Apabila seseorang merasa puas dengan dirinya sendiri, menyangka dirinya sudah cukup sempurna dan dalam hatinya timbul perasaan bahawa segala pekerjaan dilakukan oleh orang lain tidak akan berhasil jika tidak disertainya; perangai begini sebenarnya menyebabkan seseorang itu lupa akan kekurangan diri dan hanya mengingati kekurangan orang lain. Inilah yang dinamakan ujub. Seandainya dia menyuarakan pada orang akan hal ini dia dikatakan sombong atau takbur. Ujub wujud dalam hati manakala sombong dizahirkan melalui perkataan atau perbuatan. Kedua-dua sifat ini mesti dibuang jauh-jauh, janganlah hendaknya ada terlintas sedikitpun untuk rasa kita lebih daripada orang lain.
Janganlah dibiarkan sifat ujub dan sombong ini bersarang di dalam diri kita, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna tanpa kita. Apa yang pasti perkara itu tidak akan menjadi sempurna tanpa bantuan orang lain. Hidup kita memang telah diatur oleh Allah saling memerlukan.

Allah tidak memberi keutamaan kepada seorang saja sebaliknya diberikan kepada semua orang sehingga ia terkumpul menjadi sebuah masyarakat. Laksana cili yang membanggakan kepedasannya, seperti garam yang membanggakan masinnya, ibarat cuka membanggakan asamnya, ikan pula membanggakan enaknya. Segala rasa pedas, masin, masam, dan enak itu hanya akan menjadi makanan lazat selepas dikumpulkan dalam satu belanga dan dimasak bersama.
Dalam kehidupan seharian kita; jika kita berfikir; bermula dari masa kita bangun tidur; cuba fikirkan siapakah yang memberi idea untuk mencipta tempat membuang kotoran kita. Sebenarnya orang itupun tanpa sedar dia telah memberikan sumbangan kepada orang lain. Kemudian apabila kita bergerak meninggalkan rumah kita bayangkan betapa ramai yang menyumbangkan kepakaran masing-masing, bermula dengan kereta atau kenderaan kita, jalan atau lebuhraya; siapakah yang menjadikannya sebagai alat kegunaan kita; memudahkan kita bergerak ke mana-mana.
Jika ada sifat mazmumah ini pada diri kita, masyarakat menjadi tidak aman, ini di dunia bagaimana pula di akhirat nanti.
Jadi hati-hatilah dengan sifat yang akan membawa azab ini.
Jika ada sifat mazmumah ini pada diri kita, masyarakat menjadi tidak aman, ini di dunia bagaimana pula di akhirat nanti.
Jadi hati-hatilah dengan sifat yang akan membawa azab ini.
No comments:
Post a Comment