Sunday, April 24, 2011

Tentang SABAR

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
  • Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha  namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil. 
  • Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya. 
  • Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
  • Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba. 
Apa akan berlaku jika hati dipenuhkan dengan  mengharap sambil memaksa terhadap kehendak Allah? 

Yang pasti ialah habis tenaga kita, dan niat suci kitapun hancur bekecai bak debu berterbangan dan wujudlah prasangka buruk terhadap Allah. Wal'iyazubillah.

Tidak ada satupun keadaan yang paling indah, melainkan bila kita dapat bersabar; baik ketika kita senang mahupun ketika kita susah, ketika kita berada mahupun ketika kita miskin, lapang mahupun sempit. 

Allah berjanji bahawa hanya hamba-Nya yang istiqamah dan berjiwa teguh serta yakin dengan  Qadar serta Qadha' Allah SWT sahaja  yang mampu bersabar, dalam mengharungi suka duka kehidupan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak perkataan sabar, sama ada dalam bentuk ismun (kata nama) ataupun dalam bentuk fa'el (perbuatan/kata kerja). Ini menunjukkan betapa  pentingnya sabar kepada seorang mukmin pada sisi Allah SWT.

Contoh ayat-ayat al-Quran:


Sabar merupakan perintah daripada Allah SWT.  

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (A-li'Imraan 3:200 

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". (Yunus 10:109)

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115) 

"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan". (Al-Nahl 16:127)


Larangan isti’jal (tergesa-gesa).


(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka. (Al-Ahqaaf 46:35)


Pujian Allah kepada orang-orang yang bersabar:

".... dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa". (Al-Baqarah 2:177)


Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar.

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar". (A-li'Imraan 3:146) 


Kebersamaan Allah dengan orang-orang yang sabar.
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". (Al-Anfaal 8:46)


Mendapatkan pahala berupa syurga dari Allah.
"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - (Ar-Ra'd 13:22)iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - (Ar-Ra'd 13:23)(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (Ar-Ra'd 13:24)


Hadis  tentang sabar. 

Dalam hadis terdapat banyak sekali tentang sabda Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang kesabaran. Sebagai contoh; dalam kitab Riyadhus Shalihin, Imam an Nawawi mencantumkan 29 hadis berkenaan sabar.

Antaranya: 

Kesabaran merupakan dhiya’ (cahaya yang amat terang). Dengan kesabaran inilah, seseorang akan mampu menyingkap kegelapan. Rasulullah SAW mengungkapkan, "…dan kesabaran merupakan cahaya yang terang…" (HR. Muslim) 

Kesabaran merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dilatih secara optimum.(bersungguh-sungguh). Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari) 

Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, "…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran." (HR Bukhari dan Muslim) 

Kesabaran merupakan salah satu sifat sekaligus ciri orang mukmin, sebagaimana hadis yang terdapat pada muqadimah; 

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)


Seseorang yang sabar akan mendapatkan pahala syurga. 


Dalam sebuah hadis digambarkan: 

Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah berfirman: "Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya". (HR. Bukhari). 


Sabar merupakan sifat para nabi.  

Ibnu Mas’ud dalam sebuah riwayat pernah mengatakan: Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: "Seakan-akan aku memandang Rasulullah SAW menceritakan salah seorang nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah, kemudian ia mengusap darah daripada wajahnya seraya berkata, "Ya Allah ampunilah dosa kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".  (HR. Bukhari)


Kesabaran merupakan ciri orang yang kuat. 

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah". (HR. Bukhari)


Kesabaran dapat menghapuskan dosa. 

Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut". (HR. Bukhari & Muslim)


Kesabaran merupakan suatu keharusan. 

Seseorang tidak boleh putus asa hinggakan dia menginginkan kematian. Sekiranya memang sudah sangat terpaksa hendaklah ia berdoa kepada Allah, agar Allah memberikan hal yang terbaik baginya; apakah kehidupan atau kematian. Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda;  "Janganlah salah seorang di antara kalian mengangan-angankan datangnya kematian kerana musibah yang menimpanya. Dan sekiranya ia memang harus mengharapkannya, hendaklah ia berdoa; "Ya Allah, teruskanlah hidupku ini sekiranya hidup itu lebih baik untukku, dan wafatkanlah aku sekiranya itu lebih baik bagiku". (HR. Bukhari Muslim)


Pembahagian sabar dan kaitannya dengan hukum yang lima iaitu: 

1. Sabar yang Wajib.  

Sabar ini terbahagi  kepada 3:
  • Sabar dalam ketaatan dan dalam menunaikan kewajipan (melakukan segala suruhan Allah)
  • Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kemaksiatan dan segala yang dilarang oleh Allah.
  • Sabar terhadap semua bala bencana dan musibah yang ditakdirkan.
2. Sabar yang Sunat.  

Sabar ini juga ada 3:  
  • Sabar dalam menahan diri dalam menghadapi perlakuan buruk dengan membalas keburukan pula; 
  • Sabar dalam hal-hal yang disunatkan; dan 
  • Sabar dalam menahan diri daripada perkara-perkara yang makruh. 
3. Sabar yang Mubah.  

Sabar yang mubah adalah menahan diri daripada semua perbuatan yang kedua-duanya sama baik antara melakukan dan meninggalkan dan bersabar atasnya, kerana sabar itu berkaitan dengan nafsu yang selalu berkeinginan dan menyukai agar keinginan-keinginannya selalu dituruti dan dipenuhi. 

4. Sabar yang Makruh. 

Ada beberapa contoh sabar yang makruh yang dapat menjelaskannya, iaitu : 

Pertama: Menahan diri daripada kelapangan dalam makanan, minuman, pakaian dan hubungan suami isteri sehingga hal itu membahayakan kesehatan badannya; 

Kedua : Menahan diri daripada menggauli isterinya ketika isterinya memerlukan berbuat demikian dan tidak ada mudharat bagi si suami. karena yang demikian akan memudharatkan bagi isteri dan ini bermakna dia telah mengabaikan salah satu hak hidup suami isteri, manakala Islam menganjurkan untuk menjaga hak-hak tersebut dan menggaulinya secara baik; 

Ketiga: Tidak menegur apabila melihat seseorang yang melakukan perkara-perkara yang makruh dalam solat,  pada hal dia tahu hal itu sebahagian daripada hal-hal yang dimakruhkan dalam solat

Keempat: Menahan diri daripada perbuatan yang disunatkan seperti kebiasaan memberi sedekah kepada salah seorang yang memerlukan sedikit wang atau yang lainnya setiap minggu atau setiap bulan, lalu tiba-tiba ia menghentikan hal itu. 

5. Sabar yang Haram.  

Secara ringkas Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah berkata : 
  • "Sabar atas kewajiban adalah wajib dan sabar dalam menahan diri daripada kewajiban adalah haram. 
  • Sabar dalam menahan diri daripada yang haram adalah wajib dan sabar menerima perlakuan yang dilarang adalah haram. 
  • Sabar dalam menunaikan yang sunah adalah disunahkan dan sabar untuk tidak melakukannya adalah makruh.  
  • Sabar dalam menahan diri dari yang makruh adalah sunah. 
  • Sabar yang dibolehkan adalah mubah”.
Mudah-mudahan menambah pengetahuan kita dan dapat mengamalkannya. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.

Sumber : Pelbagai

Melawan Unsur-unsur 'Firaun"


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Artikel ini dicopy n paste daripada iluvislam.com . Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.

Setiap kita memiliki perasaan takut dalam diri untuk memulakan perubahan menuju sesuatu yang lebih baik. 

Ketakutan itu memulakan sebuah batas yang sukar dan hampir mustahil kita lalui. 

Ketakutan membuat kemampuan kita menjadi lebih rendah dari biasa dan halangan nampak lebih sukar dari yang sebenar.

Keberanian kita muncul saat kita menyedari siapa kita, apa potensi yang kita miliki. 

Keberanian kita timbul ketika kita tahu siapa kita atau keadaan sebenarnya yang kita sedari.

Kisah ketakutan yang menjangkiti kelompok masyarakat dan bagaimana hal itu diakhiri boleh kita lihat dari pada menelusuri kisah kehidupan Nabi Musa a.s. dan kaumnya Bani Israil di hadapan Firaun.

Bani Israil disudutkan dalam keadaan yang sangat sukar sehingga mereka tidak boleh menjalani kehidupan dengan tenang. 

Bagaimana perasaan takut itu ditanamkan ke dalam diri mereka hasil dari pada perlakuan Firaun terhadap mereka, misalnya:

  • Firaun membunuh semua anak lelaki yang lahir.
  • Firaun memperlakukan mereka sebagai warga kelas kedua.
  • Firaun menyuruh mereka menyembahnya dan mengaku dirinya sebagai tuhan.

Pada masa yang sama, ketidakupayaan juga tertanam dalam diri Nabi Musa a.s. kerana beberapa sebab utama, antaranya:

  • Ketika bayi,  Nabi Musa adalah satu-satunya anak yang terselamat daripada usaha pembunuhan oleh tentera Firaun.
  • Ketika kanak-kanak, Nabi Musa a.s. terhutang budi kerana hidup dan membesar dalam istana Firaun.
  • Ketika remaja, Nabi Musa a.s. bersalah kerana membunuh seorang daripada suku Firaun ketika beliau membantu seorang daripada Bani Israil yang berkelahi.
  • Dan setelah itu, Nabi Musa a.s. menjadi pelarian setelah diketahui dialah punca tewasnya orang daripada suku Firaun itu.
Bentuk ketakutan dan ketidakupayaan Nabi Musa a.s. nampak dalam beberapa hal, misalnya:

  • Melarikan diri daripada kejaran tentera Firaun.
  • Mengadu dengan Nabi Syu'aib a.s. sebaik bertemu dengannya di Madyan.
  • Menetap dalam waktu yang lama di Madyan, setelah menikahi puteri Nabi Syu'aib, selama 8 tahun.
Perubahan besar berlaku ketika Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Allah s.w.t di Bukit Tursina. Nabi Musa a.s. diangkat menjadi nabi kepada Bani Israil dan disuruh mengajak Firaun menyembah Allah. Nabi Musa a.s. mengadu kelemahan dan kebimbangannya kepada Allah s.w.t berkaitan apa yang telah berlaku selama ini. Untuk menyertainya, Allah s.w.t memilih Harun, saudaranya sendiri sebagai pembantu.

Pencerahan berlaku sebaik sahaja Nabi Musa a.s. tahu tentang siapa dirinya dan tahu tentang posisi Firaun yang sebenarnya. 

Keberanian Nabi Musa a.s. ditonjolkan dalam tindakannya, misalnya:

  • Datang kepada Firaun dan memintanya membebaskan Bani Israil.
  • Mengajak Bani Israil menyembah Allah s.w.t.
  • Melawan para penyihir Firaun.
  • Membawa Bani Israil pergi meniggalkan Firaun yang bertindak makin kejam.
  • Ketika Nabi Musa a.s. tahu tentang potensinya, berlaku perubahan. Nabi Musa a.s. yang datang menghadap bukan lagi sosok yang menjadi warga kelas kedua, diburu tentera dan menjadi anak angkat di istana Firaun.
Sosok yang bercakap lantang di depan para pembesar Firaun dan memimpin kaumnya itu bukan lagi Musa sebelumnya.

Dengan bentuk serupa, kita sebenarnya adalah 'Musa-Musa kecil' yang berhadapan dengan banyak 'Firaun' yang hadir dalam pelbagai bentuk dan keadaan kehidupan. Firaun-Firaun itu menakuti kita dan membuat hidup kita berada dalam jalur yang salah.

Tugas kita sebagai Musa-Musa kecil ialah melawan semua bentuk Firaunisme kehidupan yang merosak itu. Sebabnya, selagi kita tidak melawan, kita akan terus dikuasainya hingga tidak mampu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

NOTA penulis blog:
Di hadapan kita sebenarnya ada banyak pilihan. Jika kita redha dengan ketentuan Allah yang merencanakan dan menghendaki segala sesuatu, kita menjadi tenang dengan kepautusan yang kita pilih. Syaratnya pilihan kita adalah mengikut lunas-lunas syari'at Allah.

Friday, April 22, 2011

tentang tiga orang yang berpenyakit didatangi malaikat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 
Pernah diceritakan oleh Rasulullah saw tentang tiga orang yang berpenyakit. Orang pertama sakit sopak, yang kedua rambut gugur dan yang ketiga buta. Setelah seorang tabib datang merawat ketiga-tiga orang yang sakit itu, sembuhlah sakitnya. Selepas beberapa waktu lelaki yang mendapat sakit sopak itu didatangi oleh seorang peminta sedekah yang sakit sopak, sayangnya peminta sedekah yang ada sopak ini tidak mendapat apa-apa sedekah walaupun satu dirham.


Selang beberapa ketika pula, lelaki yang rambutnya gugur didatangi seorang peminta sedekah yang juga sakit rambut gugur, namun nasibnya sama seperti nasib peminta sedekah yang sopak mengunjungi rumah bekas pesakit sopak. Sementara itu lelaki buta yang telah sembuh daripada buta didatangi oleh seorang peminta sedekah yang buta. Nasib peminta sedekah buta ini agak baik kerana lelaki yang telah dapat melihat semula setelah diubati oleh seorang tabib sebelum ini tetap bersyukur dengan kurnia Allah, apatah lagi dengan matanya yang dapat melihat dia lebih mudah mendapatkan rezeki.


Tiba-tiba lelaki buta peminta sedekah ini menyatakan dia tak memerlukan wang atau harta yang dimintanya tadi, dia menyatakan dia tak memerlukan harta dan wang dirham dalam kehidupannya kerana dialah malaikat yang datang untuk kali kedua menyamar sebagai manusia. Kali pertama dia datang sebagai tabib yang mengubati ketiga-tiga pesakit iaitu pesakit sopak, gugur rambut dan juga buta.


Menurut malaikat itu dia datang kepada ketiga-tiga manusia itu untuk menguji apakah mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersyukur setelah sekian lama menghidap penyakit, lalu dia tahu hanya seorang sahaja yang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepadanya. Orang buta ini yang  telah sembuh ini bersyukur; lantaran itu dia tidak bakhil untuk bersedekah, lebih-lebih lagi dia tahu betapa peritnya menjadi orang buta, jadi apabila dia sembuh daripada sakitnya, amat besarlah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pengasih itu.


Pengajaran daripada kisah ini ialah :

Kekayaan ada kalanya tidak memberi apa-apa erti kepada pemiliknya terutama orang ditimpa penyakit. 

Seseorang yang sakit kadang-kadang selera nak makanpun sudah tidak ada, walaupun makanan enak dan banyak terhidang di depan mata, lebih-lebih lagi jika doktor telah menetapkan beberapa pantang larang terhadap beberapa jenis makanan. Andai kata orang itu sembuh daripada sakit hendaklah dia bersyukur dan janganlah kikir.


Boleh juga baca :

Tuesday, April 19, 2011

Kisah Jenazah Mati Syahid Dimandikan Oleh Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini dalam tafsirul-Quran di IKIM.FM Ustaz Zahazan Hj Mohamed ada menyentuh serba sedikit mengenai  Hanzalah bin Abu Amir.

Siapakah  Hanzalah?

Hanzalah bin Abu Amir ialah anak  timbalan ketua munafik di Madinah namun beliau memeluk Islam.  Gendang jihad dipalu dalam Peristiwa Uhud meyebabkan Hanzalah terpanggil untuk menyahut seruan tersebut, pada hal ketika itu beliau  baru berkahwin dengan seorang gadis yang cantik. Dalam perang ini dikisahkan bahawa Hanzalah syahid dalam keadaan berjunub sehingga dirakamkan bahawa beliau dimandikan oleh Malaikat.

Di bawah ini adalah Kisah Jenazah Mati Syahid Dimandikan Oleh Malaikat yang disalin daripada carigold..
 

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

Apa Itu Thabat


Bismillahirrahmanirrahim.

Apakah thabat?

Thabat ialah perkataan bahasa arab yang bermaksud Tetap dan teguh. Dan yang lebih tepat lagi ialah istiqamah dalam melaksanakan sesuatu kerja yang diberi.

Sudah menjadi sunnatullah bagi mereka yang ingin memikul risalah nubuwwah ini, mereka akan berdepan dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi sama ada cabaran dari sudut kemiskinan atau kekayaan, cabaran daripada keluarga sendiri atau masyarakat setempat. Kesemua cabaran ini, memungkinkan seseorang itu hilang istiqamahnya dalam meneruskan kerja-kerja dakwah tersebut.

Friday, April 15, 2011

Marah


Bismillahirrahmanirrahim.
 
Allah S.W.T  memuji orang-orang yang dapat mengawal perasaan marah melalui Firman-Nya:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. - Aali ‘Imraan (3) : 133-134.

Antara cara-cara mengawal perasaan marah seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:

a) Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah dari pada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul daripada hasutan syaitan.

b) Diam atau tidak berbicara.

c) Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.

d) Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menangkan jiwa yang sedang marah

Tuesday, April 12, 2011

Berhijrah Ke Alam Kubur




 Daripada alam roh kita berhijrah ke alam rahim..9 bulan kemudian berhijrah ke alam dunia.
Ada dapat 10, 15, 50, 60 atau lebih setahun kemudian hijrah ke alam kubur, barzakh, 
ada yang dah pergi semalam, hari ini dan akan datang, 
kemudian kita akan hijrah ke kampong akhirat..
di alam barzakh ni kita  hijrah  sama ada ke syurga atau neraka 
kemudian di situ takkan hijrah lagi kerana syurga dan neraka itu kekal abadi.
Kita ada dua tempat lagi yang kita nak kena hijrah masa berada di alam roh Allah bertanya:


A172
  
Maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) 
dari sulbi (tulang belakang) mereka, dan Allah jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, 
(sambil Dia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku ini Tuhan kamu?" 
Mereka semua menjawab: "Bahkan! Sesungguhnya (Engkaulah Tuhan kami), 
kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raaf 7:172)

Allah meniupkan roh di alam rahim.. ada lapisan kulit, dalam rahim air ketuban tersimpan di situ, 
berapa orangpun muat 2, 3, 5, 7 orangpun muat. Ini adalah pelik, inilah kekuasaan Allah SWT di Amerika 7 orang boleh duduk, rahim ni nabi gambarkan sebagai Mina di Mekah, sumbatlah banyak manapun muat. Istimewanya rahim ni sama seperti Mina. 
Tetapi bila dah masuk ke alam dunia kita tak boleh balik dah ke alam rahim.. begitulah seterusnya bila dah ke alam barzakh tak bloeh dah nak balik ke alam dunia.

Saturday, April 9, 2011

Kekuatan Qalbu

Bismillahirrahmanirrahim.



Kalau fikiran manusia ada di otak yang terletak di kepala, di manakah letak hati manusia? Pada zaman dahulu para pakar Sumerian Asyirian berpendapat bahawa manusia berfikir dan merasa menggunakan organ hati (liver). Hal ini dibantah oleh Aristoteles yang menganggap manusia berfikir dan berperasaan dengan jantung (heart). Kedua pendapat tersebut mempunyai pengikut masing-masing, penggunaan istilah liver berkembang di daerah selatan terutama Asia, dan heart berkembang di utara terutama Eropah. Namun di daerah selatan kini pengertian hati (liver) telah menjadi dua maksud (dwimakna), mereka mengatakan hatiku sangat sakit tapi yang diurut oleh mereka ialah bahagian dada (lokasi jantung).

Dalam Al-Quran (surah Al-Hajj ayat 46 dengan jelas dinyatakan bahawa qalbu itu berada dirongga dada (mungkin jantung?).


http://www.fadhilza.com/wp-content/uploads/2008/02/al-hajj_46.png



Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj 22:46)

Rasulullah SAW mengatakan bahawa di dada manusia ada segumpal darah, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh manusia itu jika dia buruk maka manusia itupun menjadi buruk pula.

Di dalam hati (qalbu) manusia terdapat empat ruangan iaitu:

Yang diinginkan.
Ingin senang, kaya, bahagia, sukses, aman , nyaman, nikmat, serba cukup, sihat, kuat.

Yang di takuti
Takut mati, miskin., susah, sengsara, melarat, hina, sakit, lemah.

Penyakit hati
Musyrik, kafir, dengki, hasud, dendam, ria, sombong, takabur, malas, khianat.

Kekuatan hati
Iman, Taqwa, Ikhlas, sabar, jujur, amanah, santun, syukur, ridha, pemaaf, pemurah, penyayang.

Selanjutnya baca di Kekuatan Qalbu
Juga boleh baca : Tentang Hati

Friday, April 8, 2011

Meninggalkan solat









Dalam solat cakap yang baik-baik jadi sepatutnya di luarpun cakap yang baik-baik
jangan di dalam solat kita baik tapi bila di luar solat kita berubah

Monday, April 4, 2011

Elak Hasad dengki

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasad ialah mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang dia dengki sama ada melalui ucapan atau perbuatan. Dia berharap sangat anugerah Allah kepada orang lain dihilangkan baik dalam bentuk harta, pangkat dan apa sahaja.. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki tetapi juga akan terpalit kepada seluruh anggota masyarakat umum.



Firman Allah :Maksudnya:  

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Al-Baqarah [2] : 109).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim). Satu insiden yang akan timbul pada peringkat awal penyebaran khabar angin dan fitnah ialah perang dingin antara kedua-dua pihak yang terbabit, kemudian apabila telah parah maka akan lahir pula sikap benci membenci, tuduh menuduh, caci mencaci dan akhirnya akhirnya perbalahan besar yang ada kalanya boleh mencetuskan pembunuhan.

Sekiranya tidak ada individu yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan yang lahir daripada sifat suka berburuk sangka, penyebaran khabar angin dan fitnah serta hasad dengki, maka sudah tentu membawa kepada berlakunya lebih besar insiden yang boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia khususnya umat Islam.

Dalam hal ini kesabaran asas utama diperlukan bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia. 

Kesimpulannya, untuk mengelakkan diri daripada bersifat hasad eloklah kita beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:


·  Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan)

·  Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi)

·  Kitmanus-sir (merahsiakan rahsia)

·  Al-hilm (lambat marah )

·  As-syajaah (berani )

·  Al-iffah (pemaaf). 

Dakap Tangan Ketika Berdiri Solat

Bismillahirrahmanirrahim

Selepas takbiratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan. Bagaimanapun, para ulama telah sepakat bahawa tiada sebarang dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanya sunat menurut beberapa mazhab.


Hujah mereka kerana dalam sebuah hadis ketika Nabi s.a.w mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apabila Nabi s.a.w menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarkannya cara solat, Baginda tidak menyebut tentang kedudukan tangan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka ini membuktikan bahawa ia bukanlah perkara yang wajib. Demikian pandangan Imam al-Syawkani, yang juga diutarakan oleh Syeikh Atiyyah Sadar dan lain-lain. (Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsan al-Kalam, jil. 1, hlm. 484)

Walaupun demikian, meletakkan tangan pada kedudukan sedemikian adalah salah satu sifat kebiasaan solat Nabi s.a.w.

Dalil Berdakap Tangan
Berikut adalah beberapa hadis Nabi s.a.w yang menyebut tentang kedudukannya:

  • Sahabat Nabi bernama Wail r.a. menggambarkan sifat solat Nabi dengan katanya: “Kemudian Nabi s.a.w meletakkan tangan kanannya di atas permukaan tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)


  • Daripada Ibn Mas’ud r.a., beliau menceritakan: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. lalu di sebelahku ketika aku sedang solat. Tatkala itu aku meletakkan tangan kiriku di atas tangan kananku, maka Nabi s.a.w. membetulkan lalu meletakkan tangan kanan ku di atas yang kiri.” (Riwayat Abu Daud no.755)


  • Daripada Wail bin Hujr berkata: “Aku solat bersama Nabi s.a.w.dan Baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu diletakkan di atas dadanya.” (Riwayat Ibn Khuzaimah)


  • Daripada Abi Jarir daripada ayahnya yang bermaksud: “Aku melihat Ali memegang tangan kirinya dengan yang kanannya di sendinya lalu meletakkannya di sebelah atas pusatnya.” (Dalam sanad ini terdapat Abu Talut Salam bin Abi Hizam. Abu Daud mengkritiknya)


  • Ali meriwayatkan: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang lain dan diletakkan di bawah pusat.” (Riwayat Abu Daud. Abu Daud mengkritik hadis ini: “Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal mengatakannya daif.”)


Kesimpulan daripada hadis-hadis di atas dan lain-lain, terdapat beberapa cara berdakap tangan.

Sumber: Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Majalah Solusi isu 30 (MAC 2011) - Info Solat

Elak Memfitnah

Bismillahirrahmanirrahim.

FITNAH dan khabar angin sering digunakan untuk menyebarkan maklumat tidak benar. Ada segelintir manusia menggunakan kemudahan canggih untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga sahabat bertukar menjadi musuh, suami isteri bercerai berai dan sebagainya.

Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah azab yang amat pedih.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah an-Nur, ayat 19).

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu bersaudara. (Riwayat Bukhari & Muslim).

Rasulullah mengingatkan kita agar sentiasa menjauhi diri daripada perbuatan keji yang dinyatakan dalam hadis itu. 

Sesungguhnya impak perbuatan keji itulah membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki atas sebab tertentu. 



Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana dikuasai nafsu marah dan dengki.

lihatlah! dan kamu sendiri akan dapat menghitung.


Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman: (Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (al-Israk [17] : 14)

Bermaksud; Ambillah buku ini, buku yang mencatat segala amalan kamu semasa berada di dunia, lihatlah! dan kamu sendiri akan dapat menghitung. 

Ketika itu manusia disuruh untuk membaca sendiri atau meneliti sendiri kerana Allah berfirman: 

"Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)". Ketika ini manusia akan tahu ke mana dia akan tuju, syurga atau neraka?. 

Pada peringkat pertama Allah berfirman : (Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? (Al-'Aadiyaat [100] : 9)

Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? 
Manusia akan dikeluarkan dan akan dicari amalan hatta sekecil-kecil amalan (bak polis selongkar bukti, mesti digeledah untuk mendapatkan bukti tersebut, jika barang besar tak perlu digeledah lagi).

Peringkat kedua Allah berfirman:

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu. (Al-'Aadiyaat [100] : 10 - 11).

Segala amalan dicari dan dikumpulkan sehingga tidak ada lagi amalan yang tertinggal, semuanya tercatat. Amalan digredkan dan dikumpulkan mengikut kategori. Kita boleh bayangkan bagaimana barang2 yang digredkan sebagai gred A, B dan seterusnya.

Setelah itu barulah diserahkan kitab amalan untuk dibaca dan dihitung, Jadi mudahlah manusia menghitungnya, sebab Allah berfirman; "cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan".

Petikan daripada Allah Maha Menghitung

Kemalangan Waktu Subuh?

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Friday, April 1, 2011

Where Are You Going?


Bismillahirrahmanirrahim.


Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Al-Anbiyaa' [ 21 ] : 1)”

Ayat pertama daripada surah Al-Anbiyaa' ini sanga-sangat menyentuh hati kecil ini. Terlalu banyak rupanya bekalan untuk perjalanan yang semakin singkat belum terpenuh. Allah mengingatkan bahawa semakin hari kita semakin hampir dengan hari akhirat. Inilah destinasi kekal kita. Destinasi yang akan membawa kita kepada kehidupan yang abadi. Siapa yang ganjaran pahalanya banyak maka akan tinggal kekal di dalam syurga, siapa yang  banyak dosanya akan dihalau ke neraka. Allah juga mengingatkan kita supaya jangan lalai daripada mempersiapkan bekalan.

Allah menyediakan jalan yang luas, lebar dan lurus untuk menuju kepadaNya itulah ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ. Di kiri kanan jalan yang lurus itu ada pula pelbagai jalan, antaranya jalan Allah, jalan syaitan, jalan orang-orang mujrimun, jalan taghut dan jalan orang-orang beriman. Hendaklah kita sentiasa berada di atas jalan yang lurus dan lebar itu iaitu jalan menuju Allah, Inna lillahi wainna ilayhi raaji'uun.

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah 5:16)

Pada saat ini hati kecil bertanya ke manakah nanti? Bahagiakah? Celakakah?

Apakah persediaan untuk memilih antara dua destinasi ini benar-benar diredhaiNya?.

Sungguh bimbang. Bagaimanakah kematian menghampiri? Bagaimana rupa Malaikat Izrail saat menjadi tetamu terakhir? Bagaimanakah menghadapi sakaratulmaut?

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93) 

Rupa-rupanya Malaikat Izrail mengambil nyawa berbeza-beza. Saat mengambil nyawa manusia yang baik amalnya, rupa malaikat Izrail sangat menyenangkan, berbau wangi. Sebaliknya, saat ia mengambil nyawa orang yang banyak dosanya, rupanya sungguh menakutkan, berbau busuk serta bengis dan garang, memukul-mukul, mengejek dan menengking.


Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd [13 ] : 11)

Di hadapan kita banyak takdir, pilihlah takdir yang baik. Allah akan menolong mempermudahkan segala-galanya.

Allah berfirman:

Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya);  Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya; ) Serta dia mendustakan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; (Al-Lail [92 ] : 4 - 10)

Maksudnya bila kita pilih yang baik atau yang tak baik semuanya Allah mempermudahkan.

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (As-Saffaat [37] : 96)
Namun Allah beri kebebasan memilih. Buat baik Allah redha buat jahat Allah tak redha.

Ya Allah tetapkanlah kami atas petunjukMu, di atas jalanMu. Allahumma Amin.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)