Friday, April 30, 2010

Kualiti JIwa Bukan Kualiti Harta


Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ini disalin dan ditampal daripada Genta Rasa. Semoga menjadi pedoman dan pengajaran. InsyaAllah.

Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa. Semua orang pernah mendengar ungkapan ini. Namun, berapa kerat yang memahami tuntutannya? Dan berpada kerat pula yang telah menunaikan tuntutannya? Ibu-bapa yang telah tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.

Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.

Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.

Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.

Berapa ramai penulis yang “terbantut” idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibu-bapanya?

Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”

Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya. Lupakah kita kepada Juraij, seorang yang amat soleh (rajin uzlah dan beribadah) tetapi tertimpa malapetaka fitnah kerana tidak disenangi oleh ibunya.

Gara-gara begitu asyik dengan solat sunat, Juraij tidak menyahut panggilan ibunya. Ibunya sungguh terasa hati menyebabkan dia berdoa agar Juraij ditimpa fitnah. Benar, tidak lama kemudian Juraij difitnah berzina dengan perempuan jahat menyebabkan dia dihina dan disakiti oleh penduduk-penduduk setempat. Itulah bahananya mengecilkan hati ibu. Justeru, dari segi hukumnya, ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang. Kenapa? Padahal solat itu hubungan dengan Allah, sedangkan menyahut panggilan ibu bapa itu hubungan sesama manusia? Apakah hak manusia lebih besar daripada hak Allah?

Tidak, bukan begitu. Sebenarnya itu didikan daripada Allah jua, agar seorang anak menjaga hubungan dengan ibu-bapanya semasa berhubung dengan Allah. Taat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ada kalanya dirangkaikan dalam ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Ya, jangan sampai mengejar cinta Allah, dengan mengabaikan cinta terhadap ibu-bapa. Yang setepatnya ialah cintailah ibu-bapa kerana mencari cinta Allah!

Bayangkan jika manusia sesoleh Juraij pun boleh ditimpa kesusahan kerana kesalahan yang boleh dikatakan kecil (berbanding kederhakaan anak-anak zaman ini) terhadap ibunya, apalagi kita. Kebaikan kita tidaklah setinggi dan sebanyak Juraij, sebaliknya kesalahan kita terhadap ibu-bapa kita lebih banyak daripadanya… Bila-bila sahaja kita boleh ditimpa malapetaka akibat kederhakaan ini. Dan mungkin kita tidak sedar, malapetaka itu telah pun menimpa kita.

Intai-intai dan telitilah kembali jalan hidup yang telah, sedang dan akan kita susuri ini. Berapa banyak halangan dan hambatan yang datang melanda. Berapa banyak kali kita kecundang? Apa yang dirancang kekadang sering tidak “menjadi”. Malang dan bencana datang timpa menimpa. Dicari sebabnya, dikaji puncanya, seakan-akan tidak terjumpa… mana tahu semuanya bahana derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Dosa kita pada yang lain masih adalah istilah nanti dan tunggu. Tetapi dosa kepada ibu-bapa akan dibalas segera dan tiba-tiba. Sesetengah orang, hanya kerana dia telah menghulurkan bantuan ratusan malah ribuan ringgit sebulan kepada ibu-bapanya, dia telah menunaikan tanggungjawab… Jadi apabila ibu-bapanya “bersuara” sedikit, sudah berani dia membentak. Apa yang tidak cukup lagi? Apa lagi yang ibu hendak? Apa lagi yang bapa tidak puas hati?

Ingatlah, wang ringgit dan harta benda tidak akan mampu membalas jasa atau menebus bakti kedua orang tua kita. Bukan semua perkara dalam kehidupan ini boleh dibeli. Banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini tidak boleh dinilai oleh kuantiti material dan fizikal yang kita ada. Antaranya, jasa dan bakti kedua ibu-bapa. Ia hanya boleh “dibayar” oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta.

Maksudnya, budi hanya dapat dibayar oleh budi. Jasa dengan jasa. Budi baik dan akhlak kita yang cantik sahaja dapat menyenangkan hati orang tua pada usia senja mereka. Layani mereka dengan baik, dengarlah cerita mereka (walaupun telah diulang berkali-kali), duduk berbual dengan mereka, membelai atau mengurut badan mereka dan yang paling penting sering menziarahi dan sentiasa berdoa untuk mereka.

Jangan lupa, satu hari kita juga akan melalui apa yang sedang lalui kini. Kita akan mencecah gerbang tua dan mengecap sisa-sisa umur dengan payah dan lelah seperti mereka… bagaimana kita saat itu? Tentukanlah nasib kita itu pada hari ini. Bagaimana? Taat, layan dan belai dengan penuh kasih sayang orang tua kita pada hari ini, insya-Allah anak-anak kita akan mengamalkan sikap yang sama terhadap kita pada akhir nanti.

Cerita dan nasihat ini bukan pertama kali kita dengar… tetapi semuanya diulang lagi kerana kita sering mengabaikan apa yang sering kita dengar. Kita sering menjadi umpama kelekatu yang melanggar lampu yang bercahaya sedangkan di bawahnya sudah begitu banyak kelekatu lain yang terkorban. Berapa banyak ikon anak derhaka dalam cerita rakyat seperti Sitanggang mahupun Malim Kundang yang kita benci dan caci, ironinya kita menjejak mereka tanpa kita sedari.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?

Jika anda bertanya begitu, sila ulang baca ayat pertama pada awal tulisan ini!

Wednesday, April 28, 2010

Surah Al-Haaqqah (Hari Kiamat) - Bacaan Sambil Menangis



Salam Semua.

Al-Haaqqah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Saat yang tetap berlaku itu. (1) Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat). (3) Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (4) Maka (masing-masing menerima azab dunianya), adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya. (5) Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. (6) Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. (7) Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? (8) Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan, dengan melakukan perkara-perkara yang salah. (9) Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah. (10) Sesungguhnya Kami, ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya). (11) (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran. (12) Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup. (13) Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur. (14) Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. (15) Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh). (16) Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. (17) Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi. (18) Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! (19) Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)! (20) Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. (21) Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya). (22) Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (23) (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)! (24) Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku. (25) Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. (26) Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi). (27) Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun. (28) Kuat kuasaku (dan hujah-hujahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku. (29) (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia. (30) Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim. (31) Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! (32) Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. (33) Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. (34) Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya). (35) Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur. (36) Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah. (37) Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya. (38) Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya. (39) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. (40) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. (41) Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (42) (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (43) Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta (sebarang kata-kata rekaan). (44) Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. (45) Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta). (46) Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. (47) Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertakwa. (48) Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya). (49) Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan). (50) Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya). (51) Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (52)

Tuesday, April 27, 2010

Lebih Ajaib Daripada 7 Keajaiban Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.

Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Ka'abah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir, adalah semua keajaiban dunia yang kita ketahui.


Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib. Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Tujuh keajaiban dunia itu adalah:

• HAIWAN BERBICARA PADA AKHIR ZAMAN

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk daripada tanda-tanda kekuasaaNya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berpendapat tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar Pada akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah menggantikan agama Allah dengan peraturan sendiri, maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon kabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu".[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar pada akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang terdekat. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda;

"Sesungguhnya tidak akan berlaku hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

• POHON KURMA YANG MENANGIS

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi pada zaman Rasulullah - Shollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya:

Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata: "Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta daripada pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut" .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata, "Dulu Nabi - Shallallahu ‘alaihi wa sallam - berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)". [HR. AlBukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

• BATU MEMBERI SALAM

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tetapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Daripada Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah - Shollallahu ‘alaihi wasallam - bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang".[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].

• PENGADUAN SEEKOR UNTA

Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Daripada perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat dikesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata, “Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “unta itu milikku, wahai Rasulullah”.

Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahwa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

• KESAKSIAN KAMBING PANGGANG

Kalau binatang yang masih hidup bisa berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

"Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- menerima hadiah, dan tidak mau makan sedekah. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin Ma’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu". Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,"Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus". [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

• BATU YANG BERBICARA

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu daripada Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,

"Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, "Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat".[Lihat Fathul Bari (6/610)]

• SEMUT MEMBERI ARAHAN

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktion tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiktion belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Karena (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan menghairankan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerena itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang mantap di hati kaum muslimin

Sumber : SINI

Monday, April 26, 2010

Wanita Pengukir Sejarah

Bismillahirrahmanirrahim.

Wanita Pengukir Sejarah:

Aisyah binti Abu Bakar

Nama lengkapnya Aisyah binti Abi Bakar bin Utsman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelari Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). la juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, karena warna kulitnya sangat putih.

la dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian. la menceritakan, bahwa Nabi pernah mengatakan kepadanya, “Aku bermimpi melihat kamu sebanyak dua kali. Malaikat datang kepadaku dengan membawa selembar kain sutra (foto) sambil berkata, “Inilah istrimu, maka bukalah penutup wajahnya!” Setelah kubuka, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata, “Sekiranya perkara ini datangnya dari Allah, pasti ia terlaksana.” (HR. Al-Bukhari)

Pada saat Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham.

Keistimewaan Aisyah RA:

a. Aisyah adalah istri yang paling dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadits dari Beliau. Ia merawikan 2210 hadits, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.

b. Ia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Ia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastra dan agama. Banyak pembesar sahabat yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah fiqih, dan ia pun menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.

c. Wanita yang dinyatakan kesuciannya dalam Al Qur’an. Kecintaan Rasulullah kepada Aisyah pernah menimbulkan kecemburuan di hati sebagian orang. Mereka menuduh Aisyah berbuat zina, padahal ia adalah wanita yang senantiasa menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Allah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut di dalam Kitab-Nya.

d. Tentang Aisyah, Rasulullah pernah mengatakan, “Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita yang lainnya adalah seperti keutamaan tsarid (makanan yang terdiri dari roti dan daging) atas makanan lainnya.” (HR. Al-Bukhari)

e. Ketika Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sakit, Beliau meminta izin kepada istri-istrinya agar Beliau dirawat di rumah Aisyah.

f. Amr bin Ash pernah bertanya kepada Rasul, “Siapakah orang yang paling Anda cintai?” Beliau menjawab, “Aisyah”. “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. “Ayahnya, Abu Bakar”, jawab Beliau. “Kemudian siapa?” tanya Amr. “Umar bin Khaththab”, jawab Beliau.” (HR. Al-Bukhari)

g. Satu-satunya wanita yang dinikahi Rasulullah yang masih gadis.

h. Aisyah adalah wanita terkemuka dengan segudang keistimewaan, terkemuka dalam kedermawanan, kezuhudan dan sifat-sifat yang mulia.

i. Jibril as. memberi salam kepadanya

Ibnu Syihab menyatakan bahwa Abu Usamah berkata, “Sesungguhnya “Aisyah RA. pernah mengungkapkan bahwa pada suatu hari Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Hai ‘Aisyah, ini Jibril. la mengucapkan salam kepadamu.” ’Aisyah membalas, “Wa ‘alaihis Salaam wa Rahmatullah wa Barakaatuh (semoga Jibril juga mendapat kesejahteraan, limpahan kasih sayang dan berkah dari Allah), Engkau (Rasulullah SAW) melihat sesuatu yang tidak dapat kulihat.” (Muttafaq ‘alaih)

j. Wahyu turun saat Nabi berselimut bersama Aisyah

”….Demi Allah sesungguhnya Allah tidak pernah menurunkan wahyu ketika aku sedang dalam satu selimut dengan siapapun di antara kalian (istri-istri Nabi), selain Aisyah”. (HR Bukhari)

k. Wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.

Sumber : dakwatuna.com

Saturday, April 24, 2010

Pengelompokan Manusia


Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam Surah al-Baqarah (ayat 1 - 11) Allah SWT membahagikan manusia kepada tiga kelompok, iaitu :

Pertama: Orang Bertaqwa (Muttaqin)

Kedua : Orang Kafir (Kafirun)

Ketiga: Orang Munafiq (Munafiqun).

Tanda bagi setiap kelompok itu dijelaskan oleh Allah SWT dalam ayat-ayat tersebut.

Ayat 1-5 : Tanda-Tanda Orang Bertaqwa

Ayat 6-7 : Tanda-Tanda Orang Kafir

Ayat 8-11 : Tanda Tanda Orang Munafiq

Wednesday, April 21, 2010

Hasad Dengki Dilarang


Bismillahirrahmaniirahim.

Dulu ada satu kisah.

Tentang orang salih dengan raja dan seorang yang pendengki.

Diriwayatkan hubungan antara orang salih dengan raja amatlah rapat. Orang salih selalu memberi nasihat kepada raja.

Antara nasihat yang diberikan ialah; "Berbuat baiklah kepada orang yang berbuat baik kerana seseorang yang berbuat jahat akan binasa oleh kejahatannya sendiri."

Pendengki yang sangat dengki akan hubungan baik antara orang salih dan raja ini, mencari jalan untuk merenggangkan hubungan mereka.

Lalu tiba-tiba si pendengki ini berusaha; dia bertemu raja dan berkata kepada raja : "Orang salih itu berkata bahawa mulut tuanku berbau busuk; jika tuanku hendak buktikannya, tuanku boleh buktikannya apabila dia mendekati tuanku dia akan menutup hidungnya kerana tidak tahan dengan bau mulut tuanku".

Raja menjawab : "Pulanglah kamu dan aku akan pastikan perkara ini".

Pendengki tadi pulang dan menjemput orang salih ke rumahnya. Dijamunya makanan yang banyak bawang putih. Orang salih tidak menolak kerana menolak rezeki itu tidak baik.

Setelah makan, berkunjunglah orang salih itu untuk bertemu raja seperti biasa.

Setelah sampai duduklah dia, dan raja memanggilnya : "Kemarilah hampir ke sini".

Orang salih menghampiri raja, tangannya menutup menulut supaya raja tidak terbau mulutnya yang berbau bawang putih itu.

Raja mengganggap bahawa apa yang dikatakan oleh pendengki tadi adalah benar. Raja rasa kecewa lalu dengan segera mengambil pen dan kertas dan menulis.

Orang salih hairan kerana selalunya raja tidak menulis sendiri kecuali jika itu merupakan hadiah atau barang yang berharga.

Raja menyuruh orang salih menghantarkan surat itu kepada amil. Ditengah perjalanan pendengki bertanya : "Apakah surat itu?"

Orang salih menjawab : "Surat raja untuk disampaikan kepada amil".

"Berikan saja kepadaku, biar aku yang hantarkannya". Kata pendengki.

Dengan ragu-ragu orang saleh menyerahkan surat itu kepada pendengki.

Sebaik sahaja pendengki menyerahkan surat itu kepada amil, amil membukanya.

Amil berkata; "Dalam surat ini raja menyuruhku membunuhmu, mengupas kulitmu dan hantarkan kepada raja"

Amil menyambung lagi; "Perintah raja tidak boleh dibantah".

Lalu pendengki itu dibunuh dan kulitnya dikupas dan dihantar kepada raja.

Keseokan harinya apabila orang salih datang bertemu raja seperti biasa, kehairananlah raja dan bertanyalah raja tentang surat yang dihantar kepada amil semalam.

Jawab orang salih, surat itu diminta oleh seseorang (pendengki) dan dia beriya-iya sangat untuk menghantarnya.

Lalu raja bertanya, : "benarkah kamu berkata mulutku berbau busuk?" Lalu jawab orang salih; "Tidak". Bertanya lagi raja ; "Lalu kenapa kamu menutup hidungmu?" Jawab orang salih ; "Ketika itu saya baru saja dijamu makan oleh orang yang menghantar surat tuanku kepada amil, makanannya banyak mengandungi bawang putih, sehinggakan saya tidak sedap hati jika tuanku terhidu baunya, lalu saya menutup mulut saya".

Raja berkata ; "Benar ajaran nasihatmu, orang yang jahat pasti binasa dengan kejahatannya sendiri".

Sunday, April 18, 2010

Jeritan Remaja Untuk Palestin

Bismillahirrahmanirrahim.



Terkesankah kita? Mudah2an menyentuh jiwa dan fikiran kita dan menggerakkan usaha yang termampu serta mendoakan keamanan datang segera.

Saturday, April 17, 2010

Nyamuk

Salam Semua.

Kita sering menyangka nyamuk adalah seekor haiwan terbang. Sebenarnya, nyamuk menghabiskan peringkat pembentukannya di bawah air dan keluar daripada air melalui satu "bentuk" istimewa yang dihasilkan dengan semua organ-organ yang diperlukannya.

Nyamuk mula terbang dengan sistem pengesan pada punggungnya untuk mengesan kedudukan mangsa. Dengan sistem-sistem ini, ia seperti sebuah kapal terbang perang yang dilengkapi dengan pengesan kepanasan, gas, kelembapan dan bauan. Malah ia juga mempunyai kelebihan untuk "melihat bersesuaian dengan suhu", ia membantu nyamuk mengesan mangsanya walaupun di dalam gelap gelita.

Teknik "menghisap darah" nyamuk juga memiliki sistem yang kompleks. Dengan sistem enam pisau pemotong, ia memotong kulit seperti sebilah gergaji. Ketika proses pemotongan ini berjalan, satu perembes yang merembeskan ke arah luka tersebut akan mengebaskan tisu-tisunya dan orang tersebut tidak akan menyedari darahnya sedang disedut. Perembes ini juga, pada masa yang sama, menghalang pembekuan darah dan membantu meneruskan proses penyedutan.

Dengan kehilangan walau satu daripada sistem-sistem ini, nyamuk tidak akan dapat menghisap darah dan meneruskan generasinya. Dengan rekaannya yang istimewa, makhluk kecil ini merupakan satu bukti tanda Penciptaan. Di dalam al-Quran, nyamuk telah ditegaskan sebagai satu contoh yang membuktikan kewujudan Allah kepada manusia untuk memahaminya:

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Surah Al-Baqarah:26)

Harun Yahya : Penipuan Evolusi

Menangani masalah Remaja

BUDAK-budak zaman sekarang ni degil dan pelik-pelik. Ada yang membelakangkan mak ayah dan keluarga, disebabkan cinta dan impian. Peluang ke sekolah dan belajar disia-siakan. Ada yang tidak belajar bersungguh-sungguh.

Kadang-kadang lebih menyusahkan jika melakukan perkara-perkara tidak baik seperti merokok, ponteng sekolah, mencuri dan lain-lain, sedangkan masih bersekolah. Ada pula yang terlanjur, kemudian anak dibuang tanpa belas kasihan.

Remaja hidup terumbang-ambing tanpa tujuan hidup, bukan salah kemajuan. Jika ada didikan yang sempurna daripada keluarga dan masyarakat, anak-anak akan dewasa dengan matang, berketerampilan dan mempunyai matlamat hidup yang lurus.

Rujuk kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu "bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka".

Bahkan Saidina Umar juga mengatakan bahawa kita mesti mendidik anak mengikut zaman mereka. Tetapi itulah yang sering dilupai ibu bapa.

Sewajarnya ibu bapa patut bermuhasabah dan merenung kembali cara didikan dan pengawalan terhadap anak-anak mereka. Iya, keadaan semakin mencabar dengan kemajuan teknologi, tetapi dengan adanya kekebalan iman serta ingatan daripada ibu bapa, insya-Allah anak-anak tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar.

Boleh baca detail dengan klik Berusaha Mendidik Remaja Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

Friday, April 16, 2010

Hukum Orang Berhadas Memegang al-Quran

02 Jamadil Awal 1431.

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung. N3 kali ini saya copy daripada blog Ustaz Nor Amin selepas mendapat kebenaran. Terima kasih ya ustaz.

Tajuknya seperti di atas. Ustaz menjawab persoalan tentang "hukum orang yang menyentuh Al-Quran tetapi tidak mempunyai air sembahyang (wuduk). Jika ada apa-apa pertanyaan atau pendapat bolehlah rujuk dengan Ustaz Nor Amin di blog beliau ya.

Menyentuh dan mengangkat Al-Quran

Menurut firman Allah yang bermaksud : "Tidak menyentuhnya (Al-Quran) melainkan orang-orang yang suci." (Al-Waaqiah : 79).

Berdasarkan ayat Al-Quran di atas ini, haram bagi sesiapa yang menyentuh Al-Quran tanpa wuduk kerana ayat-ayat Al-Quran ini merupakan kalam Allah, perlu kita menghormati kalam Allah ini sebagai panduan kepada semua umat manusia. Haram juga bagi sesiapa yang datang haid menyentuh Al-Quran, kerana mereka berada dalam kekotoran atau berhadas besar.

Mengikut sesetengah ulamak menyatakan bahawa dibolehkan bagi hafizah (wanita yang menghafal Al-Quran) sahaja di bolehkan mengulang dengan diniatkan kepada berzikir, tujuan dibolehkan ialah mengelakkan mereka lupa kepada surah-surah hafazan mereka kerana sesiapa yang menghafal Al-Quran diwajibkan kepada mereka menjaganya supaya mereka tidak lupa akan ayat-ayat yang telah dihafal. Tetapi jika mereka mengulang akan ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal dengan niat mengulang ayat Al-Quran maka hukumnya haram.

Kanak-kanak Mumayyiz menyentuh Al-Quran

Bagi kanak-kanak yang mumayyiz tidak mengapa menyentuh Al-Quran kerana keperluan mereka untuk mempelajari Al-Quran di sekolah atau ke tempat pengajian Al-Quran yang lain. Hal ini menurut fatwa Ibn Hajar mengatakan guru dan kanak-kanak dimaafkan terutama bagi mereka yang tidak berupaya menjaga wuduk mereka. Jika boleh atau berkemampuan, maka seeloknya mereka ini bertayammum sebagai ganti kepada wuduk mereka, tujuan bertayammum adalah mudah untuk mengambilnya jika berbanding dengan wuduk. Sumber rujukan ialah (I’anah Al-Thalibin: 1.82-83).

Mengangkat Al-Quran Dengan Barang Lain

Menurut kitab Al-Tuhfah bagi sesiapa yang mengangkat Al-Quran dengan barang lain, seperti meniatkan (qasad) menanggung mushaf, menanggung mushaf bersama barang, atau menanggungnya secara mutlak, ketiga-tiga cara ini adalah haram. Di bolehkan atau tidak haram jika diqasadkan kepada Al-Quran itu seperti menanggung barang biasa sahaja.

Menyentuh Lambaran, Kulit Atau Sarung Al-Quran

Menyentuh lambaran kulit mushaf adalah haram sekalipun bahagian yang tiada tulisan dan haram menyentuh bungkusan atau sarung mushaf yang khusus disediakan untuk menyimpan mushaf dengan syarat pada ketika itu mushaf ada di dalam bungkusan atau sarung berkenaan.

Menyentuh Mushaf Al-Quran Yang Mengandungi Tafsirnya

Menanggung dan menyentuh mushaf bersama tafsirnya tidak menjadi haram sekiranya tafsirnya itu lebih banyak. Jika tafsir itu sama banyak, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak, maka adalah haram menyentuhnya. Ulama juga menggariskan kedudukan antara mushaf dan tafsir dalam mengukur banyak sedikitnya. Ketika menanggungnya yang diambil kira ialah jumlah Al-Quran dan tafsirnya. Manakala dalam perkara menyentuh, yang perlu diperhatikan ialah tempat di mana ia meletakkan tangannya. Jika pada tempat itu tafsirnya lebih banyak, tidak haram menyentuhnya, tetapi jika Al-Quran lebih banyak, haram menyentuhnya. (I’anah Al-Thalibin : 1:82).

Kesimpulannya:

Perlu diingatkan setiap perkara yang hendak kita lakukan yang berkaitan dengan syiar atau syari'at Islam perlu mempunyai hujahnya yang bersumberkan kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Jika sesiapa yang melakukan perkara ibadah atau penghayatan Islam tanpa berpandukan kepada dali-dalil dan hujah para ulamak, maka ia dinamakan JAHIL MURAKKAB (jahil tidak mahu belajar); hal ini dikhuatirkan orang tersebut sesat dalam pengahayatannya.

Wednesday, April 14, 2010

Hati-hati.. ada penyamun ala James Bond pula


Salam.

Salah satu tajuk di Berita Harian hari ini ialah Sindiket tawar cenderahati dipasang alat kesan pergerakan mangsa.

Macam-macam hal sekarang ini. Kita diminta agar berhati-hati agar jika ada sesiapa yang menawarkan cenderahati percuma ketika berhenti mengisi minyak di stesen minyak. Cenderahati itu mungkin menimbulkan masalah yang besar.

Ada sindiket dikesan menawarkan cenderahati percuma dalam bentuk rantai kunci atau patung kecil yang dipasang alat pengesan dipercayai digunakan untuk mengesan pergerakan mangsa hingga ke rumah sebelum merompak mereka. Taktik terbaru sindiket ini terbongkar susulan beberapa kes dilaporkan sebelum ini membabitkan pelanggan stesen minyak dan pusat servis kenderaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, siasatan mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi menawarkan hadiah percuma, terutama menjelang musim perayaan dan sambutan acara tertentu.

“Biasanya pelanggan tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggapnya sebahagian daripada aktiviti promosi raya. Mangsa tidak tahu langsung alat pengesan disembunyikan dalam hadiah berkenaan.

“Difahamkan, berpandukan alat pengesan itulah sindiket mengenal pasti kedudukan mangsa dan tempat tinggal mereka sebelum bertindak melakukan jenayah,” katanya di sini, semalam.
Melihatkan modus operandi mereka, sumber tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dirancang rapi dan membabitkan kumpulan besar.

“Difahamkan, mereka bukan saja melakukan kegiatan mereka di Lembah Klang, malah di seluruh negara, dipercayai didalangi sindiket sama.

“Kita harap orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat sindiket terbabit. Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam siasatan kes ini,” katanya.

Dengan maklumat ini diharapkan kita semua sentiasa berwaspada. Ingat sebelum kena. Dan selalu berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Tuesday, April 13, 2010

Sucikanlah!

28 Rabi'ul Akhir 1431

Salam Semua.



أَلَمْ يَرَوْاْ إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاء مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ اللّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. (An-Nahl 16] : 79)

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.(An-Nur [24] : 41)


أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk [67] : 19)





Saturday, April 10, 2010

Kelahiranmu kanggaroo.. MasyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari kita lihat kelahiran kanggaro dan kasih ibu kepada anaknya.
Bukti kekuasaan Allah SWT.. Allahu Akbar.





Selebihnya di SINI

Ujub dan sombong


Bismillahirrahmanirrahim.

Apabila seseorang merasa puas dengan dirinya sendiri, menyangka diri sudah cukup sempurna, dalam hatinya timbul perasaan bahawa segala pekerjaan dilakukan oleh orang lain tidak akan berhasil jika tidak disertainya. Perangai begini sebenarnya menyebabkan seseorang itu lupa akan kekurangan diri dan hanya mengingati kekurangan orang lain. Inilah yang dinamakan ujub. Seandainya dia menyuarakan pada orang akan hal ini dia dikatakan sombong atau takbur. Ujub wujud dalam hati manakala sombong dizahirkan melalui perkataan atau perbuatan. Kedua-dua sifat ini mesti dibuang jauh-jauh, janganlah hendaknya ada terlintas sedikitpun untuk rasa kita lebih daripada orang lain.

Janganlah dibiarkan sifat ujub dan sombong ini bersarang di dalam diri kita, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna tanpa kita. Apa yang pasti perkara itu tidak akan menjadi sempurna tanpa bantuan orang lain. Hidup kita memang telah diatur oleh Allah saling memerlukan.

Allah tidak memberi keutamaan kepada seorang saja sebaliknya diberikan kepada semua orang sehingga ia terkumpul menjadi sebuah masyarakat. Laksana cili yang membanggakan kepedasannya, seperti garam yang membanggakan masinnya, ibarat cuka membanggakan asamnya, ikan pula membanggakan enaknya. Segala rasa pedas, masin, masam, dan enak itu hanya akan menjadi makanan lazat selepas dikumpulkan dalam satu belanga dan dimasak bersama.

Dalam kehidupan seharian kita; jika kita berfikir; bermula dari masa kita bangun tidur; cuba fikirkan siapakah yang memberi idea untuk mencipta tempat membuang kotoran kita. Sebenarnya orang itupun tanpa sedar dia telah memberikan sumbangan kepada orang lain. Kemudian apabila kita bergerak meninggalkan rumah kita bayangkan betapa ramai yang menyumbangkan kepakaran masing-masing, bermula dengan kereta atau kenderaan kita, jalan atau lebuhraya; siapakah yang menjadikannya sebagai alat kegunaan kita; memudahkan kita bergerak ke mana-mana.

Jika ada sifat mazmumah ini pada diri kita, masyarakat menjadi tidak aman, ini di dunia bagaimana pula di akhirat nanti.

Jadi hati-hatilah dengan sifat yang akan membawa azab ini.

Suami tunjang rumahtangga bahagia


Apakah hak dan tanggungjawab seorang isteri kepada suami.

Jawapannya berbaliklah kepada sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah).

Begitu tinggi martabat seorang suami untuk ditaati sudahpun diberikan kiasannya oleh Nabi SAW dalam hadis di atas.

Saidatina Aishah rha juga pernah berkata: “Wahai wanita. Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri daripada kamu akan bertindak menyapu debu daripada tapak kami suamimu dengan sebahagian mukanya”.

Kata-kata itu bukan bermaksud seorang wanita perlu sentiasa menyapu debu di kaki suaminya. Namun secara kiasannya, Saidatina Aishah mengingatkan golongan wanita tentang kewajipan mentaati suami yang tidak ada tolok bandingnya dengan kewajipan lain. Namun demikian, ia tertakluk kepada syarat lain terutama selagi si suami mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Bagi golongan bapa, janganlah pula terlalu bergembira dengan kata-kata di atas. Ingatlah bahawa penghormatan itu datang dengan tanggungjawab yang berat. Jika demikianlah ketinggian darjat golongan bapa di sisi Islam, maka bukan bermakna golongan bapa boleh memperlakukan isteri masing-masing dengan sesuka hati.

Kaum bapa perlulah merenung dan mengkaji ayat-ayat daripada kitab suci al-Quran dan hadis nabi SAW yang meletakkan wanita pada kedudukan tinggi dan mulia.

Kepada anak muda yang ingin berkahwin, fahamilah hak seorang perempuan yang bergelar isteri.

Kepada bapa-bapa yang sudah mendirikan rumahtangga selama setahun, lima, sepuluh atau 20 tahun, tidak salah juga jika sesekali anda menilai sama anda sudah menghargai isteri anda sebaik mungkin ataupun tidak.

Jika ada yang masih terleka atau terlupa, eloklah direnungkan pesanan Rasulullah SAW ini: “Perlakukanlah wanita dengan baik, kerana mereka itu diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Yang bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Bila engkau terlalu keras meluruskannya ia patah, tetapi bila engkau biarkannya ia tetap bengkok. Oleh itu, perlakukanlah wanita dengan baik”.

Demikianlah sabda Baginda sebagai panduan kaum lelaki. Hendaklah kita sentiasa berlembut dengan kaum wanita terutama yang sudah sah diijabkabulkan sebagai isteri.

Walau apa pun yang berlaku, didiklah isteri dengan cara yang paling berhikmah supaya tidak melukakan perasaannya yang lembut apatah lagi mencederakan tubuh badannya.

Dalam sepotong ayat al-Quran, Allah berfirman maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu daripada jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya, dalam hal yang demikian itu terdapat bukti-bukti bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah Ar-Rum: 21)


Kemuliaan suami hanya akan diiktiraf sekiranya suami berjaya berlaku adil, berkasih sayang dan menghargai isteri sendiri.

Tiada contoh teladan yang lebih baik daripada melihat bagaimana Rasulullah menjalani kehidupan beliau sebagai seorang ketua keluarga. Ambillah petua daripada Baginda terutama bagaimana seseorang isteri harus dihormati dan dikasihi.

Baginda bersabda: “Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Sedang aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri.” (Hadis Riwayat Tabrani dan Tirmidzi)

Justeru, marilah kita bersama kembali kepada hikmah perkahwinan yang sebenar kerana ganjarannya amat besar bukan setakat kebahagiaan di dunia, malah syurga Firdaus hakiki yang akhirnya menjadi saksi cinta sejati.

Sumber : Suami tunjang rumah tangga bahagia

Wednesday, April 7, 2010

Syukur


Bismillahirrahmanirrahim.


Salam semua.


رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّـٰلِحِينَ


"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml [27 ] : 19).

Menurut tafsir ayat ini adalah doa Nabi Sulaiman as yang diungkapkannya setelah baginda mendengar kata-kata ratu semut kepada semut-semut lain supaya mengelakkan diri daripada dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman as.


Nabi Sulaiman dianugerahi kurniaan yang banyak oleh Allah yakni kerajaan, menguasai jin dan manusia yang menjadi bala tenteranya; serta boleh memahami bahasa unggas dan serangga. Nabi Daud as adalah bapa kepada Nabi Sulaiman, baginda juga mendapat anugerah yang banyak daripada Allah swt.


Oleh itu sebagai ucapan rasa syukurnya Nabi Sulaiman as berdoa supaya Allah memberi ilham kepadanya; supaya menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur. Kalimat 'AUZI'NI dalam ayat itu bermaksud 'distribution' yakni boleh difahami bahawa Nabi Sulaiman as berdoa dengan berkata; "Wahai Tuhanku, berilah aku ilham supaya aku dapat mengagihkan kekayaan atau nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dengan baik. Maksudnya jika 'nikmat' itu berupa harta kekayaan, mudah2an baginda dapat kongsikan dengan orang-orang yang memerlukan, jika baginda sihat dapatlah digunakan untuk melakukan amal soleh, begitu juga jika 'nikmat' itu berupa masa yang dikurniakan dapatlah digunakan dengan melakukan amal ibadat yang sempurna yakni tidak membuang masa kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Sayugialah kita berdoa sebagaimana doa Nabi Suliman as ini supaya kita juga diberi kelapangan untuk menggunakan nikmat yang Allah berikan kepada kita dan menjadikan kita orang-orang yang BERSYUKUR. Semoga dengan itu dapatlah kelak kita diterima ke dalam golongan orang-orang soleh terdahulu iaitu para nabi dan para rasul yang terpilih dan juga orang-orang yang berbuat baik dan meningglkan segala larangan Allah swt.



Monday, April 5, 2010

Zalim dan tatacara berdoa

Bismillahirrahmanirrahim.


قَالاَ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A'raaf [7] : 23)

Doa di atas diucapkan oleh Nabi Adam as dan Hawa' kerana telah melanggar larangan Allah daripada mendekati pohon yang terlarang, lalu mereka berdua dikeluarkan daripada syurga.


قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Qasas [28] : 16)

Doa yang kedua ini adalah doa yang diucapkan oleh Nabi Musa as, setelah mengambil tindakan yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang pemuda Mesir yakni kaum Firaun. Kejadian ini berlaku setelah seorang daripada kaum Bani Israel bergaduh dengan seorang daripada kaum Firaun. Dalam kejadian itu Nabi Musa as dengan tidak sengaja menyebabkan pemuda Mesir itu terbunuh.


لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

".. tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" (Al-Anbiya' [21] : 87).

Doa yang ketiga ini pula diucapkan oleh Nabi Yunus as sewaktu baginda berada di dalam perut ikan. Kita dapat menggambarkan peristiwa pahit yang dialami oleh Nabi Yunus as ketika berada dalam dua kegelapan yakni gelap dalam perut ikan dan gelap dalam laut. Ini berlaku selepas baginda melarikan diri daripada kaumnya dan dibuang ke dalam laut selepas diundi.


Apa yang perlu kita ketahui bahawa para anbiya' adalah maksum iaitu dipelihara oleh Allah swt; namun kisah yang terjadi kepada Nabi Adam as, nabi Musa as dan nabi Yunus ini sengaja dirancang oleh Allah swt supaya menjadi contoh kepada manusia.


Dalam doa-doa di atas kita dapati ialah para anbiya' ini mengaku akan kesalahan mereka, mereka merendahkan diri dan menyalahkan diri mereka dan memohon pertolongan daripada Allah swt kerana menyedari bahawa hanya Allah yang boleh memaafkan kesalahan dan memberi pertolongan. Dapatlah kita contohi iaitu apabila kita menyedari kita berbuat kesalahan cepat-cepatlah memohon ampun dan berdoa dengan menghinakan diri di hadapan Allah swt. Janganlah jadi seperti Iblis, dia sedar dia telah melakukan kesalahan dan dia sedar bahawa Allah boleh menunaikan apa sahaja hajatnya dia memohon untuk ditangguhkan masa matinya untuk menyesatkan manusia dan dia juga menuduh Allah menjadikan dia sesat yang bererti dia ingin terus melakukan dosa hingga ke hari kiamat.


Pengakuan secara telus oleh para Nabi ini, menunjukkan bahawa kita manusia ini sudah pasti banyak melakukan kesalahan atau kezaliman, sama ada terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Oleh itu sayugia kita contohi cara berdoa yang ditunjukkan oleh Allah swt dalam ayat-ayat al-Quran.


Antara contoh-contoh ; dikatakan zalim ialah apabila melakukan perkara-perkara berikut:


Zalim sebagai seorang Muslim.

  • Tidak belajar secara mendalam fardhu 'ain.
  • Tidak solat berjemaah.
  • Tidak solat kerana sibuk bekerja.
  • Tidak mengenali jiran tetangga
  • Tidak menguasai ilmu dengan baik.
  • Tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh al-quran dan sunnah.
  • dan banyak lagi....

Zalim sebagai seorang suami.

  • Tidak memberi pendidikan agama kpd isteri.
  • Tidak menegur isteri yang melanggar perintah agama.
  • Membiarkan isteri bergaul dengan bukan mahram.
  • Membiarkan isteri tidak menutup aurat bila keluar rumah.

Zalim sebagai seorang ayah.

  • Tidak memberi pendidikan agama.
  • Membiarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
  • Membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup aurat.

Zalim seorang pemimpin/ketua.

  • Tidak membenarkan orang bawahan solat Jumaat.
  • Tidak menegur orang bawahan yang meninggalkan solat.
  • Tidak menerapkan nilai-nilai hidup beragama di kalangan pekerja-pekerja.

Zalim sebagai seorang anak.
  • Derhaka kepada orang tua.
  • Bercakap kasar.
  • tidak mendoakan orang tua.
  • Membiarkan orang tua hidup susah.
  • dan banyak lagi...

Sebagai seorang Muslim yang beriman hendaklah selalu menginsafi diri, muhasabah diri, yakni selalulah bertanya adakah aku ini di kalangan orang-orang menzalimi diri sendiri atau menzalimi diri orang lain dan selalulah beristighfar, bertaubat dan berdoa mengikut tatacara yang betul. Semoga kita terpelihara daripada terjerumus ke dalam siksa yang pedih.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)