Bismillahirrahmanirrahim.
“Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Al-Anbiyaa' [ 21 ] : 1)”
Ayat pertama daripada surah Al-Anbiyaa' ini sanga-sangat menyentuh hati kecil ini. Terlalu banyak rupanya bekalan untuk perjalanan yang semakin singkat belum terpenuh. Allah mengingatkan bahawa semakin hari kita semakin hampir dengan hari akhirat. Inilah destinasi kekal kita. Destinasi yang akan membawa kita kepada kehidupan yang abadi. Siapa yang ganjaran pahalanya banyak maka akan tinggal kekal di dalam syurga, siapa yang banyak dosanya akan dihalau ke neraka. Allah juga mengingatkan kita supaya jangan lalai daripada mempersiapkan bekalan.
Allah menyediakan jalan yang luas, lebar dan lurus untuk menuju kepadaNya itulah ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ. Di kiri kanan jalan yang lurus itu ada pula pelbagai jalan, antaranya jalan Allah, jalan syaitan, jalan orang-orang mujrimun, jalan taghut dan jalan orang-orang beriman. Hendaklah kita sentiasa berada di atas jalan yang lurus dan lebar itu iaitu jalan menuju Allah, Inna lillahi wainna ilayhi raaji'uun.
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka daripada gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah 5:16)
Pada saat ini hati kecil bertanya ke manakah nanti? Bahagiakah? Celakakah?
Apakah persediaan untuk memilih antara dua destinasi ini benar-benar diredhaiNya?.
Apakah persediaan untuk memilih antara dua destinasi ini benar-benar diredhaiNya?.
Sungguh bimbang. Bagaimanakah kematian menghampiri? Bagaimana rupa Malaikat Izrail saat menjadi tetamu terakhir? Bagaimanakah menghadapi sakaratulmaut?
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)
Rupa-rupanya Malaikat Izrail mengambil nyawa berbeza-beza. Saat mengambil nyawa manusia yang baik amalnya, rupa malaikat Izrail sangat menyenangkan, berbau wangi. Sebaliknya, saat ia mengambil nyawa orang yang banyak dosanya, rupanya sungguh menakutkan, berbau busuk serta bengis dan garang, memukul-mukul, mengejek dan menengking.
Ya Allah tetapkanlah kami atas petunjukMu, di atas jalanMu. Allahumma Amin.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd [13 ] : 11)
Di hadapan kita banyak takdir, pilihlah takdir yang baik. Allah akan menolong mempermudahkan segala-galanya.
Allah berfirman:
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya); Serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya; ) Serta dia mendustakan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; (Al-Lail [92 ] : 4 - 10)
Maksudnya bila kita pilih yang baik atau yang tak baik semuanya Allah mempermudahkan.
Namun Allah beri kebebasan memilih. Buat baik Allah redha buat jahat Allah tak redha."Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (As-Saffaat [37] : 96)
Ya Allah tetapkanlah kami atas petunjukMu, di atas jalanMu. Allahumma Amin.
No comments:
Post a Comment