Bismillahirrahmanirrahim.
Salam semua.
رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml [27 ] : 19).
Menurut tafsir ayat ini adalah doa Nabi Sulaiman as yang diungkapkannya setelah baginda mendengar kata-kata ratu semut kepada semut-semut lain supaya mengelakkan diri daripada dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman as.
Nabi Sulaiman dianugerahi kurniaan yang banyak oleh Allah yakni kerajaan, menguasai jin dan manusia yang menjadi bala tenteranya; serta boleh memahami bahasa unggas dan serangga. Nabi Daud as adalah bapa kepada Nabi Sulaiman, baginda juga mendapat anugerah yang banyak daripada Allah swt.
Oleh itu sebagai ucapan rasa syukurnya Nabi Sulaiman as berdoa supaya Allah memberi ilham kepadanya; supaya menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur. Kalimat 'AUZI'NI dalam ayat itu bermaksud 'distribution' yakni boleh difahami bahawa Nabi Sulaiman as berdoa dengan berkata; "Wahai Tuhanku, berilah aku ilham supaya aku dapat mengagihkan kekayaan atau nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dengan baik. Maksudnya jika 'nikmat' itu berupa harta kekayaan, mudah2an baginda dapat kongsikan dengan orang-orang yang memerlukan, jika baginda sihat dapatlah digunakan untuk melakukan amal soleh, begitu juga jika 'nikmat' itu berupa masa yang dikurniakan dapatlah digunakan dengan melakukan amal ibadat yang sempurna yakni tidak membuang masa kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Sayugialah kita berdoa sebagaimana doa Nabi Suliman as ini supaya kita juga diberi kelapangan untuk menggunakan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan menjadikan kita orang-orang yang BERSYUKUR. Semoga dengan itu dapatlah kelak kita diterima ke dalam golongan orang-orang soleh terdahulu iaitu para nabi dan para rasul yang terpilih dan juga orang-orang yang berbuat baik dan meningglkan segala larangan Allah swt.

No comments:
Post a Comment