BUDAK-budak zaman sekarang ni degil dan pelik-pelik. Ada yang membelakangkan mak ayah dan keluarga, disebabkan cinta dan impian. Peluang ke sekolah dan belajar disia-siakan. Ada yang tidak belajar bersungguh-sungguh.
Kadang-kadang lebih menyusahkan jika melakukan perkara-perkara tidak baik seperti merokok, ponteng sekolah, mencuri dan lain-lain, sedangkan masih bersekolah. Ada pula yang terlanjur, kemudian anak dibuang tanpa belas kasihan.
Remaja hidup terumbang-ambing tanpa tujuan hidup, bukan salah kemajuan. Jika ada didikan yang sempurna daripada keluarga dan masyarakat, anak-anak akan dewasa dengan matang, berketerampilan dan mempunyai matlamat hidup yang lurus.
Rujuk kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu "bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka".
Bahkan Saidina Umar juga mengatakan bahawa kita mesti mendidik anak mengikut zaman mereka. Tetapi itulah yang sering dilupai ibu bapa.
Sewajarnya ibu bapa patut bermuhasabah dan merenung kembali cara didikan dan pengawalan terhadap anak-anak mereka. Iya, keadaan semakin mencabar dengan kemajuan teknologi, tetapi dengan adanya kekebalan iman serta ingatan daripada ibu bapa, insya-Allah anak-anak tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar.
Boleh baca detail dengan klik Berusaha Mendidik Remaja Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
No comments:
Post a Comment