Friday, March 16, 2012

Mengenali Allah SWT melalui Tauhid Asmaa’ Wa Sifat

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah...

Di sini saya ingin kongsikan tentang asmaul husna..



by Abdullah Yasin on Sunday, March 11, 2012 at 8:24pm 
AL-ASMAA’ AL-HUSNAA
( الأَسْمَاءُ الحُسْنَى )



MUKADDIMAH :

Tauhid yang dibawa oleh para Rasul ustusan-utusan Allah, termasuk Rasul-Nya yang  terakhir Nabi Muhammad SAW ada tiga jenis. Ketauhidan seseorang tidak akan lengkap atau sempurna kecuali jika berhimpun pada dirinya ketiga-tiga jenis tauhid tersebut. Hakikat ini dapat disimpulkan dari perkhabaran Allah SWT di dalam Kitab-Nya Al-Quran, iaitu :

1. Tauhid Rububiyah, iaitu men-Tauhidkan atau meng-Esakan Allah dari sudut perbuatan-perbuatan-Nya. 

Maksudnya : Meyakini bahawa perbuatan-perbuatan tersebut hanya mampu dilakukan oleh Allah sahaja, seperti : Mencipta, Menghidupkan, Mematikan, Menurunkan hujan, dan lain-lain.

2. Tauhid Uluhiyah atau Tauhid Ibadah, iaitu men-Tauhidkan atau meng-Esakan Allah dari sudut perbuatan hamba-hamba-Nya. Maksudnya : Meyakini bahawa hamba-hamba Allah wajib beribadat hanya kepada-Nya sahaja. Segala jenis ibadat hanya untuk Allah, termasuk doa, tawakkal, isti’adzah dan lain-lain.


3. Tauhid Asma’ Wa Sifat, iaitu men-Tauhidkan atau menf-Esakan Allah dari sudut Nama-Nama-Nya dan Sifat-Sifat-Nya. Maksudnya : Keyakinan yang putus, tanpa ragu bahawa Allah memiliki segala sifat yang maha sempurna lagi maha agung, dan Dia maha suci dan bersih dari segala sifat kekurangan. Hanya Dia sahaja satu-satunya yang memiliki sifat-sifat tersebut, tiada sekutu bagi-Nya.


Dalam nota ini pembahasan lebih tertumpu kepada Tauhid Asmaa’ Wa Sifat. Tauhid jenis ketiga ini tidak mungkin tercapai kecuali dengan mengithbatkan (menetapkan) segala Nama dan Sifat yang diithbatkan oleh Allah dan oleh Rasul-Nya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah yang sahih, tanpa men-Tahrifkan (merubah) lafaz dan makna asalnya. Juga tanpa men-Ta’tilkan (menidakkan) dengan menafikan seluruhnya atau sebahagian daripadanya. Ringkasnya : Semua Nama dan Sifat Allah yang thabit datangnya daripada Al-Quran dan Al-Sunnah, wajib diithbatkan, tanpa tasybih (penyerupaan), tanpa tamthil (penyamaan), tanpa ta’wil (merubah kepada makna lain) dan tanpa ta’til (ditiadakan).


Nama-nama Allah adalah A’lam (kata-kata yang menunjukkan) Dzat Allah Yang Maha Suci. Allah SWT mengkhabarkan Nama-Nama-Nya di dalam Kitab-Nya dan Nabi-Nya SAW di dalam Sunnahnya.


Setiap hamba wajib mempunyai pengetahuan tentang Nama-Nama Allah tersebut, beriman kepada semuanya, dan beribadat atau memperhambakan dirinya kepada Allah sesuai dengan makna yang diisyaratkan atau dituntut oleh Nama-Nama tersebut.


Tiga perkara yang dinyatakan di atas, wajib diyakini dan dilaksanakan oleh setiap hamba Allah. Sebagai contoh, Nama Allah ( الرَّحْمَنُ ) : Yang Maha Pengasih.  Kita beriman bahawa nama itu ‘alam iaitu kata yang menunjukkan kepada Nama Allah. Selain beriman bahawa itu adalah salah satu dari Nama-Nama Allah, kita juga beriman bahawa Nama itu menunjukkan bahawa Allah mempunyai Sifat Rahmah (Mengasihani), selanjutnya kita juga beriman bahawa Allah Mengasihani siapa saja yang Dia kehendaki. Demikianlah, terhadap Nama-Nama Allah yang lain yang terdapat di dalam Al-Quran Al-Sunnah.


Pada setiap Nama dari Nama-Nama Allah terdapat di dalamnya Sifat-Sifat Allah, sebab setiap Nama Allah adalah musytaq (pecahan) daripada masdarnya (kata asalnya). Sebagai contoh : Nama Allah (العَلِيْمُ ) : Maha Mengetahui, adalah musytaq (pecahan) daripada masdarnya (kata asalnya) iaitu (العِلْمُ ) : Pengetahuan. Dan masdarnya pula menunjukkan Sifat Mengetahui bagi Allah. Demikianlah, perinsip yang sama berlaku pada semua Nama Allah.


Adapaun Nama Khas yang padanya tercakup semua makna yang terdapat pada semua Nama Allah adalah ( لَفْظُ الجَلَالَةِ ) : Lafaz Yang Maha Agung, iaitu : ( اللهُ ) : Allah. Dialah satu-satunya Dzat yang wajib disembah oleh segenap makhluk-Nya.


Semua Nama Allah ( أَسْمَاءُ اللهِ ) adalah paling baik ( الحُسْنَي ), sebab semuanya menunjukkan Nama Dzat Yang Paling Baik dan Paling Mulia. Allah SWT berfirman ( وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا ) :Allah memiliki Nama-Nama Yang Paling Baik, oleh sebab itu berdoalah kepada-Nya dengan menggunakan Nama-Nama tersebut. ( Al-A'raaf 7:180 )     


DALIL-DALIL TENTANG
AL-ASMAA’ AL-HUSNAA :

            Allah SWT memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya tentang Nama-Nama-Nya ( الأَسْمَاءُ ) dan Sifat-Sifat-Nya ( الصِّفَاتُ ) serta Perbuatan-Perbuatan-Nya  ( الأَفْعَالُ  ) . Lalu Dia menjelaskan kepada mereka bahawa Tuhan Yang Maha Pencipta segala-galanya memiliki Nama-Nama Yang Paling Baik. Perkara ini disebut-Nya beberapa kali di dalam Kitab-Nya dan melalui lisan Rasul-Nya, antaranya firman Allah SWT dalam surah-surah berikut :


A180


Hanya milik Allah Al-Asmaa Al-Husna (nama yang baik/mulia), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Al-Asmaa Al-Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. ( Al-A'raaf 7:180 )


A110

Katakanlah : Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asmaa Al-Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu. ( Al-Israa' 17:110 )

            Adapun dalil daripada Al-Hadis, antaranya :


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِيْنَ اِسْمًا ، مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا ، مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الجَنَّةَ . ( رواه البخاري (6957) – ومسلم (2677)

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah mempunyai 99 Nama, seratus kurang satu, barangsiapa yang memeliharanya, maka dia masuk syurga. (HR Bukhari (No.6957) – HR Muslim (2677)


MA’RIFATULLAH ASAS
DAKWAH PARA RASUL :

Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah ke Jalan Allah yang paling istimewa dari seluruh pendakwah di atas muka bumi pernah bersabda kepada Mu’az Bin Jabal RA ketika beliau dikirim oleh baginda SAW sebagai gabnor di Yaman, sabdanya :


إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ ، فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ ، فَإِنْ عَرَفُوا اللهَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللهَ قَدْ فَرَّضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِى اليَوْمِ وَاللَّيْلَةِ ........ الخ – ( رَوَاهُ مُسْلِمٌ )


Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum Ahli Kitab, oleh itu mulakanlah dakwahku kepada mereka dengan (Dua Kalimah Syahadah) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainan Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, selanjutnya jika mereka sudah mengenal Allah, maka khabarkanlah kepada mereka, bahawa Allah mewajipkan ke atas mereka solat lima kali dalah sehari semalam… ( Hadis ini riwayat Bukhari dan Muslim – Adapun riwayat seperti di atas menurut lafaz dari  Muslim )


Berdasarkan hadis ini nyatalah bahawa Asas Dakwah Para Rasul adalah Ma’rifatullah (Mengenali Allah) yang berkaitan dengan Nama-Nama-Nya, Sifat-Sifat-Nya, dan Af’aal-Nya (Perbuatan-Perbuatan-Nya).


AL-ASMAA’ AL-HUSNAA : TAUQIFIYYAH.

            Para Ulama’ bersepakat bahawa dalam penentuan Nama-Nama Allah, wajib berpandukan kepada Nash (dalil) dari Al-Quran dan Al-Sunnah yang sahih, tanpa penambahan dan pengurangan. Hali ini kerana Nama-Nama Allah bersifat Tauqifiyyah (tetap atau baku), dimana peranan akal tidak diperkenankan untuk menetapkannya. Akal semata-mata tidak mungkin untuk mengetahui dan mengenali Nama-Nama Allah yang layak bagi keagungan-Nya. Dan akal pun tidak mungkin untuk mengetahui Sifat-Sifat mana yang hak bagi Allah dari sifat yang sempurna dan indah.

             Sebagai contoh : Allah SWT berfirman :

A047

Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa. ( Adz-Dzaariyaat 51:47  )

Berdasarkan ayat ini kita sungguh yakin bahawa Allah telah membangun langit dengan kuasa-Nya, namun dari Sifat tersebut yakni membangun, kita tidak dibenarkan menamakan Allah dengan Nama (البَنَّــاءُ ) : Yang Maha Membangun.

A138


Shibghah Allah (Celupan Allah). Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah ? dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah. (  Al-Baqarah 2:138  )


Shibghah artinya celupan. Jadi Shibghah Allah artinya : Celupan Allah. Maksudnya : Beriman kepada Allah SWT tanpa dicemari oleh kesyirikan. Walapun kita yakin bahawa tidak ada satupun celupan yang lebih baik dari celupan Allah, namun kita tidak dibolehkan menamai Allah dengan Nama ( الصَّبَّاغُ ) :Yang Maha Pencelup.

A049

Agar Kami menghidupkan dengan air itu negeri (tanah) yang mati, dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang ternak dan manusia yang banyak. (  Al-Furqaan 25:49  )

Kita yakin bahawa Allah telah menurunkan air hujan dari langit dan mengeluarkan air dari bumi. Namun kita tidak boleh menamakan Allah dengan Nama ( السَّقَّاءُ ) atau ( السَّاقِي ) : Yang Maha Pemberi Minum.

Demikianlah pula dengan hal serupa lainnya. Jadi ringkasnya, kita tidak boleh menamakan Allah dengan suatu Nama yang Dia sendiri tidak menamakan Diri-Nya dengan nama tersebut.

------------------------------------

NOTE : Ini adalah siri - 001 dari subjek Al-Asmaa Al-Husnaa. Siri ini akan diajar di KGPA - Bukit Kiara - Kuala Lumpur - sekali dalam dua minggu, bermula 12 Mac 2012 diselingi dengan kitab Ke Arah Memamahi Al-Quran dan Al-Hadis Jilid I. Maaf kalau nota pertama ini tidak timbul ayat-ayat Al-Quran tetapi ada terjemahannya. Para jamaah yang mengikuti melalui ustream sila rujuk pada Al-Quran. Insya Allah, ustaz akan perbaiki pada siri-siri berikutnya. Bersama ini juga dikirim Nota Tafsir Al-Quran Al-Karim, Selamat mengikutiinya. Wassalam.

Sumber : Facebook

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)