Wednesday, March 31, 2010

Kisah Khalifah Harun al-Rashid dan Imam Malik


Bismillahirrahmanirrahim.

Diriwayatkan pada pemerintahan khalifah Harun al-Rashid di Baghdad, beliau telah berziarah ke Masjid Nabawi di Madinah. Ketika itu Imam Malik sedang menyampaikan pelajaran kepada kaum muslimin.

Setelah selesai, khalifah Harun al-Rashid berkata kepada Imam Malik: "Ya Malik, alangkah bahagianya kami jika anda mahu datang ke rumah kami dan mengajar Kami".

Mendengar pertuturan itu, imam Malik berkata: "Wahai Amirul Mu'minin, ilmu itu tidak mendatangi tetapi didatangi."

Lalu khalifah berkata lagi: "Baiklah jika begitu, mulai esok aku akan datang ke mari untuk mengikuti majlismu".

Imam Malik berkata pula: "Kalau Amirul Mu'minin hendak mengikuti pelajaranku di dalam masjid ini, anda tidak boleh terlambat, aku tidak boleh mengizinkan anda duduk di depan dengan melangkahi hadirin yang lain."

Harun al-Rashid menjawab: "Dengan senang hati wahai Imam Malik".

Keesokan harinya rombongan khalifah datang dan memasuki masjid. salah seorang daripada pengawalnya membawa kerusi untuk tempat duduk khalifah. Melihat hal itu, Imam Malik menyampaikan hadis Rasulullah saw.

"Barangsiapa bersikap rendah hati kepada saudaranya sesama muslim maka Allah akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa mengangkat dirinya terhadap mereka maka Allah akan merendahkannya".


Khalifah memahami bahawa ucapan Imam Malik itu ditujukan kepadanya. Lalu khalifah menyuruh pengawalnya mengalihkan kerusi itu dan beliau duduk bersama-sama jemaah yang lain.

Sebelum beliau meninggalkan Madinah dan pulang ke Baghdad beliau berkunjung ke rumah Imam Malik. "Wahai Malik, terimalah hadiah ini". katanya sambil memberikan wang 400 dinar.

Imam Malik menolak dengan berkata: "Maafkan aku, wahai Amirul Mu'minin. Aku tidak berhak menerima sedekah dan menerima hadiah".

Khalifah Harun al-Rashid terpegun dan bertanya: "Mengapa anda menolak hadiah sedangkan Rasulullah saw mahu menerimanya?"

Imam Malik menjawab: "Memang benar, tetapi aku bukan Nabi Muhammad saw. Ambillah wang anda kembali dan selamat jalan".

Pengajaran di sini ialah kita hendaklah sentiasa bersifat tawadhuk biarpun kita mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggai dalam masyarakat.

Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.

Sayyidul Istighfar

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membaca­nya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.



Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar me­lainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu se­mampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada ke­jahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau.

Keterangan dan Petua Beramal.

Menurut al-San’ani di dalam Subul ai-Salam, doa ini di namakan “sayyid” yang bermaksud penghulu kerana ia meng­himpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:

“Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golo­ngan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa.”

Petikan : Doa 74 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Tuesday, March 30, 2010

Syaitan jin dan Syaitan Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.

Menghadapi syaitan manusia lebih berat daripada menghadapi syaitan jin.

Dengan mengucapkan a'uzubillahi minasy syaitaanir rajim,

syaitan jin akan lari lintang pukang

kerana dia tidak mempunyai kepentingan diri. Dia hanya berusaha dan ingin menyesatkan

manusia supaya terjerumus ke dalam neraka.

Berlainan dengan syaitan manusia. Manusia mempunyai banyak sekali keinginan.

Mereka ingin hidup mewah, mendapat kedudukan yang tinggi,

memenuhi syahwat perut dan seks dan pelbagai macam keinginan lagi.

Meskipun diucapkan a'uzubillahi minasy syaitaanir rajim berkali-kali, syaitan

manusia tidak akan segera pergi.

Oleh itu selalulah memohon perlindungan kepada Allah daripada

syaitan jin dan syaitan manusia.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah)

Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2)

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Daripada kejahatan pembisik

penghasut yang timbul tenggelam. (4)

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5)

(Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia. (6)

(An-Naas [114] : 1-6)


Ingatan kepada diriku: Beringat-ingatlah jangan jadi syaitan manusia....

Anugerah sebagai tanda ukhwah


Salam Semua.

Alhamdulillah, hari ini terjalin persahabatan antara Kacamata dan Idda Hashim
dan sungguh mengejutkan kerana
dah dapat anugerah yang sungguh bermakna.
Terima kasih daun keladi ya. Semoga pershabatan terjalin kuat.

Jadikan tidur anda ibadah


Bismillahirrahmanirrahim.

Bagaimana menjadikan tidur itu sebagai satu ibadah...

Tidur itu adalah HARUS. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?" (An-Naba' [78] : 10).

Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan bahawa satu perempat daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur. Jika umur kita 40 tahun bermakna 10 tahun kita habiskan untuk tidur sahaja. Jadi alangkah ruginya kita jika masa tidur tidak digunakan sebagai masa beribadah yakni tidur tanpa ada sekelumitpun niat ikhlas yang mampu meningkatkan darjat tidur.



Untuk menjadikan tidur itu satu ibadah:

1) Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah SWT.

2) Pelaksanaanya mestilah betul. Tidak tidur semasa bekerja, semasa memandu atau semasa mendengar khutbah dan dalam majlis ilmu.

3) Tidurlah di tempat yang selamat dan selesa.

4) Mejaga ada-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah saw.

5) Tidak tidur sehingga terlepas waktu solat.

Natijah tidur ialah untuk mendapatkan tenaga dan kesegaran. Jadi tenaga yang terkumpul itu gunakalah sebagai wasilah untuk melaksanakan kebaikan bukanlah sebaliknya.

"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (daripada tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan". (Al-An'am [6] : 60)

Kesimpulan: Setiap perkara yang kita lakukan sebagai adat akan bernilai ibadah jika kita terjemahkan setiap perbuatan dan percakapan kita sebagai amalan yang ikhlas. Allah berfirman yang maksudnya:

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."(Al-Baiyyinat [ 98] : 5)

Baik sangka Sifat Terpuji


Salam semua.

Allah adalah zat yang maha sempurna, baik daripada segi Nama, Sifat mahupun perbuatanNya. Tidak ada satupun aib atau cela yang terdapat pada Allah.

Allah telah menciptakan langit dan bumi serta isinya, semuanya mempunyai hikmah dan Allah tidak pernah mencipta sesuatu dengan sia-sia.

Allah swt berfirman
:

Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka. (Sad [38] : 27)

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Al-Mu'minun [23]: Ayat 115-116)

Kita hendaklah selalu berbaik sangka terhadap segala sesuatu yang telah Allah swt tetapkan agar kita termasuk orang-orang yang beruntung.

Ketika seseorang mendapat kebaikan ataupun musibah tentu mempunyai hikmah bersamanya. Tidakkah kita belajar daripada Hikmah di Sebalik Musibah yakni daripada kisah Nabi Musa as berguru dengan Nabi Khidir as.

Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah?

Maksudnya ialah rasa takut dan harap kepada Allah saling berganding ATAUPUN rasa takut mengatasi rasa harap.

Allah tidak akan menimpakan suatu musibah kepada para hambaNya yang mukmin kecuali dengan tujuan:

  1. Mengangkat darjat orang yang tertimpa musibah, kerena sabar menghadapi musibah yang telah Allah tetapkan.
  2. Menguji dirinya, seumpama emas diuji ketulinannya.
  3. Sebagai penghapus dosa.
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda meksudnya: "Allah swt berfirman; AKU sesuai dengan prasangka hambaKu kepada diriku" (HR Bukhari)

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya; "Janganlah kamu mati MELAINKAN dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah".

Seorang hamba yang berbaik sangka dengan Allah:
  • Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
  • Apabila dia berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
  • Apabila dia berdosa, dia segera memohon ampun dan bertaubat dan dia yakin bahawa Allah akan mengampuninya dan menerima taubatnya.
  • Apablia dia ditimpa musibah, dia yakin bahawa di sebalik musibah itu ada hikmahnya.
Apabila seorang hamba bersangka baik sesama manusia lain;
  • Dia memandang daripada sudut positif dan mengabaikan sudut negatif.
  • Tidak menyebarkan keburukan atau aib saudara muslim yang lain.
  • Saling menasihati jika ada keburukan yang terserlah pada sahabatnya sesama muslim.
  • Saling mendoakan kesejahteraan.
  • Mudah memaafkan kesalahan orang.
Setiap sesuatu pekerjaan perlu dilaksanakan bersungguh-sungguh, barulah hasilnya akan memuaskan. Begitulah juga dengan keinginan untuk mewujudkan prasangka baik ini, kita perlu merealisasikan dengan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dan istiqamah. Mudah2an Allah menolong kita dalam usaha menempatkan baik sangka ke dalam hati kita. InsyaAllah.

Friday, March 26, 2010

Menjaga Lisan


Salam Semua.

Rasulullah saw bersabda, "Wahai Abu Hurairah! jika ingain menyebarkan pujian indah untukmu di dunia dan di akhirat, jagalah lisanmu untuk tidak membicarakan keburukan kaum muslim".

Dalam waktu yang lain Nabi saw bersabda: "Tidakkah berpuasa orang yang sentiasa memakan daging manusia (mengumpat)".

Saidina Umar Ibnul Khattab ra berkata, "Hamba yang paling dibenci Allah adalah orang suka mencaci dan melaknat".

Sa'id bin Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang memanggil seseorang bukan dengan namanya, malaikat melaknatnya".

Rasulullah saw juga bersabda; "Seorang hamba diberi kitab amalan pada hari Kiamat. Di dalamnya ia melihat amal-amal kebaikan yang belum pernah ia lakukan. Iapun bertanya; "Wahai Tuhan! daripada mana amal-amal kebajikan ini? Tuhan menjawab; "Daripada umpatan dan cacian orang tentang dirimu tanpa pengetahuanmu".

Hatim al-Asham menyebut; "Tiga perkara yang menyebabkan majlis jauh daripada rahmat Allah ialah majlis yang membincangkan hal dunia, tertawa dan membicarakan keburukan orang orang lain".

Allah berfirman yang bermaksud;

"Dan janganlah engkau (berkisar daripada pendirianmu yang benar dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya); Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecahbelahkan orang ramai); Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang terkenal kejahatannya". (Al-Qalam [68] 10 : 12)

Rasulullah saw ditanya tentang apa yang dimaksudkan dengan ghibah. Baginda saw menjawab; "Menyebutkan keburukan saudaramu saat dia tidak bersamamu. Jika engkau menyebutkan sesuatu yang tidak ada padanya engkau berdusta".

Baginda bersabda;

"Seburuk-buruk hamba Allah adalah orang yang menebar fitnah dan mengadu domba antara saudara".

"Tukang adu domba tidak akan masuk syurga"

"Siapa yang mengumpat antara dua orang, nescaya Allah beri dia dalam kuburnya api yang membakarnya hingga hari Kiamat dan ular yang menggigitnya sampai ia masuk neraka"

"Siapa yang menebar permusuhan antara dua insan, hendaklah ia bersiap-siap masuk neraka. Siapa yang mendamaikan dua insan, syurga wajib baginya"

Oleh kerana itu wahai saudara-saudari Muslim dan diriku juga. Ingatlah selalu akan pesanan ini. Ketika ingin membicarakan hal-hal yang boleh membawa ke neraka berdiamlah dengan segera.

Thursday, March 25, 2010

Umur aset yang dipertanggungjawabkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap kali kita sambut hari ulangtahun kelahiran anak kita, kita rasa gembira dan kita sering ucapkan happy birthday atau selamat harijadi. Anak yang masih putih bersih bak kain putih sememangnya hanya tahu bergembira kerana mereka dirai, diingati dan disayangi. Namun, bagi kita yang sudah lama bermusafir di bumi Allah ini sepatutnya bermuhasabah diri kerana semakin umur kita meningkat bermakna semakin berkurangan umur kita dalam perjalanan menuju kematian.


Seharusnya apa yang patut kita lakukan di samping bergembira, ialah tingkatkan kualiti amal seiring dengan pertambahan usia kita. Ini kerana setiap individu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT pada hari akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya untuk apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya daripada manakah diperoleh dan pada apakah ia belanjakan, tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (HR Tarmizi).


Dikatakan bahawa umur yang sampai ke tahap kesempurnaan atau dewasa ialah 40 tahun sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka". ((Al-Ahqaf [46] : 15-16).

Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’.


Dalam riwayat lain, Nabi bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikannya tidak lebih banyak daripada kejelekannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke neraka.’’ Daripada dua hadis berkenaan, Nabi s.a.w menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah. Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan. Kita pasti ‘beruntung dan celaka’ dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya.


Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat.


Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah AWT. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.


Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”. Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi kaget yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.


Orang yang cerewet dengan masa pasti akan memanfaatkan dan mengisinya dengan membaca, berfikir dan berzikir.


Orang sebegini akan mendapat keberkatan umur daripada Allah s.w.t. Selain itu, walaupun hayatnya tidak lama, sumbangan mereka akan kekal selamanya, namanya sentiasa disebut serta dijadikan rujukan, hujah dan dalil. Sebagai contoh Imam Syafie, yang meninggal pada usia 50-an. Imam Ghazali dalam juga lingkungan sama manakala Imam Nawawi pula pada usia 43 tahun. Mereka meninggalkan khazanah ilmu dengan warisan kitab yang membina bukan sahaja kepada tamadun manusia malah menjadi penggerak tamadun material soleh. Firman Allah SWT dalam surah al-Munafiqun ayat 9 hingga 11 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, Janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan ingatlah, sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi. “Belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang yang soleh“.


“Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” Ketika menyanyikan lagu ‘Happy birthday to you’ janganlah kita lupa merenung hadis ini: “Rebutah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua dan kaya kamu sebelum miskin..” (HR Hakim dan Baihaqi).

Sumber : SINI

Tiada alasan untuk meninggalkan solat...


Tiada alasan untuk meninggalkan solat (1)..


Tiada alasan untuk meninggalkan solat (2)..


Tiada alasan untuk meninggalkan solat (3)..

Sumber: MUSAFIR ILMU

Wednesday, March 24, 2010

Aku Ceritakan Kamu Tentang Cinta Ku

Oleh Saudara Tajul Rijal Annuar

Salam kepada insan yang meletakkan cintanya hanya kepada pemilik cinta tersebut. Yang meletakkan cintanya pada yang paling hak untuk dicintai.

Ahh. Cinta. Cinta dan Cinta. Takkan pernah putus. Terutama daripada bualan sang teruna dan si dara. Takkan lepas daripada kalimat yang terbalut kemas dihadiahkan oleh seorang pencinta. Terbukti dengan perlakuan sang pencinta itu sendiri.

Ahh. Cinta. Cinta. Cinta. Maka kenapa kita perbahaskan tentang cinta. Makna yang tersangkut sangat dalam. Dengan cinta, cuka boleh menjadi madu yang manis. Dengan cinta langit menjadi laut dan busut menjadi gunung. Dengan cinta, kejelikan dan keburukan menjadi menawan. Dengan cinta segalanya indah. Segalanya mudah. Segalanya mampu. Segalanya pada setiap yang segala.

Maka kita membicarakan tentang cinta. Maka apakah cinta itu? Apa erti nya cinta itu. Seorang pernah berkata padaku, kalau ingin diberi makna maka setiap inci kamus kau akan jumpa maknanya. Setiap jarak pada jasadmu kau akan jumpa pengertiannya. Kita bicara tentang cinta. Seakan kitalah yang paling arif bagai kitalah yang menciptakan cinta itu.

Ahh. Apakah cinta yang menyesakkan nafas ini? Seorang sahabat ku melihat sekeping gambar yang ku cetak, petanda kepada tajuk diskusi hangat malam jumaat. Dan dikeluarkan kata kepadanya bahawa dia menjangka ku menulis pada kepingan itu madah cinta manusiawi yang pernah diungkap oleh seorang ulama hebat!!

Apakah cinta itu pada hubungan sang teruna dan dara. Lemas dalam dakapan dan ciuman serta kata mesra. Apakah cinta itu hanya pada manusiawi, kisah hangat dibicara dengan penuh kasih, indahnya konon disaluti bunyi-bunyi agama?

Kenapa jika kita terlihat kalimat cinta yang pertama pada fikir dan tersentuh pada akal adalah hubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Baik pada pandangan kita ianya adalah hubungan terlarang penuh maksiat zahir dan batin.

Kalau mungkin lebih hebat lagi, cinta itu disalurkan pada hubungan yang kononnya Islami. Kononnya terjaga dari sebarang zina mahupun zina hati.

Maka apa itu cinta. Kerna ku tidak tahu maknanya.

Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tetapi akan ku jelaskan sifatnya. Kerna cinta itu sebagaimana iman. Tersembunyi dalam hati tetapi buktinya pada setiap gerak laku dan kata.Pada setiap langkah yang ditapak dan nafas yang dihembus.

Maka pada sifatnya cinta itu akan wujudnya pengorbanan. Pengorbanan yang tiada tara. Pengorbanan yang sanggup menghadiahkan nyawa dan segalanya yang tersedia. Semata-mata untuk siapa dan apa yang dicinta. Kerna cinta itu sifatnya pengorbanan, maka Juliet dan Romeo terkorban, Majnun mejadi gila kerana Laila. Dan kerana cinta seorang ibu bekerja tanpa henti untuk membesarkan anaknya. Seorang ayah sanggup bertungkus lemus memberi kehidupan selesa pada keluarganya..

Dan kerana cinta, Hassan Al Banna terkorban kerana ditembak. Mustafa Masyhur dipenjara. Syed Qutb syahid di tiang gantung.

Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan serta diwafatkan.

Ada beza cinta Majnun dan Laila serta cinta Hassan Al Banna..

Pada cinta itu juga wujudnya nikmat. Kenikmatan yang agung.

Pada cinta itu seorang gadis menyerahkan segalanya. Seorang teruna mampu meredah segala halangan dan rintangan hanya untuk si gadis. Kerana nikmat, segalanya sanggup disedia. Kerana cinta itu nikmat sifatnya.

Dan kerana nikmat juga Yusuf A.S memilih kehidupan penjara kerana dilihatnya nikmat sebenar. Kerana nikmat juga Syed Qutb dan umurnya adalah penjara. Kerana nikmat jugalah Muhammad S.A.W tak pernah berhenti berjuang,

Maka ada beza cinta sang jejaka dan Syed Qutb.

Aku jujurnya ingin menulis lebih lagi, tetapi sifat cinta bagai namanya sendiri. Satu kata yang mampu memberi sejuta makna dan sejuta sifat.

Maka akan kujelaskan bezanya cinta yang kau pegang dan cinta yang ku pegang. Kerna ku bingung, bagaimana terpandang sahaja kalimat cinta maka kau membayangkan manusia?

Pada cinta Majnun dan Laila. Cinta Romeo dan Juliet, cinta teruna dan dara wujudnya sebuah kasih. Tetapi pada dasar apa kononnya cinta yang dikatakan agung itu? Aku juga pelik saudara seperjuangan ku sendiri, berbincang dan menulis hangat tentang cinta manusiawi. Mungkin lebih kepada yang sah dalam mimpi membina sebuah peradaban keluarga. Atau mungkin cuma kepada cinta manusiawi biasa yang masih terbatas. Cuma pada lintasan hati.

Dan aku tidak pernah terdengar dikatakan tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya menyaksikan. Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki.

Apa beza cinta itu?

Maka bagiku cinta itu bezanya adalah pada dasarnya. Pada apa yang kita pegangi. Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi. Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Cinta Majnun dan Laila diletakkan pada dasarnya manusiawi. Ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.

Dan mari lihat pula pada beza yang lain. Kerna dasarnya adalah Tuhan.P ada Dia pemilik dan pencipta Cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan nafsu pada tubuh. Maka Hassan Al Banna bersedia menerima segala cabaran. Maka Syed Qutb berdiri berani di depan tali gantung sebagai realisasi cintanya.

Dan teragung adalah cintanya Muhammad kepada Tuhannya.

Pada dasar cinta itu sendiri yang menghasilkan sifat dan tindakan cinta. Pada dasar cinta manusiawi yang diisi penuh dengan nafsu terhasilnya maksiat dan dosa yang terlekat terus pada hati.

Dan kerna cinta itu pada dasarnya adalah Allah, tindakannya dan sifat cinta itu sifat yang agung. Yang hebat tak terjangkau oleh zaman. Segalanya megah dan tinggi walaupun susah dan payah mengharung jalan justru kerna dia tahu Pemilik yang dicinta nya ada menanti nya. Dia ingin mempersembahkan hadiah yang terbaik kepada Kekasihnya. Bahkan nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa pada dirinya dia ingin memberikan pada Kekasihnya. Kekasihnya yang hakiki. Kekasihnya yang abadi. Pada hari yang pasti.

P/s: Wahai Tuhan pemilik hati ini. Wahai Kekasih yang kucintai. Luhur dan bersihkan hati ini untuk mencinta Mu semata-mata.

P/s/s : Ketika kecil ibuku bertanya cinta pertama sekali untuk siapa ? maka ku jawab “Untuk Allah dan Nabi”. Lalu ditanya “yang kedua?” dan lantas ku jawab untuk mama dan abah.

Ahh. Aku yang kecil. Dan kembali ku nilai kehidupan yang ku jalani, adakah semuanya ku lakukan bagai apa ku katakan? Adakah selama ini benar ku letakkan cinta yang agung pada Tuhan ku dan Nabi ku?

Aku tidak menentang kecintaan mu pada manusia kerna aku juga ada cinta itu pada hati ku.Tetapi aku mahu kamu meletakkan cinta mu pada tempat yang benar dan hak. Aku ada dasar cintaku. Kamu??

Tuesday, March 23, 2010

Kita Milik Allah

Bismillahirrahamanirrahim.

Salam semua.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah Rha, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

Tidaklah seorang muslim itu ditimpa musibah lalu dia mengucapkan: "Innna lillahi wainna ilahi raaji'uun (Sesunnguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) dan berdoa: "Ya Allah berilah aku ganjaran daripada musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah bagiku sesuatu yang lebih baik daripadanya; melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang telah tiada.

Tidakkah Ummu Salamah sendiri mengucapkan perkara ini dan lihatlah apa yang terjadi, selepas kematian suaminya di medan perang, Ummu Salamah dikahwini oleh Rasulullah saw. Maha Suci Allah memberi ganti kepada Ummu Salamah sesuatu yang amat berharga iaitu Kekasih Allah.

Wahai sahabat,
Tidak ada satu musibahpun yang kekal dalam hidup ini
Bagaimana beratpun musibah menimpa janganlah merasa tidak berdaya
Janganlah kerananya engkau mengeluh
Kerana satu saat ia pasti akan hilang juga.
Betapa ramai orang-orang terdahulu ditimpa musibah
Namun mereka bersabar sehingga musibah lenyap daripada mereka
Kesabaran dan redha menjadikan ringan memikulnya.

Allah berfirman: "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". (Al-Baqarah [2] : 156)


Friday, March 19, 2010

Ghibah (Mengumpat)


Bismillahirrahamanirrahim.

Salam semua.

Rasulullah saw bersabda, "Allah swt mengharamkan darah, harta, dan kehormatan seorang Muslim".

Berghibah dengan hati juga dengan lisan itu haram, kecuali jika itu memang sesuatu yang mesti diketahui. Ghibah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah saw adalah membicarakan orang tentang sesuatu yang dibencinya jika ia mengetahui dan mendengar meskipun itu adalah benar-benar kenyataan.

Seseorang disebut-sebut di hadapan Rasulullah saw dengan berkata. "Ia sangat lemah!" Mendengarkan itu baginda saw terus berkata : "Engkau telah mengumpatnya".

'Aisyah rha menyebut Safiyyah rha seraya mengatakan ini dan itu dengan memberikan isyarat dengan tangannya yang bermaksudnya : "Syafiyyah bertubuh pendek". Rasulullah saw bersabda, engkau telah mengumpatnya". 'Aisyah berkata; "Wahai Rasulullah, bukankah ia memang pendek?" Baginda saw menjawab, "Engkau telah menyebutkan hal yang terburuk daripada dirinya". (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Tirmizi)

Jadi Ghibah tidak hanya terbatas pada lisan. segala ungkapan yang dibenci oleh orang yang dimaksudkan jika dia mengetahui atau mendengarnya.

Alla swt memberi peringatan keras tentang ghibah. Firmannya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujarat [49] : 12)

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pengumpat lagi pencela" (Al-Humazah [104] : 1)

Jauhilah ghibah kerana ghibah menghapuskan kebaikan hamba lebih cepat daripada api membakar kayu kering.

Tuesday, March 16, 2010

Pelupusan ayat Al-Quran perlu ikut tertib

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua. Artikel ini mungkin boleh membantu kita untuk memudahkan kita melupuskan helaian kertas atau noat-nota kita yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang telah lusuh dan koyak.

Oleh Hasliza Hassan / Berita Harian

PELUPUSAN ayat Al-Quran dalam apa juga bentuk perlu dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu Allah itu yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad dan panduan hidup umat Islam hingga kiamat.

Namun, tidak semua tahu cara terbaik menguruskan ayat suci itu hingga ada kitab Al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak dibiarkan begitu saja. Malah, ada yang tanpa sedar melonggokkan Al-Quran bersama buku lain yang kemudian dijual di pusat pengumpulan barang terpakai.

Menyedari kekurangan itu, syarikat penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi, mengambil inisiatif mengumpulkan Al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar lama hingga kepada cebisan kertas mengandungi ayat Al-Quran untuk memastikan wahyu Allah tidak diaibkan. Pengerusinya, Rahmat Mahdan, berkata orang ramai dialu-alukan menghantar apa juga barangan mempunyai kalimah Allah, ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah yang hendak dilupuskan kepada Pusat Pengumpulan Percetakan Saufi.

Katanya, bahan terkumpul akan dilupus menggunakan mesin pembakar khas (insinerator) yang kini dibangunkan dan dijangka sampai ke Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, akhir bulan ini.

“Saya sedih melihat akhbar lama yang mengandungi ayat Al-Quran dibiarkan bersepah di pusat pengumpulan barang kitar semula. Ini mungkin disebabkan orang ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan ayat Al-Quran.

“Ia mendorong saya memulakan usaha ini kerana mahu menjaga kesucian ayat Al-Quran. Saya tidak mahu wahyu Allah dibiarkan begitu saja hanya kerana pemilik tidak tahu apa hendak dilakukan dengan Al-Quran buruk di rumah mereka, hanya terselit di celah dinding,” katanya.

“Orang ramai dialu-alukan menghantar apa juga barangan mempunyai kalimah Allah, ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah yang hendak dilupuskan kepada Pusat Pengumpulan Percetakan Saufi”

Rahmat Mahdan
Pengerusi Percetakan Saufi

Beliau yang ditemui di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi berkata, kerja kebajikan itu dimulakan akhir 2008 dengan bantuan keluarga.

Melalui kesungguhan itu, katanya ayat al-Quran dalam pelbagai rupa dan bentuk dikumpul sebelum dibakar dan dikebumikan di tanah miliknya. Sambutan orang ramai menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran memaksa beliau menggiatkan kerja kebajikan itu.

Ini termasuk membangunkan mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Abu daripada barangan dibakar itu kemudian ditanam atau dihanyutkan ke laut.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara.

Selain itu katanya, Percetakan Saufi mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN.

Katanya, kebanyakan Al-Quran yang dicetak sebelum 1990 mengandungi perkataan yang salah dan jika dibaca oleh mereka yang kurang arif akan membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

“Sebagai insentif kepada orang ramai, Percetakan Saufi akan menggantikan Al-Quran baru untuk ditukarkan dengan al-Quran lama ini. Berikan kami dua Al-Quran lama dan kami ganti dengan satu Al-Quran Mushaf Resam Uthmani,” katanya.

Rahmat berkata, bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bermula awal tahun lalu untuk diedarkan kepada pihak memerlukan.

Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari lalu, Percetakan Saufi menyumbangkan 5,000 naskah Al-Quran kepada Kerajaan Melaka untuk diedarkan di masjid, surau dan sekolah agama di seluruh negeri itu. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi Percetakan Saufi: 03-26933049/03-26915184

Monday, March 15, 2010

PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.

Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhirmu di dunia dan hari terawalmu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan:

ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعتهن ففيهن فقر الأبد؟ يا بني لا غناء مثل العقل ولا فقر أشد من الجهل ولا وحشة أشد من العجب ولا أنس مثل حسن الخلق

“Adakah engkau hendak aku ajarkan empat ayat yang mana jika engkau menjaganya pasti engkau akan kaya selamanya dan sekiranya engkau sesiakannya pasti engkau akan faqir selamanya? Wahai anak ku tidak ada perkara yang lebih mengayakan daripada akal fikiran dan tidak ada yang memfakirkan lebih daripada kejahilan. Tidak ada yang lebih menggelisahkan daripada sifat perasan (rasa hebat) dan tidak ada yang menyeronokkan lebih daripada akhlak yang baik.”

Petikan daripada SINI

Thursday, March 11, 2010

Rasulullah manusia istimewa

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua. Artikel ini saya copy n paste daripada sini dan saya tambah /edit rujukan surah dengan meletakkan no surah supaya saya senang untuk saya rujuk.

SELAKU umat Islam, kita harus meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah manusia. Maknanya apa yang harus berlaku ke atas Nabi SAW harus juga berlaku ke atas manusia yang lain.

Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, mematikan atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Antara ayat-ayat al-Quran yang menerangkan hal ini adalah seperti di bawah:

1) Al-A'raf [8] : 188

"Katakanlah (Hai Muhammad), Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A'raf: 188)

2) Az-Zumar [39] : 30)

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad!) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al Zumar: 30)

Sesungguhnya Nabi SAW telah menyampaikan risalah dengan sempurna, menunaikan amanah, menasihati ummah, menghapuskan dukacita dan berjihad di jalan Allah sehingga kewafatan baginda SAW. Kemudian baginda kembali ke hadrat Tuhannya dalam keadaan redha dan diredhai.

Sifat 'ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat yang ada pada diri baginda SAW. Oleh kerana itu, baginda amat berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah".

Allah SWT telah menyifatkan nabi SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi kedudukan ketika Allah menceritakan anugerah Isra' kepada baginda sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya…(al-Isra [17] : 1)

Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan jin yang mendengar bacaan ayat al-Quran baginda di dalam solatnya) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al Jin [72] : 19)

Sifat manusiawi Nabi SAW inilah merupakan mukjizat baginya. Baginda SAW adalah manusia seperti manusia yang lain, tetapi baginda jelas jauh berbeza daripada manusia umum; tanpa ada seorang manusia pun yang dapat menandinginya atau menyamainya.

Baginda SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis sahih mengenai keistimewaan dirinya: "Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Aku tidur di sisi Tuhanku dalam keadaan diberi makan dan minum".

Dengan ini, jelaslah bahawa menyifatkan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa wajib disertai dengan keistimewaannya yang membezakannya daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.

Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan martabat dan kedudukan mereka.

Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang jahiliah.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami". (Hud [11] : 27)

Ayat yang lain adalah perkataan kaum Nabi Musa a.s dan Harun a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israel) menjadi orang-orang suruhan kita?" (al-Mukminun [23] : 47)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh kaum Thamud kepada nabi mereka, iaitu Nabi Saleh a.s, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam al-Quran: Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau daripada orang-orang yang benar. (al-Syu'ara' [26] : 154)

Hal yang sama pernah juga dilakukan oleh kaum Nabi Syuaib a.s yang memandang nabi mereka sebagai manusia biasa, bahkan sebagai seorang pendusta, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah melalui firman-Nya: Mereka berkata, "Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan pelaku sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini daripada orang-orang yang dusta. (al- Syu'ara' [26] : 185)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang musyrikin terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang nabi SAW sebagai manusia biasa, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Dan mereka pula berkata, "Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?" (al-Furqan [25] :7)

Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan dalam sabdanya tentang kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya dengan semulia-mulia sifat dan pelbagai perkara yang mencarik adat (mukjizat) yang membezakannya daripada manusia yang lain.

Di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW mengenai peribadinya di dalam hadis sahih: "Kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur".

Di dalam hadis sahih yang lain, nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihatmu dari depanku".

Baginda SAW juga bersabda: "Aku dianugerahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi."

Meskipun pada fizikalnya, baginda SAW telah wafat, tetapi baginda masih hidup dengan kehidupan Barzakhiyyah (di alam barzakh) secara sempurna. Baginda SAW dapat mendengar perkataan orang yang masih hidup di dunia dan mendengar salam mereka serta menjawabnya.

Bahkan, disampaikan kepada baginda SAW setiap selawat yang diucapkan kepada Baginda SAW dan juga diperlihatkan kepadanya segala amal perbuatan umatnya.

Keampunan

Baginda SAW berasa senang dan gembira dengan amal soleh orang-orang yang baik, dan sentiasa meminta keampunan bagi umatnya yang melakukan dosa. Sesungguhnya, Allah SWT telah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad nabi SAW yang sentiasa terpelihara daripada sebarang kerosakan dan pemusnah yang terdapat di dalam bumi.

Diriwayatkan daripada Aus ibn Aus r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya, di antara hari kamu yang paling mulia ialah hari Jumaat. Pada hari itulah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga beliau diwafatkan. Pada hari Jumaat juga, terjadinya tiupan sangkakala, dan pada hari itu juga terjadinya so'iqah (petir dahsyat atau Kiamat). Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada hari itu kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah selawat kami akan dipersembahkan kepadamu, padahal kamu telah binasa?" Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi ini daripada memamah jasad para Nabi". (riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan Imam Hakim mensahihkannya.)

Al Hafiz Imam Jalaluddin al Suyuti r.a menulis risalah khusus mengenai perkara ini yang bertajuk Anba' al Azkiya' bi Hayah al Anbiya' (Perkhabaran Orang Cerdik Pandai Mengenai Kehidupan Para Nabi).

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a, daripada Rasulullah SAW yang bersabda: "Kehidupanku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda SAW) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda SAW). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu kerana dibentangkan amalan kamu ke atasku. Apa yang aku lihat dari amalan itu baik, maka aku memuji Allah dan apa yang aku lihat dari amalan itu jahat, aku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu". (Al Haithami mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh al Bazzar, dan rijalnya adalah sahih)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang pun yang mengucapkan salam ke atasku kecuali Allah mengembalikan kepadaku rohku, sehingga aku (dapat) menjawab salamnya". (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Menurut sebahagian ulama, maksud Allah mengembalikan rohku adalah: "Allah mengembalikan kepadaku kemampuan berbicara".

Diriwayatkan pula daripada 'Ammar ibn Yasir r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT mewakilkan pada kuburku malaikat yang diberikan nama-nama makhluk kepadanya. Maka tidak ada seorang pun yang membaca selawat ke atasku hingga hari kiamat, melainkan dia menyampaikan kepadaku nama orang tersebut beserta nama ayahnya, "Ini Fulan ibn Fulan telah berselawat ke atasmu". (riwayat al Bazzar dan Abu al Sheikh Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa meskipun baginda telah wafat, tetapi kemuliaan, kedudukan dan pangkatnya yang tinggi di sisi Tuhannya tetap kekal dan tidak diragui lagi di sisi orang yang beriman.

Menganggap Nabi SAW sama sahaja dengan manusia yang lain pada semua keadaan dan sifat-sifat mereka adalah suatu tanggapan yang jelas salah dan kejahilan yang ditolak sama sekali oleh dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan sunnah.

Jika Nabi SAW tidak mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus, apakah hikmah dan faedah terpilihnya mereka menjadi nabi daripada manusia yang lain? Tidak ada salahnya kita memuliakan dan memuji baginda SAW. Malah sememangnya kita digalakkan memuji dan memuliakan nabi SAW lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran baginda SAW ini selagi ia tidak sampai menyamatarafkan baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.

Nota daripada kaca mata:

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Al-Ahzab [33] : 56)

Oleh itu marilah kita berselawat ke atas baginda saw setiap hari sebagai tambahan amalan kita selain yang diungkapkan dalam solat kita.

Tuesday, March 9, 2010

Sentiasalah mendoakan Kedua Orang tuamu

Bismillahirrahmanirrahim

Salam semua.

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak
kira masih hidup ataupun telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu
akan terbuka buat kamu...



Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan
wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA
ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua
mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan
lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......
Sumber: SINI

Sunday, March 7, 2010

Bagaimana sikap anda terhadap hamba-hamba Allah Swt. Begitulah Allah swt. Memperlakukan anda

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Swt. Tuhan semesta alam, shalawat dan salam kepada Rasulullah saw. nabi kita Muhammad saw., kepada keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya.

Dalam sebuah hadits Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah swt. Menyayangi hamba-hamba-Nya yang penyayang”. (HR. Bukhari).

Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)?

Siapa yang menyayangi makhluk (Allah Swt.) maka akan di sayangi oleh sang pencipta (Allah Swt.). Rasulullah saw. bersabda: ”Orang-orang yang penyayang akan di sayangi oleh Yang Maha Penyayang, sayangilah apa yang terdapat di muka bumi maka maka kalian akan di sayangi oleh apa yang terdapat di langit (penghuninya)”.(HR. Tirmidzi).

Perhatikanlah untuk selalu memberikan keringanan dan kemudahan untuk orang lain agar Allah swt. Memberikan keringanan buat anda.

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang memberikan kemudahan atas kesusahan seorang muslim, maka Allah Swt. Akan memberikan kemudahan buat dia atas kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat”.(HR. Bukhari).

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang menyelamatkan orang yang sedang kesusahan, maka Allah Swt. Akan membukakan (menyelamatkan) dia daripada kesusahan dari pada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat”. (HR. Ahmad).

Bantulah orang lain untuk memenuhi kebutuhan mereka (yang baik) maka anda akan mendapatkan pertolongan dari Allah Swt.

Rasulullah saw. bersabda: “Allah Swt. Akan senantiasa menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya”.

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang (memenuhi) kebutuhan saudaranya maka Allah Swt. Akan memenuhi kebutuhannya”.(HR. Muslim).

Permudahlah untuk orang yang tidak mampu…maka Allah Swt. Akan mempermudah kamu

Rasulullah saw. bersabda: ”Barangsiapa yang memberikan kemudahan kepada orang yang tidak mampu maka Allah Swt. Akan memberikan kemudahan untuknya di dunia dan akhirat”.(HR. Muslim).

Rasulullah saw. bersabda: ”Sebelum (masa) kalian (dulu) terdapat seorang pedagang yang memberikan piutang kepada orang lain, jika ia melihat (orang yang di hutanginya) tidak mampu untuk membayar (hutangnya) ia mengatakan kepada pegawainya: maafkanlah ia, semoga Allah Swt. Memaafkan (dosa-dosa) kita, kemudian Allah Swt. Memaafkan (dosa-dosa) nya”.(HR. Bukhari).

Bersikap ramahlah dengan hamba-hamba Allah Swt. Maka anda termasuk dari pada do’a Rasulullah saw.

“Ya Allah! Barangsiapa yang bersikap ramah dari umatku maka berilah kasih sayang untuknya, dan barangsiapa yang menyusahkan mereka maka susahkanlah mereka”.(HR. Ahmad).

Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt. Maha Lembut dan menyukai yang ramah atau yang berlemah lembut, dan Dia memberikan kepada orang yang bersikap ramah apa yang tidak Dia berikan kepada orang yang kejam”. (HR. Muslim).

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang (mengharamkan) keramahan (kelemah lembutan), maka dia tidak akan mendapatkan kebaikan”. (HR. Muslim).

Tutuplah (aib) orang lain maka Allah Swt. Akan menutupi aib anda

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah Swt. Akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat”. (HR. Muslim).

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang menutup aurat (aib) seorang saudaranya semuslim, maka Allah Swt. Akan menutupi auratnya (aibnya) pada hari kiamat”. (HR. Ibn Majah).

Maafkanlah kesalahan saudara anda… maka Allah Swt. Akan memaafkan kesalahan anda

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa memaafkan (kesalahan) seorang muslim, maka Allah Swt. Akan memaafkan kesalahannya”. (HR. Abu Daud).

Berikanlah makanan kepada orang-orang muslim, maka Allah Swt. Akan memberikan makanan (rezki) kepada anda.

Rasulullah saw. bersabda: “Siapapun dari seorang mukmin yang memberikan makanan kepada seorang mukmin karena kelaparan, maka Allah Swt. Akan memberikan makanan untuknya dari buah-buahan syurga”. (HR. Tirmidzi).

Berilah air minum kepada orang-orang muslim, maka Allah Swt. Akan memberi anda air minum

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa dari seorang mukmin yang memberikan air minum kepada seorang mukmin karena kehausan, maka Allah Swt. Akan memberinya air minum pada hari kiamat dari air anggur yang lazat”.(HR. Tirmidzi).

Berikanlah pakaian kepada orang-orang muslim, maka Allah Swt. Akan memberi pakaian kepada anda

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa daripada seorang mukmin yang memberikan pakaian kepada orang yang telanjang, maka Allah Swt. akan memberinya pakaian dari pada khadir syurga”. (HR. Tirmdizi).

Maka bagaimana anda bersikap kepada hamba-hamba Allah Swt., begitupun Allah Swt. Akan memperlakukan anda, maka silahkan anda memilih untuk diri anda suatu keadaan yang Allah akan memperlakukan anda seperti perlakuan anda, bersikaplah (berinteraksilah) kepada hamba-hamba Allah, dengan hal itu anda akan mendapatkan balasannya.

Berhatilah-hatilah dari menyakiti orang lain, karena Allah Swt. Akan menyiksa anda

Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt. Akan menyiksa orang-orang yang menyiksa manusia di dunia”.(HR. Tirmidzi).

Allah Swt. Berfirman: “Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu daripada (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya..”. (QS. Al Baqarah: 49).

Dan dalam surah yang lain Allah Swt. Berfirman: “…dan pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”.

Balasan sesuai dengan jenis pekerjaan

Allah Swt. Akan memperlakukan seorang hamba sebagaimana seorang hamba memperlakukan (saudaranya) hamba-hamba yang lain, maka perlakukanlah hamba-hamba Allah Swt dengan perlakuan yang anda sukai Allah Swt. memperlakukan anda seperti perlakuan itu. Maka bersikap ramahlah kepada hamba-hamba Allah Swt. Maka Allah Swt. Akan memperlakukan anda seperti itu.

Allah Swt. Berfirman: “…dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (At Taghaabun: 14).

Dan dalam surah yang lain Allah Swt. Berfirman: “…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang, apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. An Nuur: 22).

Berhati-hatilah dari mempersulit hamba-hamba Allah Swt.

Maka anda akan termasuk dari do’a Rasulullah saw.: “Ya Allah! Barangsiapa yang memimpin dari urusan umatku sedikitpun, kemudian dia mempersulit mereka maka persulitlah ia, dan barangsiapa yang memimpin dari urusan umatku sedikitpun lalu ia bersikap ramah dengan mereka maka kasihilah ia”. (HR. Muslim).

Jangan anda menyakiti orang-orang muslim yang lain dengan mencari-cari aib mereka

Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang mencari-cari aib saudaranya semuslim yang lain maka Allah akan menyelidiki aibnya, dan barangsiapa yang di selidiki oleh Allah Swt. Aibnya maka akan di ekspose (aibnya) sekalipun dia berada di dalam (koper) pejalanannya”. (HR. Tirmidzi).

“Dan barangsiapa yang mengungkap aurat (aib) saudaranya semuslim, maka Allah Swt. Akan mengungkap auratnya (aibnya) sampai Allah Swt. Akan mencemarkan aibnya di rumahnya”.( HR. Ibn Majah).

Jangan anda menahan kasih sayang anda terhadap orang lain

Sebab Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang tidak menyayangi manusia maka Allah swt. Tidak akan menyayanginya”.(HR. Muslim).

Bagaimanapun sikap anda terhadap seseorang, maka anda akan mendapat balasannya yang setimpal dari Allah Swt.

Bersungguh-sungguhlah, (semoga Allah swt. Memberikan taufik untuk anda!) untuk memberikan manfaat untuk hamba-hamba Allah Swt., sebagai bentuk ketaatan terhadap sabda Rasulullah saw. : “Barangsiapa daripada kalian yang mampu untuk memberikan manfaat bagi saudaranya maka lakukanlah!”. (HR. Muslim).

Dan berbuat baiklah kepada mereka, sesungguhnya Allah Swt. Menyukai orang-orang yang berbuat baik. Jadilah orang yang bersikap ramah dan lemah lembut kepada mereka.

Rasulullah saw. bersabda: “Akan diharamkan untuk masuk neraka setiap orang yang berlemah lembut, ramah dan mempermudah (masalah) daripada manusia’.

Maafkan mereka, ampuni mereka, semoga Allah Swt. mengampuni anda, sesungguhnya Allah swt. tidak akan menyia-nyiakan orang yang berbuat kebaikan.

Dan penutup do’a kami ialah: alhamdulillah rabbil ‘aalamin”. Artinya: segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Sahalawat dan salam kepada baginda Nabi kita Muhammad saw., kepada keluarganya dan kepada seluruh sahabatnya.!!!

Sumber: SINI

Friday, March 5, 2010

Keganasan Rumahtangga

Bismillahirrahmanirrahim.

RUMAH tangga adalah tempat berteduh dan tempat untuk meraih sejuta kedamaian dan kasih sayang. Islam sebagai ad-Din yang sempurna mengatur dan mengurus bagaimana mewujudkan kebahagiaan, selain menciptakan rumah tangga. Allah SWT berfirman:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar-Ruum [ 30 ] : 21)

Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda bermaksud: "Baiti Jannati" (Rumahku Syurgaku). Rumah tangga yang ditemukan kedamaian, bersenang hati (sakinah), kasih sayang (mawwadah), dan rahmah (belas kasihan) diibaratkan seperti syurga dunia.

Imam Hasan al-Banna mengatakan dalam wasiatnya:

"Jangan tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar, kerana hal demikian adalah perbuatan bodoh dan mengganggu orang lain."

Suara tinggi atau keras dalam percakapan, berbantah-bantahan, ketawa terbahak-bahak atau suara menengking yang kuat adalah hal yang sensitif. Ini akan mendorong tercetusnya perselisihan faham dan pergaduhan dalam rumah tangga. Ini bukanlah daripada etika dalam Islam.

Dalam rumah tangga Islam, tentu penghuninya selalu berusaha menerapkan etika Islam dalam bermuamalah sesama anggota dan jiran tetangganya, menjaga kesopanan dalam bercakap, menghormati hak orang lain dan menjaga rahsia dalam rumah tangganya.

Kebahagiaan hidup berkeluarga hanya dapat dicapai jika suami isteri melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tanggungjawab suami.

  • Suami sebagai ketua keluarga bertanggungjawab memimpin isteri dan orang dalam tanggungannya mentaati Allah serta Rasul-Nya selain melaksanakan tuntutan ibadat dan memelihara daripada perbuatan maksiat dan dosa.
  • Suami wajib memberi nafkah secukupnya dengan kadar termampu seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan keluarganya.

Tanggungjawab isteri.

  • Isteri pula wajib mentaati suami (selagi tidak menyuruh yang haram) serta berkhidmat dan memelihara kebajikan rumah tangga dan anak.

Tanggungjawab suami isteri.

Rasulullah bersabda bermaksud:

"Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumah tangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya." (Hadis riwayat Bukhari)
Jelas, keluarga yang tidak berasaskan pendidikan dan ajaran Islam boleh mengundang pelbagai masalah, konflik, tiada persefahaman, penderaan dan pergaduhan. Akhirnya, berlaku keganasan dalam rumah tangga bahkan terjadi pembunuhan yang menyayat hati.

Keganasan rumah tangga adalah perbuatan kejam terhadap ahlinya. Kes itu timbul dengan pelbagai sebab antara lain kerana tidak memberi nafkah kewangan dan keperluan asasi lainnya. Juga, keganasan emosi untuk memalukan atau membalas dendam terhadap seseorang.

Keganasan fizikal seperti menyebabkan kecederaan dan kematian, meninggalkan mangsa di tempat berbahaya, memukul dan sebagainya, menyekat mereka berjumpa keluarga dan saudara, terbabit orang luar bersubahat untuk mencederakan mangsa dan lain-lain.

Daripada kes dilaporkan menunjukkan kadar peningkatan dari tahun ke setahun terhadap penderaan kanak-kanak dan isteri. Keganasan rumah tangga berlaku berikutan dipengaruhi pelbagai faktor antaranya pengalaman pelaku sendiri, keluarga, rakan, masyarakat dan keadaan persekitaran.

Keganasan berlaku akibat tekanan emosi dan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap isteri dan anak atau ahli keluarga lain. Sesetengah kes bagaimanapun disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana takut dan malu. Jiran pula bersikap acuh tak acuh kerana menyifatkan itu masalah peribadi dan keluarga terbabit dan tiada kaitan dengan mereka.

Semua pihak perlu memainkan peranan mencegah keganasan berterusan dalam rumah tangga supaya tidak bertambah teruk dan merebak menjadi virus yang mengancam masyarakat. Pihak terbabit seperti kementerian, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan masyarakat juga perlu bekerjasama menangani masalah itu.

Pada masa sama, orang yang melakukan keganasan hendaklah bertaubat dan memperbaiki diri sendiri kerana pengabaian tanggungjawab kepada keluarga dan rumah tangga adalah penganiayaan pada dirinya sendiri selain dosanya besar dan berat. Setiap perkahwinan perlu diikat dengan perasaan kasih sayang, hormat menghormati, bantu membantu, sikap tolak ansur dan tanggungjawab dalam semua perkara.

Suami sebagai pemimpin, pelindung dan tempat bergantung perlu menjalankan tanggungjawab melindungi anak, isteri dan lain-lain. Rasulullah adalah contoh terbaik sebagai seorang suami bertanggungjawab mengasihi dan menyayangi ahli keluarganya.

Sumber dgn sedikit edit : Sini
Sumber gambar : Sini

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)