Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa' 17:1)
Sahabat-sahabat sekelian, kita selalu diperingatkan bahawa ketika Nabi yang mulia diisra' mi'rajkan (dibawa berjalan oleh Allah SWT), baginda diperlihatkan:
Suatu kaum yang
menghantuk-hantuk kepala mereka pada batu sehingga kepala mereka itu pecah. Setiap kali kepala mereka pecah, kepala pulih semula, lalu mereka hantuk kembali. Perkara ini dilakukan terus-menerus tanpa berhenti. Nabi
Muhammad SAW bertanya kepada malaikat Jibril mengapa demikian, lalu jawapan malaikat bahawa perbuatan tersebut adalah gambaran siksaan yang akan diberikan pada hari kiamat kepada orang-orang yang malas melakukan solat.
Suatu kaum yang pergi berombongan seperti
kawanan unta dan kambing yang pergi ke tempat penggembalaan dalam keadaan
telanjang. Hanya kemaluan dan dubur mereka saja yang tertutup dengan secarik
kain. Mereka makan kayu berduri yang sangat busuk baunya ( Pohon Dhari,
iaitu pohon duri yang sangat keras, tidak dapatmenggemukkan dan tidak
menghilangkan lapar, kerana ia menyumbat tenggorokan, tidak keluar dan
tidak juga masuk ke dalam perut, demikian menurut Ibnu Abbas. (Surah Al-Ghasiyah : 6), buah zaqqum (buah tetumbuhan yang sangat pahit, mayangnya
seperti kepala syaitan, tumbuh di bawah dasar neraka Jahim, setiap yang
memakannya, maka ususnya akan terburai. (Surah As-Shaaffat: 62-68) dan
bara serta batu-batu daripada neraka Jahannam. Malaikat Jibril menerangkan
bahawa kaum tersebut adalah gambaran umat Nabi Muhammad SAW yang tidak mau
membayar zakat serta memberi infak.
Suatu kaum yang menghadap dua potong daging. Sepotong daging telah masak dalam sebuah bekas, manakala sepotong lagi mentah lagi busuk. Kaum tersebut melahap daging mentah yang busuk serta
meninggalkan daging yang telah masak. Kedaan demikian adalah
gambaran umat Nabi Muhammad SAW yang telah mempunyai isteri yang halal dan baik, tetapi mereka mendatangi
pelacur dan tidur bersama pelacur sampai pagi; dan gambaran dari para wanita
yang telah mempunyai suami yang halal dan baik, tetapi mereka mendatangi
laki-laki hidung belang dan tidur bersamanya sampai pagi.
Nabi Muhammad SAW juga melihat kayu yang
melintang di tengah jalan, sehingga tidak ada pakaian atau lainnya yang
melewatinya, kecuali kayu tersebut menyobekkannya. Keadaan tersebut adalah
sebagai gambaran dari umat Nabi Muhammad SAW yang suka duduk-duduk di jalanan
sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas. Setelah menjawab pertanyaan Nabi
Muhammad SAW malaikat Jibril membaca ayat Al Quran yang tersebut dalam surat
Al-A'raaf ayat 86 yang antara lain berbunyi sebagai berikut:
"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kemban ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.(Al-A'raaf 7:86)
Orang laki-laki
yang berenang di sungai darah dengan menelan batu. Ini adalah gambaran orang yang memakan riba.
Orang laki-laki
yang mengumpulkan kayu bakar. Laki-laki tersebut tidak kuat membawanya; akan
tetapi jumlah kayu bakar tesebut tidak dikurangi, melainkan ditambahi. Ini
adalah gambaran dari ummat Nabi Muhammad saw. yang memegang sesuatu jawatan. Dia tidak mampu menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya namun masih mahu menerima jawatan.
Suatu kaum yang
menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi. Setiap kali lidah dan
bibir mereka digunting, maka lidah dan bibir tersebut kembali seperti sedia
kala. Mereka melakukan hal tersebut terus menerus tanpa berhenti. Ini adalah
ibarat dari para khatib yang menimbulkan fitnah, iaitu para khatib daripada ummat Nabi Muhammad SAW yang meminta orang lain berbuat baik namun mereka
sendiri tidak melakukannya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". (as-Saff [61] : 2 - 3)
Suatu kaum yang
mempunyai kuku-kuku daripada logam. Mereka mencakari muka dan dada mereka dengan
kuku tersebut. Ini adalah akibat orang-orang yang senang menggunjing orang lain
dan melecehkan kehormatan orang lain.
Nabi Muhammad SAW melihat sapi jantan yang
besar keluar dari lubang yang kecil. Sapi tersebut ingin masuk kembali ke dalam
lubang tempat ia keluar, akan tetapi tidak dapat. Ini adalah gambaran daripada orang
yang mengadakan pembohongan yang besar, kemudian dia menyesalinya, tetapi tidak
dapat menarik kembali pembohongan tersebut.
Khusus untuk para wanita pula elok kita ambil
ikhtibar daripada peristiwa isra' mikraj tentang kisah yang dipaparkan bawah:
Saidina Ali ra menceritakan suatu ketika beliau melihat Rasulullah SAW menangis. Lalu beliau datang bersama Fatimah menemui baginda dan keduanya bertanya mengapa Rasulullah SAW menangis. Baginda menjawab:
"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang
disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya aku menangis kerana aku menyaksikan mereka tersiksa dengan siksaan yang sangat berat dan mengerikan.
Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahndanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah
cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke
ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan
api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya
sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam
peti yang dibuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya
berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan
dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui
mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung
(kayu pemukul) dari api neraka," kata Nabi s.a.w.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah menjawab,
"Wahai puteriku, adapun mereka yang
tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.
Perempuan yang digantung susunya adalah
isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
Perempuan yang tergantung kedua kakinya
ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin
suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah
kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang
lain.
Perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang
kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki
yang bukan mahramnya.
Perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana
ia bisa sholat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan
badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "
Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Sahabat-sahabat sekalian,
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah
diperlihatkan keadaan azab seksa yang ditimpakan kepada umatnya yang melanggar
larangan Allah SWT ketika baginda di isra' mikrajkan. Kemudian bagida sampaikan kepada puteri-puteri dan sahabat-sahabatnya. Lalu ini berterusan
sehingga sampai kepada kita pada hari ini. Kita sedar akan azab itu amat pedih. Oleh itu jauhilah segala larangan AllahSWT dan bimbinglah orang-orang yang dibawah pimpinan kita dengan baik dan ingatkan
mereka akan azab yang akan mereka lalui sebagaimana yang telah Rasulullah
SAW peringatkan kepada kita.
Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh menghindarkan diri kita daripada azab siksaan Allah SWT yang amat keras dan mengerikan ini baik ketika masih berada di dunia
mahupun ketika berada di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment