Allah S.W.T memuji orang-orang yang dapat mengawal perasaan marah melalui Firman-Nya:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. - Aali ‘Imraan (3) : 133-134.
Antara cara-cara mengawal perasaan marah seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:
a) Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah dari pada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul daripada hasutan syaitan.
b) Diam atau tidak berbicara.
c) Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
d) Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menangkan jiwa yang sedang marah
Teruskan membaca di Marah : Antara Yang Tercela dan Terpuji
No comments:
Post a Comment