Wednesday, March 28, 2012

Bila berjaya atau gagal.....



Sumber Gambar

Bismillahirrahmanirrahim

Assalmu'alaikum.

Kisah di bawah ni pernah dibaca dalam sebuah majalah, tapi dah tak ingat apa nama majalah tu dan suatu pagi pernah terdengar dalam motivasi pagi oleh seorang pakar motivasi di radio IKIM.FM.

Kisahnya lebih kurang seperti ini.

Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampong di sebuah negeri yang bermusuhan dengan negara jiran. Di situ juga tinggal seorang tua yang hidup sederhana. Dia tinggal di sebuah kawasan tanah tinggi bersama keluarga dan dikelilingi jiran-jiran yang baik dan berbudi.

Dia mempunyai seekor kuda yang sangat disayanginya.

Pada suatu hari kudanya hilang entah ke mana. Datanglah jiran-jirannya yang baik itu mengucapkan takziah kerana kehilangan kudanya. Dengan tenang dia berkata kepada jiran-jirannya, “Mana anda tahu kejadian itu sesuatu yang malang buatku?”

Selang beberapa hari kuda kesayanganya pulang. Kudanya diekori pula oleh beberapa ekor kuda lain yang agak banyak bilangannya. Melihat keadaan ini jiran-jirannya datang mengucapkan tahniah kerana keadaan itu sangat menguntungkannya. Dengan tenang dia berkata, “Mana kalian tahu perkara itu akan membahagiakan hidupku?”

Keesokannya, salah seorang anak lelakinya yang sedang meningkat remaja hendak melatih satu daripada kuda-kuda yang banyak itu. Ketika dia menungganginya, tiba-tiba dia terjatuh dan kakinya patah. Dan seperti biasa jirannya datang mengucap takziah di atas kemalangan yang menimpa anaknya. Jawapan yang diberikan kepada jirannya juga sama, “Mana kalian tahu, kejadian itu suatu yang malang?”

Beberapa hari kemudian, pihak pemerintah mengisytiharkan peperangan dengan negara jiran. Pemuda-pemuda dikerah untuk berangkat ke medan perang. Akibatnya ramai di kalangan anak muda di daerahnya terkorban dalam peperangan itu. Tetapi anaknya terselamat. Dia dikecualikan daripada pergi berperang kerana kakinya patah!

Pengjaran yang boleh kita petik di sini ialah; sesuatu yang nampak baik itu tidak semestinya menguntungkan kita manakala sesuatu yang nampak tidak baik itu tidak semestinya merugikan kita.

Jadi; janganlah terlalu gembira apabila mendapat kejayaan dan jangan terlalu bersedih apabila gagal. Kita tidak tahu apa kebaikan yang Allah rancang untuk kita pada hari esok di sebalik apa yang menimpa kita pada hari ini.


Allah berfirman:

“........... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah 2:216)

1 comment:

man said...

info yang bagus..

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)