Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.

Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau.
Keterangan dan Petua Beramal.
Menurut al-San’ani di dalam Subul ai-Salam, doa ini di namakan “sayyid” yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.
Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:
“Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golongan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa.”
Petikan : Doa 74 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed
Petikan : Doa 74 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed
No comments:
Post a Comment