قَالاَ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A'raaf [7] : 23)
Doa di atas diucapkan oleh Nabi Adam as dan Hawa' kerana telah melanggar larangan Allah daripada mendekati pohon yang terlarang, lalu mereka berdua dikeluarkan daripada syurga.
قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Qasas [28] : 16)
Doa yang kedua ini adalah doa yang diucapkan oleh Nabi Musa as, setelah mengambil tindakan yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang pemuda Mesir yakni kaum Firaun. Kejadian ini berlaku setelah seorang daripada kaum Bani Israel bergaduh dengan seorang daripada kaum Firaun. Dalam kejadian itu Nabi Musa as dengan tidak sengaja menyebabkan pemuda Mesir itu terbunuh.
لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
".. tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" (Al-Anbiya' [21] : 87).
Doa yang ketiga ini pula diucapkan oleh Nabi Yunus as sewaktu baginda berada di dalam perut ikan. Kita dapat menggambarkan peristiwa pahit yang dialami oleh Nabi Yunus as ketika berada dalam dua kegelapan yakni gelap dalam perut ikan dan gelap dalam laut. Ini berlaku selepas baginda melarikan diri daripada kaumnya dan dibuang ke dalam laut selepas diundi.
Apa yang perlu kita ketahui bahawa para anbiya' adalah maksum iaitu dipelihara oleh Allah swt; namun kisah yang terjadi kepada Nabi Adam as, nabi Musa as dan nabi Yunus ini sengaja dirancang oleh Allah swt supaya menjadi contoh kepada manusia.
Dalam doa-doa di atas kita dapati ialah para anbiya' ini mengaku akan kesalahan mereka, mereka merendahkan diri dan menyalahkan diri mereka dan memohon pertolongan daripada Allah swt kerana menyedari bahawa hanya Allah yang boleh memaafkan kesalahan dan memberi pertolongan. Dapatlah kita contohi iaitu apabila kita menyedari kita berbuat kesalahan cepat-cepatlah memohon ampun dan berdoa dengan menghinakan diri di hadapan Allah swt. Janganlah jadi seperti Iblis, dia sedar dia telah melakukan kesalahan dan dia sedar bahawa Allah boleh menunaikan apa sahaja hajatnya dia memohon untuk ditangguhkan masa matinya untuk menyesatkan manusia dan dia juga menuduh Allah menjadikan dia sesat yang bererti dia ingin terus melakukan dosa hingga ke hari kiamat.
Dalam doa-doa di atas kita dapati ialah para anbiya' ini mengaku akan kesalahan mereka, mereka merendahkan diri dan menyalahkan diri mereka dan memohon pertolongan daripada Allah swt kerana menyedari bahawa hanya Allah yang boleh memaafkan kesalahan dan memberi pertolongan. Dapatlah kita contohi iaitu apabila kita menyedari kita berbuat kesalahan cepat-cepatlah memohon ampun dan berdoa dengan menghinakan diri di hadapan Allah swt. Janganlah jadi seperti Iblis, dia sedar dia telah melakukan kesalahan dan dia sedar bahawa Allah boleh menunaikan apa sahaja hajatnya dia memohon untuk ditangguhkan masa matinya untuk menyesatkan manusia dan dia juga menuduh Allah menjadikan dia sesat yang bererti dia ingin terus melakukan dosa hingga ke hari kiamat.
Pengakuan secara telus oleh para Nabi ini, menunjukkan bahawa kita manusia ini sudah pasti banyak melakukan kesalahan atau kezaliman, sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Oleh itu sayugia kita contohi cara berdoa yang ditunjukkan oleh Allah swt dalam ayat-ayat al-Quran.
Antara contoh-contoh ; dikatakan zalim ialah apabila melakukan perkara-perkara berikut:
Zalim sebagai seorang Muslim.
- Tidak belajar secara mendalam fardhu 'ain.
- Tidak solat berjemaah.
- Tidak solat kerana sibuk bekerja.
- Tidak mengenali jiran tetangga
- Tidak menguasai ilmu dengan baik.
- Tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh al-quran dan sunnah.
- dan banyak lagi....
Zalim sebagai seorang suami.
- Tidak memberi pendidikan agama kpd isteri.
- Tidak menegur isteri yang melanggar perintah agama.
- Membiarkan isteri bergaul dengan bukan mahram.
- Membiarkan isteri tidak menutup aurat bila keluar rumah.
Zalim sebagai seorang ayah.
- Tidak memberi pendidikan agama.
- Membiarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
- Membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup aurat.
Zalim seorang pemimpin/ketua.
- Tidak membenarkan orang bawahan solat Jumaat.
- Tidak menegur orang bawahan yang meninggalkan solat.
- Tidak menerapkan nilai-nilai hidup beragama di kalangan pekerja-pekerja.
Zalim sebagai seorang anak.
- Derhaka kepada orang tua.
- Bercakap kasar.
- tidak mendoakan orang tua.
- Membiarkan orang tua hidup susah.
- dan banyak lagi...
Sebagai seorang Muslim yang beriman hendaklah selalu menginsafi diri, muhasabah diri, yakni selalulah bertanya adakah aku ini di kalangan orang-orang menzalimi diri sendiri atau menzalimi diri orang lain dan selalulah beristighfar, bertaubat dan berdoa mengikut tatacara yang betul. Semoga kita terpelihara daripada terjerumus ke dalam siksa yang pedih.
No comments:
Post a Comment