersahabat dengan orang jahat maka iapun akan dituduh orang jahat.

23 . Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang , melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang, melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran ditangan orang itu.

24. Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadaku maka ia telah mengikatmu . Dan barang siapa yang kasar terhadapmu maka ia telah membebaskan mu.

25. Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu.

Sumber : Cina Islam

Monday, November 22, 2010

4 Kategori manusia tidak boleh diangkat jadi pemimpin

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam al-Quran 4 kategori manusia yang tidak boleh atau haram diangkat menjadi pemimpin.

Pertama, orang Yahudi dan Nasrani.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian daripada mereka. Barang siapa antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” – Al-Maidah:51

Keduan, orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa, saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir daripada iman. Barang siapa mengangkatnya menjadi pemimpin daripada kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim.” – At-Taubah:23.

Ketiga, orang yang di luar kalanganmu termasuk dalamnya orang munafik.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain daripada golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir. Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu.” – Ali- Imran:118-119

Keempat, orang yang mengingkari al-Quran dan hukumnya.

Berhubung perkara ini Alah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan daripada kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?” – An-Nisa':144

Rasulullah SAW pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin hendaklah jangan dilantik kerana ia akan mendatangkan banyak masalah pemimpin itu sendiri dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan itu hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih daripada kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin tetapi ada kebolehan.

Iman Bukhari diriwayatkan berkata bahawa Abu Zar menceritakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan.” Lalu Rasulullah menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: “Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia pada hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul.”

Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperoleh melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodek dan sebagainya. Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.

Rasulullah tidak memberikan sesuatu jawatan/kepemimpinan kepada orang yang memohon atau orang yang berhasrat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan/memimpin tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.

Imam Al-Hakam meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.”

Sumber : Berita Harian

Thursday, November 18, 2010

Kisah Wanita Penggoda

Bismilllahirrahmanirrahim.

Dikisahkan bahawa pada suatu hari seorang guru menasihati muridnya.. jangan kamu lewati jalan itu.. sambil mengingatkan bahawa manusia itu lebih mudah lupa daripada mengingat.. lebih mudah bengkok daripada lurus.

Salah seorang muridnya A lebih suka melalui jalan itu kerana rumahnya lebih dekat jika dia melalui jalan tersebut.

"Emm.. mengapa aku patut berpusing dan mengikut jalan yang lebih jauh sedangkan ada jalan yang lebih dekat".. dia merungut.. "Syaitan tidak akan dapat mengganggu aku".. bisik hatinya.. Dia lupa akan nasihat guru dan apa yang dijelaskan oleh gurunya tentang sifat manusia.

Setelah beberapa kali A melalui jalan itu, tidak ada sesuatu kejadian aneh menimpanya. Hinggalah pada suatu hari ada sebuah rumah terbuka pintunya. Di sana ada seorang wanita yang mengetahui bahawa ada seorang pemuda yang sering lalu di hadapan rumahnya. Wanita ini adalah seorang kupu-kupu malam. Wanita ini ingin menggoda pemuda A. (Inilah sebab yang sebenarnya mengapa guru tadi menasihati muridnya agar tidak melalui jalan itu).

Ketika A melintasi hadapan rumah yang pintu terbuka itu A menahan keinginan yang kuat untuk menoleh, namun A seolah-olah mendengar suara halus memanggilnya supaya menghampiri pintu yang terbuka itu. Sejenak langkah A terhenti.. ada kebimbangan dalam hatinya.

Benar kata sang guru tadi manusia lebih mudah salah daripada benar, lebih mudah bengkok daripada lurus lebih-lebih lagi ketiadaan iman yang kukuh di dada. Langkah lurus A menjadi bengkok dan dia berjalan menuju arah pintu.

Sebaik sahaja A menyaksikan wanita penggoda iru, jiwa A bergolak, dia tidak pernah menyaksikan hal demikian. Di hadapannya tergolek sosok wanita muda yang cantik manakala tubuhnya hanya dibaluti kain yang nipis dan transparen.

"Marilah wahai anak muda!' kedengaran oleh A suara menggoda memanggilnya.

A menyahut godaan itu dan kakinya melangkah ke dalam. Sebaik sahaja berada di muka pintu seekor cicak jatuh tepat di kepalanya. Dia terkejut dan tersedarlah dia bahawa dia sebenarnya telah dikuasai nafsu dan syaitan. Sejurus selepas itu A berpusing dan terus berlari meninggalkan wanita itu.

Dari jauh A terdengar hilai tawa wanita itu seolah-olah syaitan mentertawakannya. Rupa-rupanya Allah SWT masih menyayangi A. Allah SWT tidak menghendaki A terjerumus dalam perangkap nafsu dan syaitan.

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka. (Fatir [35] : 6)

Allah menyuruh kita menjauhi perbuatan buruk dan juga menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menggelincirkan kita.

"... janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Dia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (al-Baqarah [2] : 168 - 169)

Tuesday, November 16, 2010

2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah hari ini

Makkah: Kira-kira 2.5 juta jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk 26,000 dari Malaysia wukuf di Arafah hari ini - kemuncak dalam ibadah haji, dalam suasana cukup harmoni dan syahdu.

Cuaca kering, tetapi dikira tidak terlalu panas dengan suhu mencecah 34 hingga 35 darjah celsius melegakan umat Islam yang berada di tanah suci Makkah untuk sedia berhimpun di padang Arafah.

Jemaah mula berangkat ke Arafah dengan bas kira-kira 21.9 km dari Makkah sejak jam 11 pagi semalam waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi di bawah kawalan ketat.

Ada laporan agensi berita menyebut angka jemaah pada musim 1431 Hijrah ini mencecah tiga juta orang.

Jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor) dan berangkat ke Mudzalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Jemaah haji Malaysia yang diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak Muasassah berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka jelas terjaga.

Malam semalam mereka banyak menghabiskan masa dengan membaca al-quran, berzikir, solat sunat, solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT.

Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi buat pertama kali memperkenalkan Global Broadcast System (GBS) mengandungi pelbagai maklumat dan risikan mengenai isu-isu keselamatan dan cuaca pada musim haji ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut berada Arafah meninjau dan melihat keadaan jemaah Malaysia di khemah-khemah.
- Bernama

Ratusan ribu jemaah haji berhimpun di Padang Arafah dekat Mekah semalam.

Arafah Hujan Tangis dan Keharuan Saat Wukuf


WUQUF bermaksud berada di bumi Araf

ah walaupun satu saat sekalipun dari masa gelincir matahari ke 9 Zulhijjah hingga terbit matahari ke10 Zulhijjah. Seelok-eloknya berada di sana sebahagian hari ke 9 dan sebahagian malam ke 10.

Wuquf ini merupakan perhimpunan manusia yang paling ramai iaitu seramai 2.5 juta orang dari seluruh pelosok dunia.

Wuquf juga boleh memberikan gambaran bagaimana perhimpunan manusia di Padang Mahsyar kelak.

Arafah adalah salah satu tempat mustajab kita berdoa.

Wuquf juga membezakan antara mengerjakan haji dan umrah.

Wuquf tidak boleh ditinggalkan oleh seseorang yang melakukan ibadah haji, kerana wuquf adalah salah satu daripada Rukun Haji, dan rukun merupakan salah satu perkara penting yang sama sekali tidak dapat ditinggalkan, dan jika ditinggalkan maka haji seseorang menjadi tidak sah. Seseorang yang uzur , sakit, ataupun tidak dapat berjalan, harus juga dibawa ke Arafah untuk melakukan wuquf.

Bagi sesiapa yang tidak mengerjakan haji peluang untuk tambahkan amal dengan berzikir dan berdoa pada saat yg sama dengan waktu wuquf di sana janganlah dilupakan.

Mudah2an Allah memakbulkan doa dan mengampunkan kita semuanya. Allahumma Amiin

Hikmah Korban


Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadilat dan implikasinya. Malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman terhadapnya. Tidak kurang yang memandang ringan terhadap ibadah ini. Mereka mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan korban dan akikah ini.

Penjelasan dan pengisian yang terkandung dalam kitab ini dapat membantu kefahaman masyarakat tentang ibadah korban serta akikah. Malah akan timbul keinginan atau meningkatkan kesungguhan untuk sama-sama mencari pahala daripada kedua-dua ibadah ini.

Antara persoalan yang sering terdengar dalam masyarakat ialah:

• Apakah sebenarnya korban dan akikah itu?

• Apakah perbezaan antara korban dan akikah?

• Apakah hukum melakukannya?

• Berapa kali kita dituntut melakukan korban sepanjang hayat kita?

• Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dikorbankan?

• Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk akikah?

• Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Penyembelihan Korban

Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat sunat Aidiladha) dan pada tiga hari tasyrik berikutnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT dan tidak boleh untuk tujuan selain itu. Syiar ini adalah sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak memintaminta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”

(Surah al-Hajj 22: 36)

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

(Surah al-Kawthar 108: 2)

Daripada Aisyah r.ha. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”

(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?Nabi Muhammad SAW menjawab: Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?Rasulullah SAW menjawab: Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.Mereka bertanya: Bagaimana bulu yang halus pula?Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.

(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Hukum Korban

Korban hukumnya sunat mu’akkad (sunat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

• Islam.

• Merdeka (bukan hamba).

• Baligh lagi berakal.

• Mampu untuk berkorban.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu.”

(Riwayat al-Tirmizi)

“Telah diwajibkan kepadaku korban dan tidak wajib bagi kamu.”

(Riwayat al-Daruqutni)

Walaupun hukum berkorban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.”

Hikmah Dan Fadilat Korban

• Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

• Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

• Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT.

• Menghapuskan dosa dan mengharap keredaan Allah SWT.

• Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

• Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

Sumber : Facebook Ustaz Zahazan

Boleh juga baca "korbankan Ismail"

Thursday, November 11, 2010

Haji Mabrur

Assalamu’alaikum

Riwayat daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

“Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”

“Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.

Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:

“Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.




Lain-lain link:

Wednesday, November 10, 2010

Panduan Hadapi Ujian


gambar banjir perlis kedah 5
Sumber Gambar : SINI
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Artikel ini sebenarnya dirujuk daripada Berita Harian bagi mengingatkan diri ini tentang musibah yang menimpa adalah sebenarnya ujian dan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

KETIKA ini, ramai penduduk di Perlis, Kedah dan Kelantan diuji Allah SWT dengan musibah banjir teruk sejak seminggu lalu. Ada di kalangan mereka terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan banjir demi keselamatan.

Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah SWT dengan penuh kesabaran, akan dianugerahkan balasan pahala. Malah, Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu perkara lebih baik.

Umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang betul iaitu bahawa semua makhluk yang wujud di atas muka bumi ini adalah hamba dan milik Allah. Sebaik saja mengaku bahawa kita sebagai hamba dan milik Allah SWT, kita hendaklah meredhai apa juga ketentuan yang menimpa.

Sebenarnya, di sebalik musibah itu ada hikmah yang besar yang kita sendiri tidak mengetahuinya. Boleh baca Hikmah di Sebalik Musibah oleh harmoniinn.blogspot.com.

Oleh sebab itu tabahkan hati menghadapi kesukaran, kesulitan dan penderitaan supaya mampu menempuh banyak lagi penderitaan pada masa akan datang.

Allah berfirman:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". (al-Baqarah [2] : 216)

Orang yang tabah sentiasa diberikan perlindungan dan rahmat oleh Allah SWT. Jiwa yang sering melalui proses ujian semakin lama semakin teguh, kerana sentiasa digilap seumpama emas yang ditempa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” ( al-Baqarah [2] : 155)

Kemudian Allah SWT menjelaskan tentang orang yang sabar itu dalam firman yang bermaksud:

“(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.” (al-Baqarah [2] : 156)

Allah SWT menyatakan setiap hamba-Nya akan diuji dan ujian itu berlaku dalam pelbagai bentuk seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah SWT dalam apa juga keadaan.

Jelas di sini bahawa orang yang sabar itu tetap yakin bahawa diri mereka hamba dan milik Allah SWT walaupun ditimpa musibah berat. Malah, mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT dan sentiasa takut azabNya.

Ibn Kathir dalam tafsirannya menjelaskan: “Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah SWT. Allah SWT berkuasa melakukan apa sahaja ke atas para hambaNya.”

Untuk memperkukuhkan lagi tafsirannya, Ibn Kathir membawakan hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: “Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada seorang pun daripada kalangan orang Islam yang ditimpa musibah, lalu ia melafazkan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu firman Allah SWT ayat 156 surah al-Baqarah yang bermaksud): “Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik.”

Ummu Salamah berkata: “Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku sering bertanya kepada diriku sendiri, orang Islam manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan itu sering aku mengulanginya, lalu Allah menggantikan untukku Rasulullah SAW sendiri.”

Ummu Salamah berkata: “Baginda SAW mengutuskan Hatib bin Balta‘ah untuk melamarku bagi dirinya sendiri. Lalu Ummu Salamah berkata lagi: Aku sudah mempunyai seorang anak perempuan dan aku seorang wanita yang kuat cemburu.”

Jawab Baginda: “Mengenai anak perempuannya kita doakan semoga Allah SWT cukupkan segala keperluannya dan aku mendoakan semoga Allah SWT hilangkan rasa cemburunya itu.”

Berdasarkan kefahaman hadis itu, balasan Allah SWT atas kesabaran Ummu Salamah yang diuji dengan kematian suaminya Abu Salamah, ialah beliau dikahwini oleh Rasulullah SAW.

Hadis lain yang diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal, yang bermaksud: “Abu Sinan berkata: Setelah aku mengebumikan anakku, aku masih berada di kubur. Tiba-tiba datang Abu Talhah al-Khaulaniy lantas memegang tanganku dan membawa aku keluar sambil berkata: Adakah engkau suka sekiranya aku menceritakan sesuatu yang mengembirakanmu? Jawab Abu Sinan: Baiklah.”

Lalu Abu Talhah berkata bahawa al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin ‘Azib menceritakan kepadaku daripada Abu Musa katanya: “Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai Malaikat Maut, engkau telah mencabut nyawa seorang anak daripada hamba-Ku, engkau telah mengambil buah hatinya dan anak kesayangannya. Jawab Malaikat Maut: Ya! Lalu Allah SWT berfirman: Apa yang ia kata (ketika kematian anaknya itu)? Jawabnya: Ia memuji Engkau dengan berkata kami ini adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Maka Allah SWT berfirman: Binalah untuknya sebuah rumah di dalam syurga dan berilah namanya dengan Bait al-Hamd.”

Walaupun anak kesayangannya meninggal dunia, Abu Sinan tetap memuji Allah SWT dan sebagai balasan, dibina sebuah rumah untuknya dalam syurga.

Jelaslah ujian Allah SWT ini untuk melihat kekuatan akidah hambaNya, sama ada hanya bertuhankanNya dalam keadaan senang-lenang saja atau terus betuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah biasanya kita tidak dapat memahami isyarat Allah pada ketika itu. Namun adakalanya setelah sekian lama insyaAllah kita akan tahu juga apa disebaliknya. Kita yang tidak mengalami musibah janganlah hendaknya membuat andaian bahawa semua itu balasan Allah kepada mereka. Namun kita boleh mengambil pengajaran dan yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Monday, November 8, 2010

Tanda-tanda Hati Keras


Abai solat, cintai dunia antara tanda hati keras

HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya.

Sebaliknya, hati boleh menjadi sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti dilakukan manusia sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Allah berfirman dalam surah as-Syams [91] ayat 7 hingga 10 maksudnya:

"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)". (10)

Abu Hurairah berkata: “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda boleh dikenali antaranya:

1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan terutama melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan kewajipan ditetapkan itu seperti tidak serius menunaikan solat atau berasa berat melaksanakan ibadah sunnah.

Allah menyifatkan golongan ini kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (Surah at-Taubah [9] ayat 54).

2) Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.

Bahkan ada hati enggan dan berpaling daripadanya sedangkan Allah memberi ingatan yang ertinya:

“Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku”. (Surah Al-Qaf [50] ayat 45)

3) Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata.

Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia. Penghujungnya jadilah dia seorang yang memiliki sifat dengki, ego, bakhil serta tamak terhadap dunia semata-mata.

4) Kurang mengagungkan Allah sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.


5) Tidak belajar dengan ayat kauniah iaitu tidak terpengaruh dengan peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian, sakit atau bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai biasa.


Haikatnya, kematian itu adalah nasihat. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidaklah mereka (orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (Surah At-Taubah [9] ayat 126).


Berita Harian 2010/11/08

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)