Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Setiap manusia dibekalkan dengan kebolehan
merangkumi SQ/EQ/IQ/PQ
Di bawah ini disalin daripada JPHBT untuk dijadikan panduan memahami istilah-istilah di atas:
SQ - Spiritual Quotient ( kecerdasan rohani).
EQ - Emotional ( kecerdasan emosi/perasaan).
IQ - Intelligence Quotient ( kecerdasan intelek/kebijaksanaan).
PQ - Physical Quotient ( kecerdasan fizikal/jasmani).
Di bawah ini disalin daripada JPHBT untuk dijadikan panduan memahami istilah-istilah di atas:
Ketika kita sedar akan Allah dalam apa
jua keadaan, kita sentiasa mampu berserah dan menerima segala kehendak Allah
SWT. Kita mampu memahami petunjuk yang diilhamkan Allah dalam jiwa kita. Jiwa
kita tidak akan melepaskan Allah setiap saat hidup ini. – SQ
Ketika kita sedar akan Allah SWT, kita
tidak akan kehilangan akal mahupun fikiran. Malah akal dan fikiran kita akan
lebih baik berbanding dalam keadaan tidak sedarkan Allah SWT. – IQ
Ketika kita sentiasa sedar Allah SWT
setiap saat dalam hidup kita, emosi kita juga bertambah baik kerana kita
sentiasa berada dalam kesedaran diri. Kita tidak akan tenggelam dalam rasa.
Kita sentiasa berada di atas rasa.- EQ
Ketika sedar Allah, pastinya Allah akan mengilhamkan
kita daya kekuatan untuk melakukan kebaikan. Lalu kita benar-benar bersemangat
dalam melakukan kebaikan termasuk segala kerja rutin kita setiap hari seperti
bekerja, menguruskan keluarga dan semua rutin yang baik. – PQ.
Ketika kita sedar Allah setiap saat, kita
mampu memiliki semua kecerdasan i.e. SQ, EQ, IQ dan PQ.
Gunakan kemahiran yang ada pada diri sendiri yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
Semoga memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment